Alhamdulillah, 3kotak besar gedabak yang mak abah kirim lebih sebulan yang lalu dah pun selamat tiba semalam. Mak dan ateh pos kotak2 ni pada 15jun so starting 15julai lepas I dah tertunggu2 dah benda2 ni sampai. Kiranya lewat 10hari laa, memang selalunya barang2 yang dipos pakai kapal laut ni mengambil masa sekitar 3minggu hingga 3bulan untuk sampai. Setakat ni paling lambat pun tak cecah 2bulan, tu yang prefer pakai kapal laut tu. Nak2 pulak harga postage yang jauh lagi murah, untuk maksimum limit 20kg ni bayaran postage tak sampai RM100 pun, haa murah kan kan?!
2budak kecik ni laa paling happy mengirai barang, hamboi2 sakan sungguh. Mula2 depa punggah bawa keluar serba mak neka yang ada, lepas tu tengah2 mak depa dok pulun simpan dalam almari dan kotak, depa pun pulun sama bawa keluar balik, bila nak siap, simpan-punggah-simpan-punggah, last2 dua2 kena cobit, haa baru pi main jauh2...
Separuh kotak tu adalah barang2 kek dan biskut, ada coklat masakan, serbuk koko, choc chips, choc rice, badam racik, baking powder, soda bikarbonat, macam2 lah, syioknya, terus rasa semangat nak baking kuih raya, ohohoho. Tunggu minggu ke-2 atau ke-3 ramadhan nanti boleh laa nak start buat sikit2, berangan nak buat at least 8jenis, 8jenis hokey, hahaha sila tunggu dan lihat, yok2 ooo ja lebih kot. Barang2 lain macam biasa laa, untuk kegunaan ramadhan dan syawal, selebihnya barang2 untuk stok setahun. Haa baju2 raya pun dah sampai, tahun ni tema biru, 2R ja laa dapat baju baru, ayah dan mama pakai baju lama. Kaklong siap kirimkan buku pasal muffins lagi, perghhh ni kalau tak menuntut betul2 sampai pandai memang nak kena luku laa kan, hehe, tunggu ye kaklong, balik nanti angah tunjuk skill, ecceh, poyo!
Selesai berkemas, almari yang separa kosong dah pun kembali padat, tapi tetaplah tak muat nak sumbat 3kotak tu kan, susun2 balik dengan stok lama, hasilnya 4kotak ni memang tak dapat nak sorok dah. Mengemas2 ni kena buat slowly laa, kalau boleh tunggu 2 assistants tak bergaji ni tidur ka kan, memang nanti kena re-susun balik ni, semalam main sumbat tak sort betul2 pun lagi, nanti nak cari barang mula laa menggagau...
Sukanya tengok stok barang banyak2, rasa best nak memasak, yer, sila rajin2kan diri kembali memasak yer, dah beberapa minggu blog ni takdak resepi2 baru, hiks...
4 comments:
ni dh mcm boleh bukak kedai borong ni hihihi. ckp org tp diri sndiri pn sama :P tp xleh lawan fith la lg byk berkotak2! kiter thn ni xbyk pesan brg sbb dh nk dkt2 blk plus most probably b4 that pn akan blk kejap very soon ni sbb hubby ada keje kt sana. cuma xcnfm jela lg. fith kt sana ada ramai bdk2 kalau brg byk lbh boleh la agih2 kan. kiter kdg2 brg terlebih2 syg sgt xsempat nk hbskan b4 expired last2 buang. sbb xtau nk bg kt sapa.
Ina,
haha dah berkotak2 ni taktau nak sorok kat mana laa pulak,adehhh menyemak permandangan betul.
ina dah nak blk dah,takyah pesan byk2 pun takpe,kang jenuh pening kepala nak buang kan,hehe.ooo nak blk bercuti dlm masa terdekat ni laa yer,bestnya!!!klau kena time raya lg best kan,hehe
iya... xkan ku lupa perasaan kalau dpt parcel dari msia...
SANGAT bahagiaaaaaaaa!!!
hahahahahaah.
dpt poskad dari tok bah pn dah sengih semedang.
kaklong,
tuh ah,terasa bahagia berhari2 kan,hehe.sgt seronok!ni pun tak hbs lg syok ni,haha
Post a Comment