Tuesday, August 3, 2010

Takeshi-kun's 1st birthday party!

Alhamdulillah, selesai sudah lagi 1 birthday party. Bak kata kohaitachi(=juniors), "nanti kalau kakFith ada 12anak lahir setiap bulan, 12kali laa buat jamuan setahun", uhuk2 tersedak aih, pengsan laa kalau nak atur setiap bulan, eh lagipun 12orang itu adalah mustahil, harap maklum!

Kali ni kami buat simple saja, jemputan tetamu lebih kurang 35orang, buat masa lunch time. Menu utamanya ialah laksa penang, menu sampingannya cucur jagung cicah kuah kacang, deserts ada puding cocktail berkuah, agar2 4warna, cupcakes dan muffins. Minuman pulak air teh bunga kekwa, air sarsi dan air2 botol. Selain tu, tetamu2 datang bawa macam2, ada kek, ada puding, ada buah tembikai, ada aiskrim, aiseh buat susah2 saja, kami panggil mai makan, tapi siap membawa hidangan...

Disebabkan majlis ni simple, makanya preparation-nya jugak taklah mengambil masa yang lama. Hari khamis siang ikan, sabtu tu paginya macam biasa memasak untuk jualan, petangnya baru mula buat coffee choco cupcakes, double choco cupcakes, banana+walnut+choco chips muffins, puding berkuah dan agar2. Malamnya lepas bebudak ni tidur, mama menghias cupcakes...

Hari ahad awal2 lagi dah bangun untuk rebus telur dan rebus ikan dan masak kuah laksa, dah settle masak baru bancuh tepung nak buat cucur jagung. Cucur2 ni kalau belah utara makan dengan kuah kacang, taktau laa negeri lain macammana kan, tapi I sediakan jugak sos thai untuk sesiapa yang nak makan dengan sos tapi terkejut laa jugak bila tengok sos tak terusik langsung, semua tetamu dok pakat pulun makan dengan kuah kacang, walaupun ramai jugaklah yang tanya kuah kacang ni makan dengan apa?! hahaha...

Kohai2 onna(=girls) ramai yang datang awal membantu, arigatou minna! Kerja2 memotong, mengupas telur, menggoreng cucur, buat air dan sebagainya diserahkan bulat2 kat depa. Lega sangat bila banyak tangan yang sudi nak tolong, memang agak kelam-kabut jugaklah kan kalau semua nak settle sendiri. Elok2 pukul 1 semua kerja dah beres, kohai otoko(=boys) pulak datang bawakan kipas, tolong tiup belon dan menghias. Alhamdulillah, mujur sangatlah semalam angin sangat kuat. Kami buka kipas, buka sliding door dan tingkap2 luas2, angin masuk menyejukkan rumah. Ya laa kan, dekat 40orang dalam rumah kecik ni, kalau takdak pengudaraan mau pengsan semua. Dah lama sebenarnya tak buat jamuan time natsu(=summer), risau jugak takut tetamu panas tak selesa, hopefully hari tu semua ok laa...

MyLove ada jemput kawan2 lama zaman dia gakusei(=student) dulu2 jugak. 3orang nihongjin(=japanese) yang dok cakap depa teringin nak makan laksa. Sibuk jugaklah nak melayan tetamu, kohai2 ni tak risau sangat, sebab memang dah biasa so depa pun tak segan kot nak layan diri. Lebih kurang pukul 3lebih semua selesai, makanan pun tak banyak berbaki tapi paksa jugak sapa2 yang nak, sila2 tapau. At last, semua licin, alhamdulillah. Memang masak banyak niat nak kenduri, nak jamu makan kenyang2 dan kalau lebih boleh tapau bawa balik. Dok ulang kata kat depa, selagi tak kenyang jangan balik ok. Sampai semua dok kata kenyang sangat dah ni, tak boleh isi dah ni, haa baru laa kami tuan rumah ni puas hati!

Elok tetamu balik, tak banyak dah kerja2 nak di-settle-kan. Penat memanglah penat tapi enjoy sangat bila boleh buat jamuan ni. Rafiqh dan Raziqh pun seronok laa ramai tukang layan. Hadiah? Ayah dan mama punya KIV dulu, belum tau nak bagi apa lagi. Raziqh dapat banyak baju dari pakcik2 makcik2, ada toys jugak, seliper pun dapat, comel! Arigatou ne! Orang yang paling gembira tengok hadiah of course lah Rafiqh kan, haha, adik tak faham apa2 lagi so dia heran tak heran ja laa. Tapi Rafiqh kemain lain dok sebut "eh cantik, cantik!"...

Gambar2 sekitar birthday party nanti I upload dalam entry akan datang yer...

5 comments:

Ina said...

salute la kt fith bab memasak byk2 ni. kalau cukup peralatan segala n yg plg penting dh biasa mesti cekap punyer. kalau kiter la harus longgar lutut nk siapkan 3 4 jns desserts je pun hihi. kena tggu blk mesia la kot dapur bsr sket n yg plg pnting periuk belanga cukup sedozen br boleh blaja msk byk2. kt rmh ni periuk belanga sumer serba satu pastu kecik2 hihi.

alaaa kuciwa xde gmbr hihi :P

aisha said...

betui2 salute kt fith..ape2 pun alhamdulila semua ye berjalan lancar..alahaii maner gmbarr ye :p

Fith said...

Ina,
masak byk tu boleh,sedap tak sedap tu taktau laa kan,haha...
betul2,kena ada peralatan yg besar2 n byk dan space yg luas utk kerja2 mcm ni.fith pun byk pinjam periuk2 n talam2 dari persatuan,sendiri punya mmg tak cukuplah.
takpe ina,tunggu blk msia boleh kenduri selalu,hehe

Aisha,
uish nak salute tang mana tu?hehe
alhamdulillah semua ok,lega laa kan...gambar nanti ya,try upload dah tp ada prob plak,lmbt sgt...

norlin said...

betul betul..noli pun tumpang kagum..nak masak byk byk dgn anak lagi....ish macammana...kena usha betul betul ni cara pengurusan dapur fith ...boleh tiru planning macammana...hihi

Fith said...

norlin,
adehhhh,hahaha.
alah,mcm noli masak utk biz jugak,sama je,hehe