Tuesday, June 21, 2011

Belgium (11 Jun 2011)

Punya laa lama nak siapkan entry ni, phewww, maaf ye buat yang tertunggu2...

Pukul 5.30pagi mama dah tercegat kat dapur menyiapkan nasi goreng untuk breakfast. Siap masak terus makan, mandi dan bersiap. Kejutkan budak2 bangun dan suapkan makan dan siapkan depa pulak. Barang2 semua dah ready malam sebelum tu so awal pagi pukul 7.30 kami dah keluar rumah. Kali ni tak sesat dah cari train station (nak kena pelangkung la tu kalau sesat lagi), kami sampai awal sedangkan train kami pukul 8.22pagi. Europe sekarang kononnya tengah summer tapi sejuknya macam auturm, nasib baik bawa jaket budak2 ni, I pulak cuma ada long-cardigan, huh pakai baju 3lapis pun masih terasa sejuknya...

Selepas 3kali naik-turun bertukar train Sprinter kami pun sampai kat Brussel-Zuid Station yang terletak di Belgium pada pukul 11.42pagi, kami kena transit kat station ni untuk naik eurostar(ala2 shinkansen) ke London. Disebabkan kami bertolak awal dari Tiel makanya kami ada 2jam untuk melepak kat station ni, memang sengaja pun nak sampai awal, sebab nak ambil peluang ni jalan2 tengok Belgium...

Belgium terletak di bawah(selatan) Holland, kedua2 negara ni kecik saja, makanya tak banyak perbezaan pun dapat dilihat di kedua2 negara ni dari segi rupa bentuk bangunan, orangnya, pembangunan dll. Cumanya dari segi bahasa rasa macam berbeza, Belgium ni loghat macam France sikit, mungkin dapat pengaruh France kot sebab France sebelah je dengan Belgium, errr entah laa, not so sure, yang pastinya hapa depa cakap sepatah hagham kami tak faham, haha...

Masuk ke sempadan Belgium ni tak rasa pun macam kita sedang masuk ke negara lain, mudah sangat, tak ada check apa2 pun, main redah ja. Sampai kat Belgium kami terus keluar station, nak jalan2 area situ untuk ambil gambar. Dari dalam station lagi ada 1 benda yang kami perasan, mak aihhh ramainya umat islam. Baru beberapa minit kat situ kami dah jumpa berpuluh2 muslims, yang bila lalu sebelah kami usahkan nak tegur kan, senyum pun tak! Normal lah tu, bila dah ramai sangat muslims, dah tak rasa apa dah...

Antara gambar2 yang diambil di hadapan station Brussel-Zuid @ Bruxelles-Midi...


Jalan punya jalan, tak jauh dari situ kami terjumpa masjid, terkejut! Haha, maafkan laa ke'peghak'an kami ini, kami mai dari kampung Yamaguchi, masjid tarak maa, kat Nihong susah woo nak jumpa masjid, kat bandar2 besar ada laa, bukan macam Europe kan, kat kawasan terpencil kami tinggal sekarang ni pun dengar khabarnya ada masjid. Ada ramai orang dalam masjid, I dah agak dah ni mesti ada kelas Al-Quran sebab selalu terbaca tentang kelas2 begini di-organize di masjid2 pada hari minggu. Tepat sekali, memang tengah diadakan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak2. Taktau laa depa ni bangsa apa, rasa2 macam Turki kot. Cakap english tak boleh, arabic pun tak boleh, makanya berayam-itik lah kami. Both of us dah lama tinggalkan bahasa arab tapi still lagi boleh ingat sikit2, kalau membaca tu faham laa so most of tulisan dalam masjid tu I faham. Yang melayan kami masa tu rasanya imam kat situ, yang I tahu dia adalah pengetua berdasarkan explaination dia lah. Beriya dia explain itu ini, kira ok laa sebab still boleh 'tangkap' apa yang cuba dia sampaikan, terima kasih! Habis je ambil2 gambar, kami blah, nak tunggu lama2 pun sesak dengan muslims yang masuk-keluar. Jalan pusing2 lagi nak cari kedai makan muslim tapi tak jumpa, ada laa bakery dan kedai2 muslim lainnya tapi tak singgah pun. Alih2 untuk lunch kami cuma beli roti dan choc drinks saja...

Masjidnya 2tingkat, boleh tahan jugak luasnya...



Habis pusing2 kami jalan balik ke station. Train station ni agak besar jugaklah, macam2 ada...



Nak naik eurostar ni rasa macam nak naik flight, siap kena scan bagai, perghhh, nak masuk border UK lah katakan, straight habis! Prosedur masuk sama macam kat airport, check in, scan barang2, scan badan, isi borang, cop2 passport dan bersoal-jawab dengan pegawai kat situ...


Eurostar ni panjang amat, penat sungguh nak berjalan menuju ke gerabak kami tu, hadoiii. Istimewanya eurostar ni ada gerabak khas tempat jual foods, macam yang dok tengok dalam tv tu, toiletnya pun ok. Cuma dari segi keluasan seat dan keselesaan, I rasa shinkansen Nihong much more better...


Eurostar bertolak dari Brussel-Zuid station pukul 1.49petang dan tiba di London St. Pancras pukul 3.03petang. Kalau kira kat masa tu macam sejam lebih aje perjalanannya kan, walhal sebenarnya kena tambah sejam lagi sebab 'waktu' negara mereka berbeza sejam, jadinya 2jam lebih laa perjalanan keseluruhannya, merentas sempadan negara dan terowong bawah laut. Dari Tiel mengambil masa 6jam lebih untuk tiba di kota London, welcome to London!

3 comments:

mysara said...

syioknyerrr!! :)

Ina said...

bestnya! haa fith dh merasa la eurostar yg famous tu. kiter ni dh nk balik pn xpenah rasa lg shinkansen. apatah lagi eurostar ntah zaman bila haha

Fith said...

My,
syiok sbb jln2 mkn angin n free,haha...

Ina,
laa ye ker,naik laa shinkansen sekali,best laa jugak!masa naik tak rasa laju pun,tp fith suka tgk bila yg laju2 tu lalu depan kita,perghhh berdesup macho je,hehe...