Thursday, June 23, 2011

Misi mencari biskut raya...

Ish lagi sebulan saja lagi dah nak puasa...

Takmau cerita pasal persiapan raya yang lain lagi, belum masanya, yang tu KIV sampai dah masuk ramadhan nanti baru best nak story2 kan?! Kali ni nak cerita pasal biskut raya dulu, haaa mengancam!

Tahun ni insyaAllah kami beraya di Malaysia(hooray! ops, tak berapa hooray lah kalau cik abang tu tak dapat balik, huhu). Sepanjang ramadhan nanti akan berada di Malaysia, maknanya tahun ni tak ada laa istilah meriah2 berbiskut raya. Kalau duk nihong boleh laa buat 10jenis biskut tapi duk rumah mak ni, sah2 mak tak approve laa, haha. Sebabnya time tu I dah agak sarat(takut tak menang tangan nak handle 2R), kat rumah tu tak ramai yang suka makan biskut raya(me and kids je kot yang gila biskut) dan sebab paling utama ialah oven kat rumah mak tu tak syok, lambat bebenor nak siap membakarnya, cemuih! Kesimpulannya mungkin buat 2-3jenis saja kot. Apa kelas kalau raya tapi tak meriah dengan biskut2 ni kan, rasa macam tak best je sebab dah terbiasa time raya berbalang2 penuh biskut, so sekarang I tengah menjalankan misi mencari biskut raya versi tunjuk2, hak3...

Kawan2 sekalian, kalau ada website2 yang jual biskut best2 tu sila laa promote. Sendiri bikin ka, saudara-mara punya ka, kawan2 ka, nak susume(=recommend) ka, haa sila2! Dok usha2 kat facebook jugak dan ada laa sekedai dua yang ceq berkenan, cuma tak order saja lagi. Tak berapa nak arif bab harga2 biskut ni tapi hentam sajalah, beli dalam 4-5jenis ok kot. Kalau tengok kat supermarket2 tu memang bersepah biskut raya dijual tapi hmmm harap cun sajalah, rasa out kot, takmau2!

Biskut raya oh biskut raya...

4 comments:

Unaizah said...

Seronokla ye Mama & 2R beraya di kampung halaman. Fith terus stay sampai bersalin and habis pantang ye nanti?

Fith said...

kak unaizah,
aah nampak gayanya macam tu laa,blk dari sini terus stay msia sampai hbs pantang,then baru blk jepun...
akak takde ka nak rekemen biskut raya?hehe

Elah said...

Elah ni pun dah x sabar nk blk nihon n start buat biskut n kek raya tp xdelah sampai 10 jenis mcm fith...bab2 housewifing(?!) ni i am not a superwoman(yet) :p

Fith said...

Elah,
haha yappari blk rumah sndr ichiban ii ne!nak buat apa pun boleh,esp bab cooking ni...
elah kena tunggu hanun besar sket,bila dia suka mkn cookies,20jenis pun sanggup buat.
superwoman in the making,tunggu blk nihong boleh apply skill tu,haha