Saturday, July 31, 2010

Warabi mochi

Warabi mochi adalah sejenis kuih tradisional masyarakat jepun. Nama je mochi tapi bukanlah mochi yang sebetul2 mochi sebaliknya it's more to jelly-like confection made from bracken starch. Teksturnya lebih lembut dan tak liat, even Raziqh pun boleh makan, beralun2 lembek macam jelly, sedap! Kalau mochi biasa tu memang tak bagi laa budak2 ni makan, mau tercekik depa nanti, tapi warabi mochi ni potong kecik2 dah boleh suap. Mochi ni kalau kat Malaysia ala2 macam kuih koci laa, hah taktau kuih koci tu apa, pi cari kat pasar yer, tapi tu kalau mochi biasa, kalau warabi mochi memang lain laa dari kuih koci...


Dulu2 taktau pun warabi mochi ni boleh dibeli kat supermarket biasa, cause kalau tengok tv selalunya ianya lebih mudah dijumpai kat area Kansai, kiranya glamour laa kat sana. Teringin nak makan tapi taktau kat mana nak cari. Lastyear baru perasan ada jual so sekarang once in a while mesti beli, makan as desert, yummy!

Harganya dalam 60yen(=RM2) sebekas. Yang dalam gambar tu versi macha(=green tea), ada jugak yang plain putih. Taktau laa apa bezanya, rasa macam sama ja, hehe. Mochi2 ni sangat sedap dimakan dengan kinako(tepung/serbuk soybean yang manis), celup2 dan salut dalam serbuk tu then makan, walla oishiii!!! Warabi mochi ni dikatakan popular ketika natsu(=summer), tapi rasa macam setiap masa ja ada dijual kat kedai.

Haa bagi yang duk Jepun tapi tak pernah rasa lagi, try laa beli, sedap!

2 comments:

Heartilyina said...

sedap tak fith? ada dok nmpk n rasa teringin gak nk cuba tp tula takut mcm manis sgt. ala2 manis mcm dango ke or lagi manis? penah skali mkn kuih apa nama xingat tp adik beradik mochi gak la tp mcm manis sgt. tp tgk fith mkn ni rasa mcm nk kena cuba sndiri jugak la hihi :D

Fith said...

ina,
yg ni tak manis sgt.sedap sbb lembut,klau mochi tu liat sgt,hehe.cuba laa,sedap makan time panas2 ni,sbb ada image cam sejuk,terasa sejuk bila telan,haha