Friday, August 20, 2010

Masam manis ramadhan

Patent update blog sekarang ni ialah selang sehari, tapi sekali update terus publish 2entries, kira aci laa kan, hehe. Tak sibuk mana pun, cuma disebabkan 5hari tinggal puasa maknanya ada 5juzuk al-Quran nak kena cover to make sure at least boleh khatam sekali sepanjang ramadhan ni, huhu, kalau dulu 1juzuk tu sekali hadap ja, tapi dengan 2R ni memang tak ah, nak perabih 1 tu pun 2-3kali punya stop. Oh ye, kuih raya dah start buat dah, hayai ne(=cepat kan) haha, pagi semalam 1st project buat biskut choc chips, 1 adunan dapat 100biji lebih tapi dah lesap 1/5 balang dah Rafiqh kerjakan, taktau laa mampu bertahan sampai raya atau tak, rasa macam nak kena sorok laa...

Bulan2 puasa ni pun syok jugak melayan drama yang ditayangkan sempena ramadhan, selalunya drama/telemovie tu semua mesti best2. Ingat lagi dulu masa kecik2 ada drama Rumah Kedai, petang2 sementara tunggu nak buka puasa tu layan drama ni laa, selain tu suka jugak tengok slot2 resepi buat kuih raya dan jejak rasul...

Dan kalau nak tau, nama Rafiqh ni pun kami ambil sempena drama bulan puasa iaitu Diari Ramadhan Rafique, haha, ni bukan kerja mama hokey, ni ayah 2R punya idea. Berkenan sangat kat watak tu gamaknya, sampaikan dulu2 kohai2 sini suka nyanyi lagu diari ramadhan rafique tu kat rafiqh, hahaha mengong!

Tahun ni ada 1 drama yang best, eh 2 sebenarnya. Slot Samarinda Syurgamu Ramadhan dan Masam manis ramadhan, dua2 pun best, I tengok kat web tv3. Masam manis ramadhan tu baru episod ke-3, kisah cerita berkisar pada kehidupan sebuah keluarga, Sheila Rusly sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak2nya dengan bekerja sebagai tukang masak katering. Suka tengok watak budak lelaki Syafiq tu yang subhanallah pasti semua ibu impikan anak seperti dia kan, setiap kali tengok wataknya selalu hati ni berdoa moga2 anak2 mama pun nanti sebaik Syafiq, amin. Sheila Rusly digambarkan sebagai ibu yang solehah, sangat soft-spoken, benar2 penyabar, tersentuh hati ni tengok peribadinya, ya Allah bila laa haku nak jadi macam tu, huhu. Memang kalau boleh nak jadi ibu yang se-cool dia dalam mengendalikan kerenah anak2. Tapi entahlah, memang belum cukup penyabar lagi kot diri ni untuk selalu bersikap tenang dengan perangai anak2. Sapa2 yang takdak kerja(macam saya) haa boleh laa layan drama2 ni, hiks...

Ada 1 drama lagi dok tengok, Epilog syurga cinta, adehhh nak kutuk sikit boleh? Hapa punya cerita laa, banyak gila part tak lojik, sakit jugak kepala ni tengok, so rasanya semalam adalah episod last kot, lepas2 ni takmau tengok dah, macam hapa entah jalan cerita. Ramai kata cerita tu best sebab ada budak Mia tu ja, entah, I tak minat laa pulak, cute memanglah cute tapi takat cute ja berlakon tak reti nak buat hapa, hahaha. Ramai lagi budak tak berapa comel tapi berlakon tip top, I bukan nak tengok budak comel(kat rumah ni pun dah ada 2budak comel tak larat dah nak tengok, hak2), I nak tengok budak pandai berlakon. Wahhh statement satgi ada pulak mai hentam ni, hentamlah labu, tak kesah pun...

Ok, enough babbling for this morning...

7 comments:

Ina said...

hihi kuih raya kalau buat awal2 tu mmg ada chance sgt la nk jadi kuih puasa je fith. kalau xsimpan sure habis tu! owh rajin jugak ek fith tgk drama. kiter ni jarang layan. tp tula fith sebut baru teringat mmg bln poser n raya slalu drama best2 kan. hihi kt fb siap ada fan page budak mia tu. mmg la cute tp kiter pn prefer tgk bdk pandai berlakon :D

mysara said...

bukan main lagi fith layan drama. mai yg dok msia pon xtau tajuk2 yg fith mention tu..sepanjang ramadhan nih mmg xde hadap tv..tido awal jer...

Fith said...

ina,
kuih raya dah simpan siap2 1balang,sorok dlm almari sblm hbs,hehe...
wahhh ina tak tgk drama ek?fith time pg2 budak2 ni layan nhk,mak depa layan drama laa,hiks...

my,
haha,masa blk msia bercuti 3bln pun fith tak layan gak.bila duk negara asing baru terhegeh2 nak tgk drama/filem msia,klau duk msia tak hingin plak,pelik2.
eh lg,my keje,busy sokmo,mana laa ada masa nak tgk kan...

kew_chop said...

mia mana plak ni.. adoii mak budak lagi la tak kenal sesapa. yg kenal farid kamil ngan fahrin ahmad jek.. haha..
drama sekarang byk yg ntah apa2 kan. tapi yg best pun byk gak just kita jek bukan dlm mood tgk drama sekarang. kang dtg angin tgk drama abes dok pulun mendl cite.

Fith said...

murni,
haha,takyah dl,tgk kat tv3 punya web je murni,keh3.
fith pun pilih2 drama mana agak2 best.dpt tgk 1 cerita/episod sehari dah ok dah,boleh jdkan hiburan.

umeboshi said...

adik mia dlm epilog syurga cinta tu mmg tak reti berlakon kan? berlakon tanpa penghayatan dan memek muka yg bagus. entah apa2..

Fith said...

kak noora pun setuju ek dgn fith,fith ingat fith sorg je tak minat dia.aah takde feel lgsg,mcm baca skrip je,tp sbb comel,ramai sungguh peminat,ntah apa2 ntah...