Bought this mini swimming pool as birthday present for Raziqh, kalau untuk Raziqh maknanya untuk Rafiqh lah jugak kan, hihi. At first perasaan nak beli dengan tak beli tu sama banyak je sebenarnya, almaklumlah rumah kami ni kan sekangkang kera dan duk atas 'awangan', takdak tanah nak letak menatang ni. Nak letak dalam toilet tak boleh, dah toilet pun kecik cinonet, nak letak kat dapur pun tak boleh jugak sebab dapur tu dilapik karpet, nak letak kat beranda tak muat la pulak, haishhh...
Fikir punya fikir, timbang punya timbang, ukur punya ukur, at last beli ja lah, sebabnya sekarang kan tengah natsu(=summer), panasnya tak payah habaq laa kan, bebudak 2orang ni setiap hari saja ja cari peluang nak masuk toilet main air, ada ja helah depa nak pelepas diri masuk toilet main air. Mandi sehari at least 3kali, pagi tengahari dan petang tu depa bantai main air lebih 30minit satu sesi, buka air shower tu mencurah2, bawa masuk segala mak neka perkakas dan toys, angkut habis periuk belanga tupperware mak depa, hamboi2 sakan noo berpesta huhahuha. Mama sampai dah tak larat nak paksa keluar. Tu tak masuk bil air dan bil gas lagi tu, jenuh laa ayah depa nak bayar. Memikirkan hal ni laa yang menjadikan sebab utama mini pool ni terpaksa dibeli...
tak nampak air pun kan, hahaha punya laa cangkat...
Kemudiannya sebab sekarang kan bulan puasa, mama awal2 lagi dah cakap, mama takkan bawa 2R keluar jalan2 kerap macam sebelum ni dah. Fikir2 balik kesian laa pulak kat depa, kalau asyik dok terperap dalam rumah mesti banyak aktiviti tak berfaedah depa buat nanti ie memunggah. Risau jugak depa tensyen atau bosan, nanti mula laa nak meragam. Faktor ni jugak menyumbang kepada terbelinya kolam ni, oh banyak jugak sebabnya ya, hihi...
Jadinya sekarang ni setiap petang dekat sejam laa depa berendam. Kadang2 tu lebih dari sejam dok main air. Beli saiz paling kecik lebarnya 86cm saja, tu pun tak muat beranda tapi boleh laa adjust bagi jadi bentuk bujur sikit, ngam2 je laa. Syok jugaklah sejak ada kolam ni, mama boleh memasak juadah berbuka dan buat kerja dengan aman damai. Buh dua2 dalam kolam tu, then buka sliding door, mama buat kerja kat dapur sambil jeling2 depa kat luar...
Orang paling seronok ada kolam ni mestilah Raziqh, adehhh pantang laa sliding door dapur tu terbuka, sedar2 dia dah terjun masuk kolam tu dah. Nak sidai kain pun susah, kena buka-tutup-buka-tutup pintu tu, setakat ni dia belum pandai tolak-tarik lagi kira ok laa, tapi si Rafiqh ni haa yang gatai tolong bukakan untuk adik, dia yang nak main tapi takut kena marah so pandai laa cari helah supaya adik yang main dulu, dia tumpang ja, macam2 bebudak ni...
ni lah budak yang macam tak reti2 nak puas mandi...
2 comments:
bestnya! ihsan bli saje tp xbukak pn lagi. nk main kt luar kotor kan pastu nk mengemas satu hal. kalau berlantai mcm rumah kt mesia tu tinggal je kt luar. ihsan main dlm bath tub tu jela dlu hihi. aah xnmpk pn air nyer fith. mama isi la byk2 sket raziqh nk berenang ni! hihi :D
Ina,
klau ada space lg best main kolam ni.sib baik beli yg kecik je,klau besar,adehhh penat gak nak kemas ni,hehe.dlm bath tub pun best gak kan,tp kena pantau dekat laa kan,risau jugak nak tinggal.
air tu dlm 5cm je ina,haha,malas nak buh byk2 susah nak buang blk,hihi
Post a Comment