Wednesday, March 24, 2010

Ada banyak benda nak cerita

Yok2 ooo ja tajuk tu, hahaha, takdak laa banyak mana pun tapi ada laa beberapa entry nak update cuma terkekang dek masa.

Isnin lepas public holiday kat Jepun, disebabkan sabtu ahad kami melepak kat rumah ja, petang isnin tu bawa 2R keluar sekejap. Jalan2 kat supermarket, beli barang sikit then balik.

Semalam pulak seharian kami takdak kat rumah. Keluar pukul 8 lebih balik pukul 4petang, perghhh penat. Sebenarnya semalam adalah graduation day my juniors, kami pun pi jugaklah, takat nak menyibuk, hahaha. Nanti I update cerita ni dalam next entry insyaAllah. Seharian hujan, tempat parking kereta tu pulak kat tanah lapang yang berlecak so bayangkan laa rupa kereta tu kan. Cadangnya petang ni nak pi cuci sikit, nak clear-kan yang dalam tu ja, lap dan vacuum. Bahagian luar as usual myLove yang akan cuci, hehehe. Sejak kahwin, memang I dah tak pernah cuci kereta pun, kalau nak cuci pi hantar kedai ja, senang! Hanya bahagian dalam kereta I akan bersihkan kalau perlu(kalau I tak buat, myLove laa yang buatkan). I ni memang jenis yang pantang tengok kereta kotor atau bersepah, Bahagian body luar tu memang susahlah nak bagi berkilat selalu sebab sini bukan macam Malaysia yang parking bawah bumbung. So at least bahagian dalam tu wajib bersih(pasir2 pun tak mau ada) dan kena kemas teratur, hehe cerewet...

Oklah, satgi pulak laa update lagi kalau sempat...

No comments: