Tuesday, March 9, 2010

Macam2 Raziqh

Raziqh dah officially boleh merangkak minggu lepas, kiranya pada usia 7bulan lah, normal laa tu kan, taklah cepat dan taklah lambat. Setakat ni, dia boleh maju ke depan 3-5tapak dan reverse 2-3tapak, tapi lepas tu dia menyulur balik sebab menyulur lagi laju dari merangkak, nanti lama2 dah terer merangkak dia sure tak menyulur dah laa. Makin mencabar laa tugas mak depa ni, sekarang dok menyulur pun sekejap ja alih pandang, tengok2 eh dah hilang, merayap suka2 hati ja. Ada yang kata dia aktif sangat sebab dia ada abang, aah mungkin betul jugak tu sebab dia suka ikut ke mana Rafiqh pergi dan suka tiru apa Rafiqh buat...

Untuk elak dia merayap ke dapur/genkang(=pintu keluar-masuk rumah), I selalu letak depa main dalam ruang tamu dan tutup pintu, boleh laa mak depa nak hadap laptop time tu hihi, tapi hadoiiilah si onichan ni sengaja2 suka betul buka pintu bagi adik keluar, sebabnya ada laa kerja 2beradik ni dok buat kat dapur tu, nanti I cerita aktiviti2 depa kat entry akan datang. Entry ni tengok Raziqh Takeshi aje ok...

Nampak comel dan macam pasrah ja kan duk dalam baby-sofa bumbo ni, tapi gambar tu diambil masa dia tengah tengok tv, kalau tak, hmmm jangan harap ler, takkan dia nak duduk lama pun, 1/2 jam pun seksa, Rafiqh dulu boleh duk dalam ni lama2 sambil tengok I buat kerja kat dapur tapi si kecik ni dia takmau sebab tak leh bebas kot. 'Sakit hati' kot tengok onichan terkinja2 melompat berlari dan main kereta, dia restless sungguh kalau terperangkap dalam tu, hahaha. Rafiqh berbulan2 pakai sofa ni sekalipun tak jatuh tapi Raziqh sejak umur 5bulan lagi dah berkali2 tergolek gara2 nak keluar, mujur jatuh kat ruang tamu(bawahnya tatami), kalau jatuh kat dapur(bawahnya simen), naya ja, hish...


Kalau duk dapur, buh dia dalam walker ni, sonang mak dia nak buat kerja. Kalau bagi dia bebas merayap, mak dia fehnat2, hahaha. Bahaya pun ya jugak, takut terpijak atau onichan langgar. Hari tu onichan buka sliding door beranda nak tunjuk birds dan hikouki(=plane) kat adik laa kengkononnya, adik dah nak keluar turun koridor dah, haa kelam-kabut dia tarik kaki adik sambil jerit2.
(photo: muka blur Raziqh sebab tengah ngantuk...)


merangkak...

gaya pelari??? ready to go!

mama:"Takeshi-kun..."
adik: "haitttt(=ya)!"

"eeeiiii geram..."

Agak2 dia tengah tengok apa tu sampai takmau pandang camera?!
Ye, tengok tv! Kalau tengah ralit tu, panggil 4ribu kali pun dia buat derk ja...

Sejak dah terer meniarap, susah betul nak pakaikan cds/dispo/baju kat dia, tapi dulu ok lagi sebab dia merengek2 dan kalih2 badan je tapi sekarang siap menjerit2 nangis macam kena hapa ja, geram sungguh laa. Dulu2 kalau dia iya(=tak suka) apa yang I buat kat dia, I akan kata "gomen ne, gomen ne(=sorry ye)" sambil pelekoh dia. So sekarang onichan pun dah pandai cakap "adik, gomen ne, gomen ne" bila tengok adik nangis mama kerjakan, semalam siap cubit2 mama lagi sebab adik melalak, tapi bila dia yang lepuk atau buat adik nangis, takde pulak nak cakap gomen, haparaaa hahaha...

5 comments:

ojasamid said...

sukanye tgk raziqh yg gebu ni..mmg sebijik rupa anak jepun kan fith. hihi..
sama je bab duduk dalam bumbo tu, akak dulu pon heran awat la ayyasy tak boleh lekat duduk dlm tu, tak sampai 5 minit mesti dh tergolek keluar sendiri. abgnya dulu otonashi je. hihi.
tu yg skrg ayyasy makan sambil berjalan ke sana sini..adoi la..tatau camne nk `ubat` habit dia ni. mmg teruja kot ye tgk si abang boleh gerak sana sini..:p
(tp yelah, abangnay dulu 6bulan setgh baru boleh meniarap. jd maknya sangaaat yoyuu ms setahun pertama tu.beza sungguh dgn si adik ni. haha..)

Fith said...

Kak oja,
haaa mmg sah!no 2 ni tak reti duk senyap sbb teruja dgn abang dia kan.fith pun pelik gak sbb raziqh ni aktif semacam,bila fikir2 dan ramai kata mgkn sbb dia ada 'contoh' kan,haha so nantonaku boleh terima dek akal laa.
haha lawak laa ayyasy,fith bleh bygkan camne keadaan tu,tgh mkn pun sibuk nak main ek,hehe,kawaiii

mariam said...

geram je mak long tgk adik...rasa nak gomoi2..
lepas nih adik n abg bolehla buli mama pulak ye..
mcm sidqiy n syafiy skrg,selalu je buli mama dia,time klong nak marah atau nak kejar konon2 si abg or adik,masing2 ckp 'adik lari adik...atau abg,lari abg...'rasa lawak la pulak..hehehe

Fith said...

kaklong,
haha lawak sungguh,pandai diorg auta ek,kemana tumpah kuah klau tak ke nasi kan,sama laa mcm papa diorg,hahaha...
adush kaklong,skrg pun dah start buli dah,suka wrestling mama,penat nak layan,dulu sorg boleh laa,ni dah 2,mmg kalah laa,haha...

Ina said...

hihi tu gaya kejar bola kt pdg ke raziqh!!! menarik betul gmbr tu fith. dh jd baby terhangat dipasaran la raziqh ni. ni kalau makwe tgk gmbr2 ni cair ler hihi. tgk gmbr je dh tau lasaknya dia. yela dh pandai bergerak kan. tambah2 ada oniichan plak sebagai idola. lagi la cpt pndai :D