Tuesday, August 17, 2010

2R @ 1year old

Hari ni terasa macam nak cerita pasal 2R punya persamaan dan perbezaan ketika masing2 berusia sekitar setahun...


Persamaan:

- both boleh berjalan pada usia yang hampir sama, +- 2weeks before their 1st birthday dua2 dah boleh berjalan(read: menapak lebih dari 10tapak). As for Rafiqh, he officially walking a week after he turned 1, once dah steady berjalan, he said sayonara(=bye2) to merangkak! Menonong berjalan dalam dan luar rumah. On the other hand, Raziqh tak pulak macam tu. Until this moment merangkak dan berjalan tu still sama banyak, kat dalam rumah laa, kalau kat luar dia belasah merangkak jugak even though dah pakaikan kasut, haiseh! Akibat masih 50-50 jalan dan merangkak, dia jalan taklah steady lagi, gaya jalan pun macam orang berlari, laju tak hingat, gopoh nak cepat sampai so selalu tersadung jatuh tersungkur, haha awat laa loqlaq sangat?! Tapi takpa laa, asai mau prektis dah kira ok dah, jangan serik jatuh ye, boy mesti mau kuat naa, gambatte ne Takeshi-kun!!!

- selera makan dua2 tak kalah, kadang2 sampai mak depa surrender lah punya taktau nak jamu apa dah. Tambah2 sekarang bulan puasa, petang2 dah tak buat minum petang so sementara nak tunggu waktu buka puasa tu kesian tengok dua2 orang macam orang takdak arah cari benda nak makan. Biskut satu pack sehari ja dah habis, adeh deh deh, tak suka sangat nak jamu biskut2 ni sebab manis, nampak gaya mama kena buat donat/kuih2 frozen lah esok lusa...

- mesti orang pelik, makan kuat tapi badan tak besaq mana pun, haa memang pun, sebab depa ni poop kadang2 tu boleh sampai 5kali sehari, macam orang solat laa pulak, hehe. Tak kurang jugak aktifnya ya ampunnn, berpeluh2 kuyup sentiasa. Sebab tu tak naik berat kot ek...

- dua2 pun kuat melasak, memang tak reti duk diam seminit, ada ja laa kerja depa nak buat. Dulu2 masa dengan Rafiqh memang rasa penatlah jugak tapi sekarang ni bila dengan Raziqh, dah get used agaknya so tarak hal laa tengok depa pi mai pi mai 'bekerja'...


Perbezaan:

- rambut Rafiqh lebat dan hitam, sekejap ja dah panjang. Raziqh pulak rambutnya nipis halus dan tak hitam sangat, lambatnya laa nak panjang...

- fizikal Rafiqh lebih fit compared to Raziqh. Rafiqh tahan lasak dan tegap, Raziqh kurang tahan lasak dan badan pun halus kecik saja...

- Rafiqh nampak matured, dari segi rupa mahupun tingkah-laku, maybe sebab anak 1st kot ek, selalu dengar orang cakap anak pertama peribadinya begitu. Dia lebih berdikari dan manja(sensitif). Raziqh pulak hingga sekarang pun rasa macam masih baby lagi, sangatlah anak mak, manja all the time...

- Rafiqh belajar menyanyi dekat2 nak masuk 2tahun, tapi Raziqh sekarang pun dah boleh nyanyi, part ni mak depa pun terkejut, haha. Tapi bukanlah semua lagu, 2-3lagu yang sangat familiar sajalah, dia miming keluar bunyi ikut rentak saja, selebihnya dia joget2. Rafiqh sampai sekarang pun tak reti menari, seriously selama hidup ni I tak pernah jumpa budak tak reti menari, haissshhh...

- Rafiqh mula tunjukkan minat terhadap sesuatu ie kenderaan dan binatang sejak usianya 2tahun lebih, so far I perhatikan dia jenis yang kurang obses dalam semua hal. Kalau toys pun dia main gitu2 je, jarang sangat ada yang dia betul2 tumpu, lebih kurang macam daya tumpuannya pendek lah. Berbeza dengan Raziqh, daya tumpuannya lebih panjang, means kalau dia tengah baca buku, dia boleh ulit buku tu sorang2 lama2, sampaikan selalu mama tercari2 eh mana Raziqh diam aje, tengok2 dia dok baca buku atau main. Sejak baby lagi nampak dia sangat minat bola, buku dan kereta, sampai sekarang pun minat dia maintain...

- Raziqh sangat clingy, kuat merap, pantang tengok mama duduk, mesti datang panjat atas riba at least untuk hugs and kisses mama, but actually most of the times nak menyusu lah kononnya, bukan menyusu sangat pun, nak menempek aje. Rafiqh dulu tak pulak macam ni, mungkin sebab dia belum pun setahun I dah pregnant-kan Raziqh, so dia pun dah pandai2 bawa diri kot yer, hehe...

- Raziqh pandai jeles, tak boleh tengok onichan datang baring atau duduk atas riba mama, dia tolak2 onichan turun. Taktau laa pulak macammana reaksinya kalau mama pegang baby lain. Rafiqh dari dulu sampai sekarang memang tak jeles, malah dia suka budak2, banyak beralah...


Ok, tu je kot yang terlintas. Lain anak lain personalitinya lain ragamnya, seronok tengok anak2 membesar, macam2 kerenah... Moga anak2 mama membesar menjadi muslim yang hebat, amin!

6 comments:

mysara said...

bagusnyer dua2 suka makan..mai susah hati rayyan payah nk makan.lasak ttp lasak jugak..tp mkn payah!

rafiqh xpandai joget?? mai rasa dia control macho laa.. kan rafiqh kan??

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

aminnnn :D! insyaALLAH, hebat di dunia & akhirat :D!

Fith said...

my,
rayyan tak mkn pun badan maintain steady je tgk.biasa laa tu kan,ada jenis memilih,ada jenis semua bedal.yg semua bedal ni pun pening gak kdg2,mak depa baru nak duduk,depa dah nak mkn itu ini,pdhal baruuuu je mkn,haha...
aah control macho agaknya kot,tp stp kali tgk adik joget,dia terpegun selalu,hehe

Faeeza,
aminnnnn

Heartilyina said...

bagusnya kuat makan. betul la tu kot fith diorg rajin 'bekerja' tula asyik laper je hihi. si ihsan ni xlayan sgt bab mkn. bg biskut sedap pn dia xluak pun. sbb tu heavy mmg kiter pastikan dia mesti habiskan. tp nk ajar gak ihsan makan sndiri2. seronok baca citer fith 2r boleh perabis sndiri biskut hihi. wahhh raziqh pandai nyanyi?! hebat! :D

kew_chop said...

bestnya anak2 suka makan. si zayyan ni plak dah makin memilih nak makan,huhu..
uploadla video raziqh nyanyi n joget2 tu. mesti kawaii.. hihi..

Fith said...

Ina,
mula2 bg diorg mkn sndr mmg sakit kepala gak laa,hbs bersepah esp biskut2 tu kan.tp dah lama2 pandai laa,kena make sure bg dgn pinggan/talam,klau sepah pun mostly dlm tu,hihi.mmg biskut/roti adalah benda yg plg tak larat nak beli,sekali buka mmg sure hbs,kdg2 sekali hadap je.
aduhhh ina,raziqh ni klau makan biskut atau benda dia suka,dia rembat sekali yg abangnya punya,haha,sabar je laa.
ihsan blum masuk fasa nak mkn benda2 remeh lg kot,busy exploring maybe?!hehe

Murni,
yg kat rumah ni pun ada mood gak murni.kdg2 hari ni elok je mkn sayur,tiba2 esok buat mood taknak,lusa mkn blk,memilih betul.kdg2 penat gak kan nak layan selera/mood diorg.tp zayyan badannya steady,memilih2 pun montel gak dia tu.
fith mmg ada blog khas utk pic/video budak2 ni utk family kat msia,hehe.tp lama dekat sebulan tak upload,hihi.esok/lusa kena upload ni,bising diorg nanti...