Nak cerita pasal facebook...
Dalam sehari entah berapa kali I login masuk fb, bukan untuk update status atau apa sangat pun, infact untuk klik 'like' atau tinggalkan 'comment' kat status orang lain pun jarang. Selalunya I just scroll down kat feed news, sebab suka baca new updates dari kawan2, boleh tau perkembangan terbaru depa, kot nak bertunang ka, nak kahwin ka, nak dapat baby ka, dah dapat baby ka, nak mati ka *ops!*, so on and so forth...
Dulu masa awal2 ada akaun fb ni selalu dengar orang kata, once dah 'masuk' fb payah dah nak 'keluar', mesti 'terperangkap' dalam tu lama2, banyak sangat benda nak ditengok. Then I terus set limit untuk tak join sebarang kuiz2 apalagi nak main whatsoever games yang berlambak2 ada dalam tu, tak kesahlah farmville ka cafeworld ka hapa ka. Ok guys, no offense please, I tak berniat nak mengata kat sesiapa, this is just my 2cent and I tulis 100% tentang diri sendiri, takdak kena mengena dengan sapa2 pun ok!
Bila diamati sekarang ni setelah berbulan2 ada fb, tak pernah laa lagi rasa bila masuk jadi susah nak keluar, tak pernah pulak rasa tersangkut dalam tu lama2, paling lama pun kalau nak upload gambar, tu ja laa. Bagi I, fb ni taklah teruk sangat pun, bukan salah fb pun kalau kita jadi lalai(walaupun at the 1st place memang fb tu yahudi cipta untuk buat kita lalai), semuanya depends on diri sendiri laa kan...
Cumanya lately I rasa sedikit 'terganggu' dengan fb ni bila banyak sangat orang dalam my friends list yang I sendiri tak kenal. So I banyak remove akaun2 orang yang invited me as friend. Selalunya I just approve je any friend request lepas tu bila2 terjumpa balik profile dia I akan tengok balik kot2 kenal, if not I'll simply click the remove button, settle! Kadang2 rasa pelik dan tak faham dengan orang2 yang suka2 hati add orang yang dia tak kenal, fb ni jaringan komunikasi bukan jaringan-lumba2-kumpul-siapa-paling-ramai-kawan kan?! Tapi kalau dia tu buat bisnes dalam fb dan add2 org tu I faham laa, dia nak kembangkan biz dia...
Sangat tak berkenan jugak dengan orang yang suka tag kuiz/game kat my profile, buat menyemak saja tau! Ingat haku takdak kerja lain ka dari melayan benda2 tak berfaedah tu? Baik pi baca web2 ilmiah dari dok melangut takdak hala punca tu...
Lagi satu yang I paling tak berkenan amat sangat ialah pada status2 merepek, yang ada unsur2 mencarut dan maki2 orang. Oh please, bukan hang sorang ja tau marah, tak payah laa nak habaq satu dunia hang tengah bengang ka hapa ka. Naik meluat baca status2 macam tu, dok kutuk2 orang tapi diri sendiri takmau suluh! Teringat dalam usrah dulu my junior cakap "orang yang marah2 ni sebenarnya dia menjatuhkan maruah dan martabat dia bukan saja di mata manusia malah juga di mata Allah", betul! Rasa hilang respect dengan orang yang tak habis2 dok maki orang padahal mulut dia pun macam tuttt ja! Macam laa dia bagus sangat, tak habis2 nak 'cuci' orang, tak habis2 nak kata orang ni perangai buruk orang tu jahat, hmmm. Kalau rasa status kemarahan tu tak memberi manfaat untuk orang lain, bawa2 laa mendiamkan diri yer...
Tu tak termasuk yang dok kutuk laki sendiri atau bini sendiri dalam fb. Biasa laa untuk berselisih faham, mana ada rumahtangga yang perfect kan, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi tak payah laa sampai nak aibkan suami/isteri tu kat public. Masa belum kahwin sibuk canang satu dunia yang depa laa loving couple depa laa paling romantik, tapi bila dah kahwin takat sumpah-senarah-sepak-terajang-tengking2 bila gaduh tu dah jadi makanan harian dah, apa kes?! Tak ada seorang manusia pun akan rasa selesa dan tenang sentiasa dalam hidup berumahtangga, sedangkan isteri2 junjungan besar kita pun bertelagah, inikan pulak kita yang banyak kekurangan iman. Bawa2 laa bersabar, fikir 77 kali dulu sebelum nak hebah cerita tentang suami/isteri kita. Kalau dah tak tahannn sangat, orang paling layak mendengarnya ialah mak kita, sebab takdak mak yang ada niat untuk rosakkan rumahtangga anaknya. Kawan baik sendiri pun belum tentu ikhlas nak nasihatkan kita, silap2 dia yang cucuk lebih...
Untuk kawan2ku yang dalam kategori suka cari publisiti murahan buat status2 merapu ni sorry lah, I delete ja akaun2 korang from my friends list, tak kesahlah baik tara mana pun dulu berkawan, bosan ok tiap2 hari dapat dosa free! Macammana tak dosa dah kalau tak pasai2 haku pulak naik meluat kat hangpa, nak buat pahala payah kemain, tapi dapat dosa macam air mengalir, adehhhh... Dan lagi, bila terlalu banyak input negatif sebegitu ianya hanya akan spoil my day!
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wahhhhh penat daku menaip skali hilang!!! ish blogger ni awal2 pg dh buat hal. adeh fith diringkaskan komen kiter sgt setuju 100% dgn fith. sgt2 sama. kiter pn setakat layan fb sbb nk tau update n berhubung dgn kwn2. segala yg mengarut2 tu mmg xpayan sbb rasa xminat pn plus buang masa byk lg benda nk buat. yg main add sesuka hati pn wahhh itu adalah satu kepantangan! anti betul org buat mcm tu. kiter pn xsuka tgk org dh bsr pjg dok maki2 hamun org. mcm2 budak2 hingusan je. org2 yg emo ni dia pancarkan vibes negatif kt org lain pastu kiter pn terasa xbest sama. last but not least sbnrnya kiter dh lama rasa bosan dgn fb tu. kalau dimanfaatkan sebaiknya utk bisnes ke apa ke itu bagus la kan. selain tu xdela menarik sgt pn. byk membawa kelalaian kalau terleka sgt.
eh2,samee!! ingt kn sy sorg ja jakun x men game/farmvile kt fb.hehe. tp btl la,kdg2 xfhm ngan status mrapu2 kan kak.haih.
Ina,
hehe blogger ni kdg2 mereng jugak,haha,kesian ina kena ulang taip blk.
1st time dgr ada org dah naik bosan dgn fb,haha,tp mmg pun,klau tak guna sebaiknya,tak ada sbrg kebaikan pun pd fb tu kan.
mmg status2 buruk tu boleh bagi tempias kat kita,kita pun rasa tak best jugak kalau dah stp hari hadap benda yg negatif n pesimis kan,hmmm
Faeeza,
tak aih,ada lg ramai yg jakun,cthnya kak fith,hahaha.
betul tu,tak faham dgn status yg ntah apa2.agak2 laa nak tulis tu kan,hehe,mcm2
mai suka gak buka fb,tgk kawan2 nyer update,masak apa,anak2 depa wat apa,gmbr terkini derang..suka la layan.bab status tu,stakat baca gitu2 jer laa..biasa la,org2 nih kekadang emo sket nk ngadu satu malaya... mai kalau emo,kekadang tulis kata2 semangat kat diri sendiri je laa..sbb xsuka bitau masalah sendiri kat org..watpe canang buruk sendiri,xde pekdah,parah lagi ada.tp kekadang merapu gak status.hik3. kalau ada org nak add friends lak, mmg tapis,agak2 xkenal,terus ignore..kalu betul kita kenal derang n betul2 derang ni kenal kita,msg la private kenalkan diri kan? yg segala mak nenek game,mmg xmain(sbb xreti n malas),kuiz tu ada la ngada2 amik buang masa,tp xsuka kalau dia publish kat profile..kalau yg kena publish tu terus malas nk wat..eh,macam explanation apa pulak mai ni.. kata2 terakhir,jgn sampai hanyut dlm dunia fb sudah.kang dapur xberasap..anak, laki kelaparan.. hihihi
my,
status merapu takpe je,suka ja baca sbb kdg2 lawak,boleh ceriakan hati kita kan.yg fith maksudkan ni yg merapu mengata2 org tu,sekali-sekala nak lps tensyen marah2 pun no hal,ye la kan,kdg2 tgh jln pi kerja 'jumpa' org2 bangang yg nyakitkan hati,tu ok laa.yg ni jenis yg stp hari byk sgt status maki2 org,tu yg rasa aduhhh nyampah!
hanyut dlm fb?betul2,byk sgt dah dgr/baca psl ni,haha,sabar je laa..
syok baca celoteh fith tang FB ni. k.noora pun masuk FB sekadar nak tau news kawan2 dan sedara mara. tinggalkan komen kat mana yg patut. mmg nyampah pun kalo baca status org yg slalu coret hal2 negatif aje. ada je yg dia x puas hati. macam le dia tu bagus sgt nak kritik/ komplen2 org...kan?! sekali sekala ok lagi. tapi kalo org yg sama, asal dia update status, semua hal2 negatif je...mmg bosan!
Kak noora,
tu laa kak,dah kalau tiap2 hari dok update status maki2 org,kita yg baca ni pun naik meluat kan,hadehhh sabar je laa,mcm2 org mcm2 perangai.agaknya takde org nak tegur dia,dia tak sedar la kot.kwn2 dia plak 'melayan',makin sedap dia 'meroyan',hehe...kesian kat kita yg takde kena mengena ni kan...
fithri..
betul betul betul..
setuju sgt!
Biah?!taktau pun biah baca blog ni,haha segan plak rasa.
ada jugak yg setuju dgn fithri yer,hehe
Post a Comment