Wednesday, August 25, 2010

Oyasumi~~~


Baju tidur yang Rafiqh dan Raziqh pakai ni adalah hadiah dari Tokma depa, masa mak bagi ni Raziqh lahir pun belum, hihi. Sebenarnya ni hadiah birthday Syafiy(anak abanglong+kaklong) tapi macam biasalah dah kalau sorang dapat, sure kena belikan untuk semua cucu2nya kan. Lepas lebih setahun mama simpan, baru semalam Raziqh rasmikan, thank you tokma!

Suka sangat tengok dia pakai baju tu, sooo cute, siap dengan jalan kedek2. Rafiqh pun tak habis2 dok sebut adik kawaiii, comel, hohoho...

Cerita pasal tidur ni, awal2 ramadhan hari tu depa buat susah nak tidur awal malam2, kadang2 tu pukul 10 baru lelap, perghhh penat berkepung. Duk rumah apato kat Jepun ni bukan boleh buat bising selepas pukul 9, ada satgi polis mai ketuk pintu rumah pulak kan. Eh tapi bebudak ni tak laa bising sampai tahap polis boleh mai, cumanya kadang2 depa berlari, main baling2 barang, panjat2 meja, hunggaq2 itu ini, adeehhh bising jugak tu. That's why kami prefer depa tidur awai, lapang sikit otak ni. Tidur awal jugak bagus untuk perkembangan minda anak2 kan?! Terfikir jugak macammana laa mak2 lain handle anak2 yang takmau tidur awal ni, tapi kat Malaysia no hal kot ek, bukan ada sapa kesah pun kan. Errr tapi tak penat ka, kalau I selagi anak2 tak tidur, selagi tu tak boleh nak consider yang kerja2 I dah selesai...

Mujur jugak tak lama buat perangai takmau tidur awal tu, sekarang dah back to normal. Pukul 7 buka puasa, pukul 7.30 dah get ready minum susu-berus gigi-salin diaper-salin baju, pukul 8 dah masuk bilik untuk tidur. Setakat ni sahur pun depa jarang terjaga sama, tadi pagi ja entah apa mimpi dua2 bangun, Rafiqh minum segelas susu tapi Raziqh balun makan nasi jugak, macam orang nak puasa aih. Tunggu ayah mama selesai sahur baru depa masuk tidur balik, ish3 lepas2 ni toksah bangun dah hokey...

4 comments:

Ina said...

cantiklaa baju tdo 2r ni :D haa sahur ramai2 la meriah mama hihi. amboi raziqh siap makan nasi ek. berseleea je dia bagusbetul hihi :D

Fith said...

ina,
adehhh sahur ramai2 meriah ye?hahaha.tak romantik laa,time tu je bleh berdua2an,haha.
dia semua balun,hbs semua benda org makan dia nak makan jugak...

zura said...

amboi adik oii.., siap makan nasi lagi dia eh..? ehehehhe.. comel laa budak berdua nie..!

Fith said...

Zura,
tu laa,berselera pulak nak mkn pagi2 buta tu,hehe.anak2 zura pun comel2 jugak kan...