Wednesday, July 21, 2010

Tiap2 hari makan sup,tak cemuih ka?!

Selera Raziqh sekarang bertumpu pada sup, mai laa sup apapun, nama kata sup semua dia bedal, pendek kata no sup, no nasi! Demand ek!?

Jadinya hampir setiap hari mak dia kena masak sup, tapi ni version sup-bodo ja, tak payah tumis2, tak payah buh perkakas 4beradik bla3 tu semua, ala2 macam rebus air lepas tu campak masuk ikan/ayam dan sayur2, senang amat! Awal2 dulu masak 1 periuk kecik agak2 untuk 2kali makan, tapi selalu jugak terlebih, sayang sungguh nak buang2 so sekarang masak bagi banyak terus, agak2 untuk 4orang nak makan, dengan ayah mama dan onichan sekali laa kena makan. Mujur laa myLove dan Rafiqh pun suka sup2 ni, kena sangatlah selera depa anak-beranak...

Sekarang ni untuk lunch Raziqh, just letak nasi sesenduk dalam air dan masak dengan ayam/ikan/telur kuning dan sayur2, campak jugak kurma/prune/kismis. Masak bagi sayur empuk dan nasi kembang hancur sikit ok dah siap. Rafiqh ada mood, time nak makan dia layan jugak food adik, berebut2 makan sampai tak cukup, time takmau tu pandang pun tak. Tapi masak bagi banyak jugak, nanti cedok ja sup adik buh atas nasi dia...

Untuk dinner kena laa buat sup lagi, masak macam sup biasa, sebelum letak garam/lada sulah tu cedok semangkuk untuk Raziqh, lepas tu adjust laa apa yang patut. Taktau laa sampai bila nak bertahan hadap sup hari2, taktau cemuih laa pulak budak2 ni, senang kot makan sup, boleh telan terus, tak payah kunyah2, kekeke. Nampak macam senang ja kan kerja mak depa masak sup hari2, tapi sesungguhnya hati ni kesian jugak laa tengok dia asyik makan sup, nak buat macammana kan, dah yang tu dia paling suka, layannn~~~

Ni lunch Raziqh tadi, nasi+ayam+carrot+kurma, sedap ka?!

5 comments:

aisha said...

bagus2..aina pun hr2 minta sup..tak kisah la nk mkn sup, tp geram tu taknak campur sekali ngan nasi ka, sayur ka, ape ka...nak sup kosong je..aduhh..kalau ade sayur ka semua tinggal, sup je abis dihirup ye..
budak2 ni mmg berubah2 kan selera mkn..:D

Fith said...

aisha,
takpe dah tu aisya,khasiat2 air sayur semua dah masuk dlm sup tu,masuk gak dlm badan dia,hehe...
aah kan berubah2,time suka sesuatu tu mmg maknya kena pulun laa dok bg makan,kot2 tambah berat badan ka kan,hahaha...

Heartilyina said...

hihi kiter pn kdg2 buat mcm ni je. sng pn ye. lg suka sbnrnya buat cmni. dh siap sup cedok nasi n blend sket. kena blend jugak lagi sbb gigi ihsan xcukup lg br 4 btg. kalo tak tu jenuh tersedak2 n setahun nk tggu dia hbs mkn hihi

zura said...

huhuhuhu.., ok laa tu fith.., cam zura pulak.., amsyar nie mmg tak bleh nak tel;an benda2 bekuah nie.., dia suka makan kering2.., tapi kalau masak kuah lemak dia suka.., tapi pun tak nak basah2.., aiee mcm2..,

dah tu demand plak.., tak nak makan nasi hari2.., kene selang seli kan dgn macaroni, spagethi, nasi..!

kalau adik nya plak.., punya la suka makan.., ape je di ngap.., sampai kadang2 abg dia punya pun dia nak bedal.., hahahhaa.., mcm2 kann

Fith said...

Ina,
raziqh pun gigi dok 6batang tu je,tak tumbuh2 lg dah,tp semangat nak mkn taknak blend2 dah,terus mak dia malas nak buat puree,hihi.tak kesah laa kan nak masak camne pun,selagi diorg nak mkn,kita pun takde nak pening2,yer tak?

Zura,
camtu laa kan,lain2 perangainya,mcm2 kerenah.tp mmg seronok tgk diorg makan,nak masak mcm2 n ikut selera diorg tu je yg kdg2 letih.
pandai ek aisy makan,bagus tul,nanti cepat laa besar tu,hehe