Friday, July 23, 2010

Kakikori @ ais kacang-bodo

Antara makanan paling glamour yang akan muncul setiap kali musim panas di Jepun ialah kakikori, kalau kat Malaysia lebih kurang macam ais kacang laa, tapi ais kacang ni serius bodo punya version, takat sagat2 ais lepas tu buh sirap, tu ja, haprak hapa pun tarak. Memang ibarat langit dengan bumi laa kalau nak compare dengan ais kacang kat Malaysia, ais kacang kita sikit punya banyaklah bahan2, ada kacang, cincau, susu, sirap, cendol, asam, laici, aiskrim lagi, perghhh sedap! Kalau orang jepun tengok ais kacang Malaysia, haruih depa teriak meraung2 golek2 atas lantai, muehehehe...

Selalunya kat sini kalau ada matsuri(=festival), banyak laa dijual kakikori ni, laku pulak tu, time panas lit2 makan ais memanglah nikmat kan, but as usual I prefer soft-cream more than anything else, soft-cream saikou(=the best)!

Dah lama dah teringin nak beli mesin sagat ais ni tapi sebab kami ni bukan suka sangat pun makan kakikori, tu yang tak terbeli2. Lepas Rafiqh lahir semangat tu berkobar laa sikit memandangkan boleh laa nak buat main(bukan nak buat makan). Tapi lastyear sebelum summer lagi kami dah balik Malaysia, so tangguh lagi niat nak beli tu. Tahun ni memang tahap dah tergedik2 dah nak beli, puluh2 kali dok ulang tengok kat supermarket yang kami selalu pi beli groceries tu tapi takdak laa pulak, dulu2 kami takmau beli depa juai, la ni kami nak beli depa tak juai pulak, cet!

Alkisahnya lepas balik taki(=waterfall) ahad lepas, kami singgah laa ke satu supermarket yang agak jauh jugaklah dari rumah kami ni. Melilau2 2-3round baru jumpa, sampai lompat2 happy, hahaha tipu hokey. Ada 2jenis rupanya, ada yang jenis pakai elektrik, ada jugak yang manual. Yang manual ni kena putar pakai tangan lah. MyLove kata beli laa yang elektrik tu senang sikit tapi sebab I dok fikir kalau beli hat tu nanti balik Malaysia tak boleh guna dah, rugi laa. Lupa laa pulak yang lambatttt lagi nak baliknya, sempat menatang ni rosak dulu kot, kes3. Nanti sebelum balik boleh laa nak hangkut seketul lagi, tak mahai pun, tak sampai 1000yen(=RM35) pun.

Petang tadi pi supermarket beli barang2 nak masak untuk jualan esok, jalan punya jalan ternampak laa sirap kakikori ni, dah berkali2 pi supermarket minggu ni tapi asyik lupa nak beli, takkan nak makan ais kosong ja kan, tak sedap langsung! Nak godek bahan2 ais kacang pun belum sampai seru lagi, so lekeh2 pun kalau ada sirap ni dah kira ok sangat dah. Sambil bosan2 tunggu myLove balik, kami pun menggodek mesin ni....

Inilah rupa mesinnya, kecik comel saja...


Ini sirapnya, beli perisa strawberi, ada macam2 perisa sebenarnya, melon ada, grape ada, lemon ada, ish macam2 lah!


Ni rupa ais sagat itu. Kalau kat kedai mahal jugak ni, berapa ratus yen entah, baik buat sendiri kan...
Budak 2orang ni tak makan sangat pun, Rafiqh memang tak suka ais krim, soft-cream pun makan gitu2 saja, si Raziqh ni lagi laa, buat main boleh laa. Haa kan dah kata, beli untuk buat main, ayah dan mak depa ja pulun makan...

4 comments:

Heartilyina said...

sedapnya tgh2 pns ni tgk ais sejuk2 tu! tp tula mmg xleh lawan la abc mesia haha! kiter pn xminat sgt kakikori ni baik soft cream lg best. tp kalau keluar tgk mmg nihonjin dia beratur pjg nk bli benda ni kan. kiter skrg pns2 pn minum air sejuk control2 je. kalau tak tdo mlm krg mula la hidung berair. ntahla start semenjak pregnant 'abid bdn dh byk berubah smpi la skrg. tp papepun kiter pn nk bli gak mesen kakikori tu blk mesia nnt. huiii xlama dh lg setahun tp byk nyer benda nk blk. cukup ke duit ni hahaha! :P

Fith said...

ina,
sedap2,klau beli rasa tak berbaloi,buat sndr lg best,hiks...
mmg takleh lawan,lgpun ais tu kasar2,yg msia halus2 kan.fith teringin nak buat ice blended coffee sbnrnya,pasni boleh laa feeling minum kat tempat2 best tu,keh3.
biasa laa tu ina,bila preggy n bersalin,badan kita berubah,tu yg kena jaga betul2 tu kan,take care,jgn minum ais byk2,nanti lesu,hehe...
eh beli2,tak mahal pun.beli sket2 dr skrg so takde laa rasa duit byk keluar sekali gus,kan kan?

ojasamid said...

uwah, ini sgt mengujakan! kehkeh..sbb akak dh bertahun2 teringin nk beli benda alah ni bawak balik msia kasi adik2 kt rumah tu. kotlah nak makan ais kacang homemade ke kan. tapi....tu lah, sokmo tak sampai seru. dah depan mata dok belek2 pun xterbeli2 juga. adeh..
adakah pd tahun ini akak harus merembat sebiji mesin putar ais (apa ek namanya? haha) sblm menjadi kempunan? :p

Fith said...

kak oja,
beli2,sgt best,tak susah pun nak putar,selama ni dok ingat susah(kena guna chikara yg byk,haha),even rafiqh pun boleh putarkan.
fith pun dah terfikir nak bawa blk msia nanti,mesti best kan buat ais kacang sndr kat umah,at least top up aiskrim pun dah sedap bangat dah,beli2!