Wednesday, June 30, 2010

Raziqh Takeshi @ 11months

Lagi sebulan ja lagi, lagi sebulan lagi maka genaplah usia Raziqh setahun!!! Alhamdulillah...

His milestones so far so good, kalau refer baby's milestones kat babycenter.com dan lain2 web, tumbesaran dia on track, alhamdulillah. Jom tengok gambar2 terbaru dia dulu(diambil semalam)...

Tengah nyanyi lagu Negaraku...
Kaki kena rapat dik, mana boleh kangkang2, satgi cikgu cubit haa...


Sukanya laa dia...


"Mama, cucuk kang!"...


"Banzai2!"

1. sekarang dia sangat teruja dengan binatang, dia suka dengar mama ajar onichan pasal binatang. Dia dah boleh buat bunyi tori(=bird) "ak ak"(bunyi gagak) dan wang2/inu(=dog) "ok ok". Bila tanya dia "tori/bird bunyi macammana? wang2/inu/dog bunyi macammana", nanti dia akan buat, hehe...

2. dia makin sukakan baby, mama take it as a good sign, hahaha. Dulu tak layan kalau tengok budak kecik sebab dia lagi suka nak berkawan dengan budak2 sebaya Rafiqh. Tapi kebelakangan ni kalau nampak baby muka happy kemain, siap tunjuk2, cakap2 dan lambai2 lagi, hohoho...

3. suka baca buku - kalau dapat buku dia akan tekun membaca, boleh concentrate 'membaca' agak lama sampai terbongkok2 menelek buku. Kadang2 dia akan ambil buku dan tepuk2 minta mama bacakan, bila dah ulang banyak2 kali baca buku yang sama mama pun nak tukarlah buku lain pulak tapi selalunya dia mesti tak bagi, suruh baca buku yang sama tu jugak sampai mama rasa nak muntah!

4. makin banyak cakap - suka cakap sorang2 lepas tu ketawa sorang2, wahhh sungguh pelik! Kadang2 tu dia macam main dengan 'someone' yang no one could see, hahaha, adik ada kawan halimunan ka dik? Yang paling best bila dia cakap dan ketawa sorang2 dalam kereta masa mama tengah drive, mama akan intai2 dia di sebalik side-mirror, onichan akan buat muka blank sekejap tapi lepas tu ikut gelak sambil ajuk2 adik, acara ketawa berdekah2 pun berlangsung, hapa2 ja laa hangpa berdua ni!

5. belum ada gaya nak berjalan lagi - berdiri steady lama dah, menapak ada laa 2-3tapak tapi prektis seminggu sekali ja, hahaha...

6. he can't sit still in trolley, suka nak berdiri instead of duduk baik2, aiseh! Kalau nak buh dalam trolley jugak kena guna trolley yang ada buckle tu, ala2 mcm stroller. Nak kata tak suka duk dalam trolley pun tak jugak, dia tak menangis tapi dia suka nak berdiri. Satu benda yang obviously I boleh tengok pada Raziqh ni ialah dia tak reti duk senyap, suka explore merata2 tak kira masa dan situasi. Kadang2 I pegang both tangan dia sambil tolak trolley, haa suka laa, berjoget2 atas tu. Kalau sorong dalam stroller no problem lagi setakat ni, sama ja macam Rafiqh...

7. he can dance! Hokey, diakui saya jakun! Cause Rafiqh tak pandai menari sampai sekarang! Melihat Raziqh menari selalu buat I ketawa, sungguh menghiburkan dan lucu. Goyang2 badan, geleng2 kepala dan kalau berdiri dia akan bengkong2kan lutut dia yang kadang2 nampak macam orang sakit lutut ja, hahaha...

8. sudah pandai marah kalau kehendaknya tak dipenuhi atau bila bangkang dia. Sorry laa dik, mama malas nak layan laa...


Ini saja yang terlintas, lain kali laa sambung lagi...

Media dan ajaran songsang!

Baru2 ni ada tengok satu iklan kat tv3, tak ingat nama barang tu cause tak take note, tapi iklan tu nak promote sabun basuh tangan yang last part tu Eizlan Yusuf muncul, ada kan?! Apa yang I nak ceritakan kat sini ialah intipati iklan tersebut, mengetengahkan watak2 utama di kalangan kanak2 sekolah rendah yang duduk kat kantin(kot), baru nak makan so 1 of them(a boy) 'bercakap' soal kepentingan basuh tangan sebelum makan, he did mentioned yang dia diajar untuk basuh tangan selama 1 minit supaya kuman2 semua mati. Suddenly seorang girl menyampuk dengan kata2 sinis lebih kurang "hey Ahmad, sabun kamu tu lembap ker apa?" which refer to kena basuh '1 minit', then the others pun ketawakan that boy...

Can't you guys see the hide messages from that scene?!

Ada 2mesej di situ - pertamanya ia mengajar anak2 kita untuk basuh tangan dulu sebelum makan, bagus! Tapi I nak cakap pasal mesej kedua dimana iklan tu memberi gambaran kepada anak2 kita bahawa it's okey to not having sensitiviti perasaan, it's fine to kenakan/aibkan orang dan nothing wrong with ketawakan orang! Ok, fine, memang I terlebih sensitif untuk benda2 remeh macam tu. But I'm a mother, I tak nak anak2 I dididik dengan contoh2 songsang sedemikian walaupun secara tak sedar...

Memang niat utama pengeluar iklan tu sebenarnya nak highlight-kan produk dia yang kononnya hebat sangat boleh bunuh kuman2 in just few seconds, tapi cuba cari pendekatan lain yang lebih berhikmah and at the same time ada good value untuk anak2. That boy cuba beri input yang baik, kenapa pulak nak kondem2 dia kan?! Lain laa kalau dia buat jahat!

Kita selalu cuba ajar anak2 kita supaya bersahsiah baik, tak baik malukan orang, tak elok ketawakan orang, kalau orang dalam kesusahan kita kena tolong, kalau itu kalau ini, kalau begitu dan begini, tapi bila media yang punya pengaruh besar pada anak2 ni langsung tak ambil peduli pasal hal ni, hmmm susah jugak kan?!

Monday, June 28, 2010

Baby foods

Ya ampunnn Ina, lama sungguh perap entry ni...
In process mengumpul gambar sebenarnya, which is really hard for me to do so, bukannya apa tak sempat nak snap those photos due to budak2 ni time lunch lapaq macam anak burung, padahal pukul 11lebih mak depa dah bersilat kat dapur dah. So end up selalu tak sempat ambil gambar, depa tergedik2 dah nak makan...

Ina minta kongsikan beberapa resepi makanan baby yang I dok sediakan untuk Raziqh. Tapi nak kata resepi pun tak jugak, sebab I cuma bagi dalam bentuk point saja, ni antara contoh2 makanan Raziqh setakat hari ni. Mommies lain yang ada other recipes, feel free to share please!

Breakfast
Kami ni jenis yang simple ja makan pagi, hadap roti hari2 pun no hal, cuma lately ja selalu buat kuih sebab Rafiqh suka makan donat/karipap pagi2. Untuk Raziqh biasanya dia breakfast benda yang lebih kurang sama dengan yang kami makan:
1. roti kosong - carik kecik2 dan suap
2. biskut farley - rendam dalam air suam
3. oatmeal - dimasak sekejap dengan sedikit air dan letak pisang/melon/etc. yang dilenyek
*** kalau ada ebm(expressed breastmilk) boleh laa masukkan dalam ebm, mesti lagi sedap...

Lunch
1. nasi + kurma/kismis/prune + puree buah/sayur - blend kasar
2. nasi + ayam/ikan + sayur2 - buat bubur dan lecek2
3. pasta + cheese - rebus pasta dan gaul dengan cheese
*** buah -> pisang, avocado, anggur, epal, lai, melon, betik, mangga, peach, kiwi
*** sayur -> lobak merah, ubi kentang, ubi keledek, bawang, asparagus,

Oyatsu(=snack)
1. tau fu fa - kurangkan gula, kalau Rafiqh dulu makan toufu saja tak buh gula, tapi Raziqh ni sebab dia share dengan Rafiqh, so letak jugak laa gula sikit...
2. biskut/cookies - dulu masa Rafiqh, mak depa rajin buat finger foods, tapi sekarang tak dah. Since kat nihong ni susah sangat nak jumpa biskut halal for babies so I just beli plain biskut without egg. Paling senang bagi butter cookies, bahan2nya simple dan paling penting sedap!
3. plain yogurt + fruits - dulu dilema jugak cari yogurt untuk baby ni sebab tak pernah jumpa yogurt baby yang halal. Sekarang baru tau yang baby boleh je makan plain yogurt untuk adult tu, tapi sebolehnya kita cari yang tak ada kandungan gula...
4. cornflakes - not sure boleh makan ka tak sebenarnya, tapi Raziqh belasah ja sebab Rafiqh tukang suap...

Dinner
Menu yang sama dengan lunch. Biasanya I sediakan banyak terus dan simpan separuh dalam tupperware.

Biskut ni abah mak yang bawa masa datang sini 2tahun lepas. Punya laa banyak bawa mai 12kotak ok, sampai la pun tak habis2 lagi, hahaha...

bubur nasi + karot + ayam...
Nasi + ubi kentang + cheese...
Lunch/dinner Raziqh...
Sekarang dia lagi prefer yang lenyek2, tak suka sangat yang blend halus...


yogurt...


butter cookies beli kat 100yen shop...
Cookies ni Raziqh suka kalau direndam dulu dalam air masak sebelum suap, lemak2 manis kan...

Raziqh sangat suka makan buah dan sayur, kalau ayam atau ikan tu nampak macam kurang minat sikit. Telur pun baru mula makan kuning telur, nampak macam dia suka. Sebenarnya susah nak cakap pasal suka/tak suka ni sebabnya menurut pakar pemakanan kanak2, budak2 ni kena makan benda tu beratus2 kali dulu baru depa boleh betul2 detect rasa, then baru decide depa suka atau tak foods tu, taktau laa betul ka tak, hehehe. Sebagai mak, untuk galakkan 2R ni makan, suka ka tak suka ka I tetap masak jugak. Lama2 dah banyak2 kali telan harapnya depa boleh suka laa kot kan. Memvariasikan menu pemakanan harian jugak adalah faktor yang penting untuk meransang minat budak2 ni terhadap makanan. Selalunya I bantai ja campur2 bahan, as long as tak mabuk kira ok laa tu kan, hahaha...

Ish3 anak sapa la ni?!

Beginilah rupa Raziqh setiap kali mama bawa keluar time hujan. Kena pakai snow cap dan baju yang ada hood. Dengan harapan tak kena hujan so that tak demam atau selsema. Sekarang ni jarang sangat dah back-carry Raziqh, sejak Rafiqh dah pandai jalan sendiri ni, kalau pi supermarket kami letak Raziqh dalam trolley, jadinya selalu pakai ring sling ja. Tu yang kadang2 tak muat tangan mana nak pegang payung, mana nak angkut barang, mana nak pimpim Rafiqh lagi kan, tangan 2 ja pun...

Ops, lupa pulak nak snap gambar Rafiqh, Rafiqh pakai topi biasa dia tu dengan baju ber-hood jugak...

muka releks lagi...


ada gaya2 nak meraung dah...


melalak...


melalak sambil tarik2 baju...


takmau pakai snowcap, nak pakai topi!!!

Lately he really hates snowcap, tapi kalau pakaikan topi ok pulak. Mungkin sebab dok tengok ayah dan onichan pakai topi so dia pun tak kesah pakai topi. But a big NO NO for anything else, no choice laa adik, nanti kena hujan adik selsema pulak, huhu...

Yong tau fu


Alhamdulillah... Setelah bertahun2 tak makan yong tau fu, at last tertunai jugak mengidam ni. Kalau tak salah last time makan yong tau fu ni masa balik bulan 8 tahun 2005, haa lama kan, lama kan?!

Masa preggy kat Raziqh, teringin sangat nak makan tapi tak pernah jumpa kangkung, penat dah cari merata so tak buat sampai ke sudah, boleh je nak buat without kangkung tapi rasa tak sempurna pulak. Masa tu dok budget2 nak balik makan kat Malaysia laa tapi malangnya bila balik Malaysia, mak kata tak boleh makan sebab semua bahan2 yong tau fu(fishcake, fishball bla2) yang dijual kat pasar malam tu cina yang buat, diragui ke-halal-annya, terkubur macam tu ja laa hasrat. Mak memang akan tanya dulu sebelum beli dan dia sangat ambil berat hal makan2 ni...

Tu laa bila jumpa kangkung lastweek seronok kemain, dah lamaaa sangat dah ni memendam rasa, hiks. Hari jumaat walaupun hujan lebat I keluar jugak bawa 2R pi settle-kan parttime job, lepas tu terus ke supermarket membeli bahan2, mula2 tu ingat nak buat petang jumaat tu tapi sebab dah buat soto ayam for dinner, bergedel pun buat banyak jadinya tunda buat semalam. Semangkuk besar tu makan berdua dengan myLove, Rafiqh punya version takdak kuah. Rafiqh memang 'hantu' adik-beradik fishcake, memang pulun laa makan, nak2 ada telur burung puyuh yang dah sekian lama tak beli, seronok 2budak ni pulun makan telur kecik2 tu...

Nak buat kuah tu berhari2 cari resepi. Banyak ja sebenarnya resepi yang ada dalam internet ni tapi sebab dah lamaaa dok aim resepi yang di-bookmark dari myR yang web-nya tak boleh access dah tu, agak haru jugak laa nak cari balik, nak cari yang sama sebijik jugak2, hahaha. At last jumpa kat Hana's blog, rasanya betul dah resepi ni resepi yang sama I nak. Ermmm kalau tak silap, resepi ni dari minami133 myR - Ecah my friend di Hiroshima(kan Ecah kan, resepi awak kan?!).

Mai nak copy-paste balik resepinya...

Bahan2:
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto - optional

Cara2:
- masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
- panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
- setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
- masukkan bijan goreng (I tabur aje) dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

*** I tambah sos tomato jugak untuk pekatkan kuah dan imbangkan pedas, sebab cili yang I guna tu amat laa pedas...

Sedap kuah yong tau fu ni, sama macam yang duk makan dulu2...
Ok, dah tak mengidam dah, langsai!
Cukup laa kot sekali je buat, menyedapkan anak tekak ja pun, haha.

Sunday, June 27, 2010

Hujung minggu yang mandom

Alahaiii dah beberapa hujung minggu berlalu tanpa sebarang aktiviti, buhsan! Sekarang Jepun tengah musim hujan sebab nak beralih dari spring ke summer, dalam seminggu tu ada laa dalam 3-4hari hujan dan selalu jugaklah hujan turun pada hujung2 minggu macam semalam dan hari ni. Jadinya kami pun tak ke mana2, bermalas-malasan di rumah saja laa...

Mujurlah jugak semalam adik2 girls datang bertandang buat usrah kat sini, at least ada laa jugak benda nak dibuat selain terperap saja kat rumah. I cuma sempat buat triple choco cupcakes saja, niat asalnya nak buat chocolate mousse brownies sempena meraikan birthday kohai2 girls yang ramai sungguh lahir bulan 6 tapi sebab dapat short notice pasal usrah so tak sempat dah nak pi beli barang, next time habaq awal sikit yer, hehe. Gambar cuppies pun tak ambil, suka2 ja test buat cuppies ni banyak2 kali untuk 'asah' kemahiran, hohoho...

Hari ni pun tak ada apa sangat yang dibuat. Tengahari tadi sempat repair rambut 2R, berperang jugak laa dengan Rafiqh yang mengada2 takmau potong rambut pulak, Raziqh releks ja tadah kepala, huh! Rambut Rafiqh dan Raziqh ni sangatlah berbeza, si Rafiqh dapat genetik ayahnya, rambut hitam lebat manakala si Raziqh ikut mamanya, rambut sikit dan halus. Uish tapi halus2 nipis2 dia pun rambut tu sentiasa basah berpeluh2 especially tang tengkuk tu, busuk masam bergetah2 badan dia. Rafiqh tu tak payah cakap laa kan, memang berpeluh2 ja laa, kerja lari pi mai pi mai lepas tu dia dok ulang kata "atsui ne(=panas ek)" sambil pi jenguk tingkap nak check angin masuk bilik ka tak, "awat tak panaih, hang berlari pi mai pi mai macam peluru sesat, dah tu gaduh hangat pulak, acu dok sengap sat, mesti tak peluh, tak panaih!", mak dia mula laa nak bebel, hahaha...

Minggu ni ada beberapa urusan nak kena settle, harapnya cuaca baik. Bukan apa, kalau hujan susah sikit nak bawa 2R keluar, risau depa kena selsema atau demam pulak, kesian kat depa...

Resepi potato wedges

Atas permintaan seorang teman nun di Hiroshima-Ecah, meh nak letak resepi potato wedges...

Bahan2:
ubi kentang - dipotong
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk kari
tepung jagung

Cara2:
- ubi kentang yang telah dipotong direbus separuh masak
- angkat dan toskan
- lumur dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk kari
- gaul dengan tepung jagung dan goreng garing
- siap

Friday, June 25, 2010

Entry makanan

Kebelakangan ni selalu sangat terlupa nak snap gambar foods, tu yang minggu ni takdak entry masakan tu, eh lagipun dah tak berapa rancak dah memasak lately, ala2 suam2 kuku sebab takdak new recipes nak dicuba, web myR dah lamaaa buat hal, huhu, bosan! Oh ya, anyone nak cadangkan web masakan lain yang best2 tak?

Ada 3benda saja nak tayang. Selain tu, minggu lepas ada masak mee bandung jugak(no piccas).

Home-made wedges...
Both 2R(termasuk ayah depa of course) suka betul wedges ni. Raziqh boleh makan 4ketul sekali hadap, tapi isi saja laa...


Chocolate moist cuppies with choc ganache as topping...
It's so yummy, rosak diet ku wohohoho...
Sebab dah terbiasa sangat buat muffin, tangan ni dah jadi tak reti dah nak buh adunan separuh je dalam cup, adehhh tu yang kek naik tinggi kemain tu, huhu huduh sungguh!
Nak kena prektis lagi ni, cause nextmonth dah nak kena buat cuppies 4-5 adunan untuk birthday party si Raziqh ni, kalau tak lawa aiseh malu ler...


Weekends lepas breakfast makan roti canai dengan kari daging, lama dah tak buat roti canai. Hari ni pun adun roti canai lagi, pagi esok boleh laa menebar buat roti canai dan murtabak...

Aksi 2T

Selalu sebut 2R, hari ni 2T pulak laa, Tsuyoshi dan Takeshi...

Main masak2 kad, adik 'belajar' dari onichan...
"kita goreng kad ni yer adik..."


Okes, adik dah pandai masak sendiri...


Main tolak2 talam pulak...


Makan dalam talam...
Orang makan dalam talam, makanan duk dalam talam, ni dia sendiri yang duk dalam talam. Budak kecik ni kalau makan suka sengaja sepah2kan makanan tenyeh atas karpet, lepas tu buh mulut, hish, tu yang buh dia duk dalam talam, haa tenyeh laa puas2. La ni suka buat aksi geram sambil kisar2 gigi dia, gigi dah tajam dah dik oii, tak payah laa asah2 lagi, kowaiii!(=takuttt!)


Free head massage untuk adik. Kesian adik nak tengok tv pun tak senang, onichan kuat betul mengacau...


Gambar ni Rafiqh yang ambil, hahaha, separuh ja muka adik...

Thursday, June 24, 2010

Lenggang2 kangkung

Hari ni saya rasa sangat gumbira, sebab utamanya tadi kami keluar pi shopping tapi satu yen pun tak kena bayar, sebab keduanya saya berjaya beli KANGKUNG, at last! Dah bertahun cari kangkung kat Jepun ni, rasanya banyak ja juai kat mana2 supermarket sebab selalu sangat tengok blog kawan2 kat Nihong ni yang beli kangkung tapi nasibku selalu malang, tak pernah pun jumpa, huhu. Alhamdulillah, hari ni boleh pulak terjumpa, haa esok boleh laa buat yong tau fu, yatta ne!

Pagi tadi obachan(=nenek) jiran rumah bawah kami ni datang. Dia memang selalu datang main dengan budak2 ni tapi baru je semalam datang bawa yogurt dan minuman yogurt so agak pelik laa jugak bila awal2 pagi dah dingdong2 rumah. Rupa2nya dia nak ajak keluar shopping barang, tapi kedai tu agak jauh, dah masuk daerah lain dah iaitu Hofu, hampir sejam perjalanan dari sini. Bila tengok risalah iklan yang dia tunjuk tu, jalan nak ke kedai tu memang agak familiar, so I cuma double-check tempat tu kat yahoo map, lepas tu bagitau dia boleh aje nak pergi. Bukan main happy lagi dia, terus cakap nak ajak obachan sorang lagi(jiran sebelah rumah I). Janji pukul 1 nak keluar, pukul 12.30 depa dah tercegat depan pintu rumah, aiseh nasib baik laa kami dah siap cuma I ja tak solat lagi. Panggil depa masuk dulu cakap nak solat sat. Pukul 12.45 kami naik kereta pi isi minyak dulu, as usual obachan akan bagi duit, memang tak boleh tolak cakap taknak, satgi dia bebel2 marah hahaha dah faham sangat dah perangai dia so terima saja laa. Kalau ikutkan pi situ tak payah buh minyak banyak2 tapi dia hentam suruh buh banyak2. Selalunya kalau isi amaun tu boleh tahan dekat2 sebulan laa, alhamdulillah rezeki, ngehehehe...

Hari ni weekdays kereta tak banyak, I cuma maintain drive 60km/j saja tapi dalam 40minit dah sampai. Melilau2 dalam kedai barangan antik tu, mak aih barang2 kat situ mahai nak mampuih, takut aih nak pegang, rata2 berharga puluh2 man(1man=10 000yen=RM300++), waduh2 nak beli memang tak mampu laa, takat cuci mata boleh laa sebab memang cantik2. Jenuh berkepung dengan Rafiqh, dia dok berkepit dengan obachan ja sampai naik risau dia sentuh barang2 tu. Obachan beli barang2 yang dia nak, habis dekat RM1000 jugaklah dia, perghhh kaya2! Then dia belikan beberapa barang untuk I, hihi sukeee...

Settle beli barang kat situ dia ajak pi SunPark shopping complex, dia nak belanja makan soft-cream. Apalagi kan, on the way balik Ube kami singgah kat SunPark dulu, lama dah tak pi sana, sekarang musim sale best sungguh cuci mata. Lepas makan soft-cream dan minum air, kami pusing2 kat kedai buah/sayur pulak. Hajatnya nak membeli sayur sikit sebab murah2, jalan punya jalan ternampak kangkung, terus terbayang2 yong tau fu di depan mata. Bila nak pi bayar obachan dah tunggu kat cashier, hmmm dia laa yang bayar, sayur2 tu tak mahai pun tapi tembikai tu mahal ler(bagi I laa)...

kangkung...


bawang 130yen, kangkung 100yen, terung 100yen dan tembikai 1000yen...


Habis membeli kami terus balik, dekat2 pukul 4 baru sampai rumah. Sekarang ni 2R tengah tidur kepenatan, walaupun Raziqh tadi dah tidur dah dalam kereta. Seronok jugak sekali-sekala melayan nenek2 ni, selalunya bawa pi shopping barang dapur kat area2 sini saja, kali ni pi jauh sungguh. Apapun, seronok sangat bila tengok obachan happy...

Wednesday, June 23, 2010

Jeruk pelam


Ni kalau ibu mengandung tengok ni mau meleleh ayaq mata(meleleh ayaq mata takpa lagi, jangan meleleh ayaq lioq sudah! hehe), jangan marah naa ibu2 mengandung yang duk ceruk perantauan!

Kat rumah ni ada banyak jugaklah stok asam, macam2 jenis ada tapi bukan makan sangat pun. Ada laa kot 3-4bulan sekali bila2 teringin mengidam takdak punca tu barulah terhegeh2 pi korek cari dalam almari. Bila tak teringin tu sebelah mata pun tak pandang, biaq dok laa terperam dalam almari, kadang2 tu sampai bertahun, I bukan jenis kuat makan asam, jadinya selalulah asam2 tu semua akan disedekah buat 'kenduri' makan ramai2 dengan kohaitachi setiap kali sebelum balik Malaysia, nanti balik Malaysia boleh beli stok baru, muehehehe. Mak kalau tengok I angkut asam banyak2 satgi dia tanya, "yang hang beli banyak2 ni hang nak meniaga ka, ka hang nak buat mandi?", kahkahkah perli sungguh!

Oh tapi stok jeruk tak pernah ada dalam rumah ni, tak pernah terfikir nak bawa balik sebab rasa macam tak tahan lama. Kalau teringin nak makan jeruk, I akan beli tsukemono(=japanese pickles). Tapi kalau balik Malaysia tak pernah lepaskan peluang beli jeruk, dapat makan 3-4keping pun cukup dah, selalunya akan beli betik muda, pelam muda dan buah kedondong, perghhh! Tak bagus jugak kan makan jeruk2 asam2 ni, tak elok untuk kesihatan, tapi kalau sikit2 takpa(nak jugakkkk...), hiks.

Kebetulannya beberapa minggu lepas teringin sangat nak makan tsukemono, sekarang ni memang tengah musim umeboshi(=plum) berlambak2 dijual kat pasaran, bila tengok buah2 tu terus terliur nak makan tsukemono. Hari tu dah beli dah takuan(=lobak putih), bila2 masak lauk japanese style boleh laa slice 5-6keping dan makan, nyum2. Tapi alkisahnya 2minggu lepas masa pi usrah, my kohai-Yatt bawa jeruk, disebabkan ahli usrah tak ramai dan makanan lain banyak dah, depa tak buka pun pack jeruk tu, teringin nak makan tapi segan, hihi, tiba2 Dena kata bagi kakFith je laa, aduhhh sukeee tapi malu sebenarnya, haha. Arigatou ne!

Jeruk ni makan selang sehari ja setakat ni, tu pun sekeping2, tu yang tak habis2 lagi. Bukan jimat hokey tapi risau kot2 ganggu susu badan pulak. Seronok kan kalau benda yang kita nak tu tiba2 gedebuk ada depan mata, hehe, alhamdulillah...

Mitos dalam penyusuan susu ibu...

Pernah dah post entry ala2 gini suatu masa lalu, so this is a re-post entry but surely with more update info, check it out!

Asas utama kejayaan penyusuan susu ibu ialah ILMU, KESABARAN, DORONGAN dan SEMANGAT yang kuat, DOA juga sangat penting...

ILMU adalah kayu ukur yang menilai sejauh mana seorang ibu itu faham dengan apa yang dia sedang lakukan. Alah, ilmu tu kan basic setiap perkara, Rasulullah sendiri memberi penekanan tentang kepentingan ilmu dalam segala aspek kehidupan. Memang diakui, ada ibu2 yang menyusu membuta-tuli ni berjaya capai targetnya, tapi persoalannya adakah mereka benar2 berpuas hati dengan hasilnya?! Berbeza dengan ibu2 yang menyusu berbekalkan pengetahuan, mereka faham konsep penyusuan susu ibu dan ianya memudahkan mereka untuk mengatasi sebarang masalah yang mendatang. Pastikan jugak informasi2 berkaitan breastfeeding(bf-ing) ni disokong dengan kajian yang terbukti ye, bukan dari cakap2 orang semata. So, we must know which is the fact and which is the myth...

Fakta2 ini dipanggil mitos kerana telah dibuktikan oleh sains bahawa ianya karut semata. Adakalanya mitos2 ini menjadi satu beban kepada mom-to-be and even mommies pun, and somehow ianya berjaya menyuntik keraguan dan melemahkan semangat. So, please, before you believe it, do a research, try to find out the truth! So, ni I senaraikan apa yang I pernah dengar dan terbaca, maybe ada banyak lagi...

1. Mommy yang bf tak datang haid sebab darah tu jadi susu
- Eeiii geli tau! Menstruation is depends on few factors such as hormone, ada je ibu yang menyusu but right after habis nifas dia dah datang period...

2. If you bf your baby, you won't get pregnant
- Nope, once you get your menstruation circle back, anytime you can get pregnant! In fact before datang period balik pun kita ada possibility to get pregnant, sebabnya kita tak tahu bila telur akan mula dikeluarkan. Bf bukanlah kaedah perancangan keluarga!

3. If your mom failed to breastfeed, you have the posibility to fail too
- Nope, basically, ALL women CAN breastfeed, unless she has health problems or she has no breasts!

4. Baby boy minum lebih dari girl
- No, tiada bukti sains atau mana2 kajian menunjukkan kesahihannya. So jangan terpedaya kalau ada orang kata, "oh baby boy yer? minum banyak ni, mesti tak cukup susu kau, campur2 laa dengan formula milk(fm)" atau "oh baby girl ya? minum sikit2 jer ni, nanti cepat laa susu kau kering!", nonsense!

5. If mommy do not bf her baby in 24hours, susu tu akan BASI
- hahaha, lawak hokey. How could susu dalam badan boleh basi?! aiyaa, tak logik, tak logik!

6. Anak hanya boleh disusukan hingga usia 2tahun. Kalau more than 2 years, anak tu minum darah!
- What?! Dalam Al-Quran disebutkan penyusuan 2tahun tu adalah saranan, sebaik2nya 2tahun. Tapi bukanlah beerti 2tahun je, mesti stop. NO!

7. Right breast is rice and left is water
- both breasts have exactly the same function, so they produce absolutely the SAME milk, no different at all ok!

8. Pregnant mommy should not bf sebab susu tu kepunyaan anak yang dalam kandungan
- NO! susu tu hak baby dalam kandungan hanya bila dia dah lahir! Dan tak salah pun kalau nak susukan 2 atau 3orang anak dalam satu masa, dengan syarat susu memang cukup, and the youngest membesar dengan baik...

9. Breastfed baby tak akan sakit
- Diakui susu ibu adalah makanan terbaik bayi, lengkap segala-mala nutrisi yang diperlukan, tapi ia bukanlah jaminan yang anak tu tak akan sakit langsung! Dah nama pun manusia biasa kan, akan sakit laa jugak. Baby yang minum susu ibu ni bukannya superman atau ultraman hokey!

10. When a baby or mommy is sick, it is better not to bf
- Nope! Sebaliknya, when a baby or mommy is sick, bf is more important than ever. Let say mommy tu demam, she needs to take medication, don't worry that the drugs will harm the baby because most drugs come out into the milk in such tiny quantities that it is extremely unlikely to be clinically significant for the baby. Consult laa dengan doctors. Badan ibu yang sakit akan keluarkan antibodi untuk menyerang penyakitnya, so baby yang minum susu ibu juga akan dibekalkan dengan antibodi yang sama...

11. Baby perlu diberi air masak sebab dia dahaga, tak boleh laa asyik bagi minum susu saja
- yang ni pun satu hal jugak, dah kalau dicampur2 benda lain, tak nama exclusive breastfeed dah laa. Jangan terkejut kalau jumpa parents yang anak umur sehari dah suap bubur dll, lapar katanya, sorry to say, BODOH!!! Allah ciptakan baby bila lahir jer dia mampu hidup minum sikit2 je susu ibunya (sebab breasts biasanya perlukan few days before produce milk).

12. Breasts ibu yang menyusu akan lebih cepat mengendur
- saiz breasts setiap wanita akan membesar ketika dia hamil, jika dia tak menyusu saiz breasts akan mengecil secara drastik dan mengakibatkan pengenderun, berbeza dengan ibu yang menyusu. Sebenarnya mengendur atau tak ni sangat bergantung pada cara hidup kita, sendiri mau ingat dan jaga laa...

13. Breast kecil tak boleh hasilkan susu yang mencukupi
- kecil atau besar bukan ukuran kuantiti susu yang akan dihasilkan. Saiz breasts adalah bergantung kepada berapa banyak lemak yang terkumpul di bahagian tu, that's all!

14. Si ibu perlu basuh nipple setiap kali sebelum menyusu
- kalau kita perhatikan di bahagian areola(kawasan gelap sekitar nipple) ada banyak small bumps kan, ia berfungsi untuk menghasilkan natural oil yang akan mencuci dan protect our nipple, natural oil ni jugak boleh membunuh bakteria, so tak perlu nak basuh2 bagai...

15. Modern fm are almost the same as breastmilk
- tolonglah jangan percaya. Cuba fikir, ada ka ciptaan manusia yang mampu menyamai sesuatu yang Allah ciptakan? Terang2 jawapannya No! Tak ada dan tak akan ada satu susu pun dalam dunia ni boleh menandingi kehebatan susu ibu. So please ye, ibu2 yang tegar fm, jangan promote those fm to me sambil kata susu tu bagus-gila-tahap-anak-boleh-jadi-kamen ryder bla3, geli telinga ni dengar, I'm not stupid like you!

16. A bf-ing mother should space her feedings so that her breasts will have time to refill
- a lactating mother's body is always making milk. Her breasts function in part as "storage tank", some holding more than others. The emptier the breast, the faster the body makes milk to replace it, and the fuller the breast, the more production of milk slows down. If a mother consistently waits until her breasts "fill up" before she nurses, her body may get the message that it is making too much and may reduce total production...

17. A mother must drink milk to make milk
- ini jugak satu set mind yang terlalu common untuk hampir kesemua ibu yang menyusu. Hinggakan bila ada ibu yang tak 'boleh' consume susu ni, la la tu terus give up takmau bf. Actually a healthy diet of vegetables, fruits, grains and proteins is all that a mother needs to provide the proper nutrients to produce milk. Calcium memang penting, tapi bukan hanya susu sumber utamanya, banyak lagi sumber non-dairy lainnya. Cuba fikir, no other mammal drinks milk to make milk, right?!

18. Bf-ing has a negative impact on the husband/wife relationship
- keperluan penyusuan ni akan berubah bila anak semakin membesar. In fact, the teamwork of nurturing a newborn can actually bring a couple closer as they develop parenting skills together.

19. Nursing a baby after 12months is of little value because the quality of breast milk begins to decline after six months
- I selalu baca tentang ibu2 yang ragu2 dengan kualiti susu mereka, pelik sungguh! The composition of human milk changes to meet the changing needs of baby as he matures. Even when baby is able to take solids, human milk is the primary source of nutrition during the 1st year. Kemudiannya menjadi supplement to solids during the 2nd year. In addition, it takes between 2-6years for a child's immune system to fully mature. Human milk continues to complement and boost the immune system for as long as it is offered, tapi takdak laa suruh nyusu sampai 4-5tahun, 2tahun tu kira ok sangat dah.

Ermmm, apa lagi yer?!

Tuesday, June 22, 2010

Penyediaan dan pengendalian frozen foods

Updated!

A friend of mine - Tinie requested me to write an entry regarding frozen foods. Wahhh tetiba perasan diri ni jadi chef pro pulak, hahaha.

Mula berjinak2 buat frozen foods ni sejak awal2 kahwin, for those yang tak tahu, I kahwin masa masih study in 3rd year. Dengan komitmen terhadap pelajaran dan tanggungjawab sebagai isteri, memang kena laa pandai2 mengurus masa kan, myLove pulak dah pun bekerja pada masa tu, keluar pagi balik malam so memang tak boleh sangat nak harap dia tolong hal ehwal house chores ni. Disebabkan belum ada anak dan duk rumah pun kecik cinonet, kerja2 lain tu no hal sangat, in fact masa belum ada anak seminggu sekali ja basuh baju pakai washing machine, tiap2 hari basuh baju pakai tangan hokey. Tapi bila masuk bab memasak adalah sedikit leceh, sebabnya nak kena sediakan breakfast, bento(=bekal lunch), minum petang dan dinner everyday without skip! Dari situlah keluar idea nak buat frozen foods ni. Memang tersangatlah membantu, nak2 time tak sempat masak, time balik kelas lewat badan dah penat, time tetiba takdak idea nak masak apa, time exam sibuk nak study, time report/assignment bertimbun dan tak lupa jugak time malas, hahaha. Okeh, yang mukaddimah panjang sedepa ni dia tak tanya pun sebenarnya. Dia suruh tulis apa2 berkaitan penyediaan dan pengendalian frozen foods saja, ngeeee...

Kalau cakap pasal frozen kuih-muih, banyak sangat boleh di-frozen. Habaq mai nak beku apa, rasanya semua boleh, donat, karipap, pau, roti canai, murtabak, kuih bom, nugget, bergedel, keria, kuih kacang, pulut panggang, pulut dakap, lopes, cekmek molek, hish banyaklah. Bila mai mood rajin nak kelebek kuih, haa time tu buat siap2 banyak terus, pack cun2 dan susun masuk freezer. Nanti anytime nak makan, keluarkan dan goreng/kukus/bakar laa ikut kesesuaian. Menurut penjual2 kuih frozen, kuih2 ni mampu tahan up to 3months, perghhh lama tu, kalau kat rumah ni paling lama simpan pun sebulan ja kot, sat sangat dah licin...

Untuk penyediaan lauk-pauk frozen pulak, base on pengalaman sendiri masa tinggalkan myLove ketika balik bersalin dulu, dalam 2bulan lebih jugak laa lauk-pauk ni boleh tahan(read: tak rosak/basi), tapi janji pengendaliaannya kena pada cara. Untuk buat lauk-pauk frozen ni kalau nak simpan dalam seminggu saja boleh laa pakai seafoods dan daging, tapi kalau nak simpan berbulan2 tu better guna ayam laa. Sebabnya untuk yang nak simpan lama tu kena cari resepi yang ayamnya digoreng terlebih dahulu. Ni untuk elakkan ayam resap kuah, nanti tak sedap. Selalunya I goreng ayam agak garing baru campur masuk kuah. Tapi kalau in case nak buat base lauk saja contoh macam sambal kosong, masak merah kosong, masak serai kosong dan yang ala2 gitu, takdak hal laa. Sebolehnya elakkan masak benda bersantan atau bersayur(paprik/tomyam/kari).

Pengendalian frozen lauk-pauk ni pulak, kita pack dalam bekas2 kecik agak2 untuk sekali makan saja. Hal ni penting supaya bila nak panaskan tu nanti kita tak perlulah keluarkan sebekas besar, cedok sikit lepas tu buh dalam freezer balik, nanti cepat basi masuk-keluar-masuk-keluar gitu kan. Kalau dah siap pack kecik2 senang sikit, kita keluarkan bahagian yang kita nak makan saja, hat lain tu tak usik.

Contoh lauk-pauk yang boleh di-frozen lama ialah ayam masak sambal, ayam masak merah, ayam masak serai, ayam 3rasa, ayam masak acar(macam sambal ayam tapi letak biji sawi dan cuka), tu ja kot yang I pernah buat.

Bagi ibu2 yang rajin dan nak memasak tapi selalu kesuntukan masa(especially for working mommies), the way kita manage bahan2 memasak ni pun boleh membantu mempermudahkan dan mempercepatkan proses memasak.

1. bawang merah dan bawang putih boleh dikupas siap2 untuk seminggu. Masukkan secara berasingan dalam tupperware kering yang bertutup dan simpan dalam fridge. Sila jangan basuh bawang2 tersebut, kupas dalam keadaan kering, nanti nak guna baru basuh.

2. bawang merah, bawang putih dan halia boleh di-blend siap2 untuk kegunaan seminggu. Simpan dalam bekas bertutup dan letak kat bahagian paling sejuk dalam fridge(bukan freezer ok, kalau peti ais jenis atas freezer tu, buh kat tingkat paling atas dalam fridge, errr faham ker tak ni? haha).

3. cili boh pun sama, rebus dan blend siap2, buh garam sikit untuk tahan lama. Simpan kat tempat yang sama dengan bawang blend.

4. ayam, ikan,udang, sotong, daging bla3 tu semua bila beli persiang siap2 dan pack-kan kecik2 agak2 untuk sekali masak. Nanti senang nak defrost, tak payah tunggu lama, tak payah terhegeh2 nak persiang, semua dah ready, main campak2 saja.

Kalau nak kira dari work management, I'm sure working mommies out there ramai lagi yang terer kan. So guys, anyone care to share any tips?!

Ada tambahan info:
- my sil - kaklong 'pesan' supaya lauk-pauk yang nak di-frozen tu kita kena sejukkan terlebih dulu baru masuk freezer ye, kalau tak buat gitu cepat ler rosak/basi
- untuk buat kuih-muih frozen, kebanyakan kuih kita kena masak half-cook terlebih dulu sebelum di-frozen, contoh macam donat, roti canai, pau, cek mek molek, murtabak, kuih bom, kuih kacang bla2, masak sikit saja sebagai 'ambil syarat', tapi ada jugak yang tak payah masak langsung, boleh terus bekukan macam karipap, keria dll. Kalau ikut my mom, lepas dah kelebek2 tu dia atur atas dulang/pinggan dan masukkan dalam freezer sekejap, agak2 dah keras dia keluarkan dan susun kuih dalam tupperware then bekukan semula. Masa nak goreng tu tak perlu tunggu kuih2 ni nyahbeku, boleh goreng terus masa tengah keras2, kalau tak boleh tanggal satu2 sebab lekat pun takpa, nanti kuih2 tu tertanggal sendiri.

Monday, June 21, 2010

Tag dari Nas - Mrs Happy !


Kali ni kena tag dengan my kohai - Nas pulak. Layan~~~

Adakah anda HAPPY sekarang?
- terpaksa jawab YA, kalau jawab tak, karang tak boleh nak jawab soalan2 kat bawah pulak aih...

Kenapa anda happy?
- sebab takdak lagi perkara sedih berlaku hari ni, so mood biasa semulajadi saya adalah HAPPY!

Apa benda yg boleh membuatkan anda happy?
- bila abah, mak, adik-beradik2, suami dan anak2 happy
- bila dapat duit banyak2 gedebuk jatuh dari langit boleh buat shopping, hek
- bila orang di sekeliling saya happy, saya pun tumpang happy
(banyaklah lagi, tak tersenarai!)

Pernah menerima TAG?
- uish pernahhh, selalu sangat (ecceh, bedooh laa sangat!)

Nyatakan warna yg anda sukai
- pink, tahap boleh juling bila tengok barang warna pink

Beritahu 9orang yang akan anda tag. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag, nak tulis berjela pon takpa
- Ina - mama Ihsan yang comel (cuba teka siapa yang comel? Ihsan atau mamanya? hehe)
- Murni - umi Maira dan Zaayan, si tauke gudang kain berjaya
- Mai - mommy Rayyan-kun dan Rifqi-kun yang muka 2budak kecik ni macam di copy-paste, geram!
- Aisha - ibu Aina yang tak lama lagi nak dapat baby baru
- Faeeza - mama Adam yang sangat sweet dan romantis
- Norlin - mama Haikal yang rajin
- Anje - ummi Yaya si tembam yang pipi gebu rasa nak picit2
- Dyana - mama Izz yang pandai menjahit dan sangat pandai mem-baking
- Kaklong - mama Syafiy dan Sidqiy yang cun lagi terer memasak

Mai, Faeeza, Anje, Dyana dan kaklong dikenali di alam nyata, Ina, Murni, Aisha dan Norlin adalah kawan di alam maya(insyaAllah kita akan bersua jua nanti yer), but really happy knowing you guys! Thanks sudi berkawan dengan saya, huhu *terharu*...

Happy father's day!!!

Semalam adalah hari bapa sedunia...
Happy father's day to all abah, ayah, papa, abi, daddy, otousan or whatever you call them. May Allah bless them...

Pagi2 dah sms-ed abah to wish him happy father's day. As usual, akan ada ayat2 puitis untuk abah, kasi abah terharu sikit, hakhak. Alhamdulillah, I always feel so lucky dan rasa sangat bersyukur cause I have a great and wonderful father like him, thank you Allah... Moga Allah panjangkan usia abah and of course me too, so that I have lots of opportunities to take care of him, to make him happy, to make him proud of me. I mungkin tak mampu berikan abah kesenangan wang ringgit, sebab abah lebih 'senang' dari I sendiri tapi insyaAllah I berjanji untuk berikan abah kasih sayang, doa yang tak putus2, ketenangan hati dan kegembiraan yang tiada batasan...

As for myLove, walaupun bebudak 2orang ni kecik lagi tak faham apa2 lagi, on behalf of them I belikan myLove's favourite choco as present, lastyear pun beli benda ni jugak, hihik. Sebab Rafiqh belum pandai menulis, I tolong tuliskan note dan macam biasa berkuntau dengan depa untuk dapatkan 'cap' jari depa, uishhh bukan senang hokey nak ambil cop jari bebudak ni, kaki tangan semua kena pakai, jenuh nak pelekoh!

Petang tu lepas lunch Rafiqh bawakan hadiah ni bagi kat ayah. Tapi dia huloq kertas tu saja, coklat dia pegang sambil suruh ayah buka sebab dah lamaaa dia aim nak makan, hakhakhak, bertuah sungguh budak ni! Adik pun sibuk sama menyendel2 kat situ sebab nak coklat jugak, haparaa...

Untuk lunch semalam, I masak special sikit, ayam panggang dengan nasi goreng tomyam seafood. Takdak idea nak masak apa sebenarnya, last minute baru decided. Ayam tu cadangnya nak masak seekor, jadi ala2 ayam golek tapi pikiaq2 balik satgi tak habis pulak sebab seekor tu sekilo lebih, tu yang potong setengah saja.

Rafiqh tengok mama godek ayam, dia tanya "mama, kore nani?!(=ni apa?)", bukannya taktau tu ayam, lagi mau tanya, so mama pun jawab "kore wa chikin(=ni ayam), nama dia chikin panggang terkangkang", hahaha tak senonoh sungguh mak dia...


Sekian, sambutan hari bapa peringkat keluarga kami...

Mari jahit-menjahit, lalala...

Okeh2, atas permintaan ramai(tak ramai mana pun sebenarnya, hek), ni nak buh gambar2 hasil dari jahitan minggu lepas, starting from monday till saturday. Setakat ni I target untuk jahit satu benda sehari, kena berlatih jahit banyak2 sebabnya nak jahit garisan lurus pun masih terkial2 lagi, maklumlah I ni kan spesis 'tangan bangku', haha...

1st day(ahad) try buat seluar untuk Raziqh tapi hampeh tak lawa langsung, takmau tunjuk laa kat sini, maluuu. Isnin tu pulun jahit seluar lagi, tak puas hati punya pasai sebab before tu tak jadi, taraaa ni seluarnya, kira ok laa kan kan?! Kain ni ambil dari baju lama mak dia yang tak pakai dah. Ni tutorial yang I refer, sangat mudah nak faham -> baby's pants

muka happy pakai seluar mama jahit, hiks...


Hari selasa jahit beg ni untuk Rafiqh pulak. Sekarang ni dia suka main beg, ala2 macam mama guna handbag, nanti dia kumpul mainan dan bubuh dalam beg dan heret pi mai pi mai buat main. Kain ni pun ambil dari baju lama mak dia, habis laa baju mak depa jadi mangsa jahitan...



Rabu jahit apa2 benda yang koyak, jenuh mengorek almari cari baju nak dijahit, sebelum ni pakai tangan ja tak berapa kemas dan cantik tapi sekarang dah pandai pakai mesin so apa lagi kan, jahit jangan tak jahit, keh3...

Khamis buat pocket tissue case. Sejak dulu lagi I memang minat guna case2 gini, nampak lebih feminin bila setiap barang ada case tersendiri, especially barang2 dalam handbag. Senang ja nak jahit benda alah ni, kalau berminat boleh refer tutorial ni -> tissue case. Lepas ni nak pi beli kain japanese traditional style pulak, boleh laa buat case ni banyak2 dan bagi kat orang...



Jumaat jahit seluar tidur ni untuk mama. Kain ni ambil dari one-piece lama mama yang dah lama sungguh tak pakai, beli baju tu masa 1st year study kat sini dulu, haa ada laa dalam 6-7tahun yang lalu. Ni tutorialnya -> pajama pants.



Lastly, jahit eco-bag case. Eco-bag ni selalu buh dalam handbag tapi dok lipat2 lepas tu ikat pakai getah, huduh aih. Sekarang dah ada case sendiri, cumel!



Bila tengok hasil jahitan sendiri ni(walaupun tak seberapa), tetiba rasa kagum dengan diri sendiri, haha, dan mula laa berangan kot2 nanti boleh jahit baju kurung sendiri ka, lekeh2 pun kot laa tahun depan boleh jahit baju melayu untuk 2budak kecik ni ka kan, aiseh berangan! Tak dak sapa2 nak buka kelas jahitan ka kat sini, nak kena tanya my juniors ni mana tau kot2 ada yang terer menjahit, boleh laa nak belajar sikit2 kan, nanti kakfith upah kek ek, hehe...

Saturday, June 19, 2010

"Shut up!"

Have you ever saying "shut up!" to your kids when they keep asking the same question non-stop?! Haha, sounds familiar, no?!

Once our little toddlers are able to talk, one of their favourite and must do is to ask, ask about this and ask about that, semua benda pun nak tanya, otak mereka sentiasa ligat berfikir what next to ask, what next?! Yes, kids are full of curiosity...

Rafiqh baru ada simpton2 suka bertanya, sekarang ni kalau naik kereta he prefers to sit next to me, jadi co-driver balik, dulu nak duduk belakang sebelah adik, sekarang takmau dah. Ooo patut laa nak duk depan, sebab dia ada hobi baru iaitu nak bertanya. Bila sampai kat junctions, automatically he'll ask me, "mama, kocchi ka? acchi ka? docchi?(=sini ke? sana ke? mana satu?)", mama pun kena laa jawab "kocchi da yo, hidari ni magarimasu(=sini ok, belok ke kiri)"... Bayangkan kalau sepanjang perjalanan tu kami jumpa junctions 20kali, maknanya 20kali tu laa dia akan tanya soalan yang sama, tau pulak tu right timing bila nak tanya, mungkin dia perasan I bagi lampu signal kot.

Semalam pun macam biasa dia dok ulang tanya, tetiba mak dia dapat ilham nak menyakat dia, bila sampai kat junctions ja tak sempat dia nak buka mulut nak tanya, I dah cepat2 jawab, hahaha, bila dah banyak2 kali dia terkena, dah bosan gamaknya last2 dia terus kata "mama, urusai yo!"(=bising lah!), hahaha hambik hang, kena sedas!

So far tak pernah lagi laa I naik hangin atau marah dia dok ulang tanya benda yang sama sebab dia pun bukan pandai lagi bercakap, takat tanya "apa tu?, nani?(=apa?), dare?(=siapa?), doko?(=mana?)", tu ja laa ulang2, tanya sepatah2, jawapan pun sepatah2, tak lenguh lagi mulut ni nak melayan, hehe.

Semua budak memang suka sangat bertanya kan, with just a simple reason, because that's how they learn. Dengan hanya melayan pertanyaan mereka, bahkan memanjangkan persoalan demi persoalan yang mereka ajukan mampu menjadikan mereka manusia yang genius. Kita sebenarnya boleh merangsang keupayaan minda mereka berfikir dengan mengisi komunikasi harian dengan soalan2 ringkas. Part bertanya tu no hal lagi, tapi bila masuk bab bertanya soalan yang sama 77kali, perghhh letih jugak telinga dan mulut nak melayan. Kenapa anak2 ini suka kepada pengulangan? Kita orang dewasa kalau tengok movie/drama/cerita yang diulang2 dah sah2 akan merasa jemu kan, kalau baca buku yang sama berkali2 sehari dan esok lusa pulun baca lagi, mau muntah hijau kan, tapi cuba perhatikan budak2 kecik, depa boleh hadap benda yang sama ulang2 banyak kali setiap hari tanpa sekelumit pun perasaan bosan dan jemu kan? Siap boleh hafal dialog dan jalan cerita lagi! Itulah istimewanya mereka, cara mereka belajar tentang kehidupan ni sangatlah unik!

Rafiqh ni tak pernah lagi kena sound kalau dia ulang2 bertanya tapi kalau dia potpet2 tak henti2 macam burung murai tercekik cicak, hadoiii memang selalu laa dia kena. Dulu dia cakap bahasa makhluk asing, agak boleh diterima dek telinga laa sebab tak faham pun dia merepek hapa. Tapi la ni 90% percakapan dia tu dah boleh difahami, volume pun takdak aih nak low2, tambah pulak gaya bersembang sakan macam orang parlimen pungpang2 dengan adiknya, huihhh bengang jugak laa bila tengok tv rasa macam tengok cerita bisu, nampak gambar ja hagham sepatah pun tak dengar. Kalau tengok drama tu sedar2 ja eh2 dah habis, taktau kepala punca pun. Begitu jugak laa hal nya bila dok sembang dengan ayah depa, suara depa lagi rancak 'berbual', dan dan tu jugak rasa nak buh soletip mulut 2budak ni. Tu tak masuk masa mak depa sembang telefon, time tu laa nak mengajuk, time tu laa nak menyanyi, time tu laa nak melalak, sampai mak kata "ish hang ni anak 2 macam 10 orang, riuh-rendah sungguh, tak dengaq aih hang cakap apa", tau takpa, lagu ni laa selalu pun, macammana laa tak hangin kan, hahaha sabaq ja laa...

Kids and obsession

Sejak Rafiqh joined english class hingga laa ke hari ni, ada 1 perkara yang selalu jadi tanda tanya dalam diri I, "why my kids(especially Rafiqh) do not obsess with any cartoon character like other kids?". Seriously I've been thinking about this for quite sometime already. Taktau awat laa I concern sangat bab ni. Oh please, I tak kata I nakkk anak2 I become obsess with that thing, cuma tertanya2 adakah my kids ni kurang normal, haha ke situ pulak...

Dari dulu hingga laa sekarang, selalu baca kat blog orang atau tengok kat tv atau kejadian depan mata sendiri, budak2 selalu cenderung untuk minat gila kat satu2 karektor kartun kan?! Contoh yang paling jelas ialah bila kami pi english class, rata2 budak yang join kelas tu berusia sekitar 1-4tahun, setiap kali waktu rest teacher akan sediakan oyatsu(=snack) untuk budak2 dan selalunya oyatsu depa ni bertemakan kartun macam anpanman ka, thomas & friends ka, barney ka, doraemon dan sebagainya. Budak2 lain bila nampak saja karektor2 tu depa terus lompat2 jerit2 bersorak keriangan, tapi Rafiqh boleh buat derk saja, no reaction ok!

At first I thought mungkin sebab dia tak tengok those cartoons so he has no idea what it is. Ya laa, my kids mana ada layan anpanman, ultraman, thomas, bla3 tu semua, kiranya macam aci laa dia tak teruja pun kan. Tapi peliknya baru2 ni masa bawa 2R pi Yamaguchi foods fair tu, masa tengah duduk2 rest kat bangku, sebelah kami tu ada sekumpulan kanak2 yang dok main dengan patung2 dari program tv NHK yang mana budak berdua ni dok layan setiap pagi dan petang, tapi boleh pulak depa ni tengok tanpa sedikit pun keterujaan, muka rileks saja. Hadoiii, sungguh pelik bin ajaib!

Bukan takat tak obsess dengan characters, malah Rafiqh ni belum nampak dia berminat dengan sesuatu pada kadar yang over. Contohnya macam ada setengah budak suka sungguh main trains, cars, balls, books etc. kan, pantang nampak ja terus excited, Rafiqh ni main tu main jugak tapi tak sampai tahap suka sangat2, main gitu2 ja, lepas tu tinggal. Ermmm tapi kalau 'bawa' kereta pi mai pi mai, yang tu ja kot boleh kata dia paling suka, sejak kecik sampai sekarang tak jemu2 'drive' kereta dia tu...

Mungkinkah sebab dia belum jumpa lagi 'minat' dia?! At 2years 6months old, is this normal?!

Friday, June 18, 2010

Atasi cabaran2 awal penyusuan susu ibu...

Rasa macam dah lama sangat tak tulis pasal isu breastfeed(bf) kat blog ni. Selalunya dok 'ceramah' kat ym/email saja, hehe.

Alkisahnya baru2 ni sembang dengan kawan lama yang baru 2minggu bersalin. Dia ada pelbagai kemusykilan berkenaan pantang untuk yang bersalin c-sect dan hal ehwal nak bf baby. I nak highlight-kan beberapa point tentang bf hasil sembang2 tempoh hari...

Menyusu ni fitrah, kejadian semulajadi ciptaan Allah, pun begitu ketahuilah sungguh ia bukan mudah. Bf-ing is not all about feeding your baby with breastmilk but it's a bonding between a mother with her baby. Besar manfaatnya bila kita menyusukan anak, kita membekalkan susu terbaik yang mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh setiap bayi. Seorang ibu miskin duk ceruk Afrika dengan seorang ibu golongan elit duk mahligai istana, bila mereka menyusukan bayi mereka, kesemua elemen2nya hampir sama sebab penciptanya adalah Allah.

Zaman teknologi sekarang ni ilmu dah berada kat hujung jari, kalau dulu orang baca buku untuk dapatkan ilmu tapi sekarang orang prefer akses kat internet saja, dulu nak akses internet kena ada komputer tapi sekarang pakai handphone pun boleh. Anytime anywhere boleh membaca tapi sungguh tak sangka masih ramai rupanya ibu2 yang tak faham 'konsep asas' penyusuan susu ibu ni, I tak kata I terer gila hokey but at least before kita buat sesuatu, kan lagi baik kalau kita persiapkan diri, paling tidak pun dengan perkara2 basic, barulah apa yang kita sasarkan(rata2 nak menyusu 2tahun) tu tercapai, atau paling takpun, bila kita hadapi cabaran2nya taklah kita gelabah macam jalan tak pijak tanah kan kan...

Apakah asas penyusuan susu ibu?

1. produk yang berkualiti dihasilkan oleh mesin yang diselenggara dengan baik, semua pun tau kan?! Badan kita ibarat mesin, susu tu adalah produk. Sejak sebelum hamil lagi kita dah kena jaga badan kita, jaga pemakanan kita, tapi orang kita ni pelik, dah preggy baru kalut nak jaga itu ini, baru sibuk nak makan supplements, baru nak belajar telan susu bla3. Bila badan dah sihat barulah susu yang terhasil baik mutunya. Multivitamin dan calcium kena ambil secara berterusan, maintenance badan perlu kita utamakan, kalau mesin selalu rosak, agak2 production-nya lancar tak? Sama laa dengan badan, kalau selalu sangat sakit, macammana susu nak terhasil dengan baik dan bermutu kan?! Jangan tunggu susu dah merudum baru kelam-kabut nak cari supplements lah milk booster lah hapa lah...

2. susu dah mula terhasil sejak kita masuk 2nd trimester lagi, awal kan?! By the time baby lahir insyaAllah memang dah ada dah susu tu cuma kita kena ransang untuk dia keluar. Dekat2 due tu picit laa, mesti keluar punya even takat setitik dua. Awal2 menyusu tu kena banyak sabar dan yakinkan diri, think positive, breast kita baru nak belajar mengeluarkan susu, janganlah expect susu akan keluar mencurah2, ingat paip air ka?! Slowly laa, tak payah over risau susu tak cukup, susu tak ada or whatnot, Allah ciptakan newborn baby boleh hidup dengan minum sikit2 ja selama 3hari, dan normally badan kita perlukan lebih kurang 3hari untuk hasilkan susu sampai breast engorge...

3. pengeluaran berkadar terus dengan permintaan - sebaik baby keluar tengok dunia, basicly menyusulah dia 2jam sekali. Hasil dari penyusuan yang kerap tu nanti otak kita akan dapat maklumat bahawa lebih susu perlu dihasilkan, nanti kilang susu akan bekerja lebih efektif untuk hasilkan susu bersesuaian dengan kadar keperluan. Most likely in 4-5days breasts akan engorge dah...

4. baby refuse breast's nipple sebab terbiasa minum botol masa kat hospital, wth?! Kalau baby tu refuse breast's nipple after more than 2weeks consistently on bottle feeding I rasa lojik laa, tapi kalau baru lahir dan baru 2-3kali minum guna botol but suddenly the mother claims anaknya taknak breast's nipple, I should say something is wrong with the mother, sorry...

5. ramai yang sangka bila nak menyusu kena sumbat nipple saja ke dalam mulut baby padahal ransangan susu berlaku pada areola(bahagian berwarna gelap di sekitar nipple), part ni jugak perlu dimasukkan dalam mulut baby.


Salah tanggapan terhadap bf-ing...

1. breast kecil tak mampu hasilkan susu yang cukup - susu bukan dihasilkan oleh saiz breast, ada kilang dalam badan kita yang bekerja memproses susu. So takdak kena mengena saiz breast dengan keupayaan menyusu anak.

2. baby boy kuat menyusu, so susu tak cukup kena top up formula milk(fm) - tak ada satu kajian pun dalam dunia perubatan setakat ni yang sahkan hal ni. Tak ada kena mengena jantina bayi dengan kadar keperluan susu ok. Ni semua mitos semata!

3. baby yang menyusu lama tu kuat minum - ramai yang sangka bila baby tu lama melekat kat breasts bermakna dia kuat menyusu, sebenarnya fakta ni salah. Ia sangat berkait rapat dengan cara baby tu latch, bagi baby yang berupaya hisap dengan berkesan, dia perlukan 5minit saja untuk kenyang berbanding baby yang tak berjaya hisap dengan baik akan memerlukan masa yang lebih lama. That's why kita kena belajar cara hold baby dan cara posisi-kan nipple dan aroela ke mulutnya...

4. top up dengan formula milk - kalau dari awal lagi kita dah top up baby dengan fm, there's no way to achieve our goal of 6months exclusibe bf. Baby dah kenyang dengan fm, how could you expect him to drink from your breasts? Bila breast tak dapat ransangan, otak akan dapat info yang susu perlu dikurangkan penghasilannya, kilang susu akan 'slow down' production, lepas tu kita gelabah tak tentu hala punca susu tak ada, tak ka kurang cerdik namanya? Lain laa kalau pam kan, tapi tetap tak guna jugak, tanya balik diri sendiri kenapa kita bf kalau at the same time kita bagi fm?!


Menyusu bukan pilihan, tapi ianya hak setiap anak yang perlu dipenuhi. Sebagai ibu, kita bertanggungjawab untuk menyusukan anak2 dengan susu yang Allah anugerahkan pada mereka melalui kita...

"Breastfeeding is not a choice, but an obligation to the choice..."

Thursday, June 17, 2010

Cerita Raziqh

Alhamdulillah Raziqh dah tak muntah lagi hari ni, TAPI habis satu penyakit, penyakit lain pulak yang datang, hari ni dah 3kali dia membuang, ish sakit perut ka budak ni, macam cirit-birit pun ya jugak. But since ianya tak serius, I tak bawa jumpa doktor pun. Kalau esok masih poo banyak kali memang nak kena bawa ke klinik laa jawabnya. Dan seandainya dia sah cirit-birit, maknanya ni 1st time selama jadi ibu I berhadapan masalah cirit-birit. Sedikit gusar di hati...

Minggu ni Raziqh belajar 3 benda baru, I'm so proud of you baby. Raziqh baru pandai lambai tangan bila cakap bye2 kat dia, haha, lambat sikit kot compare to other baby, takpa2 it's ok! I baru perasan dia pandai melambai masa nak pi ambil Rafiqh dari sekolah selasa lepas, bila sensei Rafiqh yang berkenan sangat kat Raziqh ni kata "Takeshi-kun, bye2", dia pun lambai2 tangan, eh2 anak haku dah pandai lambai laa, rasa nak lompat la la tu jugak, hahaha. Lepas tu balik ja rumah mak dia pulun dok bye2 dia, sikit2 bye2, sikit2 bye2, tapi yang best tu dia balas, naik syok pulak(macam laa baru anak sorang kan, jakun tak habis lagi!)...

Dia jugak baru pandai clap guna kaki. Sejak kecik lagi suka buat baby yoga pose kat budak2 ni so selalu laa lepas tu buat aksi pelik2, dalam posisi dia baring kayuh2 kaki dia, clap2, silang2 dan sebagainya. Baru 2-3hari lepas perasan bila I suruh dia clap kaki dia buat. Masa balik Malaysia lastyear, selalu suruh Rafiqh buat "Rafiqh, clap your legs", he is able to clap his legs even without hold both of his legs. Mak tengok terus kata "ish awat laa hang ajaq meghapu2 kat dia", hahaha "laa mak, ni laa namanya aerobik, hehe". My sis kata "kesian Rafiqh, ada mak mereng macam angah", hampeh! Nanti balik Malaysia, adik tunjuk kat maktok adik pun boleh clap guna kaki ok, muehehehe...

Minggu ni jugak dia belajar mengemas toys. Walla wei yang ni mama kena tabik spring 7kali laa kat adik, baru 10bulan dah pandai mengemas! Serius tak tipu, dia kutip toys especially blocks, bola2 dan kereta2 kecik dan masukkan dalam bekas simpan toys. Kagum hokey, masa 1st time tengok dia kemas sama2 dengan Rafiqh tu I thought ianya kebetulan saja, kebetulan ja dia ambil benda2 tu, kebetulan ja dia letak dalam bekas, kebetulan ja dia keep collecting one by one. Tapi tak, bukan kebetulan, dia memang bermaksud nak menyimpan. Dah banyak kali bila tengok Rafiqh menyimpan dia pun kedek2 tolong kutip sama. Good boy! Hah memang adik patut simpan pun, adik kuat munggah jugak kan kan?! Kesian onichan sokmo2 kena kutip mainan yang adik buat sepah, kadang2 onichan penat2 pulun simpan elok dah, adik selamba ja mai tarik sepahkan balik, nasib baik dia tak pelangkong adik, haa sekarang sama2 main sama2 simpan ok!

Antara kerja rumah dan anak2...

Sejak minat menjahit ni, setiap malam asyik masuk tidur lambat, kalau dulu pukul 9 confirm dah pengsan dah, la ni pukul 11 pun dok menyengkang mata lagi. Akibatnya siang2 kalau takdak benda nak buat mata ni mula laa rasa mengantuk. Tengah baring2 main dengan 2R pun boleh terlelap tapi sat ja laa, takat 5minit lepas tu terjaga. Ni 2R tengah tidur, boleh sangat nak join tidur tapi mata takmau pejam pulak, aiseh! Takpa laa, kebetulan dah janji dengan Aisha-ibuAina nak cerita tentang macammana I curi masa 'melarikan diri' dari 2R untuk buat kerja, hehe, macam pelik saja bunyinya kan, bagi ibu2 yang ada anak kecil sure faham kadang2 nak settle kerja rumah pun terkocoh2, ni kan pulak nak dapat peluang buat benda yang kita suka...

Kawan2 selalu tanya, 2R ni tak mengacau ka time mak depa buat kerja, nak kata langsung tak kacau tu nampak sangatlah tipu kan, kacau wajib kacau, memang tu pun antara 'tugas' depa, pengacau separuh masa! Jadi mak depa kena laa pandai alih perhatian depa...

Sebelum nak buat apa2 kerja, untuk elakkan gangguan dari anak2, kita create-kan mood yang baik pada mereka terlebih dahulu. Senang ja sebenarnya, make sure they have enough sleep and full tummy. Lepas tu kita bagi depa buat 'tugasan' utama depa iaitu bermain...

Kita selalu dengar ibu2 merungut anak2 takmau main toys sendiri sebaliknya cari benda2 yang bukan mainan. Memang normal laa tu, fitrah kejadian anak2 untuk meniru mak bapa depa, sebab tu laa mereka lebih berminat nak main dengan 'mainan' yang kita dok 'main' setiap hari tu. Cara paling mudah nak tarik perhatian anak2 supaya tak kacau kita buat kerja ialah laraskan kerja kita dengan mereka supaya sama, haa tuh dia kena bagi sama standard ok. Time kita masak, bagi ja laa periuk, besen, senduk , sudu segala-mala perkakas plus bawang, karot, buah2 yang dah dikupas atau dibersihkan untuk depa masak. 2R ni sayur mentah pun depa belasah makan time dok 'masak', dengan bawang2 pun depa pernah kunyah, hahaha. Tapi kebelakangan ni I jarang bagi buah/sayur dah sebabnya nampak depa minat 'masak' blocks dan kad, bagi perkakas saja nanti pepandai laa depa berketung-ketang dengan blocks dan kad tu...

Time buat kuih, bila anak dah cecah setahun lebih I bagi doh sikit untuk main, nak makan pun takpa. Macam Rafiqh ni cookies dah boleh bagi dia terap, mixer kek pun dah boleh bagi pegang untuk putar. Bila siap adun kek, ada baki2 adunan kat besen tu mentah2 I suap bagi dia rasa. Benda2 pelik macam ni memang depa happy sangatlah bila dapat buat kan...

Sekarang ni menjahit pulak, selalunya untuk measure dan potong kain kena tunggu Raziqh tidur laa. Rafiqh tak kacau sangat, habis2 pun dia sibuk nak tengok, bagi ja perca2 kain untuk dia main. Nanti nak kena belikan gunting untuk dia belajar potong2. Mesin jahit ada dalam bilik toys 2R so time nak menjahit biar ja depa berkubang dalam bilik tu sama.

Masa buat kerja2 lain pun sama jugak, kalau nak vacuum rumah mula2 bagi depa 'vacuum' dulu, then ambil vacuum tu dan bersihkan rumah sampai siap, lepas tu bagi depa sambung balik 'kerja' vacuum depa tu sampai depa cemuih, nanti depa tinggal vacuum tu haa baru angkat simpan...

Memang tak dinafikan ada anak kecil ni memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa. Mungkin ada ibu yang rasa serba salah nak biar anak meragam bila dia nak buat kerja. Sebenarnya kita mampu penuhi keduanya, contohnya dengan babywearing. Sebolehnya sejak anak2 masih peringkat baby lagi kita boleh ajar mereka berdikari main sendiri. I memang bukan jenis yang suka duduk hadap depa 24/7. Most of the time, I bawa depa ke mana saja I pergi(kalau duk dapur heret pi dapur, kalau duk dalam bilik angkut masuk bilik bla3), bagi depa nampak kelibat I tapi I buat kerja sendiri, mulut ja potpet2 bercakap dan entertain depa. Bila dah boleh duduk, I ajar supaya depa pandai main sendiri. Bila dah mobile, let them explore whatever they want, tapi make sure kena monitor laa kan. Bila dah besar, dah pandai nak tolong buat kerja, kita kena bagi depa bekerja. Ajar depa switch on-off tv/kipas/cooler/air-cleaner, buka-tutup-lock-unlock pintu/sliding door, kutip baju2 masuk washing machine/laundry basket, kemas toys, simpan barang kat tempat, angkat pinggan cawan letak atas meja/dalam sinki, ambil kain buruk dan lap lantai, kalau terlampau rajin boleh bagi kain suruh lap perabot dan tingkap, hahaha dah gaya orang gaji laa pulak. Tapi tu laa kerja Rafiqh setiap hari, dah macam orang besar dah kan kena buat kerja, hehe, takpa jangan manjakan anak2, ajar depa berdikari, bukan saja baik untuk tumbesaran minda malah menyenangkan kita jugak...

Eh, menjawab soalan ker tak ek?! Sedang sedikit blur kerana mengantuk, otak pun tak berfungsi dengan baik(alasan!)...

Wednesday, June 16, 2010

Of today's activities

Pagi tadi bangun pukul 3.30 untuk subuh, lepas tu gedebum tidur balik. Alarm keitai (=handphone) bunyi 5minit sebelum pukul 6, bangun2 terus sikat dan ikat rambut, pi cuci muka dulu sebelum masuk dapur...

Masak nasi, goreng telur dan buat telur masak kicap, goreng ayam, goreng sayur, masukkan foods secara berasingan dalam 3 tupperware, bancuh air roselle dan letak dalam flask, ok siap bento(=bekal) myLove. Dah tu buat breakfast pulak - air koko 2mugs, koko+freshmilk untuk Rafiqh, rebus telur setengah masak untuk myLove, hidangkan roti dalam pinggan, letak lada sulah, kicap dan multivitamin atas meja, settle breakfast...

Jenguk 2R dalam bilik, depa tak bangun lagi so terus pi buang sampah. Naik balik on-kan washing machine dan angkat cloth diapers yang tak kering disidai dalam rumah(semalam hujan) dan sidai kat beranda. Raziqh bangun tidur, layan dia breakfast sambil tengok tv...

MyLove pergi kerja pukul 7, on laptop dan I breakfast. Rafiqh pukul 8 baru bangun dan layan dia pulak breakfast. Mandikan 2R, sidai baju, adun donat, update blog dan tidurkan Raziqh. Obachan(=nenek) bawah datang bagi sushi, sembang2 sekejap dan layan Rafiqh main sambil tengok drama. Pukul 11lebih Raziqh bangun, sediakan lunch Raziqh, bagi Rafiqh makan dan I pun lunch sama. Adun kulit karipap dan kelebet karipap, solat, main dengan 2R, call klinik kanak2 sebab Raziqh dah 4kali muntah, mama dah risau sebab badan dia tak panas dan dia aktif macam biasa cuma tak boleh makan, bila makan ja terus muntah balik, nurse minta bawa dia ke klinik petang nanti. So tidurkan Raziqh, kutip baju dan lipat, goreng donat dan karipap semuanya half-cook untuk frozen. Sambil tunggu Raziqh bangun tidur, I dan Rafiqh dah bersiap2 nak keluar. Bila Raziqh bangun dia muntah lagi, siap2kan dia dan kami keluar...

Kat klinik, doktor kata mungkin angin masuk perut, tak nampak tanda2 dia sakit cuma tekak sedikit merah. Doktor masukkan ubat ikut bontot dia dan suruh 'puasa'kan dia sejam, bagi dia makan ubat dulu sebelum bagi susu/foods lain. Tak lama pun kat klinik sebab orang tak ramai, nak balik terus pun awal lagi, myLove sekarang lewat malam baru balik rumah, dari dok 'berperang' dengan 2R ni kat rumah, baik ler bawa depa pi jalan2. Taktau nak pi mana pun sebenarnya, main redah ja sampai laa kat Yamaguchi Foods Fair. Melilau pi mai pi mai hagham satu makanan/sayur/buah pun tak beli tapi melencong pi bahagian menjahit, hahaha. Shopping barang2 menjahit laa apa lagi kan, kan tengah gila menjahit la ni, hakhakhak, poyo!

Pukul 6.30 sampai rumah, nyusukan Raziqh dulu sebelum nak mandikan depa tapi Raziqh tertidur pulak. Buh dalam buaian, mandikan Rafiqh, masak nasi, masak lauk, mandi, solat dan menengung depan laptop ni cari tutorials jahitan. Lepas dinner dengan Rafiqh, ambil kain2 nak ukur dan potong, settle jahit sikit ja Raziqh bangun, sakan tidur sampai pukul 9lebih baru terjaga, yang si Rafiqh dari siang tak tidur2, lately sebab ayah balik lambat dia pun refuse tidur awal, macam nak tunggu ayahnya. Tapi sebab ayah balik lambat sangat, dia dah tertidur pun tadi. Lepas 2R tidur, mak depa sambung potong kain dan update entry ni sementara tunggu ayah balik. Kalau selalunya pukul 9 dah padam, la ni kerap pulak berjaga malam, hihi...

Sekian, entry takdak motif...


sushi...


donat, karipap dan kulit karipap frozen...



hasil rembatan di Daiso 100yen shop...

"Mama, mouth adik poo"

Just now, Rafiqh came to me and said "mama, mouth adik poo" for few times. I was like what?! Do you guys get what he's trying to say?

Hahaha yes, he actually trying to tell me that adik throw up! Dia taktau the word 'muntah', that's why dia bantai ja kata adik poop ikut mulut, haha hadoiiii sabaq ja laa budak ni...

This is not the 1st time Raziqh throwing up, I'm no more surprise or kelam-kabut to handle this, not like when I was with Rafiqh. Rafiqh dulu 1st time muntah masa dah dekat setahun. Since dalam pantang, Rafiqh memang tak muntah macam sesetengah baby yang selalu temoq(muntah susu). Berbeza dengan Raziqh, sejak berusia beberapa minggu lagi dia mudah temoq, eventhough dia dulu jenis yang nyusu sikit2 saja. But I know the reason why he always vomitted, it was because I didn't know how to burp him, silly me!

Sebenarnya baby muntah ni perkara biasa, especially for formula milk fed babies. Susu formula lebih susah nak dihadam oleh perut baby, baby yang menyusu guna botol jugak lebih cenderung untuk overfeed dan sebagainya. Ada macam2 sebab baby boleh muntah, tapi selalunya tak serius lah, unless kalau muntah baby tu mengandungi darah atau cecair hijau, dia muntah tak henti2, ada bengkak or whatnot kat badan dia, it might be a sign of health problem, so better cepat2 bawa jumpa doktor...

Raziqh ni selalu muntah bila dia overfeed. Ni kes kecik2 dulu liat nak menyusu tapi bila dah besaq kerja nak menyusu saja, taktau pasai apa suka sangat menempel kat mama, dah kenyang pun nak nyusu lagi, last2 muntah. Lagi satu sebab dia akan muntah ialah bila dia makan sesuatu dan terlekat. Ni kes suka kutip makanan Rafiqh dan buh dalam mulut, tapi tak reti nak telan, hish geram sungguh! Lately sebab dah pandai makan solid foods yang sama macam Rafiqh makan so masalah tercekik ni dah tak ada tapi bab overfeed ni masih tak settle lagi, hehehe. Apa2 ja laa kamu ni dik. Rafiqh bila tengok adik muntah, dia lari duk jauh2 sebab dia kata "yucks, kitanai(=kotor) kusai yo!(=busuk lah!)", haha tau takpa!

Monday, June 14, 2010

Telemovie oh telemovie

Lastweek sempat tengok 2 telemovie, lama dah tak melayan drama kat youtube. Petang2 masa 2R ni tidur, lepas dah settle kerja2 rumah, dah taktau nak buat apa, bosan punya pasai cari laa drama. Sekarang ni dok ikut 1 ja drama kat web tv3 bertajuk Syahjihan, lain2 tak minat nak tengok sebab haprak cerita mengarut entah hapa2, Syahjihan ni pun tak best mana pun tapi tengok jugaklah sebab lawak...

Telemovie yang I tengok tu tajuknya 'Dunia batinku' dan 'Jiwa kacau'. Dua2 best!

Dunia batinku berkisar tentang kisah hidup sebuah keluarga miskin, kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan 3orang anak dan menjaga ibu mertuanya yang sakit. Ia memaparkan pergolakan perasaan seorang ibu yang cuba untuk pikul tanggungjawab tanpa mahu menyusahkan anak2nya, dan pada masa yang sama pergolakan emosi si anak yang nak tolong ringankan beban ibunya. Setelah kematian si ibu, tautan kasih adik-beradik pulak diuji dek kemiskinan. Lakonan pelakon2 budak dalam drama ni mantap, real sungguh sampai menusuk hati ni, terusik emosi dibuatnya, termenangis jugaklah beberapa kali, hehehe.

Jiwa kacau pulak berkisar tentang kehidupan seorang pemuda yang di awal kehidupannya adalah anak yang baik, seorang yang dibesarkan dalam persekitaran yang baik tapi disebabkan salah memilih kawan dan tak kuat dengan 'cabaran' dia terjebak dengan dadah. Cerita ni bagus kalau dikupas terperinci pada golongan remaja. Teringat masa kecik2 dulu mak selalu pesan supaya pandai pilih kawan dan jangan mudah termakan dengan cabaran. Cabaran ni ada 2, yang baik dan yang tak baik, remaja2 ni kan pantang dicabar, tak fikir dah benda tu elok ka tak, asal kena cabar ja terus nak sahut, akhirnya ia memusnahkan diri sendiri. Sebenarnya ramai remaja yang terpedaya dengan rokok dan dadah ni semua bermula dengan suka2-saja-nak-cuba atau 'menyahut cabaran' teman sebaya laa.

Drama ni olahan ceritanya ialah dari Mawi, penerbitnya Mawi, lagu utamanya nyanyian Mawi, Mawi pun berlakon jugak walaupun hanya sekadar watak tempelan, hehe, takpa saya suke, best2! Oh ok, saya memang minat Mawi, dulu before dia kahwin minat banyakkk, la ni minat sikit ja, apakah?! Secara keseluruhan cerita ni ok laa, dialog yang lojik, bersahaja dan lawak, watak2 yang berkesan, mesej yang sampai pada penonton. Ada laa sikit2 plot yang agak ngokngek tapi biasa laa tu, mana nak cari drama yang sempurna macam Nur Kasih, hehe. Cuma tak syok tang ending-nya, sad ending. Mungkin mesej kat situ depa nak habaq once terjebak dengan dadah, sekuat mana pun keazaman nak jadi baik dan kembali ke pangkal jalan hakikatnya jalan yang ditempuh sangatlah payah. Tengok drama ni pun saya nangis, sedih bila fikirkan anak yang dididik dengan baik pada awal usia remajanya tiba2 berubah, tak boleh nak bayangkan, huhu.

Dah lama tak tengok cerita melayu yang 'bagus', dulu cerekarama best2 laa jugak tapi sekarang huh! Pelik kan kenapa susah sangat nak buat drama yang berkualiti sedangkan dalam dunia ni ada berbilion2 manusia dengan setiap orang ada kisah hidup tersendiri, maknanya ada berbilion2 jalan cerita yang boleh dibuat drama kan kan...