Tuesday, March 30, 2010

Baby-proofing

Baby-proof is the complete solution, committed to making our home a secure and safe environment for our family especially for our kids. When our little one turns into baby-on-the-go, it's the right time to start babyproofing. We know baby loves to explore, he learns about life by exploring everything around him. As parents, we must make sure the surroundings are safe enough and somehow, baby-proofing will help us to decrease the words "no" and "don't" to our baby in term to let him gets healthy and safely play...

About a year ++ ago, when we started to baby-proof the house for Rafiqh, it was kinda tough and hard task for us, macam2 nak kena belek, cause babyproofing usually requires a very thorough reorganization, had to get down on our hands and knees to survey the house from his point of view and we also had to think of all the consequences or possibilities of everything that may injured him. Normal laa tu kan, 1st time jadi parents so banyak jugaklah benda yang kami kena moved-in-moved-out, block itu ini for the sake of safety...

And now is Raziqh's turn to explore the house. Alhamdulillah for this time round we don't really have so much difficulties anymore, just certain parts ja kena extra careful cause yang lain2 tu remains to be just the same like before. Cumanya yang sedikit rimas and sometimes I do feel stress dengan pakcik kecik ni ialah dia sangat ligat, really2 'hardworking' person but ligat tu takpa, dah get used dah sebab Rafiqh dulu pun macam ni jugak, tapi yang tak tahan tu ialah dia ligat tapi tak lasak, kena sikit ja terhantuk ka tertomoih ka jatuh ka hapa ka, melalak macam kena hapa ja. Oh actually dia ni ada mood, kalau time mood baik, dia jatuh tertonggeng2 terguling2 pun dia boleh sengih2 gelak lagi, tapi kalau mai mood 'menyentot' dia tu, hadoiii sabaq ja laa... Seriously, dia punya volume tu perghhh sakit gegendang telinga ni dengar, suara dia tu boleh dengar sampai kat bawah dari tingkat 5 ni, my neighbours told me that! Dah tu kalau teriak bukan tau sikit2, over sungguh, auta ja lebih!

Selain tu, cabaran lain dengan si Raziqh ni ialah dia ada 'pembantu' yang memudahkan dia melasak, tak lain tak bukan, onichan lah! Mak depa memang tak boleh duk diam, kena alert sentiasa, kalau depa senyap ja tu wajib laa kena pi jenguk, ada ja 'projek' depa, hish! Hari tu dah buat satu corner kat bilik kecik yang tak guna tu untuk Rafiqh main, selalu laa jugak depa main kat situ tapi agak kurang meyakinkan untuk biar depa berdua ja kat situ, so fikir2 nanti lepas dah clear ruang tamu ni, kami nak pindahkan toys depa ke sini, senang sikit nak monitor depa bermain. Nampak gayanya sementara adik nak membesar dan boleh 'jaga diri' sendiri, kena tahan laa dengan rumah yang bakal lintang-pukang ni, nanti dah pandai sikit, baru laa pindahkan balik barang depa ke bilik tu...

Monday, March 29, 2010

Happy birthday Adik!

Hari ni 29 mac adalah hari ulangtahun kelahiran adik kami yang bongsu - Ahmad Sulhiy, atau lebih mesra dengan panggilan 'adik'. 10tahun dah usia dia, ish macam tak percaya laa pulak, rasa macam dia masih kecik lagi, sekejap ja masa berlalu, tak lama lagi dah nak menginjak remaja, uhuk...

Dia lahir ketika usia mak dah pun cecah 40tahun, abah mak mulanya tak plan pun nak ada anak lagi, sedar pada risiko beranak pada usia yang lewat tapi hasrat abah nak seorang lagi anak lelaki dan pada 'percubaan' akhir tu memang dah dijanjikan rezeki oleh Allah, alhamdulillah kami semua happy sangat nak dapat adik lagi masa tu. Besar rahmatnya kelahiran dia ni, 6tahun jarak usia dengan achik membuatkan semua orang sayang amat kat dia. Sepatutnya abah mak pi Makkah pada tahun dia lahir tu tapi terpaksa ditangguhkan setahun, so masa abah mak pi mengerjakan haji I tengah tunggu result SPM, adik belum pun cecah setahun and I was the 1 who had to take care of him, and the others of course.

Dia sangat comel, dari kami 6beradik ni dia laa yang paling putih gebu dan lemah-lembut. Yes, you read me right, though he is a BOY, he is really a soft-spoken person and behave well all the time. Sejak kecik lagi sesiapa pun tengok dia mesti sangka dia girl. Pernah banyak kali mak bawa dia pi masjid berjemaah dan bagi dia pakai baju melayu lengkap berkupiah, masa tu dia dah 4tahun gitu, orang still tanya "perempuan yer?", hahaha haparaa. Kalau bawa pi potong rambut dan mak request minta potong rapat pakai mesin, orang saloon tu mesti tanya banyak2 kali sebab sangkakan dia tu girl, hehe lawak pulak bila diingat2. Till now, dia jenis yang mudah dijaga, tak nakal, tak banyak kerenah dan disayangi sesiapa pun yang kenal dia...

Walaupun dia bongsu, dia sayang kat budak2, kalau bagi dia 'mengasuh' budak2 especially baby, haa memang dia suka sangat laa. Sayang amat kat anak2 saudara dia, anak2 saudara dia pun sayang amat kat dia, dia memang pandai melayan budak2. Cumanya sekarang ni kasihan sangat kat dia, membesar keseorangan tanpa kehadiran abang2 dan kakak2 yang lain memang selalu buat dia terasa sunyi. Apatah lagi abah pulak weekends baru balik rumah, dia tinggal berdua ja dengan mak. Selalu jugaklah dengar dia mengadu bosan dan sunyi tapi nak buat macammana kan, dah nasib dia. Sebab terlalu kesiankan dia, abah bina kolam ikan kat rumah tu, tiap2 hari kerja dia lepas balik sekolah, dok melepak kat pondok kolam tu 'main' dengan ikan2 dia...

Adik, happy birthday! Moga adik membesar menjadi muslim dan mujahid islam yang berjaya dunia dan akhirat. Moga adik kekal dengan sahsiah terpuji dan disenangi seperti sekarang. Moga adik menjadi anak yang soleh dan selalu menjadi pendamping abah mak menyusul hari2 tua mereka...

Rafiqh dan Raziqh ucapkan - Otanjyoubi omedetou paksu!!!

with Rafiqh...

with Raziqh...

Weekends

Jumaat hari tu lepas myLove balik kerja kami keluar beli barang dapur, masa nak beli butter ternampak ada promotion cheese, tak fikir panjang dah terus rembat seketul cream cheese. Dalam otak ni dah berkira2 nak buat cheesecake dan tiramisu, nyum2...Balik rumah terus check resepi both cakes tapi tak cukup bahan laa pulak, huhu, so decided nak buat nextweek je lah.

Tapi keesokannya memang dah tak tahan dah nak jamah cheese cake so petangnya lepas myLove keluar main bola, I brought the kids out. Mula2 pi farmasi Wants nak membeli barang, sekarang ni merata2 tengah sale so kami 'terperangkap' dalam farmasi tu dok merayau2 beli itu ini, tapi barang yang dicari2 ie. biskut oreo takdak juai laa pulak, cis! Oh btw rasanya farmasi kat Malaysia takdak kot jual foods tapi kat Jepun ni nama ja laa farmasi tapi segala tok-nenek barang ada dijual. Settle membeli-belah kat farmasi, kami ke stesen minyak untuk beli minyak gas, ingatkan dah masuk spring tak payah laa on heater lagi tapi mak aih sejuknya laa sekarang ni, nak taknak kena beli jugaklah, tak beli banyak pun, setengah tong ja laa, takat buat spare. On the way balik tu singgah supermarket dekat rumah ni pulak, masih tak berputus asa nak beli oreo. Alhamdulillah ada pun! Kat supa ni ada trolley kecik untuk budak2, Rafiqh ni dah dapat sorong trolley tu terus takmau balik, hadoiii jenuh pulak melayan dia menolak menatang ni keliling supa sampai dia puas, beli 2barang ja tapi punya laa lamaaaa...



Balik ja rumah terus buka resepi double-chocolate cheesecake. Sebenarnya dah berkurun lama dah teringin nak makan chocolate cheesecake, rasa macam tak pernah pun makan kek cheese perisa coklat, kalau yang plain tu selalu laa buat. 1st time tengok kat blog Ina terus ambil resepi dan bookmark, punya laa lama dok tangguh2 at last berjaya jugak buat, hohoho... Tak sabar2 punya pasal, petang tu jugak buat, cuba separuh adunan ja, cukup laa 2orang ja nak makan. Lagipun creamcheese tu berbaki separuh lagi so boleh laa nanti buat tiramisu pulak, yippie2!

Bahan2:
24 ketul biskut oreo - hancurkan
1/4 cawan butter/marjerin - cairkan
8 oz philadelphia cream cheese - dibiar suhu bilik
1 cawan gula
2 sudu besar tepung
1 sudu kecil vanila
8 oz semi-sweet chocolate - cairkan
4 biji telur
1/2 cawan blueberry

Cara2:
- panaskan oven sehingga suhu 325 degree F
- campurkan biskut oreo dan butter cair hingga sebati, tekan dalam acuan dan bakar selama 10minit
- pukul cream cheese, gula, tepung dan vanila hingga kembang, masukkan chocolate dan sebatikan
- masukkan telur satu persatu, pukul pada kelajuan perlahan hingga sebati, curah atas adunan biskut yang telah dibakar tadi. Bakar 45minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam fridge, hias dengan beri sebelum dihidang


Sedap tak terkata, gebu dan kurang manis, malam tu siap bakar dan sementara kek tu disejukkan, tidurkan 2R dulu dan kemudiannya mak depa menikmati kesedapan kek tu sorang2, perghhh nikmat! Having my me-time while eating cheesecake, marvelous! Oh tapi memang kalau coklat cheesecake ni kita tak rasa sangat ek ke-cheese-an nya?! Ka I yang salah buat, cause kalau ikut resepi ni kena guna philadelphia cheese tapi I beli creamcheese hokkaido punya, kot laa berbeza, ermmm... Takpa laa, yang penting sat ja habis dah, bakinya tu share dengan Rafiqh, terkejut tengok Rafiqh pulun makan, sedap sangat agaknya sampai dia tak pi mana2 dah, tunggu depan mama suruh suapkan dia, sampai licin baru dia bangun pi sambung main...
Kelmarin kami tak ke mana, godek karipap untuk minum petang dan frozen, buat oyatsu(=snack) Rafiqh dan layan drama ja...
Sengaja adun kulit karipap ni bagi lebih, nak buat 'kerepek' ni untuk Rafiqh. Selalu bila buat benda ni mesti teringat kat mak. Masa kecik2 dulu mak selalu buat benda ni tapi mak buat bentuk ala2 riben, tapi I ni dah banyak kali cuba pun still tak reti huhu. Alih2 buat bulat kecik2 besar duit 50sen, kalau mak buat mesti salut gula lepas goreng tapi I tak salut, budak kecik tak elok makan manis2(padahal mak dia pemalaih, hahaha). Kerepek ni pun frozen-kan jugak...

Friday, March 26, 2010

Majlis Konvokesyen Yamaguchi University

Dah berhari2 asyik dok tangguh nak siapkan dan publish entry ni, macam dah basi ja cerita ni, tapi takpa laa nak cerita jugak, hehe. Bukannya busy ka hapa, tapi tak berpeluang duk lama2 dan aman permai dah depan laptop ni sekarang, ramai sangat tukang nak tolong taip sama, kena tunggu assistants ni tidur atau ralit dengan aktiviti sendiri dulu baru laa boleh nak bersenang-lenang...

Selasa lepas adalah hari sotsugyou shiki(=majlis konvokesyen) bagi siswazah Yamaguchi University. Selama ni I tak pernah pi pun majlis konvo kohai(=junior), pi yang sendiri ja tahun 2007 dulu tapi sebab dulu masa I konvo 1 of them(MatNor) yang grad kali ni pi, kiranya macam 'membalas kunjungan' lah ni, hihi. Selalunya tak ramai pun 'orang2 tak berkenaan' teringin nak jengah majlis grad ni tapi surprisingly tahun ni ramai sungguh Malaysian yang pergi meraikan senpai-kohai yang grad, bagus2, 6 thumbs up(campur jari2 Rafiqh dan Raziqh sekali) for you guys!!!

Sotsugyou shiki
ni berlangsung di dewan kat Yamaguchi-shi(main campus Yamaguchi University terletak di daerah ni), kami dan students Malaysia lainnya tinggal di Ube-shi, (engineering dan medic campus di Ube, separate dari main campus), perjalanan dengan kereta dari Ube ke Yamaguchi ialah lebih kurang 1jam. Plannya nak sampai sana before majlis bermula so pukul 8.10 kami dah keluar rumah, janji dengan kohaitachi nak jumpa pukul 8.30, oleh sebab kami sampai awal, sementara tunggu the girls sempatlah menyusukan Raziqh sekali lagi dan bagi depa tengok tv siaran kanak2 kat navi kereta. Pukul 8.45 kami bertolak, Raziqh terlentok tidur sepanjang perjalanan. Sampai sana dekat2 pukul 10, jalan nak masuk situ pun sesak, ditambah dengan hujan lagi, memang agak lama jugaklah tunggu giliran nak parking kereta...

Majlis konvo kat jepun ni memang simple amat, dalam 3jam ja dah settle semuanya. Kat sini bukan semua yang grad tu dapat naik pentas pun, seorang wakil ja dihantar untuk ambil ijazah bagi setiap department dan kemudiannya ijazah2 tu disampaikan oleh ketua pensyarah department kat majlis petang di kampus masing2, haa gitu laa lebih kurang. Tentatif majlis pun sangatlah ringkas, ada ucapan(pendek dan padat), ada persembahan 2-3rounds, ada penyampaian ijazah, penyampaian anugerah, pungpangpungpang siap! Tak havoc, grand dan happening macam grad day kat Malaysia, sebab tu ramai students Malaysia yang tak heran pun kalau tak pi majlis grad depa, habis ja urusan pengajian dan confirm boleh grad, tak tunggu dah majlis grad depa yang tak sampai sebulan pun lagi tu, depa terus blah balik Malaysia, tak sabaq2 aih nak keluar dari nihong, ish3... Bukannya apa, bagi I lah kan, selepas 2tahun kat UM dan 4tahun kat sini berhempas-pulas tertonggeng-tonggeng melalui jerih perit kepayahan hanya untuk menggenggam sekeping ijazah tu, I rasa lebih puas hati kalau dapat akhiri atau tutup buku memori kat sini dengan 'kenangan graduation' tu, rugi woo tak merasa konvo kat negara orang, biarpun majlisnya tak seberapa tapi at least memorinya ada...

Out of 11, only 5 of them managed to come. Jutaan tahniah buat mereka! *clap2*

Bergambar bersama adik2 yang grad, dari kiri - Gorey, Maizul, MatNor, Akmal dan Puji...


The hot girls, hahaha hot laa sangat, jangan terbakar sudah!


Antara yang hadir memeriahkan suasana...
Cuba teka di mana Rafiqh?! Dia ada kat sebelah jurugambar ni, menyibuk nak tolong ambil gambar sama, hish...


Mama, onichan dan adik yang dah tertidur...


Raziqh dok pulun makan senbe, lapaq sangat ka dik oii...

Habis bergambar, kami keluar dewan, pi melepak kat kedai makan sampai pukul 3. Sebelum balik rumah kami singgah international house untuk solat, sampai rumah pukul 4lebih, perghhh penat tapi best!

Selamat membina kerjaya dan 'keluarga' buat adik2 yang berjaya tamatkan pengajian. Moga kita akan bertemu lagi di Malaysia nanti...

Thursday, March 25, 2010

Raziqh budak baru belajar nak makan...

Sementara 2R tengah tidur, mai nak update cerita pasal Raziqh dan makanan dulu, satgi kalau sempat, boleh laa cerita pasal majlis konvo yang kami pi last tuesday...

Bila Raziqh cecah 7bulan, I dah mula prepare barang2 keperluan yang diperlukan untuk sediakan makanannya, contoh macam blander dan periuk kecil. Blander tu taklah sampai beli baru, cuma sebelum ni I selalu pakai bekas blander kecik yang orang guna mesin bahan kering tu untuk bland bawang dll(kes malas guna blander besaq, haha), so bila nak guna blander tu untuk Raziqh, tak boleh pakai dah laa, kena cuci bersih2 dan simpan. Periuk pulak yang zaman Rafiqh tu dah buruk, jadi I beli laa baru. Pinggan mangkuk gelas dan sudu, semuanya pakai kongsi2 dengan Rafiqh. Cup ber-straw baru ja beli jumaat lepas, tapi bekas2 kecik untuk simpan foods pulak sampai sekarang tak beli2 lagi, hohoho.

1st time nak bagi Raziqh makan, I cuma lenyekkan pisang dan suap dia, kalau sebelum2 ni apa ja abang dia suap dia boleh terima, tapi peliknya bila I suap pisang dia luah2 balik. At first I thought oh maybe dia taknak makan lagi kot, just nak main2 but I was wrong, hapa punya ngokngek laa mak budak ni, rupanya Raziqh tak reti nak telan pisang tu, cause few days later I tried to feed him apple puree and turned out he really love it, makan punya laa lahap macam 10hari tak jumpa foods, hihi. Then I bland pisang sekali lagi dan suap dia, taaraaa he ate it! Bermula dari situ, I pun bland nasi dan buah2 untuk Raziqh sekali sehari. Mula2 tu I bland bagi agak cair(air banyak), kemudian semakin hari semakin pekat(kurangkan jumlah air), nanti2 bila usianya hampir 10bulan++, mungkin dah tak perlu bland halus lagi, either softly mashed or chopped into fine pieces...

Kalau ikut dalam buku/website baby, biasanya mesti tulis mula2 nak bagi baby makan, amount-nya hanya 1 sudu besar saja. I don't know ibu lain buat macammana, kalau I, I give more than that, lebih kurang 4sudu besar gitu. Sebabnya dari pemerhatian I, masa mula2 baby nak terima foods, depa takkan mampu telan semua yang kita suap tu, lagi banyak yang tumpah(disembur/diluah) dari yang masuk perut. Kiranya kalau suap 4sudu tu pun, I'm sure yang masuk perut dia cuma 1sudu ja, macam tu lah lebih kurang...

Ada yang tanya, Raziqh tak makan ikan/ayam lagi ka, I told them that he just started to eat so kena slowly introduce 1 by 1 type of foods, sistem penghadaman dia baru nak 'kenal' dan baru nak mula proses makanan selain susu, kenalah bagi ikut step kan, tak boleh main redah ja. As for starting I prefer bagi buah2, sayur2 dan bubur nasi plain ja dulu. After 1 month ++, baru mula bagi ayam ka ikan ka tofu ka...

Walaupun sebolehnya I cuba apply '4day wait rule' for each of his new foods, tapi setakat sekarang ni I cuma tunggu 3hari ja, masa jumpa doktor for 7months check up Raziqh tempoh hari, paed pun ada cakap that 3days is enough to detect allergy symptoms if he has any. Paed jugak ada senaraikan foods yang seboleh mungkin perlu dilewatkan pemberiannya buat baby, contoh macam freshmilk, telur, certain type of fruits and etc., so part tu kena extra careful sikit sebab Raziqh suka sangat rembat makanan Rafiqh, huhu.

Sejak Raziqh mula makan ni, 1 good thing is dia dah poop kerap dari dulu. Kalau dulu seminggu sekali ja sekarang almost everyday, so mama tak payah nak risau2 fikir atau kira hari Raziqh tak poo lagi, hehe.

Unlike Rafiqh, dengan Raziqh ni I tak boleh nak strict sangat dah. Kalau Rafiqh dulu dia cuma makan 100% of homemade foods till he reached 10months++(tu pun sebab kami balik bercuti kat Malaysia), tapi Raziqh ni no choice I kena bagi jugak snacks baby untuk 'redakan' gangguan dia terhadap Rafiqh. Mak pun kata anak 1st memang senang nak monitor tapi bila dah kedua dan seterusnya memang susah sikit dah sebab dia ada abang/kakak. Sekarang Raziqh petang2 time Rafiqh makan oyatsu(=snacks), dia pun dapat makan senbe baby jugak, suka laa dia...

Tu ja ceritanya, gambar2 kat bawah ni takdak kena mengena pun dengan tajuk entry...

Rafiqh dan Raziqh kat Fracasso. Jumaat lepas dinner kat sana ramai2 dengan juniors. Kalau zaman takdak anak lagi, suka laa melepak kat family restaurant tu berjam2 tak hingat nak balik, kerja minum air sampai kembung perut, tapi la ni tak boleh laa kan, anak2 nak tidur awal, hihi...


Raziqh lena tidur, comel dak?! Rafiqh gatai suruh buh adik dia pakai menatang tu...


Ini gambar isnin lepas, sementara tunggu kereta dibasuh oleh 'abang2' stesen minyak, mama snap photos Raziqh bertopi. Topi ni onichan punya, tapi sebab ayah dah belikan topi baru untuk onichan, adik dapat topi ni ler. Wah2, sedondon dengan baju...

Wednesday, March 24, 2010

Masakan

Lately suka pulak buat roti goreng, senang ja godek kuih ni, pakai resepi pau. Hari tu buat guna inti karipap, kali ni terasa nak makan roti goreng yang manis2 pulak so buat pakai inti kastard dan chocolate, yummy! Buat banyak2, siap frozen-kan sekali...

roti goreng frozen....

Breakfast sabtu buat cokodok(jemput2 pisang), tapi gambar tak ambil laa, ces takkan cokodok pun nak tunjuk kot, kuang3. Pagi ahad pulak buat coq kembung(cucur manis), sebab nak senang dan nak bagi cepat 'naik', I campur tepung gandum dengan tepung hotto-keki(=pan-cake), so tak perlu letak soda bikarbonat atau serbuk penaik dah.

ni lah rupa coq kembung, kot2 laa ada yang taktau, hihi..

Tengahari ahad buat donat, petangnya goreng, donat tu untuk frozen. Petangnya mengirai roti jala untuk minum petang. Tengahari tu jugak dah siap2 masak kari ayam so senanglah.


Untuk minum petang isnin tu, buat mini-sosej roll. Bakinya makan sebagai breakfast the next day...


Ok tu ja cerita pasal foods. Nak taip cerita lain pun rasa macam tak sempat dah. Ni pun baru balik basuh kereta, 2R tengah main so boleh laa nak jengah laptop sat, hihi.

Ada banyak benda nak cerita

Yok2 ooo ja tajuk tu, hahaha, takdak laa banyak mana pun tapi ada laa beberapa entry nak update cuma terkekang dek masa.

Isnin lepas public holiday kat Jepun, disebabkan sabtu ahad kami melepak kat rumah ja, petang isnin tu bawa 2R keluar sekejap. Jalan2 kat supermarket, beli barang sikit then balik.

Semalam pulak seharian kami takdak kat rumah. Keluar pukul 8 lebih balik pukul 4petang, perghhh penat. Sebenarnya semalam adalah graduation day my juniors, kami pun pi jugaklah, takat nak menyibuk, hahaha. Nanti I update cerita ni dalam next entry insyaAllah. Seharian hujan, tempat parking kereta tu pulak kat tanah lapang yang berlecak so bayangkan laa rupa kereta tu kan. Cadangnya petang ni nak pi cuci sikit, nak clear-kan yang dalam tu ja, lap dan vacuum. Bahagian luar as usual myLove yang akan cuci, hehehe. Sejak kahwin, memang I dah tak pernah cuci kereta pun, kalau nak cuci pi hantar kedai ja, senang! Hanya bahagian dalam kereta I akan bersihkan kalau perlu(kalau I tak buat, myLove laa yang buatkan). I ni memang jenis yang pantang tengok kereta kotor atau bersepah, Bahagian body luar tu memang susahlah nak bagi berkilat selalu sebab sini bukan macam Malaysia yang parking bawah bumbung. So at least bahagian dalam tu wajib bersih(pasir2 pun tak mau ada) dan kena kemas teratur, hehe cerewet...

Oklah, satgi pulak laa update lagi kalau sempat...

Monday, March 22, 2010

Gugur atau buang???!!!

Dari dulu sampai sekarang, isu buang anak kat Malaysia tak pernah2 pudar, makin menjadi2 lagi adalah! Hish, apalah nak jadi dengan manusia2 berhati syaitan ni kan, binatang pun tau sayang anak(selain ikan haruan, sebab ada pepatah kata "ibarat haruan makan anak", haha), so mereka2 ni jauh lagi rendah martabatnya dari haiwan kan, anda setuju?!

Selama hidup kat jepun ni, amat jarang dapat tengok kat berita tentang kes2 pembuangan bayi, punyalah jarang sampaikan boleh kata nak dengar sebulan sekali pun payah. Bukanlah nak kata orang jepun ni baik sangat ka hapa, tapi dulu2 sebelum ada anak ni memang pernah terfikir laa jugak, kenapa kat sini pembuangan bayi bukan masalah dominan sedangkan depa bebas ja buat hubungan seks?! Kesimpulan yang I dapat daripada 'research'(ecceh research konon, hahahaha) yang dibuat ialah:-

1. kondom - kat sini kondom boleh dibeli di mana2, kat kombini(=convenience store) ada, supermarket ada, farmasi ada, hinggakan vending machine yang jual kondom pun ada, perghhhh. Kat Malaysia? Errr sorry, saya tak pasti...

2. bertanggungjawab - kat sini selalunya bila si perempuan tu disahkan hamil, si lelaki yang 'terlibat' tu akan bertanggungjawab, mereka akan kahwin, dipanggil dekichatta kekkon(perkahwinan lepas ter-tuttt)...

3. gugur - kalau I tak silap(melalui pengalaman pi 2klinik untuk check up pregnancy), kat jepun ni memang polisi atau prosedur depa masa 1st check up untuk confirm-kan kehamilan tu, depa akan tanya kita samada nak lahirkan baby tu atau nak gugurkan. Masa mula2 kena tanya dulu memang terkejut jugaklah, myLove kata hapa punya soalan daa, nak tanya pun agak2 laa...

Sekian, perbentangan hasil kajian saya! Cet 3points ja, kalau buat thesis sah2 tak pass ni, ngeeee....

Ok2, sambung...

Dalam islam samada gugur ataupun buang anak(hingga menyebabkan anak itu mati), kedua2nya adalah dosa besar. Gugur di sini I tujukan kepada yang saja2 nak gugur sebab ter-pregnant, bukan atas sebab lain yang dibenarkan syarak hokey. Biarpun baru berusia beberapa minggu dan masih belum diberi roh, tapi perbuatan tu tetap salah. Berbeza hal nya dengan orang bukan islam, if I'm not mistaken sesetengah ajaran mereka 'memaafkan' pengguguran dengan alasan janin bukan 'benda hidup'.

Bagi diri ni yang amat cetek ilmu agama ni, sewenang2nya secara peribadi I merasakan lagi baik gugurkan dari simpan sampai cukup tempoh, lepas beranak buang dalam tong sampah, buang dalam longkang, campak dari atas bangunan, pam masuk jamban, bakar-buang, astaghfirullah, kejam sungguh!

Kalau digugur awal2, sekurang2nya janin tu masih belum cukup sifatnya, masih belum ditiup roh-nya, bagi yang melihat janin tu pun kurang 'terkesan' di hati(baru berupa seketul darah atau daging), tapi kalau dah lahir kemudian diperlakukan ibarat sampah, ya tuhan, tak ada rasa belas kasihan ka di hati mereka? Sungguh pelik pada hati seorang ibu yang bisa merasakan 9bulan kehidupan seorang bayi dalam rahimnya, sanggup sungguh dia buang bayi tu, agaknya Allah dah cabut naluri keibuan darinya kot, hingga dia jadi syaitan yang lebih syaitan!

I really(ulang 4juta kali) HATE syaitan2 ni, kalau jumpa rasa nak sepak terajang 48juta billion kali. Dah gatai pi simpan sampai selamat beranak, kot kalau takmau bela budak tu bagi laa kat orang, bodoh piang sungguh! Hish ni emo ni! Kalau ada yang kata "depa pasti ada alasan tersendiri kenapa depa buang baby depa", cet porahhh hang ni banyak2 cakap, penampaq mau? Elok2 hang makan lempeng, satgi hang makan lempang kot. Apa sekalipun alasannya tetap takkan masuk akai. Orang yang waras takkan sampai hati aih nak buang bayi yang comel, yang lahirnya beserta bau haruman syurga, yang dengan melihatnya saja sesiapapun kan jatuh cinta, so please lah, tolong laa jangan buang bayi2 tu, kalau takmau tolong laa bagi kat orang, tinggalkan kat tempat2 yang selamat buatnya. Sekarang ni kat Malaysia kan dah ada banyak NGO atau pihak2 yang sedia ambil bayi2 ni, haa bagi laa kat situ, yang pi buang2 tu apakejadahnya?!

Di kala begitu ramai orang yang bertungkus-lumus inginkan zuriat, mereka2 ni selamba badak lembu tapir ja buang2 anak depa macam patung. I yang dah ada anak ni pun setiap kali dengar(I tak suka baca berita buang anak, nanti rasa meroyan teringat2) sedih pilu terguris hati ni, ini kan pulak mereka2 yang dah lamaaa kepingin nak anak sendiri kan, pastinya lebih tersiat2 hati mereka. Mesti rasa sedih gila bila Allah berikan nikmat anak tu buat orang yang tak layak menerimanya... Ya, sungguh, Allah benar2 menguji kita dari segenap segi...

Tolonglah, cukuplah dengan mangsa2 yang sedia ada, jangan ditambah2 lagi... Ya Allah, Kau berilah petunjuk dan hidayahMu buat golongan2 ini. Kurniakanlah rasa belas ihsan di hati mereka...

Saturday, March 20, 2010

Bebelan

All my 3 heroes are having their evening nap right now, make me tercongok sorang2 layan laptop ni, habis semua blogs yang ada kat favourite lists tu I dah tawaf, sampai dah taktau nak tengok apa dah, tu dia aih, punya laa sangap! Kenapa tak join tidur sekali? Memang tadi nak tidur cause semalam tak cukup tidur, dek both 2R bangun tengah2 malam and decided to play for few hours. Benda ni sangat jarang berlaku, selalunya Raziqh ja yang kerap bangun tengah2 malam dan main sorang2, tapi taktau awat semalam Rafiqh pun terjaga sama, hish. Kalau Raziqh sorang ja I boleh monitor dia dalam tidur2 ayam tapi kalau dah dua2 sekali bangun, memang I kena fully awake. Main punya main then managed to put them back to sleep, rasa macam baru ja tutup mata tiba2 dengar alarm subuh berbunyi, after performed subuh prayer ingatkan boleh laa nak lelap sampai pukul 7 atau 8 tapi sayangnya si Raziqh ni bangun poo poo la pulak. Seawal 6.30pagi dah kena mandikan dia, guling2 main kejap then bangun settle-kan kerja2 rumah. Masa nak tidurkan Raziqh tadi I dah lali2 mengantuk dah tapi Rafiqh pulak refused untuk tidur, so sekarang bila dia dah tertidur mama pulak dah hilang mengantuk, hish potong stim betullah budak ni!

So nak buat apa sekarang ni? Window shopping kat online shops pun best jugak ni, hehehe...
Sekian, tu ja nak cerita... Oh minggu ni cuti 3hari tapi takdak plan nak buat apa pun, haishhh...

Raziqh's 1st solid foods!

Kalau ikutkan perancangan awal, I nak mula introduce solid foods kepada Raziqh selepas dia cecah 8bulan. Tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan(konon), I dah mula suap dia makan since about a week ago, ok laa tu kan, dekat2 8bulan laa. Antara punca yang menyebabkan Raziqh terpaksa diberi makan lebih awal dari perancangan ialah(haha very the poyo!):-

1. dah banyak kali Rafiqh suap Raziqh makan. Takdak maknanya dah nak sebut Raziqh tu 'exclusively breastfeed' bila si onichan ni terlebih rajin jadi tukang jamu adik makan...

2. he has developed an interest towards foods, bila suakan something ke mulutnya, he willingly open his mouth, bila tengok orang makan, dia ajuk2 mengunyah sama, alaaahai kesiannya, nak makan yer...

3. bila dah mula 'rasa' sedapnya foods onichan, dia sendiri dah pandai rembat apa yang onichan makan. Part ni paling parah sekali, dia jadi sangat tak terkawal bila tengok makanan, so untuk redakan keterujaan dia, I have to feed him lah!

4. ada check up with paed - nanti kena soal-siasat lebih2 pulak kalau bagitau doktor Raziqh belum start solid, so baik mulakan sekarang, hahaha...

5. konon2 sebagai 'upah' sebab dia dah boleh merangkak, hohoho memang takdak kena-mengena langsung... Honestly I tak sangka dia boleh duduk dan merangkak dengan cepat(cepat untuk dia laa), cause dia lambat boleh meniarap, lepas boleh meniarap take time lamaaa pulak untuk menyulur, so ingatkan yang lain2 pun lambat jugaklah, alih2 cepat sungguh dia develops new skills lately, lepas satu, satu pulak dia pandai, so kira gohoubi(=reward) lah ni, hehe. Well done baby...

6. he is a super-active little baby who cannot stay calm even for a second, so I guess he needs much more energy to burn, his mommy actually risau anaknya mengurus, muhehehe. Samada dia makan atau tak, I'm sure dia remains meligat ke sana ke sini, so bagi laa dia extra power supply, walaupun hakikat yang sebenarnya kesan tu vice versa jugak kan, more energy makes him more active right, adushhhh....

After all, dia memang dah 'cukup syarat' pun untuk makan, berat dia sekarang pun dah doubling his birth weight, dah boleh duduk sendiri, memang dah ready enough for solid... Jom tengok gambar budak comot yang happy lepas kenyang makan!

Yatta yatta!!! I love foods, yummeh!

As I preferred to feed him homemade baby foods, now I've added few new 'tasks' in my daily schedule. Yes I know bukan susah pun nak sediakan foods dia, boleh buat banyak2 dan bekukan, tapi sebab sejak dengan Rafiqh dulu pun I memang jenis yang tak frozen-kan baby foods so kena buat macam tu jugaklah sekarang pun, serve only fresh foods for him. So far, Raziqh baru makan plain bubur nasi, avocado puree, banana puree dan apple puree, sekali sehari saja. Sebagai permulaan, kenalah apply the "4 Day Wait Rule" to check for food allergies or sensitivities, introducing 1 type of foods at a time and a space of 4days apart, hopefully Raziqh pun takdak any allergy problem. Nanti lepas dah test banyak jenis foods boleh laa combine2 dan bagi 2kali sehari pulak, seronok tengok Raziqh makan tapi still tak boleh lawan onichan lah, hehe... Raziqh macam tau2 ja meal time dia, suka kemain bila nampak mama pegang bowl dan sudu dia, tak sabar2 nak mamam!

Enjoy your foods baby!

Friday, March 19, 2010

Cara tangani gigitan bayi, auwww!

Salah satu cabaran bagi ibu yang breastfeeding baby ialah nak menghadapi gigitan anak, walaupun gigi 2batang kecik cinocet kat bahagian bawah ja tapi sekali dia gigit, perghhh sakit woo... When I was pregnant with Rafiqh and seriously learning this and that regarding breastfeeding, I've been thinking about 'baby and teething' which of course made me worried and scared, eeeiii seriau! Only after that I was relieved to know that baby cannot sucking and biting simultaneously, it's soo impossible to nurse and bite at the same time. The baby must has reasons for biting but after all I'm very sure it's just a temporary issue...

Dah hampir 2bulan Raziqh ada gigi, but all this while he hardly bites me on purpose, kalau tak sengaja tu ada laa tapi tak kerap, sehari sekali pun payah. But since yesterday he keep biting me every now and then. Lagi mama warning, lagi sengaja dia gigit, naughty eh! Rafiqh dulu pun macam ni jugak, macam2 I buat supaya dia stop biting, so now I really have to do something to avoid this for lasting long...

Since last night, before going to bed I tried to recall my memory back on the methods to prevent biting. Few ways that expert always recommend us to do when the baby bites are:

1. act calm and say nothing while remove the baby from breast
2. stop nursing the baby right away and put him down - tell him if he bites, no milk!
3. pull the baby very close to breast, make him a little hard to breathe
4. pinch his nose gently - he will automatically open his mouth

On the other hand, mak pulak ajar untuk tekan pipi dia(tengah2 antara rahang gusi atas dengan gusi bawah), bagi sakit sikit so nanti dia akan lepaskan gigitan.

Ada jugak orang yang jerit kesakitan bagi baby tu terkejut dan menangis, after few times dia takkan ulangi menggigit lagi. Walaupun ramai experts tak setuju cara ni(risau baby taknak breastfeed lagi) but actually pendekatan for each baby tu kan berbeza2, personally I rasa tak salah pun kalau cara ni cepat dan berkesan...

Walau apa pun caranya, 1st of all rasanya perlu untuk kita kenalpasti dulu 'punca' dia menggigit, barulah cari solutions yang sesuai. They might bite because of teething, not hungry yet, get enough milk, distracted with other things, not intrested in nursing, a way to play and many more. Then bear in mind apapun kita buat, tujuan utama kita ialah untuk sampaikan message kat baby yang 'biting is not good, if you bites, you won't get milk'. Once he gets this message, he'll stop biting insyaAllah...

So my dear cutie Takeshi, please stop biting mama, pleaseee... It hurts hokey!

Thursday, March 18, 2010

iRobot

Sabtu lepas kami ke Kojima(kedai barangan elektrik), myLove ada nak survey harga barang kat situ. As usual berjam2 duk dalam tu sebab kami suka pusing2 tengok barang2 yang dijual, sambil2 tu mula laa dok berangan nak beli itu ini sebelum atau selepas balik Malaysia nanti, hehe... Salah satu benda yang menarik perhatian kami hari tu ialah iRobot...

Apa itu iRobot?
The Roomba iRobot is an autonomous robotic vacuum cleaner made and sold by iRobot. Under normal operating conditions, it is able to navigate a living space and its obstacles while vacuuming the floor.

Sejak tengok iklan iRobot kat tv baru2 ni, wahhh rasa teruja sungguh, eh tapi bukan nak beli pun, cuma teringat kat mak setiap kali tengok benda ni. Awat teringat kat mak pulak? Sebenarnya sejak beberapa tahun lalu lagi, mak dok sebut2 nak beli automatic vacuum cleaner yang boleh berfungsi tanpa kehadiran manusia ni, tapi masa tu iRobot masih tak ramai yang tahu kewujudannya, lately ni ja dah banyak model ala2 macam ni dikeluarkan tapi sayangnya sekarang ni mak dah pun ada vacuum cleaner yang canggih, so tak pandang dah laa iRobot ni gamaknya.

Masa kat Kojima hari tu, myLove on-kan suis iRobot ni nak tengok dia bergerak dan berfungsi, melopong mulut 2R tengok menatang ni bergerak sendiri pi mai pi mai, lupa laa pulak nak snap gambar depa melopong(padahal mak depa pun terlopong sama, haha kes jakun!). Uish best jugak kan kalau ada 1 kat rumah, jadi macam pet laa pulak dikerjakan 2R ni nanti, hohoho... Bagi I laa kan, iRobot ni memang praktikal laa bagi orang yang ada rumah besar, orang yang sibuk, orang yang banyak duit dan paling utama orang yang takdak anak kecik, hakhakhak. Kalau ada budak, sah2 benda ni tak buat kerja laa, asyik tersekat2 tak boleh bergerak, silap2 haribulan depa duduk terus atas dia kan, kuang3...


Ini contoh iRobot, yang ni model Roomba 577, ada 2 model lagi iaitu Roomba 527(silver) dan 537(putih). Setiap model ada bezanya dan paling canggih dan paling mahal ialah model 577, cecah RM3k jugak ler, perghhh. Selain 3warna ni, ada lagi version lain, ada yang warna pink, ada yang hello kitty bla3. Kalau nak tau lebih lanjut sila google sendiri ye, saya tak dapat komisyen pun untuk entry ni, so malaih aih nak cerita panjang lebaq! Kot kalau company ni bagi sebiji menatang ni, baru laa saya story terperinci, hahaha, sila jangan verangan ye!!!

Disebabkan orang jepun gila barang2 yang cute-miut, depa buat laa contest menghias menda alah ni, ish3 sungguh rajin kan, gambar kat atas adalah contoh iRobot yang siap dihias, cantik!

Laju yang best dan kurang best...

Sejak Raziqh dah boleh berdiri ni, makin susah jadinya nak bersenang-lenang depan laptop. Nak update blog semalam pun tak sempat, entry semalam tu pun nasib laa dah di-auto-publish. Baru ja nak menaip dia dah mai mengacau, ketuk punya ketuk sampai hang terus laptop ni. Rafiqh sekarang dah kurang mengacau dah, jarang sangat laa dia mai menyibuk, tapi bila tengok adik dok ketuk2 dia pun mai tumpang sama, haihhh elok laa tu, sepakat membawa berkat, habis laptop mama tersekat2...

Bila myLove balik semalam tengok laptop I ni dah sewel dan jadi entah hapa2 dah, skrin depan dah gelap dan keluar windows berlambak2, dia pun berbaik hati ler nak tolong betulkan, hehe, memang selama ni bab maintenance dia yang buat. I ni takat tau pakai ja, selebihnya memang makaseru(=serah) kat dia ja. Pasal tu lah laptop ni masih bertahan boleh guna sampai sekarang, kalau tak sebab dia, lama dah arwah ni, hahaha. Buat itu ini, siap tolong bersihkan dengan alkohol lagi, wah2 berkilat dan bersih dah laptopku ni, kalau tak, huh penuh dengan sisa2 tangan 2R. Thank you, thank you! Sekarang laju dah, baru best nak surfing kan, haa tu laju yang best...

Laju yang kurang best tu si Raziqh lah, bukan mau dah pegang dia sambil riba, kalau nak pegang mesti kena berdiri hokey, sangat demand ini budak! Kalau takat duduk ja dia mengeliat meronta2 badan tu minta dilepaskan. Ayahnya kata tak senang langsung nak buat kerja, nak kena beli gate katanya tapi bukan untuk kepung si anak tu sebaliknya kepung diri sendiri, hahaha tak pernah dibuat orang!

Tengok ja laa lepas ni boleh lagi ka nak update blog ni kerap2 macam selalu...

Gambar2 takdak kena-mengena dengan cerita, ni gambar sabtu lepas, keluar jalan2 tengok barang...

"sayalah pengacau antarabangsa! muhehehe"...


Onichan yang sibuk nak tolong tolak stroller adik...

Wednesday, March 17, 2010

Jodoh perlu dicari...

Sambung lagi topik pasal jodoh...

Masa balik Malaysia lastyear, I ada tengok 1 slot rancangan yang mengupas isu jodoh ni, kalau tak silap oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah. Ada seorang penonton tanya "kalau benarlah setiap orang tu dah ditetapkan jodoh buatnya, kenapa ada orang yang sampai sudah tak kahwin2?". Soalan yang menarik kan, sebelum ni pun pernah terfikir, kalaulah betul setiap orang tu Allah dah sediakan untuknya pasangan masing2, kenapa boleh jadi sampai ada bujang terlajak dan anak dara tua kan?!

Di sini lah kita perlu faham bahawa 'yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang'. Semuanya memerlukan usaha, orang lelaki berusaha cara lelaki, orang perempuan jugak perlu berusaha. Kadang2 kita silap, bila sebut perempuan mencari jodoh, kita tuduh dia takdak harga diri lah perigi mencari timba lah hapa lah, padahal dalam islam, hak memilih pasangan tu sama ja bagi lelaki dan perempuan, cuma cara nak approach-nya saja yang berbeza. Tak salah aih perempuan yang mulakan langkah awal, kalau kena pada cara dan orangnya, insyaAllah terlafazlah akad dan nikah...

Menurut beliau, memang setiap orang tu Allah dah tetapkan pasangan buatnya tapi adakalanya belum sempat mereka bertemu pasangannya mati dahulu, jadi jodohnya pun 'mati', sampai sudah laa dia tak kahwin2. Ada pulak orang yang terlampau memilih, pilih punya pilih hinggakan tanpa sedar dia 'menolak' jodohnya, jodoh yang pergi tu pulak dah tak datang2 balik, akhirnya mereka juga tak bersatu. Haa lebih kurang macam tu laa, banyaklah lagi situasi contoh yang diberi... Makanya di sini, selain berusaha membuta-tuli, kita juga dituntut untuk sandarkan hasrat tu kepada Allah Taala, minta petunjuk dari-Nya, mohon didekatkan si dia jodoh kita dan berdoalah moga dipermudahkan usaha kita...

Ada banyak jalan menemui jodoh, ada yang kenal melalui chat saja, yang terjumpa berselisih jalan, yang diperkenalkan oleh pihak ketiga, yang berkenan pada pandangan pertama, ish banyaklah. Selalunya, biasanya dan kerap kali kita dengar mereka2 yang selamat menikah ni akan kata sejak awal lagi mereka dah boleh rasakan 'detik' di hati yang si dia adalah untuk mereka, yer betul...

Sepertimana yang I tulis dalam entry lepas, abah mak sekarang dok risaukan soal jodoh my younger sister-ateh. Ada laa beberapa pilihan, nak kata abah mak terlampau memilih pun tak jugak, tak banyak pun syarat2nya, hehe sebab bimbanglah kalau2 terlalu memilih, nanti 'tertolak' pulak jodohnya, kesian laa kat dia. Bukannya nak kahwin segera pun, ateh muda lagi, baru 20tahun, tapi biasalah kan, dah 3 yang atas semua dah kahwin, dia yang seterusnya so lumrahlah untuk abah mak fikir soal dia pulak. Moga2 urusan jodohnya dipermudahkan Allah, amin...

Tuesday, March 16, 2010

Haihhh bosan!

Aduhhh bosan sungguh hari ni, sangap tak hingat. Cuaca kat luar cerah tapi angin agak kuat, tu pasal malas sungguh nak keluar. Time boring2 taktau nak buat apa ni kalau dapat tidur memang syok lah tapi 2R ni dah tidur dah pagi tadi, puas ajak depa golek2 pun tak lelap2 jugak. Raziqh ni pun tak tidur2 lagi dari tengahari tadi, sakan sungguh dok melasak. Sat2 tengok kat ruang tamu, sat2 lepas sampai ke bilik2 lain, sat2 keluar pi dapur pulak, bukan boleh biar dia main dengan Rafiqh berdua ja, risau Rafiqh langgar dia sebab Rafiqh tu tak lekang dari naik kereta dia, mak depa tak senang duduk langsung, kena membontot dia ja laa, hadoiii...

Jom tengok gambar lagi...

Percubaan memanjat kereta onichan, ewahhhh...
Raziqh makin 'berkenan' kat kereta tu, tak lama lagi kena beli lagi 1 laa gamaknya...


Baru ja pagi tadi tulis Raziqh boleh 'berdiri' atas lutut kan, ni petang ni dah boleh bangun terus dah, perghhh habis laa laptop mama dia kerjakan lepas ni...

usha line ker tu dik???

tengok2 tekan2...

ketuk2 korek2, nasib kau laa laptop, lepas ni sah2 togel lagi laa buttons kau...

haaa kan dah tergolek, hahaha...


Ni pulak gambar semalam, saja ja buli Raziqh, hehe...

berkupiah!

berhijab!

Sabtu lepas buat karipap untuk breakfast pagi ahad, baki intinya buat roti goreng untuk minum petang ahad, sodap!


Tengah2 bosan tadi, baking kek pisang untuk Rafiqh. Waduhhh ni yang tak best ni, bila bosan ja mesti terasa nak baking kek, bila dah baking mesti laa kena ngap, bila dah ngap mano laa badan ni tak kombang macam lompang, eeeiii tensyen2!


2 budak berlemuih!

Pagi ni rasa macam takdak mood nak update blog. Tengoklah tengahari atau petang nanti kalau tiba2 rajin dan ada idea I'll update lagi ok...
Jom tengok gambar 2budak berlemuih(comot) ni ja laa...

Rafiqh rajin sungguh hulur kaki kat Raziqh suruh picit/ketuk2, cute sangat bila tengok Raziqh tampar2 kaki abangnya...

Elok mama pegang camera nak ambil video dan gambar, Raziqh pun dah malas nak buat, tu dalam percubaan memboloskan diri laa tu, haihhh...

Aktiviti lazim depa pagi dan petang ialah tengok kartun/rancangan kanak2 kat NHK. Melangut laa dua beradik depan tv, tapi bukan depa duk senyap dari awai sampai habis, depa tengok tang lagu/part yang depa suka ja, selebihnya depa buat kerja sendiri laa, pi sana pi sini main itu ini bla3...

tengok tu, ish3, punya laa dekat duk depan tv, sumbat masuk dalam tv terus baru tau!

Raziqh dah mula boleh memanjat, berpaut pada sesuatu dan stand atas lutut tu, ada gaya nak berdiri dah ni, tapi bukan stabil lagi pun, asyik tumbang ja...


Ni lah kegiatan depa setiap hari, main-melawak-bergaduh-munggah-gelak-teriak, dok ulang2 sampai mak depa jadi raksasa terpekik2, penat aih!
Oh ya, Raziqh dah start makan solid foods beberapa hari yang lalu, whoot whoot! Bersempena dengan pencapaiannya yang dah boleh merangkak dan mula memanjat, so mama bagi laa dia extra sumber energy wohohoho... Cerita pasal solid foods ni bersambung dalam entry akan datang hokey...