Thursday, August 5, 2010

Selipar jepun

Rasa macam baru ja beberapa minggu berpanas2 berpeluh2 berbahang2, rasa macam baru lagi masuk natsu(=summer) tapi selasa lepas pi mall tengok barang2 natsu banyak dah yang sales, dan semalam pi Nishimatsuya babycenter, eh2 dah keluar dah pakaian aki(=auturm), barangan dan pakaian natsu dah dijual murah2. Ish pelik sungguh, rasa macam lambat lagi nak masuk aki, ya laa bulan 10 kot baru nak sejuk, awalnya dah melelong, tangan pun mula laa gatai nak membeli, sabaq naa mama, baju2 beli dulu(time fuyu=winter) tu pun banyakkk lagi tak rasmi...

Dah dekat 8tahun duk sini tapi still tak faham2 dengan sistem jualan kat sini, eh buat apa pening2 kepala dok fikir kan, dah orang juai murah, baguih laa, beli2 jangan tak beli, hakhakhak. Dulu2 tak berapa pandai nak shopping, asai berkenan ja sambaq, macamlah banyak duit sangat. Tapi lepas 2tahun duk sini dah berhemah sikit(sikit ja laa) dalam membeli-belah. Most of the times, bila teringin nak sesuatu I'll wait patiently until it has promotion or less. Jepun ni sesuatu barang tu akan hit sekejap ja, time tu ramai2 laa dok pulun beli, then tak lama lepas tu harga sure jatuh. Bagi yang sabar, pastilah akan untung. I selalunya tunggu hingga ada sales baru beli sesuatu barang, even baju budak2 ni pun gitu, kebanyakannya beli yang sales saja, kita kena pandai berjimat, betul tak?! (cet, kedekut yang sebenar-benarnya.)

Semalam pi Nishimatsuya nak membeli beberapa barang - sabun pencuci cloth diapers, seluar renang, diapers yang boleh pakai untuk swimming dan selipar bebudak 2orang ni. Berbulan dah mencari selipar tapi mama2R memang banyak songeh, nak macam tu lah macam ni lah, last2 semalam sebab terdesak nak guna sangat kena beli jugaklah even tak berapa berkenan pun. Kalau boleh nak beli yang exactly sama patent dan colour untuk both of them tapi tak banyak dah stok yang tinggal, sambar ja laa mana yang ada. Ini hasilnya, tema selipar adalah kereta (haha selipar pun kena ada tema ka?!)...

selipar onichan 300yen, adik 200yen...


Nak beli selipar cap ayam ni pun 70kali kena pikiaq, masalah sungguh laa. Balik rumah terus bagi 2R pakai, seharianlah depa ber-selipar dalam rumah. Ada sebab kenapa I pakaikan depa selipar ni dalam rumah, sebabnya nak bagi depa selesa dan pandai pakai dulu sebelum pakai kat luar. Rafiqh ni kasut punyalah banyak(ada 3 ja pun, lebih dari 1 kita kira kategori banyak lah kan, hehe) tapi 1 ja yang dia nak pakai, mungkin sebab yang tu dah terbiasa kot, yang lain2 semua takmau pakai. Nak bagi dia mau pakai selipar ni pun bukan senang tau, tambah2 ada part antara jari ibu dengan jari lain tu, terkial2. Semalam nampak dia kekok jugak berjalan pakai selipar tu tapi dia tak putus asa minta mama ajar pakai, alhamdulillah hari ni dah siap pandai pakai sendiri dah. Si Raziqh pulak, baru prektis ber-selipar memang jalan pun pelik semacam, haha, semalam langsung tak boleh jalan sendiri dengan selipar, kena laa pimpin tangan dia sambil jalan2 keliling rumah, tapi hari ni dah boleh bertapak sendiri dah, well done baby! Esok mama bawa jalan2 kat luar ye...

gaya budak mengamuk, tak ingat laa pulak apa yang buat dia marah sangat ni...

onichan yang selebet baru bangun tidur...

2 comments:

Ina said...

wahhh sale ke??? betul la tu fith kiter ni bijak sbb tu kena tggu sale. tokey supa dh kaya dh even dia buat sale. so kiter xperlu nk kayakan dia lagi haha. cpt nyer dh kuar baju autumn biar betul hihi. kiter pn nk survey2 la kot2 sale gak kt sini. dh la smlm papa ihsan blk keje dia sopping baju dia senyap2. tau2 je blk dh bwk blk 1 beg plastik. sabau jela. ckp kt dia xkirer nk shopping jugak wiken ni hihi. comel nyer selipar. kiter pn sama fith kalau bli xkisah la murah pn mesti cerewet nk cari yg puas hati n berkenan.

Fith said...

ina,
huish sib baik ada geng,hahaha...
betul2 tak kesah lah murah pun,kita bukan nak beli byk2 kali kan,sebolehnya beli bg puas hati terus,betul tak?hihi
fith pun terkejut tgk smlm byk dah baju2 lengan panjang n tebal2 bergantungan kat kedai.yg baju summer dah turun bwh n masuk kolum sales.pelik pun yer gak,tp nihongjin mmg gitu kot ek,nak beli baju/brg trend terkini cepat2.kita kesah apa trend2 ni,asal boleh pakai,hahaha,kan kan?
haa mama ihsan,sila shopping weekends nanti yer,hihi