Friday, August 27, 2010

Mamai ka?!

Hahaha taktau macammana boleh tersalah taip, awai2 pagi lagi dah hadap laptop update blog, otak ni blur agaknya sampai boleh confuse antara nisfu syaaban dengan nuzul Qur'an, dah terang2 la ni ramadhan, boleh lagi nak salah tu, hadoiii loqlaq sungguh, malu2! Nasib baik ada viewers yang sudi tegur, tu pun dah tengahari laa, my sis-alang siap pm kat ym tanya "angah mamai ka?", hahaha...

Dah 17 hari kita berpuasa, kurang separuh bulan saja lagi kita dah nak beraya. Baju2 raya anak2 tak alter habis lagi, mood nak menjahit tu kureng sikit kebelakangan ni. Nak menjahit rasanya malam laa paling sesuai tapi malam2 lepas terawih dah masuk tidur, in fact masa tidurkan budak2 ni pukul 8 tu dah tertidur dah pun, mengantuk sungguh2. Siang2 memang tak sempat laa nak sentuh mesin jahit, buat itu buat ini tengok2 dah masuk asar, dah nak kena bersilat kat dapur pulak kan...

Rumah ni lagu raya pun tak pasang lagi. Dekat2 nak raya nanti baru pasang biasanya, takdak 'rasa' apa dah pun kalau dengar lagu raya, sayu sikit2 saja, naik mangli dah raya kat perantauan, hehe...

Dah lebih separuh bulan berpuasa ni alhamdulillah badan pun dah adjust dan sesuaikan sepenuhnya dengan musim panas sekarang. Dah tak sepenat awal2 puasa dulu, tapi yang pasti lepas buka puasa hingga sahur mesti minum bergelen2 air, dahaga sangat2. Rupa2nya tak laa teruk sangat pun nak puasa dalam musim panas, boleh ja, hari tu risau2 jugak takut tak mampu bertahan tapi sekarang rasa ok dah, alhamdulillah. Susu badan pun still ok, dok top up Raziqh minum air masak, yogurt dan jus, so kadang2 bila dia lama tak nyusu boleh laa rasa engorge. Setakat puasa ni berat pun dah turun 3kg, kalau tak sakan buat kuih tiap2 hari rasanya boleh turun banyak lagi tu, tapi apakan daya tangan ni gatai sangat nak kelebek kuih, dah kelebek2 sendiri kena makan ler. Tapi pun, dok pikiaq2 kalau tak buat kuih, takat harap makan nasi ja laa, memanglah tak cukup sebabnya makan nasi pun sikit bebenor, tang mana nak datang zat2 nutrisi2 tu kan?! Bantai ja laa makan sesedap mulut, tak turun takpa jangan pi naik sudah, hihi...

Sekian, bebelan sementara tunggu masa berbuka. Selamat berbuka kawan2!

2 comments:

Ina said...

hihi biasa la tu kdg2 kepala pk lain tp mulut or tgn sebut lain. kiter pn slalu mcm tu tp kalau bab berckp la. seb baik hubby mmg dh phm bini dia ni. tp kalau dgn kwn2 depan jd confused gak la hihi

Fith said...

Ina,
aah betul2,nak ckp benda lain terckp yg lain.termalu kejap smlm,haha...