Thursday, March 4, 2010

Omelan hari khamis...

Hari ni english class 2R dibatalkan, mungkin disebabkan cuaca yang kurang baik kot, kat luar tengah hujan dengan angin pun bertiup kuat, petang nanti diramalkan akan ada kilat dan guruh jugak... Ek eleh kalau kat Malaysia takat kilat dan guruh tu orang sikit pun tak heran kan, tapi kat Jepun ni kecoh! Kat sini tak dak aih nak hujan lebat2 tara Malaysia, kalau orang jepun kata hujan lebat tu bagi kita orang Malaysia ni tahap biasa2 ja. Depa tak tengok lagi hujan lebat kat Malaysia, haa lebat sungguh2 sampai kalau tengah drive tu tak nampak jalan atau kereta kat depan dah kan. Mungkin sebab kat sini jarang amat nampak kilat dan dengar guruh, tu yang depa ketaq tak habih tu kot, kehkehkeh...

La ni dah pukul 11.30 tapi 2R baru ja lelap, puas berperang baru depa tidur. Hadoiii fehnat! Both my kids memang diajar tidur awal malam2 dan bangun awal pagi2, Raziqh tu pukul 7malam dah boleh lelap terus sampai ke pagi, sama ja macam Rafiqh dulu. Rafiqh pulak sejak dah besar ni dia tidur agak lewat which is around 8-9pm, depends on ayahnya ada/tak atau kegiatan petang, kalau ayah takdak atau petangnya dia keluar bermain/aktif, so pukul 8 dah lelap, tapi kalau ayah ada atau siang tak burn banyak energy so malam dia boleh stay up sampai pukul 10. Taklah hebat mana pun cause anak orang lain ada yang boleh berjaga up to 1 am kan, hehe... Bila pagi2 bangun awal, usually around 9am they will already take their morning nap, as for Rafiqh dia cuma tidur siang satu sesi ja. Tapi pagi ni depa punyalah sakan 'melompat' sampai sakit kepala mak depa ni dok kerah suruh tidur. Selepas 2jam lebih dok pungpangpungpang, akhirnya depa tidur jugak, fuhhh legaaaa...

Seminggu dua ni myLove agak sibuk, sebab dia kerap balik lambat membuatkan aktiviti memasak I jadi ala-kadar saja, minum petang dan dinner pun berdua ja dengan Rafiqh. Tapi takpa, saya tak boleh merungut sebab ada hikmahnya, muehehehe. Alah bukan selalu pun busy kan, sekali-sekala ja pun, kalau selalu2 tu merungut jugak laa kot, hehe. Oleh sebab myLove busy, minggu ni diisytihar sebagai minggu rehat, rehat dari masak2 yang over dan rehat dari keluar merayap, kuang3... Dok asyik meronggeng ja sampai sakit2 kaki ni jadinya, hambikkk hang, padan muka kuat sangat berjalan tak sedar diri, berdenyut2 sakit kaki ni sampaikan malam2 nak tidur pun tak selesa. Ni konon insaf laa, tapi tau dah mesti sat ja, haa memang pun sebabnya isnin depan dah plan nak outing dengan girls lagi, nak pi ukur shopping mall sambil beli tingkap, kalau ada duit boleh beli pintu, atap dan dinding sekali...

Sekian, penat membebel... 2R tak bangun2 lagi, so boleh surfing sampai muntah!

6 comments:

Ina said...

Rasa pantas plak mggu ni. Esk dh jumaat. Aah kan diorg ni jakun kalau kilat n guruh kuat hihi

Fith said...

Ina,
aah cepat kan,fith ni stp minggu rasa cepat je,hehe.
haa tuh laa psl,takut sgt,ntah apa2 ler,hihi

aisha said...

betui2..hihi..adoii ligat sungguh mama 2R ni berN3..hihi ;p
sorry nak tanye tp dah ketinggalan N3..huhu
fith nak tanye, bb cot tu kan fith,ade tak fith dpt 4 besi? 2 panjang dan 2 pendek? hr tu kami beli kat hardoff tp tak tau besi tu nak pasang camner yek..tgk2 fith ade letak N3 tu..tq fith

Fith said...

aisha,
nak wat camne,saya boring,tuh psl keja update je,hehehe...
psl cot tu nanti fith amik gambar n bagi kat aisha ok.

kew_chop said...

yihaa dah ari jumaat. selamat ujung minggu yea mama2R..

Fith said...

Murni,
slmt berhujung minggu.syok ek nak gi jln2,hehe.