Friday, July 23, 2010

Malas...

Rasa lemau laa pulak seminggu ni. Lastweek kemain semangat lagi buat itu buat ini, tapi this week meleweh2. Ada turun naik jugak mood ni pun, mungkin sebab minggu ni dah betul2 masuk summer, badan pun baru nak adjust untuk sesuaikan dengan tahap kepanasan sekarang ni. Bunyi cengkerik dah kedengaran, suhu siang hari dah sekitar 30++, tak laa panas sangat pun kan tapi baru lepas mandi pun boleh berpeluh2. Taktau laa nak describe macammana panas kat sini, sendiri kena mai rasa baru tau. Kalau memasak ka menjahit ka mengemas ka, pendek kata kerja2 yang tak boleh 'dapat' kipas tu memang lencun peluh laa. Dulu2 time panas macam ni I akan mandi sampai 5-6kali sehari, tapi bila dah ada anak ni, dapat mandi 2kali pun dah kira nikmat dah. Bebudak ni sehari at least 3kali laa depa mandi, kerja menyalin baju tak habis2...

Jom tengok gambar, nak kata terbaru pun tak jugak laa...

Time tengah baik, berpeluk sakan laa. Hang peluk aku, aku peluk hang, hang kiss aku, aku kiss hang. Satgi dah bosan2 tu mula laa nak tolak2 pulak kan, hehe, biasa laa budak2, kita yang tua pun sama jugak, keh3...


Haa kan dah kata, Raziqh tak suka orang kasar2 dengan dia, tapi kalau dia kasar dengan orang takpa pulak, hehe... Si Rafiqh sejak azalinya memang bergurau kasar, macam ni laa selalu2...


Raziqh ni pantang tengok ayah dia tinggal laptop, ayah bangun pi dapur sat ja pun, dia dah merangkak laju2 terkam nak menekan. Laptop mama dah puas tengok dah, bolayan dah, laptop ayah buka malam ja, sedikit jakun di situ, sama ja dik, takdak beza pun...

Apa yang best sangat dengan laptop pun taktau laa, kalau takat tengok saja takpa laa, ni tekan sana tekan sini, siap naik duduk atas laptop tu lagi, aiseh ingat murah ka dik menatang tu?!


Ni gaya cover diri bila kena marah. Kalau orang marah dia, macam ni laa gaya dia, angkat tangan tunjuk2 balik sambil sengih macam kerang busuk... Ni dia dok tunjuk ayah dia tu, ayah kat belakang dok panggil2 dia, haa cuak2!


Eh2, tunjuk mama pulak. Dah salah tu pandai pulak nak buat aksi comel supaya orang tak marah. Mama tak marah aih, mama cobit je...


Sengih2, gomoi kang...


Ok, buat muka pasrah tak boleh main laptop ayah, duk senyap2 sat, sat ja laa tapinya...

15 comments:

ojasamid said...

tu la kan, panas sungguh skrg ni. dh beratus2 org masuk spital sbb dehydrated, yg mati pon ada. huhu..

kami kt rumah ni pon sokmo tutup langsir sbb kononnya nk sejukkan rumah. ekon pon kerap ON. kipas lg lah xrehat lgsg. mmg mcm cacing kepanasan gitu..budak2 pon asik mintak air. haus sgt agaknya ye.hehe..

ganbarou ne, melalui natsu thn ni. sat lg bulan puasa mesti lbh mencabar kan? camne lh agaknya..

Fith said...

kak oja,
tu laa,siap ada yg mati tu dah kan.td tgk tenki yohou kata kat nagoya sana dah 38,huishhh camne laa tu gamaknya yer.

kat umah ni aircond ada kat bilik tidur je,mlm2 on off kejap2,berpeluh2 jugak laa raziqh ni haa,hehe.siang mmg cooler n kipas ni on selalu,kesian kat budak2 laa kan.

bln puasa ni fith nak duk diam2 je dlm rumah,buat biskut je,hehe.klau boleh selagi en suami takde takmau keluar,haha penat nak bawa 2budak ni naik turun 5tingkat takdak lift ni,hahaha.

umeboshi said...

k.noora pun dulu kat nihon, kalo natsu je mmg down sungguh semangat nak buat apa2 pun. malaaaas je. time haru le paling bersemangat nak buat macam2. ada anak2 kecik lagi la kan...kena sabar byk2. kalo panas2 ni, bebudak selalu tension kot.. rimas!

Heartilyina said...

itula kan fith. elok2 dh mandi pn peluh menceceh2. bila mengemas rumah lenggang2 kangkung je pn dh mcm merentas desa 5 km. smlm pn dok ckp2 dgn hubby cmner la puasa nnt. sian kt hubby dia bkn keje jns dok senyap2 kt opis. nk ke sana sini merepair. hmmm nk kena sabar byk2. bila dh panas sgt xselesa bagai hati pn sng la nk naik angin. sian kt ihsan nnt hoho

Anonymous said...

eeee...geram la tgk raziqh ni~! hehe..gomoi,lama sungguh x dengaq ktoba tu...
hehe,pandai noh dia cover dr kene marah dgn buat2 angkt tgn+muke comey habih

-dena-

Fith said...

Kak noora,
bukan takat budak2 ja tension,mak budak pun cepat je tension,panasss je klau anak2 buat hal,hehe,sabar2...rasanya masa jd gakusei dulu panas2 pun still boleh tahan lg tp saikin ni sejak pemanasan global yg melampau ni,sampai ada ramai org mati ni mmg tak tahan sungguh,rasa nak blk msia pun ada,hehe...

Fith said...

ina,
betul2,tu yg jd nak duk diam2 takmau buat apa2 tu,sbb malas tul bila berpeluh melekit2 ni,hehe.fith gerenti dah,puasa ni duk umah je laa,baca quran je laa,hahaha,takyah nak merayap2,buat tambah dahaga je,kah3.
kesian hubby2 kita ye,mcm hubby fith pun klau kena masuk kilang mmg kering ah,sabar je laa yer...

dena,
haa tau takpa,pandai dia cover takut kena marah.tu ok lg dia sengih2,kdg2 dia buat muka serius,siap jegil2 kat kita plak,mcm kita plak yg buat salah.klau nak babap dia,dia babap dulu,boleh?!geram kan,gomoi ja,hahaha

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

ish3 geram! comeeeelll!! hehe.kak fith, xdop acount gmail ko?nnt bole chat :p YM xlps kat opis.hahaha.

Fith said...

faeeza,
klau pakai akaun gmail,nak chat lagu mano dik?akak buta it,haha.ada je akaun gmail,tp buka pun tak pernah,haha buleh?!

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

haha. akak donlod gtalk aplication. xpun kat gmail tu mmg dh ade aplication utk chat ha.kuikuikui. nnt dh ble chat add ore deh. faeeza2410@gmail.com. slmt mcube! hahahahaha!

Fith said...

faeeza,
ooo gitu ek,okes,bereh.nanti akak godek2,pastu add faeeza,kita bleh sembang2 kan,hihi

afu-chan said...

ee geramnya tgk dua beradik ni dok main.. so kamcing ;)

pandai pulak si raziqh ni nak lari dr kena marah ek. sapa x cair bila tgk senyum mcm tu.. (^^)

fith gomoi sat raziqh bg pihak kita... geram ;)

Fith said...

afzan,
camni laa selalu,satgi baik,satgi gaduh...

haa mmg pandai cover diri,tu yg makin geram tu,tau plak yg dia buat tu salah,haha.
ok2,beres.gomoi lbh2 sket sampai teriak,haha

~ indah ~ said...

kak fitriiii... ehehehe

comey la anok2 akak.. sgt2 adorable.

hihi..
tahniah utk kehidupan bermakna, membina keluarga bermakna dan mensyukuri nikmat Allah..

tahniah dan terima kasih sbb sharing sbb juga nisa rs nisa takkan dpt pengalaman mcm akak.
gud to know everybody else's life out this malaysia's comfort zone. hehe

Fith said...

nisa,
thanks dear.alhamdulillah hidup yang sederhana,but yet I'm happy.

takpe nisa,stp org pengalamannya berbeza,mengungkap bahagia pun tafsirannya tak sama,moga nisa jugak bahagia seadanya,thanks for reading!blog ni merapu je lebih,hehe