Wednesday, March 10, 2010

Neraca keadilan

Sejak kecik lagi I memang bercita2 nak jadi lawyer, abah adalah idola yang membentuk minat dan impian tu tapi malangnya bila I suarakan hasrat hati nak ikut jejak langkah abah, abah pulak menghalang. Memang pelik kan bilamana seorang bapa yang berjaya dalam kerjayanya dan begitu minat dan komited dengan kariernya tiba2 menyekat anak2nya dari terjun ke bidang yang sama. Selalunya paling tidak, si bapa pasti bangga kalau ada antara anaknya yang mengikut jejak langkahnya kan. It's not only me yang memendam minat terhadap bidang guaman/kehakiman ni, to my surprise abanglong pun sebenarnya punya kecenderungan yang sama. Tapi sayang seribu kali sayang, setakat hari ni memang belum ada seorang pun dari kami yang berada dalam bidang tersebut. Meskipun sejak dulu lagi abah menegaskan yang abah punya alasan untuk menghalang anak2nya dari masuk ke bidang ini, tapi hingga ke hari ni pun I masih tidak 100% 'menerima' alasan tersebut...

Pernah suatu masa lalu ketika bersembang dengan myLove, I ceritakan pasal cita2 tu dan myLove bagi galakan untuk I buat 2nd degree dalam bidang perundangan lepas grad dalam bidang kejuruteraan, tapi bila fikirkan yang I kini lebih terkesan dengan dunia bisnes so keinginan tu ibarat 'mati'. Nak kata tak kecewa tu tipu lah, memang agak terkilan. Somehow I percaya dan seolah2 yakin seandainya I kini bergelar peguam/majistret I akan bergelar seorang peguam/majistret yang berjaya *perasan bagus, haha*. Apapun, I selalu cakap kat myLove, semua tu ada hikmahnya, kalau I tak datang sambung study sini, tak jumpa laa dengan dia, tak kahwin dan takdak laa 2R ni kan, wakakakaka...

Abah sekarang bekerja di mahkamah tinggi Seremban, mengendalikan kes2 berat yang ada masanya hingga melibatkan hukuman mati. Bila sebut jatuh hukum kepada pesalah ni, kalau takat penjara atau sebat mungkin tak seberapa tapi kalau dah sampai hukum mati, memang beratlah tanggungan amanahnya, bukan calang2 dah kan sebab dah bersangkut paut dengan nyawa. Kini antara kes yang hangat dan mendapat perhatian ramai kat Malaysia ialah kes jenayah seorang lelaki yang membunuh 4ahli keluarganya dengan kejam.

Beberapa minggu lepas masa sembang dengan mak via phone, mak ada sebut dan ceritakan pasal kes abah kali ni. Disebabkan I ni bukannya peminat surat khabar Malaysia, so I memang tak tau pun kes tu sedang dibicarakan, hanya semalam kawan2 yang tahu pasal tu ada message dan maklumkan, barulah tau so terus buka utusan untuk baca. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca di sini. Macam2 spekulasi orang buat berkaitan kes ni tapi kena tunggu hasil siasatan lah untuk tau perkara sebenar...

I akui memang besar cabaran dan besar tanggungjawab kerjaya abah ni, belum masuk hal sihir/ilmu hitam/guna2 yang orang dok tuju kat abah, belum lagi melibatkan keselamatan diri dan keluarga yang terancam dan jugak permainan rasuah serta seribu satu cabaran lainnya, semoga Allah melindungi abah dan beri abah kekuatan untuk terus berjaya dan cemerlang, amin...

5 comments:

zura said...

entry u yang kali nie pun i suka.., hahahaha..! senang cakap semua la entry fith zura suka bace..! (bace entry org je eh.., blog sendiri dah sampai bersarang labah2.., dok lagi la dgn cerita sultan dia tu) hahahaha...

erm.., mmg berat fith sebenarnya tgjwb kita org nie.., espcly ayah fith yg kat bench tue..! tersangatla berat tgjwbnya tue..! tapi kdg2 sedih bile org tuding jari n kata mcm2 pada kerjaya kami nie..! tak kurang gak la siap ade yg cakap lawyer.., hakim semua sebelah kaki kat neraka..! Bodoh betul dorang nie..!

tapi ape pun.., hanya kami yg tau camne rencah kehidupan dialam kami nie..! sampai kdg2 mase utk keluarga pun terpaksa dikorbankan utk kepentingan org lain..! huhhh..!

tapi tak dinafikan jugak, mmg ade je lawyer keparat yg merosak kan nama sendiri semata2 kerna wang..! banyak sgt.., tue la yg timbul cite sane sini pecah amanah la ape laaa..! erm zura pun kalau boleh tak nak ade anak2 yg ikut jejak langkah.., bia la depa keje lain..! tak yah la eh jadi lawyer ke mgstrt ke.. bia la depa keje lain..! ehehehehe.., penat woooo.., penat segala2 galanya..!

Fith said...

zura,
haa mmg pun,selalu dgr org ckp lawyer n hakim ni sebelah kaki dlm neraka,so org kena laa tau betapa besarnya amanah tu kan.

fith sampai skrg jeles tgk kwn2 yg jd lawyer,hehe.tp kdg2 rasa mcm bangga pulak bila tgk diorg termasuk zura bergaya dgn pakaian hitam putih dan bekerja dlm bidang ni.

all the best utk zura!mg dipermudahkan sgl urusan...

kew_chop said...

Amin..

mysara said...

fith mmg ada tokoh jadi lawyer la fith..kalau bab berdebat, sila bg kat fith.heheh.. mana tau,one day salah seorang anak fith pulak ikut jejak atuk derang... apapun, kita hanya boleh bercita2 jer,Allah lagi tau mana yg terbaik utk kita.

Fith said...

Murni,
thanks

My,
hahaha ya ka?
aah insyaAllah hrpnya ada antara anak2 fith jd lawyer,hihi.