Tuesday, August 31, 2010

Cara orang malas buat biskut raya...

Ramai yang kata buat biskut ni renyah dan susah, beli lagi senang, pilih2 mana berkenan, tunjuk-dapat-bayar, habis cerita. Eh tak salah pun kalau nak beli, tu rezeki penjual biskut laa kan, kalau biskut tu sedap, mahai pun takpa, kita puas hati. Tapi yang spoil-nya selalu sangat yang dibeli tu tak sedap tara mana, mahai toksah cerita laa kan, rasanya tiap2 tahun kot harga naik. Seronoknya bila buat sendiri ni ialah kita akan puas hati, dapat jugak berjimat, tambah2 bagi orang yang suka makan biskut dan orang yang sekali beli tu berbalang2...

Kalau buat biskut kat rumah mak, sekali buat memang kena buat banyak adunan, ramai sangat nak diagih, cara adun biskut pun no short cut hokey, mak sangat teliti orangnya, so kalau buat apa2 semua kena betul2 ikut resepi satu persatu. Sedikit leceh di situ, hahaha... Tapi dah sekarang ni dok buat biskut kat rumah sendiri, ikut dan ja laa buat, sapa nak kesah kan?! Bukan ada orang nak mai check pun, orang mai makan ada laa, keh3. Kalau orang tengok I buat biskut, mesti orang kata, laa senang rupanya nak buat, semua mai lempaq ja, haa tau takpa!

Orang selalu puji kata I ni rajin, aminnn, puji laa puji laa, moga puji2an tu jadi doa, moga Allah makbulkan. Nak habaq mai, sebetulnya tak rajin mana pun, suka2 ja buat biskut ni untuk hilangkan bosan, lepas tu suka jugak tengok biskut tersusun dalam balang2, comel2 ja. Eh panjang sungguh mukaddimah... So hari ni mai nak bagi tips sikit macammana cara orang malas yang teringin nak makan biskut raya ni buat biskut...

Tips no. 1, I paling malas ayak tepung. Meja makan kat dapur tu keciknya alahai, dah semua tok-nek buh atas tu, penimbang laa dulang laa tepung laa mentega laa bla3 memang tak muat aih nak bentang surat khabar dan ayak2, jadinya I letak semua bahan yang nak diayak tu dalam beg plastik, tutup hujungnya bagi kembung macam belon, lepas tu goncang saja, hah settle!

Tips no. 2, bab goreng2 tanpa minyak, contoh macam nak goreng badam ka, bijan ka, kacang tanah ka hapa2lah, aiseh take time ni, kena goreng tak boleh stop langsung, kena sentiasa goreng2 bagi sekata masak, malas punya pasal, tabur ja dalam tray, buh dalam microwave dan reheat, taraaa siap!

Tips no. 3, segala mak-neka punya bahan2 tu even cara2nya kata kena kacau rata pakai sudip ka hapa ka, I bantai ja pakai mixer. Dari awai sampai selesai adun semuanya pakai mixer, lepas tu kepal2 laa adunan tu pakai sudip atau tangan. Kalau pakai mixer ni, selalunya tak sampai 10minit dah siap adun bahan dah...

Tips no. 4, untuk kebanyakan resepi biskut, kaedah canai-terap adalah sangat mudah dan cepat. Nak canai bagi lawa pun senang saja, lapik dok atas bawah dengan plastik supermarket yang bersih(gunting tepi2 tu), canai dan terap, memang sat ja dah beres...

Okes, tu saja.
Sekarang ni makin tambah2 suka buat biskut raya sebab ada 2orang tukang makan yang setia. Suka laa tengok 2R pulun makan, baki2 biskut lebihan tak muat balang tu memang licin on the spot laa. Si Rafiqh tu hari tu makan samperit sampai tersedak2, kan samperit tu gebu, bila makan laju sangat akan lekat2 kat tekak, mama pun kata "hish makan slow2, kan dah tersedak", tau apa dia jawab?! "Ermmm sedap sangat!", tuh dia, kembang mamanya youuuu...

Jom2, jom godek biskut lagi...

4 comments:

Ina said...

hihi lawak tang part goncang2 tepung dlm plastik tu. boleh ye buat mcm tu. ingatkan kene gak ayak sbb nk pastikan tepung dia halus bercampur dgn udara? tp kalau kek xleh kot ek sbb takut kek xkembang plak kot? hihi ntahla main agak je ni. bagus2 boleh guna tips fith ni nnt2 :D

Fith said...

ina,
haa kalau kek mungkin tak boleh,tapi muffins boleh!
buat biskut ni simple dari kek kan,setakat ni tak pernah lg laa buat biskut tak jadi,hentam2 pun insyaALlah boleh jadi,lg senang dari kek,hihi.nanti2 boleh try ye ina...

mysara said...

wahh, bagusnyer rafiqh siap puji mak dia..makin laju la mak dia cari idea nk memasak...rayyan skg pon dah pandai makan biskut2 yg mai buat..kalau beli langsung xpandang..alhamdulillah

Fith said...

my,
biasanya air tangan ibu ni selalu dpt tempat di hati anak2,even tak sedap tara mana pun,diorg mesti suka kalau kita yg masak kan.rafiqh ni semua benda pun sedap,ekspresi tu over je lbh.
haa rayyan hints suruh buat selalu2 laa tu,hehe...