Sunday, March 7, 2010

Menjarakkan usia anak...

Dah alang2 cerita pasal jarak usia anak dalam entry lepas, mai laa nak sambung lagi. Tapi sebelum tu, peringatan -> saya tegaskan dan tekankan di sini bahawa saya tak bermaksud untuk menyangkal apalagi mempertikaikan keputusan sesiapa pun yang mahu menjarakkan dekat2/jauh2 usia anak2nya. Semua orang berhak dan bebas buat pilihan, all decisions have their own pros and cons. Janganlah pulak ada yang terasa yer, saya bercakap dari sudut perihal diri sendiri 100%...

Sememangnya tak boleh dinafikan bahawa banyak benda kita nak kena fikir dan pertimbangkan sebelum kita decide nak tambah anak lagi. Walaupun ada jugak orang yang memang tak pernah fikir pun, main beranak ja, dah ada anak berderet2 main lantak membesar ikut dan(sempat), ish3. Tapi tak kesahlah kan, dia nak beranak every year ka, nak beranak pada tahun lompat saja ka, nak beranak 10tahun sekali ka, after all tu anak dia kan, bukan dia menyusahkan kita pun, so tak payah laa kita pepandai-pandai nak komen, muahahaha...

Masa balik Malaysia nak bersalin Raziqh lastyear, penat jugaklah telinga ni dok tadah dengar mak membebel sebab I pregnant cepat sangat, nanti beranak si adik, Rafiqh baru setahun lebih. Bebelan mak tu hasil rentetan dari sikap I yang agak garang/tegas dalam mendidik Rafiqh, kadang2 I marah(naik angin)/pukul Rafiqh bila dia over-nakal. Mak kesian kat cucunya kot, padahal bukan selalu pun Rafiqh kena marah, dan lagi mak selalu ulang kata kesian Rafiqh kecik2 dah dapat adik, tak sempat bermanja lama2. Mak sangka I marah2 tu sebab keadaan I yang tengah heavily pregnant(read: tak larat). Mak selalu sebut suruh I contohi kaklong yang lebih releks dan cool dalam mendidik anak2, yer memang I sendiri banyak belajar dari kaklong, tapi untuk tangani sikap anak2 pendekatannya berbeza2, as for anak2 kaklong both are good boys, depa behave dan tak nakal. Rafiqh pulak karektornya lain, so for certain cases/situations I kena apply my own ways. Lepas Raziqh lahir, Rafiqh kerap pulak melepuk si adik, haiyooo membuatkan mak lagiii sakan dok berleter, seolah2 salahkan I beranak dekat2 kononnnya si abang tu tak cerdik lagi, tak faham lagi nak kasihkan si adik.

Semua yang diwarnakan hijau tu adalah alasan2 yang mak bagi, I malas nak jawab so buat pekak je laa, hehe.
1. kami memang tak plan nak ada baby lagi secepat ni, ikut plan asal I akan pregnant lagi lepas Rafiqh 1tahun++, tapi Allah nak bagi cepat so alhamdulillah syukur amat sangat...
2. marah/pukul anak bukan sebab tak sayang dah kat dia, bukan sebab mentang2 nak ada adik, kami beralih kasih, tak! Kalau I tak pregnant pun, I still marah/pukul dia kalau dia nakal...
3. setahun lebih dia diulit penuh kasih, takkan tak cukup lagi kot, walaupun lepas dah ada adik memanglah perhatian buatnya terkurang sikit, tapi tak bermakna dia tak dimanjakan lagi kan?!
4. lepuk adik tu I tak anggap dia tak sayang adik. I know Rafiqh more than orang lain kenal/tahu dia, dia memang kasar tapi dia tak bermaksud nak pukul adik pun, at his age masa tu dia cuma still unable to control his hands movements, kadang2 mungkin nak sentuh ja tapi terkuat hayun so terlepuk.
5. since pregnant lagi I selalu percaya Rafiqh akan terima kehadiran adiknya dengan baik, dia akan sayang adiknya cause obviously dia sangat suka budak2...

Sekarang bila I cerita kat mak yang Rafiqh sangat sayangkan Raziqh, mak mula boleh terima rasionalnya kami ada anak dekat2. Bila I cakap kat mak yang maybe kami taknak tunggu lama untuk next baby lagi, mak dah tak kesah dah, alhamdulillah...

Secara umumnya, antara alasan/faktor yang dipertimbangkan untuk ada anak lagi ialah:-

1. Ekonomi keluarga - membesarkan seorang anak manusia bukan macam besarkan anak kucing. Banyak woo pakai duit, bermula dengan proses kehamilan - nak pi check up, sediakan barang keperluan ibu dan anak, nak bersalin, nak membesarkan bla3, semua pakai duit kan... Tapi hal ni pun depends on orang jugak, setengah orang memilih untuk bersederhana, pi check up kat hospital kerajaan, beli barang biasa2(tak branded), bersalin kat hospital kerajaan jugak, membesarkan anak dengan susu ibu, cloth diapers dll(tak pakai banyak duit *sempat lagi tu promote* hehe), bla3...

2. Beri lebih tumpuan dan kasih sayang - ada orang nak bagi extra perhatian kat seorang demi seorang anaknya so dia merasakan dia tak boleh beranak dekat2, nanti terabai. Ada lojiknya jugak...

3. Tak mampu handle - ada setengah orang kerjayanya memerlukan komitmen yang tinggi, melahirkan anak pada jarak usia yang dekat menyulitkan dia nak uruskan rumahtangga/keluarga...

4. Tak nak anak ramai - kalau takat nak 2-3orang ja anak, buat apa laa nak rush beranak setiap tahun kan, so jarak jauh2 bagi ada feel lebih sikit bila nak pregnant dan bersalin lagi...

5. Nak penat sekali harung - ada orang sengaja beranak dekat2 sebab depa kata mudah, penatnya sekali harung ja. Ingat senang ka jaga budak? Penat woo, siang malam bertungkus-lumus, so biar penat dan susah tu sekali ja, beranak straight 4-5orang dan besarkan sekaligus, rasa macam buka 'tadika' tu sat ja, nanti depa besar, dah legaaa... Menarik kan? hehe...

6. Beranak siap2 sementara masih muda - nanti dah tua nak ligan anak pun tak larat, dah tak bertenaga nak layan kerenah anak2...

Ada banyaklah lagi...

Bagi I, 2tahun adalah jarak paling ideal, sesuai dengan tempoh penyusuan susu ibu yang lengkap. 2tahun tu tak jauh sangat dan tak dekat sangat, choudo ii(=ngam2)! Honestly I memang terkilan jugaklah tak dapat sempurnakan 2tahun penyusuan susu ibu untuk Rafiqh so untuk Raziqh ni sebolehnya akan dicuba untuk merealisasikan hasrat tu.

Kesimpulannya, tak kesah laa nak jarak macammana pun, masing2 ada sebab tersendiri. Yang nak mengandung, bersalin dan jaga anak tu dia, lain arr kalau dia suruh kita jaga kan, haa munasabah ler nak komplen2, hakhakhak.

10 comments:

Fadhlyna Abd Wahab said...

firstly fith, tq very very very very much 4 the info psl guarentee letter tu. hontouni tasukatta~ arigatoune!

2ndly, setuju sgt2 dgn semua alasan fith utk 'kata2' mak fith tu. mmg kita marah/pukul anak bkn sbb xsyg,kn? sbb nk didik. nk bg tau apa yg betul, apa yg salah. kalau anak2 jenis baik, behave buat ape nk marah,kn? fateh ni pn ada harapan je selalu lepuk bakal adiknya nnt. sbb cara fateh gurau mmg kasar. xpe la. nnt adiknya jd mcm raziqh jgk gamaknya. kecik2 'tadah' dulu. besar sikt nnt baru boleh bersilat:)

Dinda Boutique said...

hahaha.lucuuu!! x sgke kak fith ni ibu yg garang ;p (ampooonnn ;p) cuz kat skolah dlu kak fith kan ala2 lembut ayu gituu loooo.tee hee~ nwayss, i do agree bkn sng nk bsrkn ank, esp kalo yg dk kolumpo ni ha.pitissss bykkk abess.another point,apart from bfeed, mmg ideal aftr 2yrs br pregnt lg sbb tubuh kite btl2 heal after 2 yrs lps branak ;)

Fith said...

Chiput,
alahai chiput small matter je tu,no prob laa.moga semuanya dipermudahkan ya,mesti dah tak sabar sgt nak balik kan,rindu sama itu encik fateh,hehe...

laa ya ka fateh pun bergurau kasar?aah chiput takpe,as long as kita tau dia bukan niat nak babap adik kan.adik kecik lg bleh la nak buat apa pun,dah besar mcm raziqh ni haa hambik,tak larat nak kena blk laa,haha...


Faeeza,
hehe betul laa,akak garang dgn anak2,kalau salah mmg kena punya laa.
aah kan,duk kl lg ler besar belanja,nak hantar anak gi nursery atau org jaga pun dah mahal kan,sabo je laa.

kew_chop said...

setuju gak ngan dalil2 tu, hihi
kita pun teringin nak dapat anak berderet. contoh terdekat akak sulung kita baru umur awal 30an tapi anak dah 5. anak 1st umur 9 tahun anak bongsu umur 4 tahun. sekarang dia memang tak nak beranak dah, nak tumpu dlm pembesaran anak2 jek. best jek tgk dia sekali harung, sekarang dah boleh goyang kaki anak2 dah la semua behave jek.
tapi nak wat camana, kos sara idup kat yokohama ni agak tinggi. so sekarang kami plan nak 4 anak tapi jarak kan yg 2 ngan 3 tu. kang 3 ngan 4 leh rapat2 balik cam maira ngan kimi. tapi kat mesia la, InsyaAllah. tu plan jek tapi kalo ada rezeki gak nak wat camana, nampak gaya plan tak jadi la tu. hihi..

mariam said...

Salam agh,kalau nak kira mak bukan bebel sebab dia tak suka..biasala kan semua mak2 tak nak anak2 dia susah,dan mak2 nih takut anak2 dia tak boleh nak uruskan...dengan kata lain lebih kasihankan anak2 dia dlm menguruskan hal (cucu2 dia..)tambah lagi sbb first baby angah opration,lagila mak risau akan kesihatan angah...bila mak citer dekat kengkawan dia,bila ckp agh mengandung lagi,mak cakap doc kata tak apa,parut dalam dah sembuh..dan bla3..mak tak komen buruk pun pasal benda ni..Semua dah ditentukan,mak faham sebenarnya sbb abg n agh pun jarak dekat jugak...lagi pun kita guna family palnning semulajadi kan...apa2 hal pun ikut kemampuan kita suami isteri..(kak long pun garang jugak,2S ni bukan tak pernah kena penangan tangan,dan cubitan power mama dia nih...rafiqh n raziqh pun good boy kan,mama je selalu salah anggap..hehehe...)

Ina said...

kiter pn setuju. mmg betul byk benda nk kena consider bila nk tmbah anak ni. nk xnk kena pk. supaya nnt xsusah kan diri n yg pnting skali xsusahkan anak tu sndiri kalau kiter xmampu dlm apa jua bentuk kan. thn ni ramai kwn kiter tambah anak. ihsan pn dh 6 bln. pregnant ihsan dlu pn pas 6 bln bersalin 'abid. dok dgr org pregnant tingin nyer nk pregnant lg n pgg bb kecik2 hihi. tapiii ishhh xbleh2 kena rehat dlu jap, blk mesia dlu n kumpul kekuatan mental yg jitu dlu hihi

zura said...

suke betul bace pasal entry fith kali nie..! erm org setuju sgt dgn pndangan fith tue..! mmg mase mgndung aisy dulu pun.., my parent in law mcm tak puas hati je.., cakap kesian kat amsyar la ape la.., kurang kasih syg la ape la..! kita nie kan mak depa..,so tau la camne kita nak bahagi2 kan kasih syg tu kan...!

tapi zura pun mmg plan nak besalin awal sebab senang sekali penat je besar kan dorang..! lagi satu bile jarak umur dorang nie dekat2.., rase nampak abg tu cam lebih btgjwg sikit berbanding yg jarak jauh2 nie.. tak tau la tul ke tak..!

lagi pun zura pk pasal future dorang.., kalau boleh.., zura nak papa dorang pencen je nnt dorang pun dah habis belajar..! so boleh relax.., kalau boleh last babesalin umur 30.., dah tu dah stop..! hahahaha.., boleh ker..?

apepun kita cuma merancangkan.., perancagan Allah adelah yg terbaik..,

Fith said...

Murni,
hadoi mak aih,dalil ker?hahaha
betul tu murni,kat nihong ni kalau anak berderet,tercekik gak laa mak bapak diorg,nak2 klau duk tgh bandar besar kan,hadoi duit mengalir mcm air je kan...
bestnya kakak murni,mmg selalu dgr org msia suka buat gitu,besarkan anak sekaligus je,lgpun jimat byk cth mcm perkakas sekolah mcm baju,buku dll tu,adik2 bleh pakai kan,hehe...

Fith said...

Kaklong,
agh tau mak risaukn anak2nya,mgkn masa tu emosi agh tak stabil so agh jd over-sensitif,agh mmg buat bodoh je sbb alg byk tlg cover,hehe.mgkn juga mak terbawa2 risaukn hal c-sect sampai dok bebel benda2 lain jugak,hadoiii.takpa laa kan,tu dulu sbb skrg mak dah kata takpa klau nak bersalin lg sorg cepat2,hihi...
kaklong tu garang2 lembut,agh ni klau dah naik angin mmg garang sungguh,hehe

Fith said...

Ina,
yer betul tu,byk nak kena consider termasuk darisegi keupayaan sndr kan.dan lagi kesian gak kat anak2 klau kita tak mampu dari hal ekonomi ka masa ka hapa ka,buat naya diorg ja kan.

Zura,
waahhhh 30 ker?fith 35,hihi.
stp parents tu mesti ada planning sndr kan utk anak2nya punya future,mcm zura nak anak2 hbs study sblm papa diorg pencen,tu pun penting gak tu kan.
bg fith,hal beranak ni kalau rasa kita tak wajar,org lain tu perlu tanya dulu kenapa gitu gini,tak boleh pepandai nak buat kesimpulan kan...