Thursday, July 1, 2010

Gigit onichan!

Hari ni dalam sejarah, taraaa!

Dah 11bulan umur Raziqh, hari ni for the very 1st time he bites his brother, hahaha. Taktau nak marah atau apa, but since Rafiqh ketawa gembira digigit, I pun ended up ketawa macam hapa ja, hadoiii laa... Kami pi supermarket tadi, kalau ikut hati suka pergi hari jumaat sebab point akan berganda 3 tapi disebabkan stok beras dah tak ada, memang kena pi beli jugaklah. Biasanya keluar beli barang dapur ni dengan myLove tapi sengaja keluar dengan budak2 ni saja, kebetulan tadi pun memang nak keluar buat kerja sekaligus nak vacuum kereta...

Setelah hampir seminggu setiap hari hujan hari ni cuaca baik, panas! Masuk supermarket terus cari trolley ada buckle, letak Raziqh dan pasangkan siap2. Rafiqh akan tolak trolley tu sama2 dengan I, means Rafiqh duk betul2 depan muka Raziqh. Taktau laa apa Rafiqh buat kat Raziqh tapi Raziqh bising sungguh mendengus marah tak suka, haha, mood tak elok sebab panas kot. Tiba2 dengar Rafiqh jerit "ittai(=sakit), adik gigit!", lepas tu dia berderai ketawa sambil tunjuk2 kesan gigitan kat tangan dia, hahaha, awat laa pelik sungguh emosi budak ni! Adik yang tengok onichan ketawa tambah sakit hati agaknya, terus jerit2 dan push2 badan suruh angkat dia, hish!

Rafiqh sampai sekarang ni kalau adik pukul dia, tarik rambut dia, cakar/cubit dia, tolak dia dan sebagainya dia tak pernah marah apatah lagi nak balas balik, sebaliknya dia boleh gelak2 happy tak hingat, apa punya fesyen laa hang ni?! Eh bukan nak suruh balas balik, bagus laa macam tu kan, tapi cuma risau laa kot nanti pi sekolah orang buli, dia tak faham pulak. Dia memang tak balas balik apa adik dia buat kat dia even benda tu sakit, tapi tak bermakna dia tak bergaduh dengan Raziqh, uish bergaduhhhh jugak. Ada masa tu berebut barang, ada masa tu mengusik, ada masa tu kedekut dan macam2 lah!

Raziqh pulak dia memang takkan gigit Rafiqh, I selalu ja gurau2 tarik tangan Rafiqh sua kat mulut dia sambil suruh gigit *mak dia ajaq benda bukan2, haha* tapi tak pernah sekali pun dia gigit, padahal dengan ayah dan mama tak suruh pun dia mai gigit. Tapi hari ni geram sangat kot, tu yang dia gigit tu, nak tengok lepas ni dia gigit lagi ka tak dah, hahaha habis arr Rafiqh...

4 comments:

mysara said...

hahah..kesian onichan kena geget..lps nih xleh buli raziqh la..bahaya!

Fith said...

haa tu laa pasal,hbs arr rafiqh pasni kalau adik dia terus menggigit,hahaha...

zura said...

comelnya..!! dulu abg asik buli adik kan.., now turn adik plak yer.., ehehehehehe

Fith said...

Zura,
itulah zura,skrg adik plak membalas,haa hambik!hahaha