Saturday, August 14, 2010

4 ramadhan

Hari ni dah pun hari ke-4 kita berpuasa. Sayangnya cuma sempat puasa sehari saja, baru start enjin nak memecut tiba2 kena brek mengejut, adehhh tsk tsk, terkilanlah jugak tapi takpa, think positive, pasti ada hikmahnya Allah bagi cuti awai2 ni kan?!

2hari sebelum hadirnya ramadhan cuaca kat sini sangatlah best - mendung, redup dan hujan yang turun membasahi bumi cukup mendamaikan setelah berminggu2 panas membahang. Allah hantarkan taifu(=taufan) memanglah tidak sia2 kan, mujur jugak tak betul2 lalu kawasan penempatan kami ni, cuma tempiasnya tu saja yang sampai, oh cukuplah dengan hanya tempias itu sahaja, hehe. 2hari awal ramadhan pun cuaca masih suam2 kuku, hujan renyai2 masih turun, sejuk dan dingin, syukur alhamdulillah, sememangnya permulaan yang sangat baik buat ramadhan tahun ni. Tapi sejak semalam cuaca dah pun kembali kepada natsu(=summer) yang hakiki, uhhh panas! Orang yang tak puasa ni pun asyik berangin ja melayan kerenah 2budak kecik ni, nanti dah puasa perghhh, harapnya mampulah menahan amarah, harapnya mampulah banyak2 bersabar. Mungkin tengah mood swing agaknya, mudah betul nak naik hangin, kesian anak2 mama especially Rafiqh, gomen ne(=sori ek). Tapi syukur jugak kali ni period pain tak seteruk yang sebelum2 ni, alhamdulillah dah kurang banyak dah ni, memang tak sakit langsung dah, part ni palinglah bersyukur teramat sangat! Harapnya cepat2 laa habis, selalunya 5hari ja, jangan laa lajak lama2, tak sabaq aih nak merasa ambil keberkatan ramadhan...

Projek untuk ramadhan kali ni selain nak baiki amal ibadah, kononnya nak menjahit, nak kemaskini 'kedai' dan nak start new business tapi hagham satu pun tak jalan lagi. Kain dah potong tapi belum 'buka' mesin jahit lagi, panas2 ni mood nak menjahit tu kureng laa sikit. Benda yang nak dijahit tu tak banyak sangat pun, sebab kain tersangatlah limited, entah bila nak pi beli pun taktau lagi. Yang 'kedai' ni tak risau sangat, biasanya bila dah mula sentuh sekali harung ja boleh settle, takpa, yang ni slowly sebab stok baru pun belum sampai lagi. Business baru masih under learning process, haihhh bila nak pandai pun taktau laa...

Juadah berbuka semalam ialah nasi ayam dan air teh limau. Rafiqh ni hantu nasi ayam, orang baru berhidang dia gelut dah nak makan, kebuloq sangat kot sampai tambah 2kali, rasa2 petang tu dia dan si adik dah bantai biskut satu tupperware dah, tapi makan kalah orang puasa 2beradik ni, lajuuu ja menjamu selera, hikhik..

Ish3, tak senonoh betul adik duduk makan, dah tu habis bersepah2 atas lantai...

Dah lama kami tak makan berhidang kat bawah sebenarnya. Sejak Raziqh lahir selalunya makan taruh2 atas pinggan siap2, lepas tu bersila depan tv, senang. Tapi sempena ramadhan ni buat balik laa hidang2 ni, seronok makan berhidang kan, walaupun jenuh jugaklah nak berkepung budak ni habis semua pinggan dia nak cedok, tak cukup pinggan sendiri, pinggan2 lain pun nak tolong gagau sama, adehhh penat nak bertepis. Rafiqh dulu umur 10bulan pandai dah behave depan foods, Raziqh ni mungkin sebab tak biasa dia tak berapa reti lagi, tapi takpa kot, insyaAllah tak lama lagi behave laa ni, hehe...

2 comments:

Ina said...

ohho dh cuti ke fith. kiter ni nnt xtau la bape hari plak. rasa mcm baru je ganti puasa melambak2 nnt nk kena ganti plak lagi. tapi sebab dok bf ihsan ni slalu jugak period lewat 1 week or 2 weeks. kalau dia lewat lg kali ni best la ada chance puasa penuh hihi. sedap nya nasi ayam. mmgu dpn ni buat nasi ayam gak la. sng n cepat. lgpn xlarat nk pk apa nk masak hoho

Fith said...

ina,
itu lah,awal plak dtg,adehhh,hehe.
klau tak dtg syok laa ina,boleh straight puasa kan,doa2 laa mg lewat,hihi...
haa betul2,jenuh nak fikir stp hari kan,pasni bleh buat nasi minyak plak kot,teringin plak...