Wednesday, August 18, 2010

Cara memupuk kasih sayang abang dan adik...

Ecceh tajuk, ngeee, rasa macam jauh dari layak nak bercakap hal ni, hihi. But since ada yang bertanya, tak salah kot berkongsi, mungkin I belum selayaknya nak bagi guidelines on this matter but at least anggaplah I bercakap dari sudut usaha2 yang I buat untuk cuba pupukkan ikatan kasih yang erat antara anak2...

Tak ada adik-beradik dalam dunia ni tak berselisih, tak ada yang tak bercakaran, jangankan yang kecik2, yang besar2 tua bangka ni pun kadang2 masih bertelingkah, betul tak? Itu adalah asam garam kehidupan, laluan yang nak taknak kita terpaksa tempuh. Air kita boleh bulatkan dengan acuan tapi hati2 manusia, mampukah kita satukan?! So kita kenalah faham bahawa normal laa untuk adik-beradik tu bergaduh, as long as tak sampai tahap bermusuhan. Bak kata pepatah, hubungan adik-beradik ni ibarat air yang dicincang, takkan putus! Bergaduh bertumbuk berdebik bergomol hah lantaklah apapun, but at the end of that part they'll come back to each other. Ops tu tahap jauh lagi laa untuk 2R kan, budak2 takkan gaduh sampai benci dendam kesumat, tapi tadi tu I bagi contoh untuk situasi bila dah besar panjang laa. Memikirkan hal tu membuatkan I rasa ada baiknya pupuk rasa kasih, rasa bertanggungjawab sesama adik-beradik, rasa cinta, rasa hormat-menghormati dan sejuta rasa yang positif lainnya antara mereka sejak depa masih kecik2 lagi...

Sejak azalinya rasa kasih sesama mereka tu dah lama wujud, Allah dah benihkan rasa cinta dalam hati semua manusia apatah lagi laa adik beradik yang lahir dari benih ibu dan bapa yang sama, membesar dalam rahim yang sama, kemudiannya dibesarkan dalam satu persekitaran, apapun yang selebihnya kita lah kena usahakan. Kalau ikut petua orang tua, tali pusat bayi baki dipotong lepas kelahiran tu bila luruh jangan dibuang, sebaliknya kita kena simpan dalam satu bekas yang sama sesama mereka adik-beradik, kengkononnya boleh tautkan lebih kasih-sayang lah, wallahua'lam, taktau sejauh mana kebenarannya...

Macam Rafiqh ni memanglah sayang adiknya tapi kuat jugak mengusik dan sakat adik. Setiap hari ada ja point nak buat adik melalak. Kadang2 tu dia macam nak bermanja je, baring2 atas riba adik, tidur sebelah adik atau peluk2 adik tapi adik tak suka, so jadilah aksi tolak-menolak, haha. Selalunya bila Rafiqh buat Raziqh menangis, instead of I yang pujuk adik, I'll ask Rafiqh to do so, suruh dia minta maaf dan pujuk adik sampai diam. Contohnya bila Rafiqh buat adiknya jatuh, dia sedar dia salah, dari satu sudut mungkin dia tak sengaja, so daripada membuatkan dia rasa dirinya trouble maker yang tak habis2 buat adik nangis, kan lagi baik kalau kita jadikan dia hero, I simply stay away from his brother and ask him to pick up adik, usap adik and say sorry to adik. 2-3kali ajar dia buat macam tu, nanti lama2 dia sendiri akan ada rasa bertanggung-jawab terhadap adiknya, nanti2 tak payah suruh dah, dia sendiri akan buat macam tu setiap kali adik nangis... Sekarang ni kalau Raziqh menangis, modal dia nak pujuk ialah dengan cakap "shi-kun, asoboune(=jom main)", oh btw he's the only 1 who call Raziqh shi-kun, singkatan Takeshi-kun, entah sapa ajaq pun taktau, dalam rumah ni dia sorang laa yang rajin panggil adik dan dirinya sendiri dengan nama japanese, perasan jepun eh, hihi. Tak pun dia umpan dengan foods atau toys, and I do think he did a good job, memang adik akan automatically berhenti menangis, makan pujuk pulak dengan abangnya...

Bila time makan, Rafiqh dah pandai minta nak makan itu ini, so selalulah bila dia minta nak makan sesuatu contohnya biskut, dulu2 I akan minta dia ambil untuk si adik jugak. Boleh je I nak ambil, letak dalam pinggan dan hulur kat adik tu kan, tapi I tetap suruh dia yang buatkan. Sekarang dah jadi habit, bila dia nak makan dia sediakan pinggan, sudu dan air dia, at the same time dia sediakan untuk Raziqh jugak. Same goes with everytime he takes foods, cucur ka biskut ka coklat ka buah ka keropok ka, dah tak payah suruh dah dia mesti ambik 2, 1 untuk dia, 1 untuk adik. Bukan foods saja, benda2 lain pun sama, selalu ambil untuk diri sendiri dan tak lupa untuk adik jugak. Untuk certain makanan yang adik tak reti makan sendiri(read: kena suap) dia boleh dah diharap suap adik, contoh macam makan kismis ka choc chips ka roti(dia koyak kecik2 sebelum suap) dll. Semalam I belikan keropok jagung karamel, agak besarlah nak masuk sebiji dalam mulut adik, so dia gigit separuh dan suapkan yang separuh lagi kat adik, he said "hanbunko(=separuh2)", so cute, cair hati mama tengok...

Dia juga boleh diharap jaga keselamatan adik. Untuk perkara2 yang merbahaya adik suka buat seperti kutip sampah dan makan, panjat2, main benda bukan2 dan sebagainya, I akan minta Rafiqh yang angkat adik atau ambil apa yang ada kat tangan adik. Memang dia sangat concern dengan adiknya, banyak kali jugaklah dia selamatkan si adik ni, hihi...

Dalam hal berebut toys pulak, ni memang kerja depa setiap hari. Hang minat aku punya mainan, aku pulak minat hang punya, time sorang tak pegang, sorang lagi tu hagham tak heran pun nak jeling, tapi pantang salah sorang pegang, yang sorang lagi pun la-la tu rasa nak main, haha, sangat familiar kan situasi ni? Jadinya sebagai abang, I ajar dia kalau nak ambil toys yang adik tengah main, sila gantikan dengan toys lain supaya adik tak nangis. Jangan rampas barang adik, ambil baik2 dan bagi yang lain sebagai ganti, memang ternyata adik pun tak kesah sebenarnya...

Makan/minum dari satu sumber yang sama pun boleh diprektikkan jugak. Ala2 macam makan dalam dulang laa, ada hikmahnya dari amalan tu kan, meh laa kita cuba2 pupuk jadikan habit untuk anak2. Suapkan depa makan sama2, berkongsi air dan makanan. Membesarkan mereka dalam satu persekitaran yang sama pun faktor yang penting...

Adik-beradik bertelingkah bukanlah sesuatu yang perlu kita lihat sebagai masalah. Ianya fasa biasa yang mesti dilalui oleh semua orang yang normal, sebabnya dari pergaduhan lah mereka belajar bertolak-ansur, dari perkelahian mereka akan lebih mengenal erti kehidupan, mereka belajar untuk merasa menang dan kalah, mereka belajar untuk ubati hati yang sedih, mereka belajar untuk lebih bersensitiviti dan banyaklah...

Semoga anak2 mama membesar dengan penuh rasa kasih-sayang, moga ikatan tautan kasih sesama adik-beradik tu sentiasa kuat dan padu...

3 comments:

Ina said...

thanks fith for sharing. boleh praktik bila ihsan dah ada adik nanti :)

kew_chop said...

musim2 panas sekarang ni selalu kat umah ni budak kecik 2 org ni hanbunko eskrem batang 100yen 10 btg tu. 2 hari dah abes satu packet depa 2 org makan. haru sungguh.. nak kena sorok.
sejuk jek hati bile anak2 main elok2 n bergurau senda kan. tapi kang bila gaduh pun ada part2 yg terasa nak gelak tgk keletah derang.. hihi..

Fith said...

Ina,
haha no prob;)nanti bleh guna untuk ihsan dan adik2,perhaps...

Murni,
betul2,kdg2 tergelak tgk dia gaduh.skrg si adik dah pandai tunjuk marahnya pd reaksi muka,lawak gila tgk muka dia,mcm2 budak2 ni kan...
sedaplah tu makan aiskrim kan,sib baik mau hanbunko,klau dak,lg cepat laa hbs aiskrim tu kan...