Monday, August 30, 2010

Lagi juadah berbuka

Untuk juadah berbuka jumaat lepas, try buat nasi carrot. Resepi ambil dari fp my sil-kaklong, sila refer resepinya di sini. Sebenarnya taktau pun nasi ni match dengan lauk apa, tapi kalau tengok kat fp kaklong tu ala2 macam nasi ayam laa, ada sup, ada ayam panggang, ada sambal cuka dan ada salad2. Dengan itu saya sesuka hati bantai buat lauk-pauk untuk nasi ayam, senang cerita, hehe. Sedap jugak nasi ni, sebabnya kalau nasi ayam tu kita just masak guna air rebusan ayam/sup saja kan, tapi nasi carrot ni ada letak rempah kurma, hasilnya lagi sedap laa...



Selain tu, pagi jumaat ada jugak buat vanila cake with banana mousse dan kuih cara manis. Malangnya mousse kali ni tak berapa nak menjadi lah pulak, aiseh. Buat 5bekas, bagi jiran2 dan kohai2(=juniors). Ternyata kek vanila tak serasi dengan mousse, kena buat kek pisang baru mantap. Mousse tu pulak mentang2 ada banyak gelatin kat rumah, ter-buh banyak dari biasa, haha, dah rupa lepat pisang dah, wakakaka. Next time jangan buat loqlaq lagi naa, rasa nak luku kepala sendiri...



Kuih cara manis ni pun kurang menjadi, hadoiii laa, menyampah betul bila buat benda yang dah selalu buat tapi tetiba boleh tak jadi pulak. Walaupun tak jadi tapi Rafiqh makan banyak jugak, memang favourite dia pun, dok panas2 lagi dah minta nak makan. Raziqh pun pulun sama, at last masa berbuka puasa, dua2 tak makan nasi dah, kenyang sangatlah gamaknya tu...



Sabtu pulak buat projek kuih raya dan murtabak segera. Murtabak ni tengok kat blog Dayot, terus datang ilham nak buat. Sebelum2 ni pernah dah jumpa resepi ni kat myR tapi sebab susah nak jumpa kulit popia halal kat Jepun ni, so tak terbuat2 laa. Tapi kan hari tu dah beli kulit spring roll berlambak2, hah apalagi, la-la tu jugak keluarkan bahan2. Simple ja nak buat dan yang paling penting sedap! Resepi asal ni dari Minami131 @ Ecah kat myResepi, thanks!



Ni projek biskut raya no. 4, samperit. Samperit adalah kuih raya wajib bagi I, my favourite! Tahun ni cuba resepi baru, ambil kat myR, nanti I letak dalam next entry ya resepinya. Kalau tengok kat web tu katanya 1 adunan boleh hasilkan 200biji so I pun buat laa 1/2 adunan saja. Bila dah siap, alamak tak dapat 100biji pun, dan paling utama tak penuh 1 balang pun. Tu tak masuk yang budak2 ni dok angkut makan lagi tu, malamnya lepas buka puasa mak depa pulak bedal, tengok2 tinggal 2baris ja lagi, hahaha, jadinya pagi semalam buat lagi setengah adunan. Dapat laa penuhkan sebalang tu, ada baki sikit2 lagi boleh laa bagi depa ni makan. Resepi yang dok guna tahun lepas dan 2tahun lepas tu gebu amat, sampai susah nak angkat dari dulang untuk susun dalam bekas, mudah hancur. Kali ni gebu jugak tapi tak segebu yang lepas, but still not bad laa untuk simpan resepi ni untuk next time...

4 comments:

naz said...

Bile la naz nak jd rajin cam fith ni..semangat betul masak n buat biskut. Tgk gmbr pun nmpk cam best jek.

Fith said...

naz,
time cuti2 buat laa,weekdays tak sempat laa kot kan,hehe...gambar je nampak best,rasa belum tau lagi,haha

Ina said...

adoi sedap2nya foods. xpe2 tggu balik mesia makan. nk buat sndiri malas hihi. cantik kuih raya fith buat. thn dpn leh la amik order kuih raya plak hihi :D

Fith said...

ina,
haha bestnya nak blk msia,boleh makan mcm2 kan...
amik order,errr tak pass lagi kot,tak pandai sgt laa nak buat lawa,hehe