Friday, March 12, 2010

Laptopku usang laptopku sayang...

Beli laptop ni berzaman dah, kalau tak silap selepas sebulan datang sini, kira2nya lebih kurang 7tahun dah dok hadap laptop ni saban hari. Banyak sungguh dia berjasa, dari zaman student sampai dah beranak 2, penuh dengan nostalgia. Walaupun dia dah ketinggalan zaman dan dah buruk uzur, tambah pulak sekarang ni dah bengong dikerjakan dek 2R tapi taktau awat yang rasa sayang sangat nak beli baru. Selalu sangat rasa sakit hati dengan laptop ni sebab dok tak dok tiba2 hang tak pasal2, dah laa suka2 hati ja nak laju ka nak lembap ka, memang mencabar kesabaran sungguh. Kalau tak sebab sayang dan sabar, lama dah dia terjun bangunan 5tingkat ni.

Bila geram dengan laptop ni I mula la membebel, myLove pulak kalau dengar I merungut mula la suruh beli baru, memanglah laptop sekarang ni dah murah tapi bila fikir2 nanti yang baru tu pun bakal dimerengkan oleh 2R, rasa tak payah laa beli lain, pakai ja laa yang ni sampai dia kiok sendiri, hahaha.

Banyak dah buttons kat keyboard tu yang tercabut, dah berpuluh2 kali kerja dok pasang balik ja, ada tu yang langsung tak boleh pasang, tapi still berfungsi laa. Semua tu 'hasil tangan' Rafiqh masa baby, bila dia dah pencen dari dok cabut2 benda2 ni, terfikir jugaklah nak ganti keyboard baru tapi bila pregnant balik, terus cancel. Sebabnya sah2 nanti jadi lagi, haa memang pun, sekarang ni Raziqh dah nak mula memanjat, tak lama lagi 'selamat' ler laptop ni dia kerjakan jugak.

Sebenarnya ada 1 laptop lagi, kecik comel hadiah dari myLove sempena my graduation, yang tu memang sayang sangat nak pakai, selalu guna untuk dibawa travel ja. Cuma lately sebab laptop usang ni dah tak boleh nak tengok movie/drama/cd, so terpaksa kena pakai laptop kecik tu, demi menjaga 'keselamatan'nya, kami letak atas almari sambung ke tv, 2R memang tak boleh sentuh langsung laptop tu...

Yang menjadi dilema sekarang ialah nak transfer segala mak nenek data dari laptop ni ke tempat lain, sebabnya sejak kebelakangan ni hati ni selalu rasa risau kot2 tiba2 laptop ni kaput terus, habis laa, punyalah banyak gambar2 dan video2 2R dalam ni. Nak burn dalam cd tapi cd-driver pulak dah lama weng, nak transfer melalui thumb-drive memang jenuh laa, so dok usha2 nak beli external hard disk, kena tunggu 'gaji' dulu laa nampak gayanya ni.

Alahai laa laptop, tolong laa berkhidmat lagi, walaupun selalu kena marah jangan laa merajuk, sudi2kanlah kiranya kamu terus berbakti hingga errr entah!
Sungguh sih, aku sayang bangat sama kamu! *tiba2 masuk indon mode, hek*

7 comments:

mysara said...

tu laptop fujitsu kan fith? sama ngan mai & ida.. mai punyer dah selamat digadai utk beli vaio,sbb kena serang virus durjana.tp puas pakai 5thn.. kata org,hayat laptop sono gurai...so, xper laa..beli baru.. yg baru nih,rayyan sentuh pon xleh,sbb lappy papa dia abis dicabut segala button..sama geng la dgn rafiqh..hihih... beli je baru fith..hik3

aisha said...

la sama ngan hubby saya laptop fujitsu nih. beli 2003 gak.hihi. dah 7 thn la kan. Ni pun tgh guna lg. budak2 ni mmg suka sungguh cabut button keyboard kan..hihi..pe lg fith, kena beli bru tu..hihi..

Ina said...

hmmm dh leh byg la ihsan pn nnt akan menurut langkah yg sama hihi. skrg dh start tepuk2 keyboard dh. sket hari lg dh leh bergerak xtau ler. meja pc ni dh la rendah. byk betul harta2 kesayangan hubby kt sini. hmmm xpe biarla papa ihsan pening sorg2 cmner nk buat nnt hihi.

Fith said...

My,
aah fujitsu,sama ek?wah siap gadai dah,kat nihong ni klau bg free pun org takmau dah,haha.
laa rayyan pun buat keje cabut2 gak ke?haha sama je dgn rafiqh,klau bg sebiji laptop kat diorg,habis togel laa laa laptop tu diorg kejekan,haha

Aisha,
haa sama jugak?hihi,mmg tahan laptop ni,mgkn sbb besar,rafiqh dah jatuhkan dan hempuk byk kali dah,siap duduk/berdiri atas ni lg,hadoi laa.aina pun suka cabut2 gak ek,sama je ek budak2 ni,sepesen ja perangai,ish3,hehe...

Ina,
tunggu laa ina,ihsan dah leh memanjat nanti,habis semua benda kena letak tinggi.mmg tak menang tangan nak kemas,dia lg cekap dan laju,hehe.hbs arr papa dia pasni pening nak menyimpan brg,hehe...

Fadhlyna Abd Wahab said...

eh..br tau bb mmg suka cabut button laptop~ kelakar plk baca pengalaman mommies lain semua sama. fateh pn dulu suka cabut...wahhhh panic attack ms tu. kite plk yg terkial2 nk pasang blk satu2. siap kena rujuk keyboard desktop sbb xingt susunan buttons yg mana dkt mana. agaknya bb suka cabut2 ni sbb tgn depa elok2 kecik, sgt sesuai nk cabut2 kot nooo?

afu-chan said...

haha ayat last tu tiba2 ja

Fith said...

chiput,
tu lah chiput,fith pun baru ja tau,sepesen ja rupanya budak2 ni ek,mcm sepakat ler plak,hahaha...agaknya betul laa kot,jari kecik diorg tu muat2 utk kerja korek-mengorek,adoi lawak!
mmg terkial2 awal tu,tp lama2 kita pun jd terer pasang blk kan,hehe

Afzan,
hehe hihi