Wednesday, August 11, 2010

Jom pi taki lagi

Baru ja 4hari tak berkesempatan 'pegang' laptop, rasa macam dah laamaa sangat dah tinggalkan blog ni, agaknya ni lah sindrom pem-blogger tegar kot ek, sungguh rindu nak update cerita, rindu nak jenguk blog kawan2 jugak, hehe.

Hajatnya nak terus update cerita jalan2 selama Elah ada kat sini tapi nampak gayanya kena hold on dulu laa memandangkan gambar2 banyak ada kat dia, nak minta belas ehsan Elah sumbangkan gambar2 tempoh hari. As usual, with this 2boys to take care of, I tak cukup tanganlah nak snap sana sini, huhu...

Entry hari ni jom layan cerita jalan2 rewang girls day out semalam. Elah dan suaminya bertolak balik awal pagi semalam, sekitar pukul 7.30pagi. Night before kohai girls sms ajak ke taki(=waterfall), I dah tidur dah time tu, penat sangat berjalan pukul 9 dah pengsan, tersedar pukul 11lebih perasan ada sms, baca dan reply, masih berbelah-bagi sebenarnya samada nak join atau tak, sebab penat beberapa hari dok asyik berjalan masih berbaki, cadangnya sehari sebelum ramadhan nak rehat2 kat rumah sajalah. Tapi bila fikir2 balik bila lagi nak pi taki kan, yang ni last lah for this year, sebelum tidur tu cakap kat myLove diorang ni ajak pi taki dan dia pun bagi greenlight, so decided to go...

Bangun awal pagi semalam untuk siapkan bento(=lunch pack) myLove, buat breakfast dan goreng mee untuk bekal Elah. Lepas Elah bertolak balik, I siapkan semua kerja2 rumah dulu, sempatlah kemas rumah, sidai baju dan lipat kain baju berlunggok2. Tapi tak sempat nak masak apa2 sebagai bekal, bawa baki mee goreng tu saja...

Janjinya pukul 9 nak pergi tapi loleh2 dekat2 pukul 10 baru bertolak. Dah nak bertolak tu baru tau yang the girls tu semua taktau jalan nak pi taki, hahaha, haru sungguh! Dah siap tanya the boys dah tapi depa tu pun tak ingat, last time pi depa belasah jalan, try and error. I memanglah dah banyak kali pi tapi sebab bukan sendiri yang drive tak ingatlah sangat jalannya. No choice, tawakal je laa belasah ikut sedap rasa. Alhamdulillah nasib baiklah tak sesat timur barat, cun smooth je kami sampai kat situ pukul 11lebih. Cari port, buka bekal2 dan 'charge tenaga' sebelum mandi-manda. Best sangat semalam sebab tak ramai orang, selesa nak berhuha-huha. Rafiqh dan Raziqh yang sebelum ni takmau mandi tu pun boleh enjoy habis, Raziqh lah paling sporting, letak duk atas batu, sikit2 dia turun sampai ke tengah sungai, hamboi2 over ek, sampai terketar2 menahan sejuk. Rafiqh macam biasa laa, nak main air dan pasir tapi penggeli, dok geli rimas dengan pasir2 lekat kat tangan dan kaki. Apapun, dia tak spoil-kan mood semua orang semalam sebab dia still boleh join main, mama pun tumpang berendam separuh badan...

port berkelah...

sedang 'menurun' ker tu dik? hahaha...

budak2 dah habis mandi, tengah tunggu makcik2 yang tak puas2 mandi lagi...

Rafiqh dah ready nak balik...

Tak lama pun 2R mandi, sejam lebih je kot, bila dah habis kecut2 jari tangan dan kaki, I bawa both naik untuk tukar baju dan makan2. Mujur dah singgah kombini(=convenience store) siap2 on the way datang tu untuk beli air cocoa, biskut2 dan onigiri untuk lunch, taklah kebulur budak 2orang ni. Lebih kurang pukul 2 kami bertolak balik, singgah solat kat rumah kohai 1nen(=junior 1st year) sebelum drive balik Ube...

Sampai Ube pukul 4 tapi tak terus balik rumah pun, ke Fuji Grand dulu makan soft-cream, beli barang2 sikit dan takoyaki, kemudiannya baru balik. Raziqh penat sangat mandi sampai tertidur dalam kereta, dah sampai rumah pun still tidur, naik rumah letak dalam buaian dan dia tidur straight hingga pukul 8.30malam, haa tuh dia. Malam semalam penat sangat agaknya 2R ni tidur tak bangun2, dengan mama pun pengsan, sedar2 bunyi alarm bangun sahur je. Hari ni 1st day ramadhan, hari untuk rehat2 dan kemas rumah, alhamdulillah hari ni pun tak panas sangat, redup saja, sejuk mendamaikan, permulaan yang baik untuk ramadhan tahun ini insyaAllah...

5 comments:

Heartilyina said...

sempat lagi ek g taki hihi. tp tula kami pn sempat g 2 kali je. dok plan nk g lagi tp nmpknya mmg xsempat dah la. by d time hbs raya agaknya dh start sejuk blk kot masa tu. wah bkn main lg si raziqh. tu menyelam ke tu? tp xtenggelam pun hihi :D

Fith said...

ina,
haa tuh laa kan,sempat lg tu pi taki.nak tunggu pas raya,sejuk dah la kot kan.raziqh plg over,seronok sgt dpt main air n pasir.batu2 semua nak masuk mulut...

Anonymous said...

Nice dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you on your information.

mysara said...

wahh..nk gi taki gak! pernah bawa rayyan 2kali je gi taki.tp taki kat msia ni, byk yg dah xcantek sbb tak terjaga..gi kampung2 sket baru best. selamat berpuasa fith! apa juadah berbuka arini?

Fith said...

my,
taki kat msia kena pilih2,hehe.
slmt berpuasa my!juadah berbuka tak kettei lg,tgh fikir2 lg,tp mmg tahap masak koboi je,simple hbs,hehe