Tuesday, March 2, 2010

Muffins

I mula 'belajar' buat muffins ni masa tengah pregnant-kan si Raziqh dan jadi gila2 suka buat muffins lepas beranakkan Raziqh. Sebab-musababnya tak lain tak bukan, mestilah Rafiqh yang suka makan kek. Kalau sebelum ni I lebih banyak buat cupcakes dan kek biasa yang besar2 tu tapi sejak dah mula kenal dan berjinak2 dengan muffins, terus jatuh cinta dan beralih minat kepada muffins pulak.

Baking kek bukanlah benda baru bagi I, mak tak minat dan tak pandai buat kek2 ni so dia hantar/suruh anak2nya yang belajar. Kiranya sejak I masih belajar dalam form 1 lagi, I dan my sis-alang dah mem-baking secara serius, boleh dikatakan hampir setiap minggu buat kek dan jemput kawan2 yang tinggal berdekatan mai makan, sekali buat tu 3-4adunan sekaligus, dan kalau ada yang nak belajar cara membuatnya, kami buat demo secara langsung. Kadang2 buat bagi kat kawan2 abah mak, jiran-tetangga dan untuk majlis2. Bila masuk form 4, I mula jual cupcakes kat sekolah kami dan ateh. Kalau ada hari kantin, hari sukan, dedication day dan sebagainya kat sekolah, kami menjual jugak. Jamuan2 kat ofis abah pun staffs abah selalu order kek dari kami. Seronok sangat bila orang pesan nak kek, dapatlah extra duit poket kan, untuk satu adunan kek tu lepas dah tolak kos itu ini, kami dapatlah upah RM10 dari mak, banyak woo RM10 masa tu, hehe...

Nak kata terer sangat tu taklah, masih tahap bengong2 lagi, kadang2 buat jadi, kadang2 tak jadi, muekekeke. Teringin sebenarnya nak masuk kelas2 baking ni, pernah survey kat sini tapi mahal sungguh setiap course-nya. Rasa rugi pulak dulu2 masa belum ada anak, masa masih study dan masa ada fix income(read: scholar) I tak guna peluang tu untuk ambil kelas buat kek/roti, huhu. La ni dah beranak 2 baru nak terhegeh2. 2kali balik bersalin ada jugak intai2 peluang nak belajar baking dan masak western foods tapi masih belum berkesempatan, ya laa setiap kali balik mesti busy, so selalunya takat belajar secara tak langsung saja. Kot kalau ada rezeki balik beranak no. 3 nanti boleh laa kot nak cuba2 ambil kelas *ecceh berangan ja lebih, 2R ni nak campak mana, kuang3*, nampak macam kena tunggu dah balik for good nanti ja kan, hehe... So sementara nak boleh masuk proper class belajar dengan pro tu, sekarang ni I kena guna masa yang ada ni untuk cuba2 belajar sendiri, practice and practice, trial and error...

Berbalik pada cerita muffins, honestly I sendiri pun taktau selama ni dok buat muffins tu betul ka tak betul, main taram ikut sedap hati ja. Orang kata tekstur muffins ni berbeza dari kek biasa, tapi I tak reti pun nak bezakan, all I know is as long as the taste is good, rupa pun cantik, tak lembik dan tak keras kematu, so kira jadi laa tu, hiks!

Ada jugak yang tanya, kenapa I suka sangat buat muffins?! Sebabnya ialah cara2 nak adun tu lebih mudah dan bahan2nya simple serta kuantiti bahan2 tu pun sikit2 saja, compare to nak buat cupcakes atau kek. Contohnya kalau butter tu cuma pakai 50gm, telur pun sebiji saja, tepung dalam 150gm dll. Rasa macam muffins ni kurang menggemukkan dan lebih healthy berbanding kek biasa, sebab I banyak guna freshmilk dan yogurt dalam tu, then kurangkan gula, cet pepandai ja buat kesimpulan sendiri...

Setakat ni dah dekat 20jenis muffins dah I buat, tapi masih dok tahap hampeh lagi, takat nak jamu orang makan tu lepas lah, tapi kalau jual tak laku kot, hahaha... And lately suka dok reka2 sendiri resepi muffins ni, the latest one I made strawberry chocolate muffins tu, main tibai ja buat, luckily ramai pulak yang suka...

Ok guys, sapa2 nak cuba2 buat kek, boleh laa mulakan dengan muffins, amacam?!

10 comments:

Ina said...

kiter mmg lagi suka buat muffin sbb lg simple drpd buat kek. kalau buat kek sah2 kena kuarkan mixer. xtau la nape malas betul nk kuarkan mixer. kek kalau xcukup putar silap2 xnaik la apa. lg satu mebi sbb keadaan dapur (kecik) n krg perkakas n oven kecik tula kalau nk buat kek kiter slalu pk 2 3 kali. even takla susah pn sbnrnya tp disbbkan benda2 ni buat rasa malas terlebih2 hihi. muffin ni xsensitif sgt. campak2 kacau2 dh bakar terus! nk msk pn xyah lama2 hehe. if xsalah muffin ni pertghan antara kek n brownies. xsbr jugak nnt blk for good nk blaja buat kek n roti :D

Fith said...

ina,
aah betul2,buat muffin mmg senang kan.takyah putar lama2,mmg cepat,yg pntg sedap!
ooo ye ker,pertghan kek n brownies ek,ermmm nak kena berguru lg ni,hihi

umeboshi said...

salam Fith.
allo!!! ada blog rerupa nye dia. ehehhe..ok, k.noora tinggalkan jejak kat sini, ne. :-)

Fith said...

Kak noora,
baru je berjinak2 dgn blog,hehe
tq for coming kak noora!

kew_chop said...

kita start wat muffin 2 tahun lepas pas ina cakap wat muffin lagi senang, hihi..

Fith said...

murni,
amboi,tuh dia,lps ina promote ek,baguih betul...
mmg senang pun kan...

aizarin said...

salam kak fith..

aceceh.. selama ni silent reader jew saya nie.. skala2 terdetik la nk kongsi ngan akak..

ain suka tgk, study n amik resepi dari sowang kakak nie.. ni ain bagi link die.. try la tgk.. sbb sumtime kakak ni die rajen bagi tips..

http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1758546

Fith said...

Ain,
ooo senyap2 ek baca,dah nama pun silent reader kan,hehe.takper2,jemput ler dtg selalu...

tq2,thanks a lot.
walla bestnya,nanti bolehlah kakfith study lbh sikit bab2 ni.siap bg tips ii ne...

thanks again!

aizarin said...

kalu kak fith try baca resepi muffin pandan kakrin-chan tue..lagi detail die explain pasal muffin...

pahni super-pro la kak fith pasai muffin2 nie.. tak yah gi kelas dah.. kihkih.. =)

Fith said...

Ain,
uish pro pun lambat lg,entah bila laa nak jd super,hahaha.

haa td pg kakfith dah khatam semua entry muffins dia,perghhh semangat giler kan?esok/lusa kakfith nak test,nak tgk ada kemajuan ka tak,hehe.

thanks ek