Friday, July 16, 2010

Makkk, I miss you!!!

Rindunya kat mak, dah seminggu lebih tak call mak, seminggu lebih tak dengar suara mak, terasa janggal laa pulak hidup ni. Semalam pukul 12malam abah sms, bagitau depa dah nak ke London, esok ka lusa dah nak balik Malaysia. Abah kata penat sangat berjalan, pi nak berehat tapi lagi penat ada laa, haha, kesian abah mak, dah tua2 ni bukan larat sangat nak travel non-stop, tu pun alang sewa van, kalau naik turun bas/train, mesti lagi penat kan. Minggu depan baru laa boleh call mak, mesti banyak cerita mak, ni 1st time mak pi UK, excited toksah cakap laa...

Start berpisah dengan mak masa lepas SPM, masa buat preparation course nak datang sini kat UM, masa tu memang setiap minggu berkali2 dok call mak, takpun abah mak call. Bila datang sini, dah jadi kemestian dalam seminggu at least sekali mesti call mak, dulu2 call malam, sejak jadi fulltime housewife ni selalu call pagi2 agak2 lepas mak dah settle kerja2 rumah, tengah2 dia berehat tu call laa sembang sejam dua. La ni mak dok dengan my youngest brother-adik berdua saja kat rumah, bukan ada apa sangat pun kerja nak buat. Mengemas2 rumah weekly maid datang buat, masak pun simple2 saja, habis2 pun mak sidai baju dan dok berkebun ja laa kot. Abah balik weekends saja, mesti mak sunyi seharian terperuk sendirian kat rumah, tu yang rajin mengacau mak tu. Mak tak reti pakai internet2 ni, kalau dak boleh laa chatting, hehe.

Tapi kadang2 tu selang sehari call mak, sampai mak tanya "laa awatnya?", "saja laa, nak dengaq suara mak, hahaha", "gatai aih", hambik hang, call mak sendiri pun kena 'gatai'! Gatai pun gatai laa, selagi boleh dengar suara mak, call laa, nak jumpa kerap2 tak boleh, dengar suara pun jadi laa. Nanti kalau mak dah takdak, suara mak laa yang akan paling dirindui, huhu...

Rindu mak, moga2 abah mak dan adik selamat pulang...

10 comments:

Ina said...

hihi bkn slalu sampai uk. harus la alang sakan bwk berjalan kan. xpela letih bdn tp boleh rehat2 kan minda tgk2 negara org :D

sama la kiter fith tetiap mggu call mama. tp kdg2 xde apa pn nk ckp. sat g ckp byk2 sgt dok lawan bergaduh plak hihi kdg2 tu mama pn ckp mcm nk xnk je. mcm menyampah je org kacau dia haha :P

Fith said...

ina,
haha tu laa sampai dah taktau nak sembang apa,hehe.takpa laa kan,melepas rindu,dgr suara pun dah rasa tenang dah...

Dinda Boutique said...

rindu mama jugak..sobs..sobs...call hr2 pun stil rindu...waaa

Fith said...

faeeza,
haa parah dah laa tu,tu kena blk jumpa laa jawabnya hehe

zura said...

ehehehehe.., biase laa tu fith.., fith tu kira ok laa.., dok jauh dgn mak kan..! zura yang mak dok serumah dgn zura nie pun.., bila kat opis nie 3 4 kali gak call.., sampai kdg umi zura siap dah tau ape yg zura nak ckp..
tapi bila depan mate betekak je.., hahahahaa.. hope nanti kita dah tua.., anak2 kita pun ttp ingat kita walau kat mane pun kita berada kan.., aminnnn

Fith said...

zura,
haha bertekak tu pun perkara biasa.dulu selalu gak gaduh dgn mak,haha,tp sejak dok jauh ni,sejak ada anak lg,mmg mengelak laa dari dok gaduh2,bukan selalu pun nak jumpa,huhu.zura best kan,boleh jaga mak,boleh jumpa mak tiap2 hari...

aisha said...

salam..betui2..samala kite..smingu sekali mesti duk call..klu tak dgr suara seminggu, mesti duk rindu..dpt dgr suara pun hati kite dah tenang kan..

Fith said...

aisha,
tu laa kan,duk jauh2 ni rindu selalu,huhu...dgr suara pun dah takpa dah,at least mak2 kita tahu kita ingattt dia,kan...

kew_chop said...

sob sob, baru jek pas call mama tadi. jumaat satu kemestian call family coz jumaat kelantan cuti kan so mama tak gi sekolah. hari ni dia pelik nape kita tak call sampai ada miss call 3 kali, hihi. anak dia ni tgh syok pilih kain petang tadi, hihi..

Fith said...

murni,
ooo mama murni cikgu ke,hehe.kena tunggu hari cuti laa yer,takpe yg penting kita call kan,sbg tanda ingatan...