Tuesday, July 20, 2010

3 renkyuu punya cerita

Rindunya nak ber-blog, weekends yang sedikit sibuk, jengah blog pun sat2 saja, tu yang sampai 3hari takdak entry baru...

Semalam adalah public holiday untuk Jepun, umi no hi(=hari laut), so pakat2 laa orang jepun pi mandi laut, sebab kami bukan jepun, kami tak pi! Elleh, padahal tahun ni ja kot yang tak pi, selalunya sama naik ja dengan orang jepun berduyun2 pi memenuhkan tepi2an pantai ber-bbq, mandi-manda, huha2. Dah sebab isnin cuti makanya weekends lepas dipanggil 3renkyuu(=cuti 3 berderet?!), best!

Hari sabtu alhamdulillah dapat tempahan makanan lagi, kali ni jumlahnya agak besar, kohaitachi(=juniors) asked me to cook for 50 persons, perghhh ni 1st time ambil tempahan untuk seramai ni. Luckily depa minta buffet style, tak payah packing, fuhhh lega! As for me, part packing adalah paling mencabar, untuk tempahan nasi yang 2-3jenis lauk tu pun it's always take me almost an hour for 10set, so sila kira kalau 50set, berapa jam tu? Awat depa tempah banyak2? Oh sebenarnya sabtu lepas Yamaguchi jadi tuan rumah untuk program syahadatul haq, ada peserta dari Kitakyuushuu yang join, tu yang jadi ramai tu, tempahan makanan ni untuk dinner, so since jumaat lagi I dah kena bertungkus-lumus buat dessert dan siapkan bahan2. Menu masakan malam tu ialah nasi putih, kari daging, kung pao chicken, masak merah telur, ayam goreng berempah dan sayur campur goreng. Gambar yillek, tak sempat nak ambil pun, memang tahap kelam-kelibut laa memasak...

Pagi sabtu entah kenapa, Rafiqh tiba2 demam pulak. Nasib laa myLove ada, dia tolong tengokkan anak2 sementara I memasak, dari pagi pungpang2 sampai dekat2 masa depa datang ambil foods pun tengah dok kalut lagi. Cadangnya nak join dinner dan program selanjutnya tu tapi myLove as usual pi main bola dan dinner depa buat awal pukul 6.45petang so kami tak sempat join. Lepas myLove balik, dinner siap2 then lepas maghrib kami pi. Sempat dengar ceramah slot terakhir sampai pukul 10lebih, ingat nak solat isyak berjemaah dan solat hajat sekali tapi 2R dah tahap mengantuk sangat dah, Rafiqh pun sebab tak sihat, duk diam baik saja laa, so kami pun balik...

Ahad pagi tengok Rafiqh dah fully sehat, alhamdulillah, terus on plan nak pi taki(=waterfall). 2R ni kalau demam selalunya sehari ja tapi kalau ada batuk/selsema, adoiii meleret2 lambat nak sembuh. Hari tu ingatkan nak join program taki yang kohai anjurkan, tapi dengar2 otoko(=boys) ja yang pi, hmmm malas laa. Kami pi asing2 tapi tempat yang sama, hihi... Bertolak lepas zohor, I masak mee goreng dan jemput2 pisang, Sampai kat kawasan tu dalam pukul 2, tengok2 aiks lengangnya, orang tak ramai pun, patut laa tak ramai orang, airnya tuh dia mak aih laju, mungkin masih terkesan dek hujan lebat seminggu lepas, even dah 3hari cuaca cerah dan tak hujan tapi air deras jugak. Sejuk toksah cakap laa, 2R memang elergy sejuk2 ni, dua2 takmau mandi, kami paksa celup2 jugak, Raziqh ok lagi dia tak suka sejuk ja tapi tak geli pasir tapi Rafiqh memang out lah, dia tak mau laa benda2 'kotor' ni, hamboiii berlagak no! I bawa mainan korek2 pasir tu so depa dok main tepi sungai saja, takat basah percik2 dengan air, tu pun tak habis2 sebut kitanai2(=kotor2), hish aparaaa!

Lebih kurang 2jam kat situ kami balik, on the way tu dengan comot ni kami singgah Mr Max membeli pengisar ais, la ni dok kerja buat ais banyak2, nanti bila2 boleh buat ais kacang!

Semalam cadangnya nak keluar lepas zohor, pi survey barang dan jalan2 kat shopping mall. Tengahari tu junior call kata nak mai rumah, ada tamu jauh dari Tokyo nak menziarah. Sabtu malam tu dah jumpa dah, masa nampak dia rasa2 macam kenal tapi dok fikir salah orang kot. Bila dia tampil ke depan untuk sesi penutup dan dia kenalkan diri, haa sah, kami 1 batch, Anuar masih di sini rupanya, bekerja di Tokyo. Petang pukul 2 depa sampai, sempat laa I buat muffins sebagai ole2 untuk wife dan anak Anuar. Sembang punya sembang sampai 3lebih, elok depa balik 2R tidur pulak, lepas asar baru kami keluar. Merayap pi mai pi mai, sedar2 pukul 7 dah, balik rumah settle-kan kerja pukul 9lebih baru budak2 ni tidur.

Weekends yang penuh dengan aktiviti tapi sangat best, suka sangat bila keluar sekeluarga, spend quality time together, shiawase!(=bahagia!)...

Gambar kat taki nanti I upload later yer, tak masuk kom lagi...


2 comments:

Ina said...

bestnya cuti jalan2! kami mcm biasa la encik hubby xcuti. cuti dia xsama mcm dlm kalendar hihi. tp cuti 2 hari tu je pun dok rmh je byk. bila dh pns malas plak nk kuar xtahan! hihi. tambah2 plak ihsan xbape sihat. maka mama pn ala2 baper nk sihat sbb dok menjaga ihsan. tp ok la... keje dok bergolek atas tilam rehat puas2 hoho

Fith said...

Ina,
golek2 pun best jugak,bermalas-malasan.fith ni klau duk umah pun bukan boleh rest pun,byk gak keje,tu yg baik kluar tu,tak sakit kepala,hahaha...
ihsan dah sehat?moga cepat sembuh ye,panas2 ni mmg senang demam dll.fith pun risau nak bawa diorg ni berjemur,kang demam tak pasal je.kita yg teruk kan?hehe