Thursday, March 18, 2010

Laju yang best dan kurang best...

Sejak Raziqh dah boleh berdiri ni, makin susah jadinya nak bersenang-lenang depan laptop. Nak update blog semalam pun tak sempat, entry semalam tu pun nasib laa dah di-auto-publish. Baru ja nak menaip dia dah mai mengacau, ketuk punya ketuk sampai hang terus laptop ni. Rafiqh sekarang dah kurang mengacau dah, jarang sangat laa dia mai menyibuk, tapi bila tengok adik dok ketuk2 dia pun mai tumpang sama, haihhh elok laa tu, sepakat membawa berkat, habis laptop mama tersekat2...

Bila myLove balik semalam tengok laptop I ni dah sewel dan jadi entah hapa2 dah, skrin depan dah gelap dan keluar windows berlambak2, dia pun berbaik hati ler nak tolong betulkan, hehe, memang selama ni bab maintenance dia yang buat. I ni takat tau pakai ja, selebihnya memang makaseru(=serah) kat dia ja. Pasal tu lah laptop ni masih bertahan boleh guna sampai sekarang, kalau tak sebab dia, lama dah arwah ni, hahaha. Buat itu ini, siap tolong bersihkan dengan alkohol lagi, wah2 berkilat dan bersih dah laptopku ni, kalau tak, huh penuh dengan sisa2 tangan 2R. Thank you, thank you! Sekarang laju dah, baru best nak surfing kan, haa tu laju yang best...

Laju yang kurang best tu si Raziqh lah, bukan mau dah pegang dia sambil riba, kalau nak pegang mesti kena berdiri hokey, sangat demand ini budak! Kalau takat duduk ja dia mengeliat meronta2 badan tu minta dilepaskan. Ayahnya kata tak senang langsung nak buat kerja, nak kena beli gate katanya tapi bukan untuk kepung si anak tu sebaliknya kepung diri sendiri, hahaha tak pernah dibuat orang!

Tengok ja laa lepas ni boleh lagi ka nak update blog ni kerap2 macam selalu...

Gambar2 takdak kena-mengena dengan cerita, ni gambar sabtu lepas, keluar jalan2 tengok barang...

"sayalah pengacau antarabangsa! muhehehe"...


Onichan yang sibuk nak tolong tolak stroller adik...

3 comments:

Ina said...

alaa raziqh jgn la lacau mama update blog. kacau tang lain xpela hihi. kiter ni skrg jrg sgt2 update blog sbb keje dok layan ihsan la. pntang mama berpoya2 sekejap dan2 menjerit. mcm tau2 je. kalau dok saja2 xwat pape dgn dia elok je plak. nama je xreti gerak lg tp sgt demand nk soh mama pgg je! nnt dh leh gerak sndiri jd mcm raziqh gak la hihi. haa kan dh kata dh meraung2 dh. nk komen blog org pn jenuh huhu

kaklong nuzula said...

Seronok tgk aksi2 rafiqh n raziqh yg makin besar n bijak... Makin aktif lak tu, maknanya makin mencabar la ek fith.. hehe...

p/s: stroller tu sendiri punyer ke yg supermarket? tak penah tgk yg camtu..

Fith said...

Ina,
tunggu ler ihsan dah mobile nanti,maybe dia tak merap mama sgt dah,tp mama penat nak ikut dia laa pulak time tu,hehe...

Kaklong Nuzula,
stroller supermarket punya tu,pinjam sat,hehe.
aah kaklong,makin mencabar ler tugasan kita kan bila si anak dah melasak,hohoho...