Dah berhari2 asyik dok tangguh nak siapkan dan publish entry ni, macam dah basi ja cerita ni, tapi takpa laa nak cerita jugak, hehe. Bukannya busy ka hapa, tapi tak berpeluang duk lama2 dan aman permai dah depan laptop ni sekarang, ramai sangat tukang nak tolong taip sama, kena tunggu assistants ni tidur atau ralit dengan aktiviti sendiri dulu baru laa boleh nak bersenang-lenang...
Selasa lepas adalah hari sotsugyou shiki(=majlis konvokesyen) bagi siswazah Yamaguchi University. Selama ni I tak pernah pi pun majlis konvo kohai(=junior), pi yang sendiri ja tahun 2007 dulu tapi sebab dulu masa I konvo 1 of them(MatNor) yang grad kali ni pi, kiranya macam 'membalas kunjungan' lah ni, hihi. Selalunya tak ramai pun 'orang2 tak berkenaan' teringin nak jengah majlis grad ni tapi surprisingly tahun ni ramai sungguh Malaysian yang pergi meraikan senpai-kohai yang grad, bagus2, 6 thumbs up(campur jari2 Rafiqh dan Raziqh sekali) for you guys!!!
Sotsugyou shiki ni berlangsung di dewan kat Yamaguchi-shi(main campus Yamaguchi University terletak di daerah ni), kami dan students Malaysia lainnya tinggal di Ube-shi, (engineering dan medic campus di Ube, separate dari main campus), perjalanan dengan kereta dari Ube ke Yamaguchi ialah lebih kurang 1jam. Plannya nak sampai sana before majlis bermula so pukul 8.10 kami dah keluar rumah, janji dengan kohaitachi nak jumpa pukul 8.30, oleh sebab kami sampai awal, sementara tunggu the girls sempatlah menyusukan Raziqh sekali lagi dan bagi depa tengok tv siaran kanak2 kat navi kereta. Pukul 8.45 kami bertolak, Raziqh terlentok tidur sepanjang perjalanan. Sampai sana dekat2 pukul 10, jalan nak masuk situ pun sesak, ditambah dengan hujan lagi, memang agak lama jugaklah tunggu giliran nak parking kereta...
Majlis konvo kat jepun ni memang simple amat, dalam 3jam ja dah settle semuanya. Kat sini bukan semua yang grad tu dapat naik pentas pun, seorang wakil ja dihantar untuk ambil ijazah bagi setiap department dan kemudiannya ijazah2 tu disampaikan oleh ketua pensyarah department kat majlis petang di kampus masing2, haa gitu laa lebih kurang. Tentatif majlis pun sangatlah ringkas, ada ucapan(pendek dan padat), ada persembahan 2-3rounds, ada penyampaian ijazah, penyampaian anugerah, pungpangpungpang siap! Tak havoc, grand dan happening macam grad day kat Malaysia, sebab tu ramai students Malaysia yang tak heran pun kalau tak pi majlis grad depa, habis ja urusan pengajian dan confirm boleh grad, tak tunggu dah majlis grad depa yang tak sampai sebulan pun lagi tu, depa terus blah balik Malaysia, tak sabaq2 aih nak keluar dari nihong, ish3... Bukannya apa, bagi I lah kan, selepas 2tahun kat UM dan 4tahun kat sini berhempas-pulas tertonggeng-tonggeng melalui jerih perit kepayahan hanya untuk menggenggam sekeping ijazah tu, I rasa lebih puas hati kalau dapat akhiri atau tutup buku memori kat sini dengan 'kenangan graduation' tu, rugi woo tak merasa konvo kat negara orang, biarpun majlisnya tak seberapa tapi at least memorinya ada...
Out of 11, only 5 of them managed to come. Jutaan tahniah buat mereka! *clap2*
Bergambar bersama adik2 yang grad, dari kiri - Gorey, Maizul, MatNor, Akmal dan Puji...
The hot girls, hahaha hot laa sangat, jangan terbakar sudah!
Antara yang hadir memeriahkan suasana...
Cuba teka di mana Rafiqh?! Dia ada kat sebelah jurugambar ni, menyibuk nak tolong ambil gambar sama, hish...
Mama, onichan dan adik yang dah tertidur...
Selamat membina kerjaya dan 'keluarga' buat adik2 yang berjaya tamatkan pengajian. Moga kita akan bertemu lagi di Malaysia nanti...
Raziqh dok pulun makan senbe, lapaq sangat ka dik oii...
Habis bergambar, kami keluar dewan, pi melepak kat kedai makan sampai pukul 3. Sebelum balik rumah kami singgah international house untuk solat, sampai rumah pukul 4lebih, perghhh penat tapi best!
Habis bergambar, kami keluar dewan, pi melepak kat kedai makan sampai pukul 3. Sebelum balik rumah kami singgah international house untuk solat, sampai rumah pukul 4lebih, perghhh penat tapi best!
Selamat membina kerjaya dan 'keluarga' buat adik2 yang berjaya tamatkan pengajian. Moga kita akan bertemu lagi di Malaysia nanti...
7 comments:
first time nmpk fith pakai ring sling utk raziqh ;) beli kt mana? mcm sama je dgn akak punya, beli kt auction tp warna hijau ..hihi..
btw, fith mmg saje dukung raziqh style gitu ke ye? sugoi fith, kalau akak mesti dh senget benget badan ni sakit2 dok pegang dengan sebelah tangan..hihihi..
Kak oja,
sling ni orang bagi masa rafiqh kecik dulu.mmg byk jual kat nihong kan,fith pernah jumpa kat online shopping,handmade kan,mmg selesa n best pakai sling ni,hehe...
aah mmg style tu,kdg2 baringkan dia time dia tido tp hari tu sedar2 je dah terlentok so fith biar je.raziqh tak berat pun kak,baru 7.5kg,yoyu sgt,anak kak oja montel,klau fith jd akak pun bahu fith rebeh gak,hihi...
uih..si ayyasy tuh idak montel fith..dia pon kecik halus je, lbh kurg raziqh kot beratnya. yg montel tu abangnya dulu..ehehe..yg tu mmg surrender lah :p
btw, akak give up pouch n ring slings masa ayyasy umur 9bulan, at 9kg. dah genkai dgn kudrat yg xseberapa ni ..hihi..
terima kasih datang tau kakfith.. akmll gembira22 sangat2.. gembira habis grad.. berganda222 gembira sebab ramai2 datang.. =')
kak oja,
thanks bg web td,sgt berguna,byk bleh bljr lg tntg bw-ing ni,hehe,tq2...
tgk laa sampai bila fith mampu berthn bw-ing raziqh pakai ring sling ni,hehe.rafiqh dulu 1thn 4bln dah give up dah,tu psl perut dah besar time tu,kali ni taktau laa psl apa pulak,haha...
Akmal,
akhirnya semuanya selesai kan...alhamdulillah...
aah mesti rasa best kan sbb ramai yg dtg...
wahh tapi fith ni mmg fit sungguh...leh bw-ing2 lagi, klu sya..fuhh lenguh..tak larat..hihi..serah kat ayah aina je..hihi..kejap2 leh la..;p
Aisha,
haha nak buat camne,fith mmg selalu outing bertiga dgn 2r ni je,ayah diorg takde,tak fit pun kena bg fit jugaklah,hehe.raziqh ringan je,so far ok lg laa...
Post a Comment