Thursday, July 8, 2010

Buku2 100yen

Semalam keluar jalan2 cari pasal, hadehhh...

Dalam seminggu selalunya I dah buat peruntukan siap2 berapa yen boleh guna, dah list-kan barang2 nak dibeli atau yang diperlukan dalam masa terdekat, contoh macam sekarang dok prepare sikit2 untuk birthday party si Raziqh, so nak kena beli barang2 party(belon, lilin, cake cups and etc.) dan mencari hadiah jugak. Kalau tak manage kewangan, alamatnya tak ada saving laa saya. Dah laa pendapatan pun tak menentu, lain arr kalau income masuk maintain sebulan sekian2 kan, hehe... Tapi, ada tapi tu, dalam dok manage duit ni pun selalu jugak terbabas, hahaha mengong! Apa fungsi money management tu pun taktau laa, tapi ok laa kot, kalau tak manage langsung, terbabas banyakkk laa gamaknya, hehe. Kalau takmau terbabas senang saja, dok bertapa senyap2 dalam rumah, kalau keluar sah2 ada ja benda nak dibeli, adeh deh deh...

Semalam cadangnya nak keluar pagi lepas Raziqh bangun tidur around 10am, dok tunggu si kecik bangun si abang pulak tidur. Senyap sunyi rumah, sedap depa tidur sampai pukul 11 lebih baru bangun. Sempat laa siapkan lunch, buat bubur ayam untuk Raziqh, nasi goreng untuk Rafiqh. Lepas settle lunch, salin baju dan diapers bebudak, solat and off to post office. Kalau boleh memang takmau keluar tengahari panas lit-lit, kesian Raziqh merah padam muka, berkerut2 muka menahan panas, haha. No choice, sebab petang sat lagi Raziqh nak tidur pulak dan selalunya petang2 mak depa sibuk sikit mengurus rumahtangga, ecceh! Settle pos2 barang, kami ke shiyakusho(=pejabat daerah) nak tanya pasal recycle barang. Orang punya laa ramai, sesak dengan orang2 tua, ooo rupa2nya depa pi daftar undi, nak pilihanraya dah tak lama lagi. Don't ask me about election process in Japan, dah 8tahun dok sini pun tak pernah tau pun, in fact tak ambil tau pun, myLove tau laa, habis nama party and even pemimpin2 pun dia kenal, kalau tanya I errr sorry, fehning!

On the way balik kami singgah Daiso, niat utama nak cari barang2 party tapi terbeli barang2 lain jugak yang takdak dalam senarai, haa kan Daiso ni memang tempat perabih duit. Terbeli pinggan untuk 2R, buku2 2R dan entah hapa2 lagi. Comel sangat pinggan2 tu, jenis melamin, selama ni Rafiqh dok pakai pinggan plastik tak lawa untuk makan, kesian laa pulak. Buku2 ni pulak memang selalu pun dok mengangkut, kalau pergi tak sah kalau tak beli 1 atau 2ketul...

antara barang2 yang dibeli semalam...

buku baru...


Dah boleh buat koleksi dah buku2 ni, murah ja 100yen satu, dalamnya bukan kertas tapi board keras so tak payah risau takut terkoyak ka hapa ka, memang tahan lama. Suka sangat buku2 ni, walaupun murah tapi info dalamnya bagus. I ada jugak beli buku2 untuk kanak2 dari Malaysia yang ABC, 123, bentuk2 warna2 tu tapi sori laa ye nak kutuk sikit, kadang2 benda yang depa pamer dalam buku tu hadoiii tak menepati skop anak2 kecil. Agak2 laa nak letak contoh pun, buh laa gambar2 yang mudah nak faham, mudah nak sebut dan normally budak2 ni boleh lihat dalam kehidupan seharian depa, ni tak, ada ka patut pi bantai contoh2 complicated, tak cerdik sungguh! Nanti I snap gambar2 dan buh kat sini ok...

Kalau tengok kat senarai collection tu buku2 ni ada lebih dari 30series, total 3,000yen++ laa kalau nak beli sekaligus tapi I beli 1 atau 2 ja each time supaya depa tumpu baca satu2, kalau beli banyak2 juling mata taktau nak baca yang mana satu pulak kot. Benornya mak depa yang over mengumpul buku2 ni, Rafiqh even dah nak masuk 3tahun umurnya tapi masih tak reti nak minta2 barang bila keluar, dia takat tengok2 pegang2 then letak balik, memang tak pernah nak ambil apatah lagi cakap nak, senang kan?! Sekarang ada belas2 dah buku2 ni, nak beli banyak2 lagi, kalau boleh nak ada semua siri so that nanti bila dah balik Malaysia ada laa koleksi buku2 jepun, hihi...

antara koleksi yang sempat dicari, yang lain2 entah dok ceruk mana pun taktau laa. Merata2 buku ni ada, kat ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik main, hmmm...

9 comments:

mysara said...

fith,bleh la kirim belikan utk rayyan n rifqi bila balik msia nnti :)

norlin said...

haikal pun banyak buku buku hyaku yen ni...selalu suruh cerita....tiap tiap mlm selalu bercerita dulu sebelum nak tido...mamanya yg penat nak layan...

Fith said...

my,
boleh2,no prob,nanti b4 fith blk,pesan laa.fith bawa blk,hehe...

noli,
tuh laa,ulang2 baca sampai penat kan.sampai dah hafal ayat2 tu,takyah tgk pun boleh baca,haha...

Heartilyina said...

mmg pun fith! kiter bli flashcards utk ihsan dr mesia. dr luar nmpk mcm canggih. bila bukak dlm alahai cth2 gmbr mmg hampeh. mcm copy paste dr komputer je. ada ke cth utk ghin dia buh gmbr pakcik tua nama ghazali? pastu utk dhod dia buat dhaif? itu belum lg tgk gmbr2 dia tu. serius nyampah. bila buka2 tu rasa mcm alahai baik aku wat buku jual sndiri kehkeh. mmg ramai ek org jns buat keje tangkap muat je asal dpt duit. penat je aku hangkut buh dlm beg berat2 dr mesia. haaa marah ni! haha

xpasan plak kt daiso ada jual buku. ke daiso yg kami dok p xjual buku? nmpk menarik sgt! kiter ni giler kumpul buku haha. nnt nk carik gak la. artu dh ingat dh fith citer psl ni pastu lupa, seb baik fith citer lagi. nnt leh p cari buku kt 100 yen shop :D

Fith said...

ina,
haa ada pun org yg setuju dgn fith,haha.sakit hati woo bila nak ajar anak benda pelik2 yg diorg blur bila tgk,haha,tensyen2!kan?
betul ina,agak2 arr nak buh cth,bg laa lojik dan budak2 senang faham,adehhh semput nak kutuk byk2,diorg ni fikir duit je kot kan.

buku2 ni ada byk kat daiso,tp ada sstgh daiso tak byk koleksi.fith selalu pi 1 daiso ni je klau nk cari buku,daiso lain kurang pilihan.try laa cari ina,sgt best buku2 ni sbb ada english jugak.nanti suh hubby translate bacaan,ina ajar ihsan,hehe..

umeboshi said...

fith..k.noora pun suka memborong buku utk sendiri dan anak2. best! dulu2, kalo p 100yen, k.noora beli buku resepi jek...sbb bujang. kalo dah ada anak masa tu, mesti laaagi byk k.noora borong kat 100yen tu. brg anak2 je sure dah penuh bakul beskal. huhu!

Fith said...

kak noora,
aduhhh betul sgt laa tu kak,geram tgk brg budak2 ni,comel2 semua,maklum laa 100yen je kan,rasa mcm semua2 pun nak angkut,haha.

aisha said...

betui2..setuju...ade la beli gak flash card, buku, puzzle kt msia thn lepas..tp mgm frust sikit, sbb gmbar2 semua susah2..pandai ayah aina kate, isk tak pandai sungguh org2 msia nih...hahaha kecikk ati..tp mmg betui tu..alih2 kt sini gambar semua ye mudah nak paham kan, senang nak ajarkan...:D

Fith said...

aisha,
haa ada lg yg setuju dgn fith.ingatkn fith ni terlbh cerewet,hehe.
betul laa aisha,rasa frust sgt beli mahal2 tp isinya mcm hapa ja,baik kita buat sndr kan,hish geram!