Thursday, July 1, 2010

Ajar anak2 budaya mengemas...

Anak2 dan omocha(=toys) memang tak boleh dipisahkan, kat mana ada budak kat situ mesti ada omocha kan?! Walaupun kadang2 tu anak tu tak heran nak main sangat pun tapi tetap jugak mak bapak dia suka nak membeli(kata kat diri sendiri laa tu, hehe). Bila dok pulun beli punya beli last2 sedar2 ja tengok rumah tuh dia aih penuh dengan toys dah, bersepah2!

Budak2 ni pulak part mengighai buat sepah tak payah nak ajaq memang dah terer sejak azalinya, tapi kalau bab nak mengemas, perghhh! Dan rasanya ni laa dilema hampir kesemua ibu, dah laa sakit kepala tengok rumah macam tongkang pecah, bertambah2 lagi sakit kepala bila nak suruh anak2 tu mengemas, huishhh seksa!

Sebenarnya tak susah mana pun nak suruh depa ni suka mengemas, dengan syarat sejak kecik lagi jadikan 'mengemas' ini satu budaya. Jangan tunggu depa dah besar baru nak latih supaya pandai mengemas dan menyimpan, memang payah dah laa kan?! Meluntur buluh biarlah dari rebungnya, ya tak?!

I tak ingat pulak sejak bila I mula ajar Rafiqh ni mengemas, kalau tak silap sejak dia belum pun cecah setahun lagi. Tapi masa tu aktiviti mengemas toys ni lebih kepada 'ajak dia sama2' simpan balik segala-mala toys yang dipunggah, tunjuk kat dia satu-persatu yang ni nak buat macammana yang ni pulak macammana then slowly bagi dia handle everythings all by himself. Bila usianya setahun lebih dan dia pun dah cekap mengemas, baru laa I betul2 push dia by hook or by crook, lepas main WAJIB kemas, no excuse! Dan sekarang ni kalau dia mengelat takmau mengemas, memang dapat habuan cubit2an ler...

Rafiqh ni kalau keluar main kat tempat orang contoh macam klinik ka sekolah ka class ka rumah orang ka kedai ka mana2 laa, sekali cakap ja "clean up/katatsukete/kemas", sepantas kilat dia akan clear-kan semuanya, tak tinggal 1 pun, habis dengan yang orang lain main pun dia ambil simpan, haaa tuh dia, sikit punya laa baguih! Meleleh orang puji dia, doktor/nurse/cikgu2 dia tu dah penat dah kot puji dia, cair hati mak dia dengaq sampai orang boleh mai tanya "macammana didik dia jadi lagu tu?!", adehhh benor2nya kat luar ja dia 'sebagus' itu, kat dalam rumah ada 'mood' jugak dia pun!

Kalau mood tengah rajin, sekali cakap ja terus settle semua, tak payah tunggu tengok pun takpa, datang2 ja dah beres cuci-calat. Akan tetapiii, bila mai angin tak berapa nak rajin dan mood nak main2kan mak dia, hmmm memang sangat amat menguji kesabaran. Bila time dia malas, kalau mak dia kata "onichan, simpan buku2 ni", haa dia 'scanning' persekitaran dia dan angkat buku SAJA pi simpan, yang lain dia lantak pi, jenuh mak dia nak kena sebut satu-persatu benda yang ada. Time2 macam ni memang tidak boleh tidak, mak dia kena 'tolong' sikit2 sambil tunggu tengok dia buat kerja hingga selesai...

Ada masanya I ni tak sabar orangnya *sigh*, ya laa kan dah nama pun budak depa ambil kutip satu2 nak simpan, lambat pulak tu, memang jenuh lamaaa nak kena tunggu dan I ni pulak sangat tak suka tunggu2, kadang2 tu kesian dia tak pasal2 kena marah, padahal dia dok menyimpan dah tu, hish bila fikir2 balik rasa nak pelangkong kepala sendiri! Dah tu kadang2 tengah2 rancak menyimpan tiba2 boleh pulak dia ralit main dengan sesuatu yang dia jumpa di tengah2 ekspedisi penyimpanan tu, ni pun sangatlah normal, kalau dulu marah laa jugak tapi sekarang I akan ambil benda tu letak ke tepi dan suruh dia sambung simpan, bila dah siap I bagi balik benda tu suruh dia sambung main...

Sementara nak berjaya dalam misi nak menanam budaya mengemas ni dalam jiwa anak2, memang mak tu kena banyak2 sabar, betul2 tegas dan mulut kena potpet2 sikit *errr sikit ka? hahaha*. Bukan senang nak membudayakan sesuatu yang baik tu kan?! Penat memang penat, penat woo marah2 dan denda2 tapi takpa, sekejap ja, nanti2 bila depa dah terbiasa, dengan sendirinya kepenatan tu kita rasa sangatlah berbaloi! Kadang2 bila tengok I marah2 Rafiqh, myLove tolong jugak anak dia tu mengemas(penat kot dengar I membebel, haha takpun kesian kat anak dia) but I purposely halang, I cakap jangan tolong dia, biar dia buat semuanya sendiri so that he will learn to be more independent and responsible...

Alhamdulillah now, I'm proud of him, even Raziqh pun tak sempat nak ajar dah boleh mengemas sikit2, but still nak kena train lagi laa. Dan sekarang ni dalam sehari terlalu banyak benda 'baik' yang Rafiqh buat, hinggakan I dah kesuntukan idea on how to reward him. Bab puji2an tu tak payah cakap laa, memang berduyun2. But personally I think kids need more than that, so I'm now thinking of making a reward star chart for him. Sebelum ni pun dah pernah fikir pasal ni tapi belum buat lagi, mungkin dah patut mulakan sekarang kan?!

This is their play room, bilik ni normally memang berkecah2 budak 2orang ni kerjakan. Dari pagi sampai petang selalunya I 'pejam' mata ja dengan keadaan tunggang-langgang ni tapi sebelum ayah depa balik, depa kena make sure bilik ni kemas!


Clear! Keadaan bilik lepas dah kemas, kalau myLove yang tanto(=urus) budak2 mengemas, nanti dia sort-kan mengikut kategori like books with books, cars with cars and etc., tapi mak depa main suruh humban ja, hahaha.

2 comments:

Ina said...

waa bestnya raziqh pn dh pndai mengemas. dia dok tgk oniichan buat. ihsan ni sehari 10 kali mama kemas. elok2 kiter kemas dia campak blk adeh hihi. hubby kata xyah kms dlu kalau dia lom tdo sbb jap g dia sepah blk so sama je. tp nyer sakit mata ku melihat sepah2 tu. bila ihsan plak nk pandai kemas toys ni hihi

Fith said...

ina,
haha fith ni sama mcm ur hubby,klau boleh mmg malas nak kemas sbb satgi diorg sepahkan balik,lantak laa sampai diorg nak tido baru kemas,hehe.tp hubby fith lak tak tahan tgk sepah2.

fith pernah tgk kat tv nihong psl menanam budaya mengemas ni,pakar tu kata utk membentuk budaya mmg kena ajar kemas byk2 kali dlm sehari,mcm ina buat tu.tgk dia tak main je,terus suh kemas.baru benda tu jd habit.sejak tu baru ler pulun suruh rafiqh kemas lps dia takmau main,satgi punggah blk,suh kemas blk,adehhh,hehe.

ihsan kecik lg,slowly laa kan.raziqh ni pun ada mood jugak,time nak kemas,dia kemas laa,tp sikit2 ja pun,dia tinggal yg lain2 utk rafiqh,haha.sabo je laa.