Friday, July 30, 2010

Kek birthday adik...

Patutnya buat kek hari ni laa kan, dah birthday-nya hari ni, tapi sebab mama hima(=free) sangat semalam, bosan taktau nak buat apa lepas persiang ikan dekat 100ekor(perghhh busuk hanyir badan, nasib kurang baik seminggu ni ikan aji kat 'super-pasar' Trial tu takdak besaq2, semua kecik2, no choice beli jugaklah 5packs, jenuh nak persiang). Lepas siap masak lunch, godek kek ni sementara tunggu lunch sejuk, awal lagi pun, baru pukul 10lebih, nak lunch hapanya. Baru ja sebut "anak2, sila duduk diam2 ya, mama mahu buat kek sekarang"(cakap gaya ibu mithali, hak3 boleh blah!). Dengar2 kek, melompat Rafiqh, "mama, mama, nak kek, nak kek!", adehhh tsk tsk rasa nak luku kepala pun ya jugak. Mai mana kek, mama baru nak timbang tepung. Sepanjang2 dok pukul bahan2 tu, dia dok sebut puluh2 kali, nak kek nak kek...

Selesai bakar, dok panas2 lagi dua2 dah bergayut kat meja tengok kek. Terus angkat letak atas almari sebelum jari2 kecik depa cucuk2 kek tu, macam tak pernah tengok kek, haru sungguh, huh! Petangnya time depa tengok rancangan pendidikan kat tv, ambil peluang tu nak decorate kek, maka putarlah krim. Dengar mama godek kek, terus tinggai tv mai nak mengacau. Acara potong kek dan menghias jadi tak senang bila dua2 orang sibuk bergayut kat meja. Raziqh siap nangis2, ingatkan dia nak suruh dukung, angkat dukung pun teriak lagi, rupanya dok aim nak makan kek...

Siap ja decorate, tak dan aih nak buh pisang ka hapa ka, hias bodoh2 terus potong 1/4 suap 2R makan. Mama jamah sikit ja sebab masih kenyang. Elok lepas myLove balik, bagitau laa I buat kek, bila bawa keluar dari fridge, terkejut myLove, aiks dah potong, mana aci, haha nasib laa, bukan ayah makan pun kan. Depa ni tak sempat2 dah tunggu hari ni baru makan. Potong lagi 1/4 makan lagi, tinggal laa separuh ja, makan breakfast dan tengahari tadi, habis licin!

Sedap sangat kot kek resepi maklong depa ni, tapi memang sedap pun, thanks kaklong! Simple ja resepinya tapi tak muak, ni link resepi, nama kek taktau, refer entry tajuk 'kek, bihun dan kuih'...



H tak muat, salah budget, hehe...


Rupa kek selepas dipotong...

Note: Kek tu sepatutnya gebu, tapi taktau kenapa kek I sedikit padat. Dah ikut dah pesanan kaklong, tapi ternyata I kaku sikit bila masuk bab kek loyang besar ni, lomah den! Kalau cupcakes dan muffins, rasa confident laa sikit. Tips dari kaklong, kek lepas bakar akan turun/mendap sedikit, tu normal sebenarnya so kena biar atas besi palang dan biar semalam sebelum hias untuk dapatkan tekstur kek yang gebu. Haa tu tips dari pakar yer, take note please mama 2R, jangan gelojoh sangat, kek takdan sejuk hang gelut potong, hihi...


Ni gambar 2R melantak kek semalam, habis laa comot, hias pakai whip cream ja senang, buh gula sikit then putar sampai kental. Gerenti tak muak! See, muka puas hati Raziqh dapat makan kek...


Ni pulak gambar hari ni, birthday boy memakai jinbei...

tegak berdiri sambil tengok tv, kalau panggil time ni puluh2 kali pun dia buat derk ja...

Mata lekat terus kat tv, umpan hapa pun tak jalan...

konon2 baca buku...

Ni hulk tengah marah, mama usik dok lindung tv, haha, gomen2(=sori2), lupa pulak hari ni tak boleh buli adik, hihi...

Okes, sengih balik dah, sowwiii...

HAPPY BIRTHDAY RAZIQH TAKESHI !!!
Nanti adik claim hadiah dari ayah yer, keh3...

6 comments:

Ansof86 said...

wah seronoknyer dia makan...
happy birthday raziqh

tumpang lalu.....

Fith said...

Ms Ann,

thanks 4 the wish n thanks for reading!
seronok laa 1st time rasa kek krim,hehe...

Ina said...

happy birthday raziqh! sori auntie lambat wish tak dan nk buka blog lama2. semoga membsr jd anak yg soleh n berjaya dunia akhirat. comel nyer gmbr mkn kek tu hihi :D

Fith said...

aunty ina,
thank you!
org 1st time mkn krim,sedikit jakun,hehe

mysara said...

wahh,canteknyer kek..nak ckit! hehe.. papa bg hadiah apa kat raziqh?

Fith said...

my,
cantik hapanya,comot laa,fith tak reti2 lg nak hias kek.kena pakai whip byk lg kot ek,baru dpt cream tebal mcm org dok buat tu,yappa sekotak tak cukup,huhu...hadiah belum dpt lg,still taktau nak bg apa,hehe