Tuesday, March 16, 2010

2 budak berlemuih!

Pagi ni rasa macam takdak mood nak update blog. Tengoklah tengahari atau petang nanti kalau tiba2 rajin dan ada idea I'll update lagi ok...
Jom tengok gambar 2budak berlemuih(comot) ni ja laa...

Rafiqh rajin sungguh hulur kaki kat Raziqh suruh picit/ketuk2, cute sangat bila tengok Raziqh tampar2 kaki abangnya...

Elok mama pegang camera nak ambil video dan gambar, Raziqh pun dah malas nak buat, tu dalam percubaan memboloskan diri laa tu, haihhh...

Aktiviti lazim depa pagi dan petang ialah tengok kartun/rancangan kanak2 kat NHK. Melangut laa dua beradik depan tv, tapi bukan depa duk senyap dari awai sampai habis, depa tengok tang lagu/part yang depa suka ja, selebihnya depa buat kerja sendiri laa, pi sana pi sini main itu ini bla3...

tengok tu, ish3, punya laa dekat duk depan tv, sumbat masuk dalam tv terus baru tau!

Raziqh dah mula boleh memanjat, berpaut pada sesuatu dan stand atas lutut tu, ada gaya nak berdiri dah ni, tapi bukan stabil lagi pun, asyik tumbang ja...


Ni lah kegiatan depa setiap hari, main-melawak-bergaduh-munggah-gelak-teriak, dok ulang2 sampai mak depa jadi raksasa terpekik2, penat aih!
Oh ya, Raziqh dah start makan solid foods beberapa hari yang lalu, whoot whoot! Bersempena dengan pencapaiannya yang dah boleh merangkak dan mula memanjat, so mama bagi laa dia extra sumber energy wohohoho... Cerita pasal solid foods ni bersambung dalam entry akan datang hokey...

2 comments:

Ina said...

xpenat ke dok dongak tgk tv tu raziqh? hihi :D

Fith said...

Ina,
haha mak depa laa kena jd tukang dok kerja tarik dua2 org tu ke blkg,awat laa budak2 ni suka tgk tv camtu ek,hadoiii