Thursday, August 12, 2010

Nak masak apa untuk berbuka?!

Hari ni dah berapa orang entah tanya soalan yang sama, hahaha, adehhh, taktau lah nak masak apa, semalam pun dah selesai asar baru decided menu berbuka. Seminggu awal ramadhan ni biasanya menu berbuka simple2 saja, semalam masak kari ayam dan sup sayur letak fishcake dengan chikuwa, haa 2lauk tu ja! Takdak kuih-muih, takdak dessert...

MyLove memang jenis yang ringkas dalam berpuasa, dah lebih 5tahun kahwin ni dah faham sangat perangai dia, sebab tu masak sikit2 dan ala-kadar saja, taklah membazir kan?! Kami berbuka dengan nasi terus, selalunya lepas isyak dan terawih I akan makan lagi, cari makanan ringan2 macam kuih2 ka puding ka taufufa ka dadih ka. Tapi myLove ni jarang sangat nak makan dah, dah laa slim-melim kan, bila berpuasa tambah2 laa slim, hehe.

Time sahur pun sama jugak, myLove jenis yang makan nasi, I ni pulak ikut mood dan 'kekuatan', dulu2 time takdak anak memang tak jamah nasi untuk sahur tapi sekarang tenaga tu nak kena simpan extra sikit, so nasi is the best choice...

Nak memasak tu suka, rajinlah jugak nak merenyah itu ini tapi kalau takdak tukang makan tak best jugak, sendiri yang makan pun tak syok sangat kan. Memanglah berpuasa bukan untuk melayan nafsu makan tapi memasak makanan yang sedap, berkhasiat dan baik2 untuk hidangan orang berbuka ni besar pahalanya, kan kan?! Yang dilarang islam adalah sikap haloba dan membazir, tu yang tak boleh!

Nanti2lah, bila dah mai semangat nak memasak tu baru tepek gambar dan resepi foods yer...

7 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

eh2, sameeee kari ayam jugak sy msk smlm :D!! juz tmbh goreng udang n ulam-ulamans WAJIB bersama BUDU :D! melelehhh sebut pasai budu nih.ringkas saja.xpyh sibuk2 nk g bazar n mbazir kans2 :D hik2.

Fith said...

faeeza,
aduhhh budu ker,aisehhh terliur plak,hehe.ulam n budu kombinasi yg baik n cukup dah nak buka selera kan.betul2,tak payah sibuk2 bergasak2 kat bazaar,msk sndr lg best ka,hehe

asuharAsuE said...

selamat berpuasa. buka pukul berapa kat sana tuuuu?

Heartilyina said...

slamat berbuka fith! hari ni menu apa plak? kiter pn simple2 je fith. even fith kata meriah hahaha. agaknya kalau betul2 menu meriah terkejut fith tgk hahaha. tp mmg hari2 gitu pn. kalau sebut nama satu2 mmg la byk tp serba sikit je tu. slalunya 1 2 menu mcm air tu 1 jug 2 hari baru habis. so mcm harini air dh xyah buat. haa tula setiap kali tgk pic hubby fith mesti terpk slimnya. tp bagus la xyah risau2 perut buncit hihi

Fith said...

asuharAsue,
selamat berpuasa.kat sini skrg berbuka pukul 7.10,lebih kurang je dgn malaysia cuma sahurnya awal sbb tgh summer...

Ina,
haha tp kira meriah laa ada mcm2 side menu,jeles tau!fith pun suka masak sikit2 tp mcm2 jenis,rasa seronok nak menjamu org berbuka ni kan,kita pun boleh tumpang sekaki,ni klau sorg2 je mkn,alahai tak syiok!
haa tuh dia,buat sekali harung stok 2hari terus,good idea!

daddy cool said...

best best.. kalau boleh nk gak rase semua masakan fith..

Fith said...

daddy cool,
haha insyaAllah nanti dah blk msia fith buat open house ek,hihi