Monday, March 8, 2010

Weekends

Sabtu dan ahad lepas kami tak ke mana pun, lepak2 kat rumah saja. Cuaca mendung dan suram, rasa macam sejuk ja, kalau ada mentari barulah ada semangat sikit nak 'berhibur' kat luar kan, hehe. Pagi sabtu tu selepas breakfast roti sosej dan homemade nuggets, I merajinkan diri buat donat, nak frozen-kan untuk breakfast hari ahad. Sebab dah bosan asyik buat donat besar2, kali ni buat balik mini-donat. Resepi donat ni masih kekalkan yang biasa duk buat, tak pernah pun cuba resepi lain sebab hati dah berkenan dengan hasil resepi ni, kalau sapa2 nak resepi boleh refer entry lama, rasanya dah pernah share dah dulu2, malaih aih nak cari balik...

Sambil2 sediakan lunch, I buat strawberry mousse ni, nak perabih stok strawberry dalam fridge tu ja sebenarnya. Kebetulan pulak ada whip cream, so memang tak fikir banyak kali dah laa. Hari tu masa tulis entry pasal 'kalau takdak gelatin' boleh pakai serbuk agar2, ada pulak kawan2 tanya, hasilnya sama ka, alahaiiii, ceq tak pernah try pun, ceq habaq ja ada option lain untuk gantikan gelatin, hohoho... Tapi kali ni buat pakai serbuk agar2, sukatan serbuk agar2 adalah 2kali ganda gelatin. Nak kata jadi sebijik macam pakai gelatin tu tak laa, mungkin I yang tak pandai adun kot, sebab I masak dulu serbuk agar2 tu, rasa was2 kalau takat larat dalam air panas, hehe pepandai-pandai ja kan. Walaupun tak sebijik sejibik hasil guna gelatin, tapi rasanya tetap yummylicious, tak rugi pun kalau cuba I told you! Ni resepinya -> strawberry mousse.

Petang sabtu tu memang ada niat nak bawa 2R keluar jalan2, hasratnya nak ke kedai barangan baby Nishi Matsuya nak membeli barang sikit tapi bila tengok cuaca yang kelabu asap, aduhaiii jadi malas laa pulak. Rafiqh pun releks ja tengok ayahnya keluar main bola, takdak gaya muka sedih atau nak ikut pun so I cuma entertain 2R dalam rumah ja laa. Lepas makan donat dan mousse kami main aci ligan dan main kereta kejap, lepas both dah mandi, bagi depa layan disney pulak...

Pagi semalam ada gotong-royong apato, macam biasa laa turun dengan Rafiqh, myLove tengokkan Raziqh. Sejuk sungguh tapi Rafiqh releks ja, suka laa dia pagi2 dah pi sanpo(=bersiar2), siap takmau naik tu, tarik2 tangan mama nak ajak mama naik kereta, tapi bila kata "adik kat atas, takkan nak tinggai kot", baru tergedik2 nak naik, ingat jugak kat adik dia tu. Dia ni sikit pun tak heran dengan orang, tak padan dengan kecik2 dulu peghak(=jakun) tak hingat, la ni main ikut ja sapa2 yang pegang dia, hish bahaya sungguh. Tengahari buat pau kari ayam dan pau seri kaya untuk minum petang. Biasanya kalau tengok resepi buat pau ni, ramai yang pakai tepung pau, errr taktau laa pulak tepung pau tu lagumana rupa, kat jepun ni mana laa nak gagau tepung pau, so pernah jumpa 1 resepi kata kalau nak pau gebu dan cantik boleh jugak pakai tepung gandum dicampur serbuk penaik. Selama ni memang dok guna resepi tu ja cuma sejak dua menjak ni dah beberapa kali cuba ubah dengan mencampurkan tepung gandum dengan tepung roti, hasilnya lagi baik, gebusss...

2 comments:

Ina said...

kiter pn slalu buat pau guna tepung biasa tu je. tp tula kalau lama sket dia akan jd keras sket n kuning. fith campur nisbah berapa dgn tepung roti? btw smlm dh bli fresh cream. berjangkit dgn fith la ni tingin nk mkn mousse jugak. sejak fith dok tls psl suka minum kopi kiter pn skrg ni suka minum kopi. kiter ni sbnrnya dh slalu sgt berjangkit mcm2 dgn fith dlm bab mkn n resepi ni haha. ni br blog fith blom tmbh blog org lain lg :P

Fith said...

Ina,
haha bahaya ni,bleh jangkit2 ek.tp mmg betul pun,kita boleh terikut2 kan,fith pun sama gak,tgk org masak itu ini terus rasa nak cuba,hihi...
fith campur tepung gandum n tepung roti tu separuh2,nanti jadi lagi gebu dan lembut.tp klau dah tinggal laaamaaa mmg kena pre-heat atau kukus balik laa,keras sikit.mgkn sbb cuaca sejuk kot kan,ntah,fith pun taktau,hehe.