Thursday, August 5, 2010

Ahlan wasahlan wa marhaban ya Ramadhan!!!

Rindunya pada ramadhan insyaAllah terubat lagi, kurang seminggu ja lagi kita akan melangkah ke bulan ramadhan. Bagi yang duk di negara2 islam, pasti dah terasa aura2nya kan, bagi yang tercampak ceruk negara2 kafir ni, insyaAllah sinar islam tu tak pernah padam pun, tetaplah jugak rasa kemeriahannya...

Seperti selalunya, sebelum ramadhan tiba, banyak persiapan nak kena buat. Amboi2, kot kalau sebut persiapan jangan dok ingat nak raya ja eh, bukan kuih-baju-perabot-duit raya saja nak kena fikir yer, hihi...

Salah satu persiapan ramadhan bagi kami ialah kena buat gotong-royong clear-kan rumah. Ya2, tak tunggu spring atau raya baru nak bersihkan rumah, sebelum ramadhan pun mesti buat. Alhamdulillah settle dah part ni. 2kali weekends kami punya dok pulun mengemas, menyental, mengelebek, mengelas dan segala macam me- lagi, akhirnya rumah dah terasa lapang. Kali ni myLove yang banyak bereskan kerja2 pembersihan, suka sangat cara kerja dia sebenarnya, once dah pegang kerja dia buat sungguh2 sampai dia puas hati. Kalau I ni, more to ala-kadar-asal-siap-sudah, muehehehe...

Persiapan kedua ialah stok makanan terutamanya kurma. Rumah ni memang hampir setiap bulan beli sekotak kurma, tapi bila ramadhan menjelang kurma diperlukan hampir 2kotak untuk seminggu. MyLove jenis yang banyak makan kurma waktu berbuka dan sahur, I pulak dulu2 kurang jugak makan kurma ni sebab tak tahan manis, tapi sejak pregnant dan nak2 sekarang menyusu, kurma dah jadi makanan wajib dah, tambah2 bila puasa kena makan lebih dari 10biji sehari. Yang ni pun done, dah stok kan kurma banyak2 dah...

Seterusnya persiapan mental, haha, more to azam lah! Kena buat perancangan sasaran ibadah untuk ramadhan kali ni. Ada orang kata takat merancang ja nak buat hapa, uish tak baik cakap lagu tu, Allah tu Maha Pengasih kan, Dia kira woo pahala niat. Niat nak buat baik pun dia bagi pahala, takmau ka?! Soal buat ka tak buat, tolak tepi laa, kita usaha laa kan. Tahun lepas berpantang dalam bulan ramadhan, 1st week tu burn tak puasa, lepas dah boleh puasa tetap tak berpeluang terawih setiap malam, tadarus pun sekali harung saja. Tahun ni? Moga2 dapatlah berterawih dan bertadarus dengan konsistennya...

Moga2 Allah beri kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk kita sama2 mengharungi ibadah puasa tahun ini. Moga amalan kita tahun ni lebih baik dari sebelum2nya, moga Allah terima amal ibadah kita sebaiknya... Kawan2, selamat berpuasa! (haa tuh dia, awai gila ucap, keh3)

9 comments:

mysara said...

selamat menyambut ramadhan..mai pon excited jugak nih..raya ber-4 pulak!

Fith said...

mai,
excited raya ek?hehe,slmt menyambut ramadhan!!!

Heartilyina said...

slamat berpuasa fith! moga tahun ni kiter leh manfaatkan lebih baik dr tahun2 sblm nya. kiter tahun lps serius lgsg xamik port pasal ramadhan sbb kelam kelibut dgn bb. maklum la 1st time jaga anak haha. fith sebut pasal persiapan kiter lak cuak sbb mcm dh xsempat sgt nk pulun kemas itu ini. dh last2 minute br teringat hoho. yelah sibuk pk pulun nk berjln b4 poser mana tak nyer hihi

Fith said...

ina,
selamat berpuasa!
thn ni mesti best kan dpt puasa dgn ihsan.dok fikir2 boleh ka kitorg ni mkn berhidang kat bawah,haha,dgn raziqh yg tak reti duk diam ni.kena train ni,rindu nak berbuka mkn berhidang,hihi...
oh takyah cuak2,sempat lg ni.rumah ina sure tak mcm rumah fith yg errr fhm2 je laa,keh3

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

selamat bpuase kak fith :D! smoga tahun ni lebih baik dr tahun sblmnyeee :D!

Fith said...

faeeza,
slmt berpuasa dear!insyaAllah hrpnya begitulah kan?

kew_chop said...

sukakan kalo en suami buat keje, mesti wat keje sungguh2 n lagi kemas dari kita. kalo mak budak ni selalu jek buat2 tak nampak, hihi.. selamat berpuasa fith n family..

aisha said...

selamat menyambut ramadhan fith..hai tak masuk blog fith ni shr 2, dah byk entry terlepas..hihi..ni kami bru clear sikit, weekend sambung lg dgn bantuan en suami, ni kes mak buyung tk larat nak buat sorg2..hhihi

Fith said...

murni,
betul2,tp klau time dia free je laa,mcm skrg ni tak byk projek so weekends dia rajin ler,hehe.klau tak,fith buat sorg2 gak laa,tp mmg yg mana tak leh buat tu buat2 tak nampak je,hahaha..
slmt berpuasa murni!

Aisha,
takper2,jgn paksa diri,paksa suami takpa,haha...
time rajin update byk laa,time malas n takde idea,tak update laa,hehe.
slmt menyambut ramadhan!