Saturday, July 31, 2010

Warabi mochi

Warabi mochi adalah sejenis kuih tradisional masyarakat jepun. Nama je mochi tapi bukanlah mochi yang sebetul2 mochi sebaliknya it's more to jelly-like confection made from bracken starch. Teksturnya lebih lembut dan tak liat, even Raziqh pun boleh makan, beralun2 lembek macam jelly, sedap! Kalau mochi biasa tu memang tak bagi laa budak2 ni makan, mau tercekik depa nanti, tapi warabi mochi ni potong kecik2 dah boleh suap. Mochi ni kalau kat Malaysia ala2 macam kuih koci laa, hah taktau kuih koci tu apa, pi cari kat pasar yer, tapi tu kalau mochi biasa, kalau warabi mochi memang lain laa dari kuih koci...


Dulu2 taktau pun warabi mochi ni boleh dibeli kat supermarket biasa, cause kalau tengok tv selalunya ianya lebih mudah dijumpai kat area Kansai, kiranya glamour laa kat sana. Teringin nak makan tapi taktau kat mana nak cari. Lastyear baru perasan ada jual so sekarang once in a while mesti beli, makan as desert, yummy!

Harganya dalam 60yen(=RM2) sebekas. Yang dalam gambar tu versi macha(=green tea), ada jugak yang plain putih. Taktau laa apa bezanya, rasa macam sama ja, hehe. Mochi2 ni sangat sedap dimakan dengan kinako(tepung/serbuk soybean yang manis), celup2 dan salut dalam serbuk tu then makan, walla oishiii!!! Warabi mochi ni dikatakan popular ketika natsu(=summer), tapi rasa macam setiap masa ja ada dijual kat kedai.

Haa bagi yang duk Jepun tapi tak pernah rasa lagi, try laa beli, sedap!

Friday, July 30, 2010

Kek birthday adik...

Patutnya buat kek hari ni laa kan, dah birthday-nya hari ni, tapi sebab mama hima(=free) sangat semalam, bosan taktau nak buat apa lepas persiang ikan dekat 100ekor(perghhh busuk hanyir badan, nasib kurang baik seminggu ni ikan aji kat 'super-pasar' Trial tu takdak besaq2, semua kecik2, no choice beli jugaklah 5packs, jenuh nak persiang). Lepas siap masak lunch, godek kek ni sementara tunggu lunch sejuk, awal lagi pun, baru pukul 10lebih, nak lunch hapanya. Baru ja sebut "anak2, sila duduk diam2 ya, mama mahu buat kek sekarang"(cakap gaya ibu mithali, hak3 boleh blah!). Dengar2 kek, melompat Rafiqh, "mama, mama, nak kek, nak kek!", adehhh tsk tsk rasa nak luku kepala pun ya jugak. Mai mana kek, mama baru nak timbang tepung. Sepanjang2 dok pukul bahan2 tu, dia dok sebut puluh2 kali, nak kek nak kek...

Selesai bakar, dok panas2 lagi dua2 dah bergayut kat meja tengok kek. Terus angkat letak atas almari sebelum jari2 kecik depa cucuk2 kek tu, macam tak pernah tengok kek, haru sungguh, huh! Petangnya time depa tengok rancangan pendidikan kat tv, ambil peluang tu nak decorate kek, maka putarlah krim. Dengar mama godek kek, terus tinggai tv mai nak mengacau. Acara potong kek dan menghias jadi tak senang bila dua2 orang sibuk bergayut kat meja. Raziqh siap nangis2, ingatkan dia nak suruh dukung, angkat dukung pun teriak lagi, rupanya dok aim nak makan kek...

Siap ja decorate, tak dan aih nak buh pisang ka hapa ka, hias bodoh2 terus potong 1/4 suap 2R makan. Mama jamah sikit ja sebab masih kenyang. Elok lepas myLove balik, bagitau laa I buat kek, bila bawa keluar dari fridge, terkejut myLove, aiks dah potong, mana aci, haha nasib laa, bukan ayah makan pun kan. Depa ni tak sempat2 dah tunggu hari ni baru makan. Potong lagi 1/4 makan lagi, tinggal laa separuh ja, makan breakfast dan tengahari tadi, habis licin!

Sedap sangat kot kek resepi maklong depa ni, tapi memang sedap pun, thanks kaklong! Simple ja resepinya tapi tak muak, ni link resepi, nama kek taktau, refer entry tajuk 'kek, bihun dan kuih'...



H tak muat, salah budget, hehe...


Rupa kek selepas dipotong...

Note: Kek tu sepatutnya gebu, tapi taktau kenapa kek I sedikit padat. Dah ikut dah pesanan kaklong, tapi ternyata I kaku sikit bila masuk bab kek loyang besar ni, lomah den! Kalau cupcakes dan muffins, rasa confident laa sikit. Tips dari kaklong, kek lepas bakar akan turun/mendap sedikit, tu normal sebenarnya so kena biar atas besi palang dan biar semalam sebelum hias untuk dapatkan tekstur kek yang gebu. Haa tu tips dari pakar yer, take note please mama 2R, jangan gelojoh sangat, kek takdan sejuk hang gelut potong, hihi...


Ni gambar 2R melantak kek semalam, habis laa comot, hias pakai whip cream ja senang, buh gula sikit then putar sampai kental. Gerenti tak muak! See, muka puas hati Raziqh dapat makan kek...


Ni pulak gambar hari ni, birthday boy memakai jinbei...

tegak berdiri sambil tengok tv, kalau panggil time ni puluh2 kali pun dia buat derk ja...

Mata lekat terus kat tv, umpan hapa pun tak jalan...

konon2 baca buku...

Ni hulk tengah marah, mama usik dok lindung tv, haha, gomen2(=sori2), lupa pulak hari ni tak boleh buli adik, hihi...

Okes, sengih balik dah, sowwiii...

HAPPY BIRTHDAY RAZIQH TAKESHI !!!
Nanti adik claim hadiah dari ayah yer, keh3...

Raziqh's 1st birthday!

Alhamdulillah...

Hari ni pukul 6.30petang nanti maka genaplah usia Raziqh Takeshi 1tahun! Mengingatkan kembali detik2 melahirkan Raziqh setahun yang lalu buat mama tersenyum, rindunya nak bersalin lagi...

Lets update about his milestone first:

1. he is now able to walk, alhamdulillah. Berlatih makin rajin, even bila Rafiqh tolong hold sebelah tangan dia pun dia bangun berjalan, kira rajin laa tu kan. Hasil usaha ayah yang rajin sungguh train anaknya suruh jalan nampaknya dah membuahkan hasil, semalam ayahnya siap kata minggu depan anaknya dah boleh lari dah ni, haha, ya laa tu, as for mama memang tak ambil hal, cepat ka lambat ka lantaklah, sebab nanti dah boleh jalan mama yang akan penat nak kena ligan...

2. he loves to tawaf, ni penyakit keturunan kot, haha. Dulu Rafiqh kerja dok tawaf merata, pantang ada space mesti lari pusing2 puluh2 kali tapi hairan sungguh taktau pening laa pulak. Haa sekarang Raziqh pulak, pusing2 siap teleng2 kepala masa nak kona, ala2 macam pemandu F1 bawa kereta... Ni baru merangkak ni, nanti dah berlari sambil tawaf2 pulak, perghhh fehning2!

3. makan makin berselera, tolak batu dan kayu ja kot, ka kalau bagi pun dia telan? hehe, tak pernah try la pulak. Kalau suap makan sekali dengan Rafiqh, dia lagi laju menelan, nak ceeepat saja, kalau lambat mula laa nak gagau pinggan. Pantang jugak nampak mama prepare foods, macam tau2 ja benda tu makanan, sibuk laa bergayutan kat tepi meja, aiseh! Kalau tengok Rafiqh makan, dia datang duk dempek sebelah, buat muka kasihan minta onichan suapkan, so sweet tengok Rafiqh suap adik makan...

4. makin suka baca buku, ralit ja mengulit buku. Boleh pulak baca berdua dengan onichan, nanti onichan tanya "adik, kore nani?(=ni apa?)", macam laa adik tu tau nak habaq, takat boleh sebut "duck" ja laa, selain ok2(dog), ak2(bird), tak(Rafiqh), mama, duck tu ja laa dia boleh sebut...

So far setahun membesarkan Raziqh ni, tak banyak cabaran besar yang dihadapi. Alhamdulillah Allah beri kemudahan, moga2 berterusan mudahlah hingga dia meningkat dewasa...

Semalam mama dah buat kek, tapi sayangnya nak habaq mai, kek dah habis, hahaha. Tak sempat birthday lagi dah tinggal separuh dah, tengahari ni licin dah, hek! Sat lagi update entry kek yer, gambar belum masuk kom lagi. Dan insyaAllah ahad ni kami buat jamuan makan2 sempena birthday party Raziqh. Tapi kali ni buat simple saja, kohaitachi(=juniors) semua dok kalut nak exam, so panggil mai makan ja, cuci2 pinggan lepas tu boleh laa balik study, hehe. Nak jemput viewers pun yang dekat2 ni saja laa kan, tapi kot kalau yang dok jauh2 tu nak mai jugak, mai laa, hiks...

Tuesday, July 27, 2010

Tidur

Ni lah gaya 2R tidur pada waktu siang. Gelapkan bilik, on air-cooler dan halakan kipas sorang satu, kalau on aircond dan pasangkan muzik macam kat hoikuen(=nursery) Rafiqh tu, waduh2 jangankan budak, dengan mak2 budak sekali confirm hanyut, hihi...

Rafiqh sekarang masih tidur siang, sekali atau 2kali sehari depends on pukul berapa dia bangun pagi, aktiviti dia atau suasana persekitaran. Kalau bangun awal atau penat sangat main atau suasana suram dan sunyi(hujan/mendung) haa senang laa dia tertidur. Selalunya I'll make sure depa tidur lepas dah lunch dan mandi tengahari, bagi depa makan kenyang2, susu se-round, buh dalam toilet bagi main air dalam setengah jam gitu, cepat laa depa tidur, lama pun yer jugak...


Raziqh pulak selalunya 2kali ja tidur siang, pagi sekali petang sekali. Musim panas ni kalau letak tidur atas tilam dalam sejam saja tidur dia dah bangun, mungkin tak selesa sebab mudah berpeluh kot, so siang2 dia memang akan tidur dalam buaian, barulah boleh straight tidur 3jam. Malam2 pun selagi tak masukkan dalam bilik tidur, memang buh ja dia dalam buaian. Lega jugak ada buaian ni, sebab dulu2 ingat masa Rafiqh pun susah jugak dia nak tidur lama waktu siang time summer ni...


Bila dok sebut2 yang summer sini panas, ramai pulak yang dok tanya, ish panas sangat ka? Hadoiii ni bukan saja2 nak merungut panas, tapi memang panas betul. Sepanas2 Malaysia tu, I rasa laa kan tak pernah lagi laa dengar orang mati sebab tak cukup air, in fact time kemarau pun tak pernah lagi baca berita berpuluh2 orang mati sebab dehydrate, ka ada dah sekarang ni?! Tapi kat sini dah berpuluh2 orang mati sebab dehydrate, yang masuk hospital toksah cerita laa kan. Ni bukan afrika ka padang pasir ka tanah arab ka yang semua orang dah sedia maklum memang panas dan kekurangan air, sini negara maju yang bermusim, bagi I laa kan, sesuatu yang pelik laa bila dengar orang mati pasal kurang air kat Jepun ni. Ka tak pelik?! Kesimpulannya, memanglah panas, tapi bila kami sebut panas2 tu ianya taklah bermakna kami ni merungut2 tak mensyukuri nikmat tuhan, tau laa neraka tu lagi panas, tak payah habaq laa kan. Acu mai dok sini seminggu, kot kalau nak rasa panas ka suam2 kuku ka hangat2 tahi ayam ka, mai2...

Resepi biskut raya

Eh2 tak buat kuih raya lagi, ni resepi lama2 dulu, tepek sini sebab 1 of this blog's viewers-Fieyra requested me to do so. Both resepi ni memang dah masuk list untuk digodek sebagai kuih raya tahun ni. So simple, yet superyummy! Resepi2 ni dicilok dari myResepi, yer kawan2 myR dah sehat, so kalau ada plan nak buat kuih raya boleh laa belek kat situ dan jangan lupa copy paste yer, kot nanti dah ready bahan2 tiba2 buka web tu tak boleh view pulak, ada yang frust tonggeng2 pulak nanti kan, hihi.

Resepi pertama ialah chocolate chips cookies dari Nadia. I dah modified resepi ni ikut my taste, so I put my version recipe of chocolate chips cookies, kalau nak tengok yang original, boleh klik link atas tu yer...


440 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
250 gm marjerin
160 gm gula
1 biji telur
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar milo
6 sudu besar badam racik - dipanggang sedikit
100 gm choc chips

- ayak tepung, baking soda dan baking powder
- pukul marjerin dengan gula
- masukkan telur
- masukkan tepung, susu, serbuk koko, milo, badam dan choc chips, adun rata
- canai berlapik plastik atas bawah, terap
- bakar 160darjah selama 15minit

1 adunan biskut ni boleh dapat dekat2 200 biji...


Resepi kedua ialah classic butter cookies dari Yani.


370 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
150 gm gula (I letak 100gm saja)
150 gm butter - suhu bilik
sedikit esen vanila

- ayak tepung dan baking powder
- pukul butter hingga jadi bentuk krim, masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga putih
- masukkan telur dan esen vanila
- masukkan tepung, kacau dengan spatula hingga sekata
- wrap dalam plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 1jam
- keluarkan dari peti ais, canai doh berlapik dengan plastik wrap atas dan bawah, canai setebal 5mm dan terap
- bakar pada suhu 180darjah selama 20-25minit(I bakar 15minit saja)


Ok, nanti2 bila dah start buat kuih I tepek lagi resepi2 seterusnya. I memang suka buat biskut tapi taklah berapa rajin nak buat yang renyah2, prefer yang simple2 dan cepat siap, tapi yang paling penting mesti sedap. Kiranya semua resepi2 I buat ni lekeh2 je laa, haa jangan pulak nanti ada yang kata "eleh, takat resepi macam ni pun nak buh kat blog", jangan hokey!

Monday, July 26, 2010

Parcel yiiihaaaaa!!!

Antara perkara yang paling menyeronokkan bagi kami yang hidup di perantauan ni ialah ketika menerima parcel nun dari Malaysia, betul tak?! Tak tergambarlah seronoknya, biarpun yang sebenor2nya barang2 tu diri sendiri yang kirim orang belikan, tapi tetaplah rasa macam dapat hadiah, hehehe. Jadi laa, buat pengubat rindu kan...

Alhamdulillah, 3kotak besar gedabak yang mak abah kirim lebih sebulan yang lalu dah pun selamat tiba semalam. Mak dan ateh pos kotak2 ni pada 15jun so starting 15julai lepas I dah tertunggu2 dah benda2 ni sampai. Kiranya lewat 10hari laa, memang selalunya barang2 yang dipos pakai kapal laut ni mengambil masa sekitar 3minggu hingga 3bulan untuk sampai. Setakat ni paling lambat pun tak cecah 2bulan, tu yang prefer pakai kapal laut tu. Nak2 pulak harga postage yang jauh lagi murah, untuk maksimum limit 20kg ni bayaran postage tak sampai RM100 pun, haa murah kan kan?!

2budak kecik ni laa paling happy mengirai barang, hamboi2 sakan sungguh. Mula2 depa punggah bawa keluar serba mak neka yang ada, lepas tu tengah2 mak depa dok pulun simpan dalam almari dan kotak, depa pun pulun sama bawa keluar balik, bila nak siap, simpan-punggah-simpan-punggah, last2 dua2 kena cobit, haa baru pi main jauh2...


Separuh kotak tu adalah barang2 kek dan biskut, ada coklat masakan, serbuk koko, choc chips, choc rice, badam racik, baking powder, soda bikarbonat, macam2 lah, syioknya, terus rasa semangat nak baking kuih raya, ohohoho. Tunggu minggu ke-2 atau ke-3 ramadhan nanti boleh laa nak start buat sikit2, berangan nak buat at least 8jenis, 8jenis hokey, hahaha sila tunggu dan lihat, yok2 ooo ja lebih kot. Barang2 lain macam biasa laa, untuk kegunaan ramadhan dan syawal, selebihnya barang2 untuk stok setahun. Haa baju2 raya pun dah sampai, tahun ni tema biru, 2R ja laa dapat baju baru, ayah dan mama pakai baju lama. Kaklong siap kirimkan buku pasal muffins lagi, perghhh ni kalau tak menuntut betul2 sampai pandai memang nak kena luku laa kan, hehe, tunggu ye kaklong, balik nanti angah tunjuk skill, ecceh, poyo!

Selesai berkemas, almari yang separa kosong dah pun kembali padat, tapi tetaplah tak muat nak sumbat 3kotak tu kan, susun2 balik dengan stok lama, hasilnya 4kotak ni memang tak dapat nak sorok dah. Mengemas2 ni kena buat slowly laa, kalau boleh tunggu 2 assistants tak bergaji ni tidur ka kan, memang nanti kena re-susun balik ni, semalam main sumbat tak sort betul2 pun lagi, nanti nak cari barang mula laa menggagau...


Sukanya tengok stok barang banyak2, rasa best nak memasak, yer, sila rajin2kan diri kembali memasak yer, dah beberapa minggu blog ni takdak resepi2 baru, hiks...

Malam nisfu syaaban (UPDATE!)

Thanks to kak Oja atas informasi berkenaan malam nisfu syaaban, terdapat keterangan yang mengatakan amalan2 di malam nisfu syaaban ni adalah bidaah, link rujukan di sini yer, tapi huraiannya agak kurang jelas, mungkin perlukan maklumat lebih terperinci... Macam I ni, dah selalu sangat buat bacaan yasin 3kali setiap kali menjelangnya nisfu syaaban, sekarang jadi blur laa pulak, hehe. Apapun, beramal dengan ilmu lebih baik dari beramal ikut2 kan...

Hari ni dah pun 14 syaaban, bermakna esok adalah hari nisfu syaaban. Ada lebih kurang 15hari saja lagi sebelum kita melangkah ke bulan ramadhan...

Apakah hari nisfu syaaban?
Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru.

Kalau hari dalam tahun masihi dikira bermula detik 12tengah malam, hari dalam tahun hijrah pula dikira sebaik sahaja masuk waktu maghrib, maknanya lepas maghrib malam nanti kita dah pun menginjak ke tarikh 15 syaaban.

Apakah amalan sunat yang digalakkan untuk kita lakukan pada malam dan hari nisfu syaaban?

1. solat sunat 2rakaat pada malam nisfu syaaban

2. membaca yasin 3kali selepas solat maghrib
- selepas bacaan yasin yang pertama, mohonlah dipanjangkan usia dalam keberkatan
- selepas bacaan yasin yang kedua, mohonlah dimurahkan rezeki
- selepas bacaan yasin yang ketiga, mohonlah ditetapkan iman

3. membaca doa malam nisfu syaaban

4. berpuasa sunat pada hari nifsu syaaban ie. esok...

Salam nisfu syaaban buat semua viewers ourLoveStory...

Sunday, July 25, 2010

Adehhh rasa macam nak masuk duk dalam peti ais!

Here goes my 'resolusi musim panas 2010', hancus berderai, I was trying hard not to merungut2 about panas! But now, I should say I've failed!!! Panassss~~~

Baru setahun tak merasa panas natsu(=summer) kat Jepun ni, as end of june lastyear we went back to Malaysia, bila balik sini dah end of september, dah masuk aki(=auturm), seakan2 dah terlupa bahang panasnya Jepun, nah tahun ni merasa balik, sebijik macam cacing kepanasan dah ni. Kalau boleh dah lama dah nak masuk duk diam2 dalam fridge...

Rumah ni cuma ada 1 aircond kat bilik tidur, which we only on it at night, tu pun sekejap2, bila panas on, bila dah sejuk off. As we know, aircond ni sangatlah tak bagus untuk kesihatan, apatah lagi untuk budak2 kecil ni kan, so that's why kami tak on selalu. Kalau nak kata mahal bayar bil elektrik pun tak jugak, sekarang kan dah ada aircond yang pasang sejam bayar 1yen je, haa on laa 24/7 pun, baru berapa ribu yen bil elektrik sebulan. Tapi bukan soal duit je kena fikir, kesihatan kita dan anak2 lagiiii penting, betul tak?! Waktu siang memang bergantung penuh pada air-cooler dan kipas saja. Air-cooler tu buh air dan ais/bahan penyejuk kat dalamnya so nanti ada laa sikit2 effect macam aircond, tak laa sesejuk aircond but still boleh consider ok laa kan...

Semalam petangnya keluar dengan 2R nak membeli stok baju2 yang orang order. My big mistake was wearing a skirt and a high heel, dah tau nak jalan banyak ke beberapa tempat, gatai pakai kasut tumit tinggi. Orang punya laa ramai kat shopping mall sebab kebetulan last night ada hanabi matsuri(=firework festival). Furthermore I was alone to handle 2R, hambik hang, penat gila berjalan bersesak2 dengan nak angkut barang2 lagi. Balik rumah terus terlentang mengurut kaki, hahaha. Tak pernah lagi rasa seseksa ni keluar dengan 2R. So starting from this coming ramadhan, I'm so sure that I will be at home 24/7, takdak kejadah aih nak keluar panas2 dalam dok puasa2 ni, buat menambah penat saja. Baik duk diam2 kat rumah, duit tak habis, tenaga pun tersimpan, kehkehkeh...

Sekarang ni makin panas makin banyak si Raziqh ni menyusu, even dah bagi minum air masak pun dia still demand nak minum susu like every 30minutes. Because of that I need to drink lots of water, kena consume bergelen2 air untuk elak diri sendiri dari ter-dehydrate. Kesian kat dia, mesti dia haus sangat2. Sekarang ni keluar even sekejap pun mesti bawa bekal air, memang non-stop hulur air kat budak2 ni, Rafiqh pun bukan pandai lagi nak minta minum air, kalau nak susu ja dia minta. Untuk pastikan depa minum air banyak2, bekalan air dalam botol/cawan masing2 tu sentiasa di top up dan letak atas meja. I can't imagine myself berpuasa nanti, perghhh kalau tak kurus jugak taktau laa, hahaha. Target mesti kena capai 45kg, hek!

2tahun lepas pun berpuasa dalam bulan ramadhan ketika tengah menyusu Rafiqh. Masa tu Rafiqh baru 10bulan tapi dia pandai minum air kosong dalam botol susu, jadinya takdak masalah sangatlah. Lastyear berpuasa dalam pantang, the 1st week je tinggal, lagi 3minggu tu I dapat berpuasa penuh, pun takdak problem sebab Raziqh tak banyak menyusu lagi. Cuma kali ni cabarannya besar sedikit memandangkan Raziqh tak berapa pandai minum guna benda lain, rasanya bukan tak pandai tapi dia prefer menyusu, so lain2 semua reject. I memang kena monitor pengambilan air betul2 ni, kalau tak, memang dua2 akan flat. Memang ada rukhsah dalam berpuasa pada ibu yang hamil dan menyusukan anak, tengoklah nanti, kalau ada keperluan dan kena keadaannya boleh laa digunakan...

Adehhh panasss...

Friday, July 23, 2010

Kakikori @ ais kacang-bodo

Antara makanan paling glamour yang akan muncul setiap kali musim panas di Jepun ialah kakikori, kalau kat Malaysia lebih kurang macam ais kacang laa, tapi ais kacang ni serius bodo punya version, takat sagat2 ais lepas tu buh sirap, tu ja, haprak hapa pun tarak. Memang ibarat langit dengan bumi laa kalau nak compare dengan ais kacang kat Malaysia, ais kacang kita sikit punya banyaklah bahan2, ada kacang, cincau, susu, sirap, cendol, asam, laici, aiskrim lagi, perghhh sedap! Kalau orang jepun tengok ais kacang Malaysia, haruih depa teriak meraung2 golek2 atas lantai, muehehehe...

Selalunya kat sini kalau ada matsuri(=festival), banyak laa dijual kakikori ni, laku pulak tu, time panas lit2 makan ais memanglah nikmat kan, but as usual I prefer soft-cream more than anything else, soft-cream saikou(=the best)!

Dah lama dah teringin nak beli mesin sagat ais ni tapi sebab kami ni bukan suka sangat pun makan kakikori, tu yang tak terbeli2. Lepas Rafiqh lahir semangat tu berkobar laa sikit memandangkan boleh laa nak buat main(bukan nak buat makan). Tapi lastyear sebelum summer lagi kami dah balik Malaysia, so tangguh lagi niat nak beli tu. Tahun ni memang tahap dah tergedik2 dah nak beli, puluh2 kali dok ulang tengok kat supermarket yang kami selalu pi beli groceries tu tapi takdak laa pulak, dulu2 kami takmau beli depa juai, la ni kami nak beli depa tak juai pulak, cet!

Alkisahnya lepas balik taki(=waterfall) ahad lepas, kami singgah laa ke satu supermarket yang agak jauh jugaklah dari rumah kami ni. Melilau2 2-3round baru jumpa, sampai lompat2 happy, hahaha tipu hokey. Ada 2jenis rupanya, ada yang jenis pakai elektrik, ada jugak yang manual. Yang manual ni kena putar pakai tangan lah. MyLove kata beli laa yang elektrik tu senang sikit tapi sebab I dok fikir kalau beli hat tu nanti balik Malaysia tak boleh guna dah, rugi laa. Lupa laa pulak yang lambatttt lagi nak baliknya, sempat menatang ni rosak dulu kot, kes3. Nanti sebelum balik boleh laa nak hangkut seketul lagi, tak mahai pun, tak sampai 1000yen(=RM35) pun.

Petang tadi pi supermarket beli barang2 nak masak untuk jualan esok, jalan punya jalan ternampak laa sirap kakikori ni, dah berkali2 pi supermarket minggu ni tapi asyik lupa nak beli, takkan nak makan ais kosong ja kan, tak sedap langsung! Nak godek bahan2 ais kacang pun belum sampai seru lagi, so lekeh2 pun kalau ada sirap ni dah kira ok sangat dah. Sambil bosan2 tunggu myLove balik, kami pun menggodek mesin ni....

Inilah rupa mesinnya, kecik comel saja...


Ini sirapnya, beli perisa strawberi, ada macam2 perisa sebenarnya, melon ada, grape ada, lemon ada, ish macam2 lah!


Ni rupa ais sagat itu. Kalau kat kedai mahal jugak ni, berapa ratus yen entah, baik buat sendiri kan...
Budak 2orang ni tak makan sangat pun, Rafiqh memang tak suka ais krim, soft-cream pun makan gitu2 saja, si Raziqh ni lagi laa, buat main boleh laa. Haa kan dah kata, beli untuk buat main, ayah dan mak depa ja pulun makan...

Malas...

Rasa lemau laa pulak seminggu ni. Lastweek kemain semangat lagi buat itu buat ini, tapi this week meleweh2. Ada turun naik jugak mood ni pun, mungkin sebab minggu ni dah betul2 masuk summer, badan pun baru nak adjust untuk sesuaikan dengan tahap kepanasan sekarang ni. Bunyi cengkerik dah kedengaran, suhu siang hari dah sekitar 30++, tak laa panas sangat pun kan tapi baru lepas mandi pun boleh berpeluh2. Taktau laa nak describe macammana panas kat sini, sendiri kena mai rasa baru tau. Kalau memasak ka menjahit ka mengemas ka, pendek kata kerja2 yang tak boleh 'dapat' kipas tu memang lencun peluh laa. Dulu2 time panas macam ni I akan mandi sampai 5-6kali sehari, tapi bila dah ada anak ni, dapat mandi 2kali pun dah kira nikmat dah. Bebudak ni sehari at least 3kali laa depa mandi, kerja menyalin baju tak habis2...

Jom tengok gambar, nak kata terbaru pun tak jugak laa...

Time tengah baik, berpeluk sakan laa. Hang peluk aku, aku peluk hang, hang kiss aku, aku kiss hang. Satgi dah bosan2 tu mula laa nak tolak2 pulak kan, hehe, biasa laa budak2, kita yang tua pun sama jugak, keh3...


Haa kan dah kata, Raziqh tak suka orang kasar2 dengan dia, tapi kalau dia kasar dengan orang takpa pulak, hehe... Si Rafiqh sejak azalinya memang bergurau kasar, macam ni laa selalu2...


Raziqh ni pantang tengok ayah dia tinggal laptop, ayah bangun pi dapur sat ja pun, dia dah merangkak laju2 terkam nak menekan. Laptop mama dah puas tengok dah, bolayan dah, laptop ayah buka malam ja, sedikit jakun di situ, sama ja dik, takdak beza pun...

Apa yang best sangat dengan laptop pun taktau laa, kalau takat tengok saja takpa laa, ni tekan sana tekan sini, siap naik duduk atas laptop tu lagi, aiseh ingat murah ka dik menatang tu?!


Ni gaya cover diri bila kena marah. Kalau orang marah dia, macam ni laa gaya dia, angkat tangan tunjuk2 balik sambil sengih macam kerang busuk... Ni dia dok tunjuk ayah dia tu, ayah kat belakang dok panggil2 dia, haa cuak2!


Eh2, tunjuk mama pulak. Dah salah tu pandai pulak nak buat aksi comel supaya orang tak marah. Mama tak marah aih, mama cobit je...


Sengih2, gomoi kang...


Ok, buat muka pasrah tak boleh main laptop ayah, duk senyap2 sat, sat ja laa tapinya...

Thursday, July 22, 2010

Ikan bilis berkacang & ikan bilis bijan !!!

Mohon laluan untuk iklan tak berbayar, hahaha...

Nak iklankan latest product dari kedai my sil-kaklong, jual2, beli2!!!


1. IKAN BILIS BIJAN

HARGA~ RM 5.00
BERAT~ 190 GRAM
JENIS HIDANGAN ~ MAKANAN MELAYU
KEISTIMEWAAN~ RANGUP DAN MANISJENIS PENYEDIAAN ~ KUDAPAN
JENIS MASAKAN ~ KEREPEK TRADISIONAL

Ikan bilis bijan...


2. IKAN BILIS BERKACANG

HARGA~ RM 5.00
BERAT ~ 190 GRAM
JENIS HIDANGAN~ MAKANAN MELAYU
KEISTIMEWAAN ~ RANGUP,SEDIKIT PEDAS DAN MANIS
JENIS PENYEDIAAN~ KUDAPAN
JENIS MASAKAN~ KEREPEK TRADISIONAL

Ikan bilis berkacang...


Bila dok ulang tengok banyak2 kali, jadi teringin sangat nak rasa. Sabaq2, kena tunggu mak nak pos barang lagi ramadhan nanti, boleh laa beli dari kaklong, mesti sedap. Bagus bagi anak2 makan benda2 kudapan macam ni, instead of dok jamu cekedis atau keropok merapu2 tu, ikan bilis dan kacang ni bagus untuk kesihatan, baik jugak untuk minda, yer tak?!

Bagi sesiapa yang berminat nak beli untuk stok raya, boleh refer info lanjut kat link kaklong yer. Kalau duk dekat2 area Kepala Batas, haa boleh tempah kuih-muih tradisional sekali, kaklong memang pakar bab memasak ni. Kalau duk jauh pun no worry, contact je kaklong, boleh pos! Next, tunggu kemunculan kerepek2 pulak, nyum2!!!

Jual2, beli2!!! Nak beli kerepek kak!?

Wednesday, July 21, 2010

Gambar2 piknik di taki!

Gambar2 ahad lepas...

Ecceh, bergaya sakan...

Betul2kan spec sikit...

Yes mama, gelap sangat laa, tak nampak mama...

cekodok pisang...

mee goreng tak pedas...



Taki(=waterfall) punya laa best tapi anak2 takmau berendam laa pulak. Spoil sungguh laa, mak depa dah ready bawa baju kot ingat boleh terjun sekali, frust sungguh, balik berendam dalam tab dan mandi air terjun shower ja laa, hahaha...


Kemain lagi gaya menonggang air masak memang tak boleh blah, yer2 ja macam minum, bukan reti pun, buat main boleh laa...

Tengok ja apa kelas bang, orang bawa mai suruh mandi, haparaaa...

"satu!"

"dua!"

gaya wake wakaran...

makan, makan dan makan...
Kalau ada yang tertanya2, mana pi mak pak bebudak comot ni, haha mak depa tukang ambil gambar laa, masa gambar2 ni diambil pak depa hilang pi mandi2 dengan kengkawan. Masa ayah depa ada, lupa pulak nak suruh snap gambar lagi, aiseh, next time laa tayang diri(macam laa ada orang nak tengok)...

Tiap2 hari makan sup,tak cemuih ka?!

Selera Raziqh sekarang bertumpu pada sup, mai laa sup apapun, nama kata sup semua dia bedal, pendek kata no sup, no nasi! Demand ek!?

Jadinya hampir setiap hari mak dia kena masak sup, tapi ni version sup-bodo ja, tak payah tumis2, tak payah buh perkakas 4beradik bla3 tu semua, ala2 macam rebus air lepas tu campak masuk ikan/ayam dan sayur2, senang amat! Awal2 dulu masak 1 periuk kecik agak2 untuk 2kali makan, tapi selalu jugak terlebih, sayang sungguh nak buang2 so sekarang masak bagi banyak terus, agak2 untuk 4orang nak makan, dengan ayah mama dan onichan sekali laa kena makan. Mujur laa myLove dan Rafiqh pun suka sup2 ni, kena sangatlah selera depa anak-beranak...

Sekarang ni untuk lunch Raziqh, just letak nasi sesenduk dalam air dan masak dengan ayam/ikan/telur kuning dan sayur2, campak jugak kurma/prune/kismis. Masak bagi sayur empuk dan nasi kembang hancur sikit ok dah siap. Rafiqh ada mood, time nak makan dia layan jugak food adik, berebut2 makan sampai tak cukup, time takmau tu pandang pun tak. Tapi masak bagi banyak jugak, nanti cedok ja sup adik buh atas nasi dia...

Untuk dinner kena laa buat sup lagi, masak macam sup biasa, sebelum letak garam/lada sulah tu cedok semangkuk untuk Raziqh, lepas tu adjust laa apa yang patut. Taktau laa sampai bila nak bertahan hadap sup hari2, taktau cemuih laa pulak budak2 ni, senang kot makan sup, boleh telan terus, tak payah kunyah2, kekeke. Nampak macam senang ja kan kerja mak depa masak sup hari2, tapi sesungguhnya hati ni kesian jugak laa tengok dia asyik makan sup, nak buat macammana kan, dah yang tu dia paling suka, layannn~~~

Ni lunch Raziqh tadi, nasi+ayam+carrot+kurma, sedap ka?!

Tuesday, July 20, 2010

Kung pao chicken

Kung pao chicken ye, bukan kung fu, kung fu tu jackie chan, hehehe...

Resepi ni ada orang request(tak payah sebut nama laa, satgi dia malu pulak, hiks), disebabkan malam tu depa dinner tanpa tukang masak, blur2 ja membantai nama lauk, haha, lawak pulak rasa, sesuka hati hangpa ja buh nama ek...

Mula2 tu ingat nak buat ayam masak merah tapi ada pulak yang minta buat sejenis lauk tak pedas, sebabnya seorang junior ni tak makan pedas, fikir punya fikir keluar laa idea buat kung pao chicken versi olahan sendiri. Kalau ikut resepi asal, buh cili kering potong dan cili boh jugak, tapi I tak letak langsung, buh sos semata2, haa tuh dia, kalau kata pedas lagi taktau nak kata apa dah laa, buat sup ja laa lain kali, hehehe...

Bahan2:
ayam boneless - dipotong sederhana besar
lada sulah
tepung jagung

bawang besar - dipotong dadu
bawang putih - diracik
halia - dihiris
cili boh(tak buh)
sos cili
sos thai
sos tomato
sos tiram (tak buh sebab takut ada yang elergy seafood)
cili kering dibelah(tak buh)
cili benggala(tak buh)
kismis
gajus
garam, gula, madu
minyak untuk menumis

Cara2:
- lumur ayam dengan lada sulah dan salut dengan tepung jagung, kemudian goreng garing, ketepikan
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia, masukkan sos2(main agak2 ja)
- masukkan semua bahan lain, bila dah ok semua garam gula baru masukkan ayam, gaul rata dan tutup api, hidangkan...

Sungguh tak mengancam bagi resepi takdak gambar, hmmm mesti tak boleh nak bayang sedap ka tak sedap. Next time I letak gambarnya ya!

Kat mana nak beli mannequin?

Nak tumpang tanya, ada sapa2 tau ka kat mana boleh beli patung mannequin untuk display pakaian, alah yang macam ada kat supermarket tu laa(kot sapa taktau mannequin tu menatang hapa, keh3).

Kat mana patung ni boleh dibeli ye kalau kat Malaysia? Tolong laa bagitau ye kot kalau tahu, amat2 memerlukan as soon as possible!

Ni contohnya, tapi nak yang perempuan laa kan, lelaki nak buat hapa...