Thursday, July 12, 2012
29 tahun sudahhh
Hari ni genaplah usia mama 3R 29tahun, alhamdulillah ala kulli hal...
Siangnya macam biasalah, sibuk dengan rutin harian, hal anak2, bisnes dan rumahtangga. Petangnya myLove balik awal dari kerja, malamnya dia bawa pergi makan kat satu restoran yang sangat best, romantik gitu. Kami ni jarang makan kat luar, memang banyak masak sendiri, cuma bila ada hari2 special je akan keluar ke tempat2 istimewa untuk raikannya...
Pada usia sekarang ni, walaupun pencapaian diri terasa hanya biasa2 saja, tapi sungguh hati ni rasa bersyukur. Hidup ni terasa indah dan bahagia, ada keluarga besar yang harmoni, ada suami dan anak2 yang mendamaikan, ada kawan2 yang baik, Allah melengkapkan kehidupan ini dengan limpahan kasih dan sayang, alhamdulillah...
Cerita pasal hadiah pulak...
Bila anak2 makin besar, mereka makin bijak menghargi dan mempamerkan penghargaan. Part ni yang seronok sangat. Rafiqh dan Raziqh ni setiap hari kena request minta di-kiss baru depa mai kiss. Tapi pagi tadi tak semena-mena Raziqh datang dan kiss mama sambil peluk kuat2, wahhhh kandou yo! Terharu sungguh2! Bila Rafiqh tengok Raziqh hugs and kiss, dia pun terus datang tanpa disuruh, haiyaaaa mama rasa macam nak nangis. Thanks darlings, mama love u so so so much!
Raisha pulak, si kenit ni biasanya dia tidur awal setiap malam tapi malam tadi dia buat hal taknak tidur. Sampai pukul 1 lebih dia terkebil2 dan berborak ketawa sorang2, geramlah jugak tapi nak buat macammana kan, dah dia takmau tidur, biaq je laa. Akibatnya mama mamai sikit laa seharian ni. Bila fikir2 tu terhibur jugak hati ni, seolah2 dia nak jadi 1st person yang wish birthday kat mamanya, hihi, hokey, mama perasan...
Wednesday, June 27, 2012
Mendidik sunnah!
Aktiviti wajib 3R setiap minggu sekarang ni adalah pergi swimming. Budak2 kan, mana ada yang tak suka air, nampak ja air terus over-excited...
Al-kisahnya kami ni tinggal kat seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota, kat sini ada Club House yang menyediakan pelbagai kemudahan riadah, salah satunya adalah kolam renang. So apalagi kan, benda dah ada, guna je laa. Hajat hati nak jadi member club tapi malangnya keahlian hanya untuk mereka yang tinggal di banglo saja, kami yang duk teres ni boleh guna dengan charge bayaran RM5 setiap kali guna bagi kanak2 3tahun ke atas. Bermakna setiap minggu mama bayar RM5 saja laa, sebab Raziqh dan Raisha still free...
Tapi tu lah kan, kalau pi sorang2 bawa 3R memang bosan tahap gaban laa, kalau ada geng syok laa sikit boleh sembang, hihi. Tu yang rajin dok ajak my sis-alang atau Kak Wan(my senior zaman sekolah Naim dulu yang kebetulan tinggal dekat sini) bawa anak pi swimming. Haa sapa lagi nak join? Jom2!
Tengok dalam both pictures tu, nampak tak budak kecik montel tu? Haa tu lah my new baby(alang's son) Suhayb Al-Faqeeh namanya, masa dia lahir lupa nak upload gambarnya kat sini. Dah 6bulan dah sekarang...
InsyaAllah bila 2R dah besar sikit, nak enroll depa masuk swimming class, nakkk sangat anak2 ni pandai berenang, mempelajari salah satu sunnah Rasulullah...
Raisha @ 9months cute!
My little princess has turned 9months already, how time flies, rasa tak sempat nak catch up with the updates of her milestone, huhu. Soo sorry baby, balik Malaysia buat mama busy with soo many things, lack of pictures, lack of videos and lack of blogging, haiyaaa...
Oh btw happy 9months darling!
1. Raisha dah ada gigi, yeay! Kalau si onichan-tachi dulu umur 6bulan dah tumbuh gigi, tapi Raisha ni buat mama tunggu2, eh awat takdak gigi lagi, sampai laa awal bulan hari tu dia demam teruk, elok kebah ja demam, tengok2 dah ada 2 batang gigi yang kicik cumel di bawah. Alolololo demam nak tumbuh gigi rupanya, hehe macam2 lah! So now, she tends to bite mama whenever she has chances, luckily masa breastfeed dia tak gigit, kalau dak, mau trauma mama ni, hahaha. Dia akan gigit masa main dengan dia atau time dia saja2 boring, tiba2 ngap ja, menjerit laa mama kan, gigi memang ler halus kecik lagi tapi tajamnya humak aihhh, seriau! Kehairanan mama berganda dua apabila dia tak gigit 2R pun, depa siap sua tangan masuk mulut dia pun dia tak gigit, ish, sama macam Raziqh dulu, tak pernah gigit si Rafiqh, tau gigit mama ja, kesiannnn mama...
2. Raisha ni pun agak meramah dan galak orangnya, dia suka kids especially those at her brothers age. Kalau bawa pi school 2R, kemain gelak menjerit2 tengok ramai budak2. Mulut tu makin riuh, Raziqh kata Raisha dah pandai cakap, ahaaa toksah dok bohong laa kan! Takat reti sebut few words saja, macam mama, kiss dan bye2...
3. Start makan sollid food ketika berusia 7bulan lebih. Bagi makan cepat sebab dia dah mengamuk2 nak makan bila tengok orang lain makan. Akibat amukannya, mama selalu jadi mangsa, tak boleh makan dengan aman, lepas tu siap kena makan sambil berdiri, hadoiii. Kalau kat rumah I boleh tahan lagi tau, tapi kalau kat restoran dia bantai melalak gitu wohohoho memang stress, end up sumbat mulut dia, haaa puas hati dia. Sekarang dia makan 3 kali sehari, breakfast-lunch-dinner. Makan tak beriya mana pun, reaction tu yang over, huh!
4. Seminggu ni nampak mula bergaya macam nak merangkak. Dah angkat punggung dan steady tangan menahan badan, cuma takat tu ja laa, tak bergerak ke depan mahupun ke belakang. Kalau dah start merangkak nanti, kena pi beli gate laa jawabnya, tangga tu dia dok aim lama dah, hihi...
Banyak lagi nak update ni tapi tak cukup masa, nak pi jumpa customers pulak. Nanti sambung yer...
Monday, June 18, 2012
Happy father's day!
HAPPY FATHER'S DAY!!!
Semalam bawa 3R ke Dominos Pizza, al-kisahnya 2R dah lama requested nak makan pizza. Kalau ikutkan hati ni memang malas nak layan, sebabnya kadang2 depa ni tau minta ja tapi bukan sungguh2 nak pun, cakap ikut sedap mulut saja. Lagipun few weeks ago masa balik Ipoh dah beli dah pizza untuk birthday tok abah, depa bolayan pun, tak sentuh langsung! Tup2 balik sini dok sebut2 nak makan pizza pulak. Memandangkan semalam adalah hari istimewa dan kami pun tak ada plan nak celebrate macammana, so mama ajak ayah keluar makan pizza lah. Happy laa bebudak tu kan...
Surprisingly banyak pulak depa makan, apparently they really enjoyed pizza kaya, sedap agaknya pizza yang manis ada topping banana, sebiji tu habis kat depa berdua, lepas tu makan chicken dan pizza lain jugak, perghhh baru puas hati mama haa!
Hadiah?! Hadiah dah bagi in advance a month ago...
Happy father's day sweetheart! 3Rs and me love you so so much!
Friday, June 15, 2012
Sakura Boutique
Jemput jengah fb untuk lihat koleksi2 lainnya ya...
Kenapa menyepi?!
Beberapa minggu kebelakangan ni mama 3R agak kesibukan dengan kerja2 menguruskan butik online-nya. Aah kawan2, I buka balik dah Sakura Boutique tu, now starting with facebook version dulu, maybe in future kalau menang tangan boleh buka blog/web and who knows boleh buka the real boutique pulak kan kan?! Wish me luck guys!
Hari tu masa kat Nihong yer2 je cakap kononnya nak bersara dari dunia butik2 ni hingga sampai seru, bunyi macam nak tunggu 10tahun je tapi tup2 baru 3bulan duk Malaysia ni dah buka balik. Memang ternyata cintaku pada dunia fesyen ni sangat mendalam kan, walaupun belum ada rezeki nak buka butik betul2 tu tapi tetap yakin yang langkah kecil2 ni insyaAllah akan membawa impak yang besar pada masa akan datang, ecewahhh...
So guys, sekarang seleksi tudung2 ekspres dah masuk kedai, I pilih hanya yang berkualiti baik sahaja! Hijab2 yang dijual kat kedai I tu kainnya elok2,awningnya pun sangat cantik terletak dan labuhnya menutupi dada, sangatlah sesuai untuk muslimah yang menjaga penampilan dan aurat. Walaupun harga mungkin mahal sikit tapi tetap berbaloi2!
Jom jengah Sakura Boutique, feel free to LIKE my page! Thanks in advance!
http://www.facebook.com/SakuraBoutiqueShoppe
Tuesday, May 29, 2012
Mei yang lemau
Bermula dengan bulan ni, myLove dah mula keluar kerja outstation. Syiok laa dia rata berjalan tengok negara orang. Rezeki laa tu kan, moga makin menyerlah dalam membina kerjaya, mana tau tak lama lagi dapat promotion naik pangkat, perghhh. Makanya sekarang ni I dah mula membiasakan diri untuk selalu ditinggal2kan sendirian dengan 3R. Alhamdulillah rasanya dah semakin boleh menyesuaikan diri dah, takdak dah rasa takut2 macam 1st time kena tinggal hari tu, sampai tidur pun tak lena, hihi, penakut sungguh!
3R macam biasa saja, nanti laa update latest story tentang depa in next entry...
Tinggal 2hari saja lagi dah nak habis bulan 5, sekejap ja dah nak masuk setengah tahun. Sekarang dah rejab, lepas tu syaaban, kiranya tak lama dah laa nak menjemput ramadhan, seronok rasa insyaAllah tahun ni berpuasa di Malaysia bersama keluarga...
Oklah, sat lagi nak sambung update entry yang tertangguh... Daa~~~
Wednesday, May 9, 2012
Menabunglah kawan2!
2R suka menabung!
Ah ok, pernyataan itu propa semata, the truth is depa suka lipat duit kecik2 lepas tu pulun sumbat masuk dalam tabung, hah tu yang sebenar2nya, hehe...
Sebelum2 ni depa cuma menabung dari duit yang mama bagi setiap hari, tapi kebelakangan ni depa dah up grade aktiviti depa menjadi "mari mencari duit dan buh dalam tabung", tau pulak isi duit ja, kalau isi sekali kertas2 uihhhh cepat sungguh laa tabung tu penuh, kekeke. Tapi pun, habisss licin duit dalam purse mama depa korek, baguih dok ada, tabung tu pulak jenis tak boleh buka, haaa double bagus kan?!
Tengahari tadi balik dari sekolah depa, mama ni kelam-kelibut sediakan lunch bla3 terlupalah nak angkat beg letak atas, sedar2 ja tengok depa dok pekheja dah purse mama, elok laa sangat, baru ja tadi pi keluarkan duit, la ni dah nala, yillek!
Dan petang tadi, depa dah bosan lepas habis buat homework, depa ajak keluar pi kedai. Amboi2 banyak cantik,buat2 lupa pulak, baru ja tadi hangpa dah perabih duit mama, lepas tu ada hati nak ajak pi kedai lagi...
"Duit takdak dah laa, tunggu ayah balik, ajak ayah lah!" mama dah bengang...
Rafiqh: Alah, mama boleh pi ambik duit kat tempat isi minyak tu (read: ATM petronas)
Mama: Hamboiii ingat petronas tu ayah punya ka?!
Raziqh: Eh, bukan eh?!
Hahaha, boleh pulak dia jawab macam tu, haku sekeh jugak budak kecik ni sat lagi...
Monday, May 7, 2012
Cik kak bermata boolat!
Saja ja nak letak latest picture of Raisha. 2minggu kebelakangan ni dah makin mahir mengunjur, bertambah laa kerja mama nak kena monitor dia selalu2. Dan bertambah tak senang mama nak guna laptop sebab dia mesti datang kacau, adehhh...
Ni gambar semalam, Rafiqh beriya minta pakaikan adiknya tudung sebab dia nak snap picture. Tapi semua gambar2 dia tu mama enterframe, tak boleh nak post di fb, last2 minta si ayah tolong pegangkan, mama snap gambar. Comel sungguh anak solehah ayah dan mama ni berhijab, hihi...
Friday, May 4, 2012
Ittekimasu~~~
Wahhh seminggu ni langsung tak sempat nak update blog, busy lah sangat kan?!
No, not too busy actually, cumanya cause this is the 2nd week 2R ke school, so all of us tengah berusaha adjust timing for our new daily schedule, itu saja...
All in all, so far so good, alhamdulillah both 2R give a very good feedback and cooperate well with momma, thanks boys! *muahxxx*
Rabu minggu lepas was the 1st day pergi school, memang both nangis bila mama tinggal. 2nd and 3rd day Rafiqh sorang je yang nangis while Raziqh maintain cool, haha. That was their 1st week at school, ada drama sikit, I dah boleh agak semua tu akan berlaku, all I can do is berlapang hati and think positive. Untuk 1st 3days tu I tunggu almost 1 hour++, lepak kat sekolah tu untuk observe the environment and help them to mix with others. As of the 1st step, I have to introduce them to their new teachers, new school and new friends, lepas nampak depa dah leka, mama cabut, hihi. Teacher depa bagitau yang depa nangis tak lama pun, after few minutes terus ok balik...
Ada setengah budak, depa boleh terima suasana baru tu dengan cepat, especially for those yang mak2 bekerja, sebab depa sejak kecil dah terbiasa ditinggalkan. Tapi ada setengah budak, they need some time to build trust with others, nak2 kalau depa ni jenis yang tak pernah berenggang dari mak sejak kecik lagi kan. Kita as mother janganlah culture shock terlebih pulak kan, tetiba nak down dan stress sebab anak takmau pi sekolah, haha, sabaq2! Anak2 ni hati mereka terikat dengan hati kita, kalau kita positif pada sesuatu, automatically depa akan response ke arah yang positif jugak. So 1st of all, build a good relationship with their teachers and their friends, insyaAllah semuanya akan ok nanti!
So minggu ni no more drama, mama hantar sampai depan gate saja, salam2-kiss2-hugs-bye2, mama dah boleh balik dengan happy. Cumanya hampir setiap hari selepas ambil depa dari school kena bawa pi singgah kedai sat, bagi upah sebab depa behave kat school. Hopefully I tak spoil them dengan upah2 ni, rasanya nextweek dah boleh stop kot, takut jadi habit pulak kan. Since now nampak depa dah enjoy, so the next step is to give them rewards, dah lama depa minta baju cars, boleh laa kot belikan sekarang...
Nak hantar pi school tu dah tak jadi masalah tapi 1 je masalah yang tinggal sekarang iaitu nak letak si Raziqh tu dalam kelas dia, hehe. Kat sekolah depa ni ada 3 kelas - kelas untuk kanak2 3 & 4 y/o, kelas untuk 5 y/o dan kelas 6 y/o. Kelas 3 & 4 y/o tu students tak sampai 10orang pun, comel2 semuanya. Lastweek Raziqh memang langsung takmau masuk kelas tu, mungkin sebab kelas tu kecik atau mungkin sebab suasana pembelajaran yang dia still tak boleh nak terima, so teacher letak dia dalam kelas budak 5 y/o, sekali dengan Rafiqh. Menurut teacher depa ni, duluuuu untuk kelas budak2 kecik tu sistemnya more to playschool tapi mak bapak komplen anak2 depa tak pandai lah pulak, so sekarang teacher kena laa pulun mengajar, menjadikan suasana kelas tu tertumpu pada pembelajaran. Raziqh baru 2tahun 9bulan, I tak expect dia untuk pandai membaca sekarang. Hantar dia pergi school, tujuannya untuk dia belajar berkomunikasi, berdisiplin, enjoy berkawan sambil belajar sikit2. Cause all this while, before pergi school lagi dia dah kenal huruf and even boleh tulis A and etc lagi, without sesiapa ajar. So I tak ada intention nak push dia, in fact Rafiqh pun tak. Biar depa belajar slowly and steady, cause I'm so sure bila tiba waktunya depa akan mahir jugak nanti. Atas sebab tu bila discuss dengan teacher depa, I minta supaya bagi Raziqh masa untuk dia sendiri willingly masuk kelas dia, as long as dia tak ganggu kelas 5 y/o tu. Teacher kata dia ok, tak ganggu orang dan yang paling penting sekarang dah boleh diajak duduk dan fokus buat kerja. Maybe in another 2weeks dah boleh letak dalam kelas dia insyaAllah...
Lastweek, masa lunch I sembang2 dengan 2R, tanya tentang school depa. Rafiqh bagitau yang Raziqh tu sibuk je duk dalam kelas Rafiqh, tak reti2 nak masuk kelas sendiri, haha(dia rimas sebab Raziqh dapat tumpuan). So I pun tanya laa Raziqh, kenapa takmau masuk kelas Raziqh? Ni jawapan dia : "Sebab Raziqh hebat lah! Raziqh hebat tau boleh duk dalam kelas onichan", haha dia merasakan dirinya hebat boleh masuk kelas budak2 besaq, and guess what, their teacher told me that he's the one who control the class, terus berlagak macam ketua kelas hokey! Oh No! Sabaq je laa budak kecik ni, anak sapa taktau, hakhakhak...
Friday, April 27, 2012
Cerita minggu ini...
Tuesday, April 24, 2012
Pening2 lalat...
Alkisahnya selasa minggu lepas, cik kak Raisha ni dengan lemah-lembutnya menepis spek mata mama, entah macammana boleh pulak patah skru spek tu, wassalammm lah jawabnya. Nasib baik ada spare lagi spek lama so just guna je la yang lama tu sementara tunggu nak pi kedai spek untuk baiki. Tapi, spek lama tu memang hat zaman tok tonggek punya lama, buat masa masih bergelar student di tahun ke-2, perghhh ada kot 8tahun dah, hahaha. Walaupun dah lama sangat tapi masih baik lagi keadaannya, disebabkan ianya frameless I pakai time keluar2 jalan saja. Cumanya sekarang bila pakai 24/7 ni mungkin sebab tak cukup power kot, tu yang dok rasa pening2. Ermmm mungkin spek lah puncanya kot. Minggu ni kena curi masa jugak2, nak kena pi kedai spek ni...
Weekends minggu lepas, kami balik Ipoh. Seronok laa dapat balik kampung kan, tapi badan pulak spoil tak sihat. Jumaat lepas tak semena2 boleh pulak demam. Anak2 masa tu masih ok, so depa meligat as usual while mama ni dah terbaring kelesuan. Tapi dek kerana semangat happy nak balik kampung tu, pulun jugak laa vacuum dan mop lantai tingkat atas dan bawah. Kemas2 rumah dan petangnya buat nasi goreng. Malam tu lepas maghrib bertolak balik Ipoh. Sampai sana pukul 10lebih, Raziqh pulak demam. Raziqh ni kalau demam pun macam tak demam, melompat sakan jugak, selalunya I just bagi paracetamol dan monitor suhu badannya saja, on-off turun-naik, biasanya selepas 24hours dia akan ok. Sabtu tu dia dah kembali sihat, alhamdulillah...
Selesai si Raziqh, giliran Raisha pulak. Badan start panas malam ahad tu. Ni 1st time dia demam, merengek2 je la. Pagi semalam bangun dari tidur suhu badan dah normal, tapi sebab dia ada kahak I bawa jugak dia ke klinik. Doktor kata dia ok, cuma kena monitor kahak tu saja, tengoklah sehari dua lagi kena pergi check lagi...
Sekarang ni rasa lega sikit sebab kereta dah ada. Masing2 dah ada kereta sendiri so senang nak manage kerja. I pun dah tak payah tunggu myLove kalau ada urusan atau apa2 hal, boleh buat sendiri dah. Kalau nak harapkan dia je, memang bertangguh2 semuanya, asyik sibuk memanjang. Hohoho sekarang kena prektis drive balik, after almost 7months tak drive. Drive kat Malaysia dengan kat Nihong memang 180 darjah berbeza, apatah lagi kalau drive sendirian dengan 3budak ni pulak, hihi kelakar! Nanti2 laa kita sambung cerita pasal driving ni, need tips from other mommies too!
Wednesday, April 18, 2012
Rutin harian...
Dia requested untuk I tulis tentang rutin harian di rumah bersama anak2, nak suruh I story-mory-glory macammana I buat kerja kat rumah sambil menguruskan 3 kanak2 ribena masam ni, hehe...
Waduh2, segan aih nak cerita, tak laa terurus sempurna sentiasa, ada masanya tu tunggang-langgang lintang-pukang jugak kami ni anak-beranak. Tambah2 lagi masa awal2 pindah balik sini, memang rasa janggal dan tak menang tangan dibuatnya, tapi alhamdulillah, setelah lebih sebulan membina hidup di rumah baru ni, I dah boleh 'bergerak' dalam pace yang semakin teratur. Untuk entry kali ni, meh nak cerita tentang life kami yang semasa lah yer, since that 2R tu belum pi sekolah lagi(huhu), kehidupan seharian berlegar dengan urusan dalam rumah sahaja...
Bangun pagi pukul 5.45, terus mandi dan ready untuk solat subuh. Selalunya by this time si Raisha dah bangun dah, lepas solat terus bawa Raisha turun ke dapur untuk buat breakfast, mood dia pagi2 ni baik aje, so boleh laa letak kejap dalam walker sementara mama pi-mai-pi-mai buat kerja, dalam 20minit gitu breakfast pun ready. Simple je makan pagi kami, sediakan telur setengah masak, roti dan air. Sekarang ni myLove dah tak bawa bento(=bekal) dah, ofis dia ada buffet lunch setiap hari, leeegaaa aih, haha, kalau dak, harus laa kena bangun pukul 5 masak nasi. Sementara tunggu myLove bersiap, on tv al-hijrah dulu tengok ustaz Don, hihi. Lepas tu breakfast sama2, pukul 7.20 myLove pi kerja, I naik atas untuk kemas bilik dan mandikan anak2. Settle semua kerja kat atas, turun ke dapur on-kan washing machine dan layan anak2 breakfast pulak...
Lepas breakfast, time anak2 tengok tv, on tv9 ajak depa tengok rancangan 'adik & al-quran' dan 'belajar bahasa arab', sambil2 tu depa main laa, apa lagi kan kerja depa?! Mama pulak sambil2 tengok tv tu boleh laa on komputer buat kerja, nyusu dan tidurkan Raisha. Dalam pukul 10 lebih time for snack, bagi depa makan buah atau biskut atau apa2 yang ringan. Settle je sidai baju, Raisha pun bangun, masa untuk mengemas rumah. 2R akan dikerah untuk simpan toys, time mood baik depa willingly bangun simpan tanpa perlukan suara pekikan mama dan kekerasan, keh3, time mood tak baik, faham2 sendiri laa mama terpaksa mengganas, kah3. Kenapa simpan toys? Sebab mama kena vacuum rumah dan mop lantai, 2 acara wajib tiap2 hari kena buat! Hadoiii laa, penat weiii rumah sekangkang kera ni pun haku dah penat! Nak kata perfectionist sangat pun tak jugak, cincai-bocai type of person saja sebenarnya tapi tak tahan betul tengok rumah bersepah dan ada habuk/sampah. Mau takmau, larat tak larat mesti vacuum dan mop jugak. Siap kerja tu barulah boleh sediakan lunch pulak, pukul 12++ makan sama2, menu sangatlah ringkas, spagetti/makaroni/nasi/bihun/mee bla3...
Siap lunch, bawa 3R naik atas, mandikan depa dan salin2 apa yang patut, bagi depa layan ipad sekejap sementara mama performs solat. Dalam pukul 2 gitu get them ready for evening nap. Off tv, off laptop, off semuanya dan golek2 sampai depa semua tertidur. Next, mama punya me-time, bukan untuk rehat2 yer tapi untuk bekerja dengan aman...
Biasanya pukul 5 depa akan bangun, siapkan minum petang pulak, sambil2 tengok depa makan, pungpang2 mama masak untuk dinner, sambil2 tu jugak mama kutip kain baju kat luar. Habis kerja tu boleh la duk sat tengok tv sambil tangan melipat baju. Kalau cuaca elok, bagi depa keluar main lari2 kat luar sekejap. Dekat2 pukul 7 mandikan anak2 dan mama pun boleh mandi, itupun kalau mood cik kak kecik ni baik, hehe...
Ayah depa balik kerja pukul 7lebih biasanya. Selepas selesai solat maghrib kami akan dinner sama2, ni la masa yang sangat ditunggu2, after 1 tiring and busy day, bila dapat duduk 5orang bercerita-bersembang-buat lawak-bergaduh, ish seronok lah! Walaupun berkecah dapur bising melayan depa ni, tapi I sebenarnya happy. Pernah terbaca somewhere mengatakan time makan bersama ni laa masanya untuk kita mengenali personaliti anak2, so time makan2 ni kita kena beri tumpuan pada anak2, layan depa makan, dengar depa bercakap walaupun banyaknya merepek saja, takpa, layannn, jangan dok asyik sibuk dengan handphone lah, facebook lah, laptop lah, tv lah. Habis je kemas dapur, masa untuk melayan tv sambil sambung buat kerja lagi. Pukul 10 sediakan anak2 untuk tidur. Lepas depa tidur, kalau larat, mama sambung buat kerja lagi, kalau dak, wassalam ler jawabnya...
Setakat 2R tak sekolah lagi ni, beginilah rutin harian kami. Nanti depa dah pi sekolah, for sure makin sibuklah mama...
Penat jugak sebenarnya walaupun cuma bertitle surirumah. Apatah lagi bagi yang bekerja di rumah kan?! Being a mother is all about multitasking and time-management. Kalau tak betul2 beri komitmen pada rumahtangga dan kerja kita, memang haru-biru laa jawabnya, both are important, 1 side is our priority of life and another 1 is minat atau sumber income. Manusia ni hidup untuk memenuhi kehendak dan keperluan, kedua2nya sama penting untuk keharmonian fizikal, mental dan rohani, so kena laa pandai2 balance-kan, kalau tak dapat nak balance, redhakan je laa, di situ pasti besar ganjaran pahalanya...
Personally pada pandangan I, dalam mengurus anak2 ni yang paling utama ialah kita kena set timing untuk mereka, sejak kecik lagi kena train supaya depa faham adanya disiplin masa dalam rumah. Supaya mudah bagi kita mengurus masa. Kena paksa anak2 untuk ikut schedule kita, bukan kita meleweh2 ikut timing depa. Sebabnya kalau anak sorang takpa laa, kalau mai 3-4orang, pengsan woo nak ikut cakap depa ja, hiks. Tapi kalau kadang2 tu kena ikut timing depa tu takpa laa, sekali-sekala kan, bertolak-ansur lah...
Tu saja kot nak cerita...
Monday, April 16, 2012
Raisha @ 7months!
MasyaAllah, dah 7bulan dah si kecik ni. Kecik molek ja anak dara kami ni, bila dukung dia rasa macam pegang budak 4bulan, tapi lenguh jugak tangan ni, sebab dia tak reti langsung duk diam, adehhh nampak dah tu 'bakat' nak jadi aktif macam onichan-tachi dia tu, hehe...
Raisha sekarang has becomes extremely clingy, phewww. Kalau before ni still boleh tolerate lagi dengan part clingy ni tapi sekarang hadoiiilaa memang dah lebih2 dah, kalau kena time mood tak baik tu huihhh jangan laa pi letak, dia akan up volume melalak dia, bingit telinga mama ni tau. Teringat time dengan Rafiqh dulu, sama jugak macam ni, semua nak dengan mama je, tapi takpa laa, dulu dia sorang ja nak dilayan, ulit pi mai pi mai pun takdak benda nak stress. Sekarang ni mana dengan 2 orang tu lagi, dengan bisnes lagi, dengan housechores lagi, gedebak-gedebuk hmmm sabaq je laa dik oii mama ni melayan, apatah lagi bila mengenangkan yang lambat lagi nak tambah baby, makanya tekunlah mama beri extra perhatian buat kamu yer...
Raisha dah pandai dah nak join Rafiqh dan Raziqh main sama2, especially bila depa main kereta, blocks atau masak2, comel sangat tengok dia join sekali. Tunggu besar sikit nanti boleh laa beli set masak2, beli mainan girlish pulak, ni asyik dok main mainan boys saja, tak syiok kan adik kan?!
Milestone paling besar untuk bulan ini ialah Raisha dah start makan! Kalau ikutkan mama, nak lambatkan lagi, sehingga 8 @ 9 bulan tapi apakan daya, dia nampak macam desperate sangat nak makan, so bagi je laa. Nak kata breastmilk tak banyak pun tak jugak, since I ambil milk booster ni memang terasa laa bezanya penghasilan susu tu tapi mungkin dah tak tahan kot tengok orang lain makan, dia pun mengamuk2 nak jugak. So far dah start dengan plain bubur dan puree, seems like she really enjoy the taste, good!
Happy 7months young dear, love you!
Tuesday, April 10, 2012
Raisha & car-seat
Raisha baru je belajar duduk dalam car-seat, sebelum2 ni pernah laa letak tapi kejap2 saja sebab masa tu kami tak install lagi car-seat yang proper untuk dia. Kat Malaysia ni kami cuma ada 2 car-seat, 1 tu junior seat(yang cuma ada tempat duduk, without tempat sandar tu), 1 lagi normal car-seat yang sesuai untuk newborn-toddler. Tapi both digunakan oleh Rafiqh dan Raziqh so Raisha tak ada laa. Bila barang2 dari Nihong dah selamat sampai barulah kami ada 4 car-seats. Car-seat yang sebelum ni Raziqh dok guna tu kami bagi pada Raisha, yang junior-seat dari Nihong bagi kat Raziqh. Bermakna sekarang, kami cuma install 1 car-seat dalam kereta, 2R cuma pakai seat kecik tu saja, nak jimat space punya pasal. Ya la kan, dah kalau semua nak install complete car-seat, jenuh arr, kena suruh ayah beli estima laa kot(haha alasan, padahal memang gedik dah nak beli estima ni)...
Seperti 2R masa baby dulu, Raisha pun pada awalnya refused untuk duduk dalam car-seat. Yer la kan, nampak mama duk sebelah/belakang, memang laa dia demand dipangku. Walaupun kesian tengok dia menangis tapi kena bertegas sikit demi kebaikan dia. So selama beberapa hari nak biasakan dia duduk dalam car-seat tu, biar je laa dia melalak. Selagi tak ada keperluan nak angkat, memang terpaksa pekakkan telinga je laa. Sambil2 tu cuba entertain dia dan distract perhatian dia kepada benda2 sekeliling. Car-seat Raisha ni tak ada handle atas yang boleh letak hanging toys, so terpaksa laa letak toys kat sebelah2 dia saja, pepandai sendiri laa ambil main...
Proses nak training duduk dalam car-seat ni tak ambil masa pun, alhamdulillah hanya selepas beberapa kali kena paksa duk dalam tu, akhirnya dia sendiri akan pasrah dan terbiasa. So sekarang dah tak ada problem untuk letak dia dalam car-seat. Disebabkan sekarang I belum drive lagi, so masuk je kereta terus breasfeed dia, bila dia dah kenyang dan lali2 tu bolehlah letak dan pasang buckle. Nanti bila dah drive sendiri, kena laa breastfeed siap2 before masuk kereta. Macam babies lain jugak, once dah kenyang dan selesa, tak sampai 5minit letak, dia dengan sendirinya akan terlelap...
Monday, April 9, 2012
Masalah...
Pada suatu petang yang hening, seperti biasa Rafiqh dan Raziqh bermain kereta. Taktau laa apa jenis permainan depa, yang pastinya Raziqh jadi tukang bawa kereta sementara Rafiqh berdiri jauh dihadapan sambil terjerit2 memberi arahan...
Rafiqh : Raziqh, jalan straight, lepas tu pusing kanan...
(Raziqh terpusing arah kiri)
Rafiqh : Onichan cakap pusing kanan lah!
(Raziqh pusing arah kanan)
Rafiqh : Laaa jalan straight laaa, lepas tu pusing kanan! *nada bengang*
(Raziqh jalan straight, then pusing kanan)
Rafiqh : Ish apa masa-alahnya ni? Pusing kanan laa, kaa-nan! Itu pun tak faham2 lagi ke? *penuh emosi kemarahan*
Raziqh : Onichan ni, masa-alah betul laaa. Masa-alah apanya lagi, kanan kanan kanan! Tak habis2 masa-alah!
Hahahaha, hambik hang! Berjujuk2 masa-alah yang keluaq!
Mama yang sejak tadi dok jadi penonton akhirnya terpaksa bersuara...
Mama : Haaa laaa, MASA-ALAHnya hangpa dua2 pun 2 x 5, tok guru dengan anak murid sama saja, dua2 tak kenai kiri dengan kanan. Boleh dak main tak payah guna kiri kanan kiri kanan, pening laa mama...
Raziqh : Itu lah! Apa yang susah sangat?! Masa-lah sungguh!!!
Eh2 budak kecik ni, tak habis2 lagi masa-alah dia...
LOL *gelak guling2 macam tenggiling*
Friday, April 6, 2012
I love u, Nihong!
2hari lepas, I was about to transfer money from my account in Japan to someone, cause nak beli new stocks SK-II dan lain2, so login as usual but suddenly kena masuk security page yang nak kena isi one-time password lah pulak. Ni kes lama sangat tak login lah ni, last time login adalah awal feb yang silam, adehhh. Sepatutnya ia bukanlah masalah besaq pun, one-time password tu depa akan hantar tru email, login email-dapat password-isi-settle! Tapi yang menjadikan benda kecik ni masalah yang SUPER besar itu adalah kerana I dah lupa email mana yang I guna masa buka akaun dulu, hahaha sungguh mengong! I sendiri pun taktau berapa banyak email yang I ada, memang banyak gila, so apalagi, pulun cheq, jangan tak pulun, kena laa pi login satu persatu tapi hampehhh tak jumpa pun, huhu. Penat dah pikiaq so my last solution adalah untuk call service counter bank tu yang berada nun jauh kat Nihong...
Masalah lagi, takkan nak call direct kan, paghok laa bil nanti, kena laa pakai credit skype so dengan penuh kesabaran I tunggu myLove balik kerja, nak pinjam kredit dia, cause unfortunately my skype account has no credit, haiyaaa! Lepas myLove balik I pun pinjam laa akaun dia, tapi malangnya kredit ada 100yen je, hahaha haru sungguh. Dail, berjaya disambungkan panggilan tapi sebab terlampau stress, panik dan serabut, I tak dapat nak faham apa mesin tu cakap, lepas 2 kali dail, I ended up putuskan call dan gave up! hahaha. Malas dah nak berpening2, baik haku tidoq, esok masih ada, duit dalam bank tu pun tak ke mana, eccehhh *macam juta2 je duit hang noo!*...
Next day ie semalam, cari info on how to buy skype credit from Malaysia. Macam2 cara dah cuba tapi semuanya gagal, cara paling mudah adalah dengan menggunakan kad kredit tapi kami memang tak apply lagi kad kredit. I ada paypal tapi baru je withdraw duit dalam tu, duit tarak, so ingatkan nak top-up laa tapi paypal ni pun satu hal jugak, cuma valid untuk RHB bank je, adehhh buntu! Try pakai debit card, problem jugak, hadoi2 laaa. Pi-mai-pi-mai semua tak jalan, last2 minta my kohai(=junior) kat Nihong nun tolong belikan kredit dari kombini(=convenience store). Cepat pulak tu dia pi beli, terus register masuk akaun dan taraaaa boleh guna la-la tu jugak, perghhh lega! Thank you Mas!
I pun terus call UFJ bank, ish berbelit2 lidah nak cakap nihonggo, baru beberapa bulan balik kan, nasib baik masih berjaya control kejanggalanku itu, yang paling penting staff tu faham, hihi. Tapi atas sebab2 security, dia tak boleh proceed bantu I on the spot. Dia cakap dia akan call balik esoknya, hadoiii...
Sorry to say, kalau kat Malaysia ni I dah banyak kali dah terkena, in fact memang sentiasa jadi pun, bila depa cakap they'll return our call, tak payah laa mimpi depa akan call. Ayat tu just nak sedapkan hati kita atau lebih tepat lagi adalah untuk 'lepaskan' diri depa dari handle kerja tu. Sejak balik Malaysia yang baru 2bulan ni, benda ni memang dah jadi common dengan I so bila orang UFJ tu kata nak return call on the next day tu, somehow I jadi was2 pulak, takut depa tak call. But since she can't do anything to help me, even though I dah try desak dan pujuk, so takpa lah, pasrah!
Pagi tadi, I dah almost terlupa dah pasal call tu, keitai(=handphone) tertinggal kat atas, masa dok entertained 2R having their breakfast tiba2 teringat, terus naik atas dan elok sampai depan keitai, it's ringing, kat skrin terpapar UNKNOWN, angkat dengan penuh keyakinan sebut "moshi2", hakhak, nasib baik betul, kalau dak, malu I!
Taktau macammana nak describe, I love Nihong so so much, simply just because of all these simple reasons! They always take serious with their job and never break their promise. Tapi kita bangsa melayu dan mengaku islam pulak tu, langsung selamba badak ja bila bercakap, takdak nak pikiaq 2kali especially bila berjanji. Senang ja, kalau rasa tak boleh nak buat, jangan bagi harapan kat orang. Sakit hati haku tak habis lagi dengan orang MITI, dengan orang projek perumahan, dengan orang awam, haishhh sabaq2...
Alhamdulillah settle dah problem, boleh dah akses akaun, lega sungguh!
Tu ja nak cerita, hehe. Yang sebenarnya, saya(tetiba pakai saya) kecewa dengan sikap orang kita, sungguh2 punya kecewa. Awat laa kita tak boleh bersikap telus dan ikhlas dalam bekerja?!
Dua?!
Selalunya depa bolayan ja, malas nak layan mak depa kot. Tapi semalam, tengah dok ulang-tayang dialog memuja adik Raisha, tiba2 Rafiqh menyampuk...
Rafiqh : alah takpa mama, nanti boleh pi ambik lagi baby kat hospital... (bagi dia, baby boleh dibeli di hospital)...
Mama : aah tapi lambat lagi laa nak pi ambik tu. Kena tunggu Raisha besaq sikit...
Rafiqh : takpa mama, nanti ambik 2 orang terus, sorang ayah pegang, sorang mama pegang, ada baby banyak2 besttt...
Mama : 2 baby tu kembar ka? haha, nanti mama tak larat jaga, Rafiqh tolong jaga ok?!
Rafiqh : alah, kan mama boleh dukung Raisha ngan Suhayb, mesti boleh punya!
Perghhh ayat, sangat positif! hahaha, tak tahannn...
Aminnn... Mana tau Allah nak bagi baby kembar pulak nanti kan?! Walaupun kurang yakin dengan diri sendiri tapi rezeki jangan ditolak, yer dak?!
*Suhayb is my sis's son, cousin 3R yang muda 3bulan dari Raisha. Selalu dia datang sini I akan riba both Raisha dan Suhayb, Rafiqh suka sangat tengok, maybe dari situ dia wish nak ada adik kembar kot, hehe...
Tiba2 cakap pasal baby, oh nope, I'm not pregnant of course! InsyaAllah bukan dalam masa terdekat ni, muehehehe...
Wednesday, April 4, 2012
IMFEEN 1st gathering 2012
Ahad yang lepas, kami tak ke mana2, kerana menunggu kehadiran tetamu2 istimewa. 5 of IMFEEN (Elah je tak dapat join sebab masih kat Nihong) berkumpul di rumah kami. Buat plan nak gathering ni secara tak sengaja, lebih kurang 2minggu lepas. Happy sangat dapat bertemu lagi, especially dengan Ida yang dah bertahun tak jumpa, rasanya last time jumpa Ida masa berpantangkan Rafiqh kot, means dah dekat 5tahun laa. Sekarang Ida pun dah kahwin and soon to be a mommy!
Untuk gathering kali ni kami pilih untuk buat pot luck style. Hajatnya nak jemput depa mai lunch tapi memandangkan momma 3R masih tak menang tangan nak sediakan foods so kami buat minum petang tapi sebab nak sembang lama, jemput mai awal, pukul 2! Momma 3R cuma masak mee goreng, makaroni tomato sauce(menu for kids) dan karipap saja. Thanks to Ida and Mai yang bawakan kek...
Puas laa boleh berborak lama, update latest info itu ini, suasana pun santai je sebab buat kat rumah sendiri, hihi. Kalau buat kat outdoor memang tak sempat nak sembang sangat, mata ni tak boleh lepas pandang dengan budak 2orang tu. Sebab tu I prefer kalau orang nak jumpa kami, meh laa datang rumah, senang!
Selain IMFEEN, petang tu kami juga didatangi oleh kohai(=junior) Yamadai Zambri dan kawannya. Lewat petang tu my sis-alang & family dan abah pun datang jugak. Seronok sangat setiap minggu ada tamu...
InsyaAllah end of this month Elah balik bercuti, boleh laa kita gathering lagi yer.
Friday, March 30, 2012
Berperang dengan botol susu...
Today 30/3, my baby Raziqh Takeshi turns 2years 8months handsome! Subhanallah...
He is now no longer on bottle-feeding, we've successfully switched him from bottle to cup in past 3 days ago, hooray!
I baru je mentioned about this in my previous entry kan, hihi. Surprisingly the wean-off process was super-duper easy, it took only 1 night for us to declare "the battle is over!" and everything was okey on the very next day. Phewww, ku sangkakan susah bebenor, penat je mak dia fikir macam2 cara untuk cuba stop-kan botol ni, tapi akhirnya semua berlaku dalam keadaan yang sangat natural. The whole process memanglah berbulan2, tapi part klimaks tu yang best, sat sangat, dalam hati ni dok risau meleret2 je, penat aih nak layan...
Rafiqh dulu berjaya di-wean off from bottle before he turned 2years, prosesnya senang sangat so I thought the same thing will happen to Raziqh. Tapi ternyata apa ku sangka hanyalah imaginasi minda semata, hahaha, susah weiii! Pendekatan awal yang digunakan ialah dengan memujuk, hadoiii puas berbulan2 memujuk tapi tak jalan jugak. Kalau tengok kat dalam 1 box dalam stor tu penuh dengan cups, macam2 jenis cup dok ada, beli punya beli punya beli, hangkut macam2 fesyen macam2 style, tapi semuanya dia reject, padahal dia sendiri yang pilih, bila sampai ja timing nak minum susu dia mesti nak botol dia jugak. I know why he loves his bottle that much, dia sebenarnya suka the fact dia boleh minum sambil baring2, bersenang-lenang sambil tengok tv, sambil main atau sambil nak tidur, tu je pun!
Bila tengok dia berkeras takmau berkompromi dengan mama, I dah mula fikir cara yang lebih "keras" untuk weaning. Starting with last few weeks, I dah tak bawa his bottle everytime we go out for outing. Sah2 la dia akan minta, asal naik kereta ja nak nyusu, tapi lama-kelamaan dia dah sedikit faham yang he's not allowed to have his bottle when we're out of the house. Then, last week beberapa kali I lumur garam kat puting susu dia, dengan harapan dia akan reject tapi takkkk, muka releks langsung tak peduli, dia boleh teguk tanpa sebarang reaksi, perghhh lidah buaya kot, takdak deria rasa! Ok mama give up,garam tak laku, so next mama letak asam jawa lah pulak, eh2 sama jugak, dia tengok macam kotor je, hitam kan, dia siap pi basuh dulu, ambil kain lap, lepas tu nyonyot, grrrr fail lagi! Dalam otak dok fikir kalau lepas ni puting tu bocor, I taknak ganti dah, nanti2 dia tak boleh nak hisap dah mesti dia surrender kan, tapi masalahnya dia dah lama tak gigit puting. Pening dah taktau nak pikiaq kot hala mana...
The best part is(hagham tak best langsung sebenarnya), lately dia suka sangat baling barang2, tak kira laa toys ka, buku ka, apa2 laa, sesuka hati dia ja main baling2. I memang pantang laa perangai baling2 barang ni, selalu jugak laa dia kena cubit dan marah tapi sekejap je serik, lepas tu buat balik. Budak2 kan, lagi kita marah lagi sakan dia buat perangai, bukan boleh larang, kita kena suruh tambah, haa baling2, baling lagi, baling laa lagi, hakhakhak. Sehinggalah pada suatu hari dia start baling botol susu dia, I dah boleh rasakan, that was a good chance, my maternal instinct keep telling me that we're about to settle the problem very soon. Kemain lagi dia dok pulun hawing sana-sini, siap naik atas tangga toing baling tingkat bawah, baling ke dinding, pung-pang-pung-pang sekuat hati dia sungguh2 punya baling sambil mulut mama ni tak habis2 dok sebut "botol tu last tau, kalau pecah, no more bottle, Raziqh kena minum susu dalam cup, haa baling la baling bagi pecah". Hish sabaq ja la, tapi takpa, mama suka, dalam hati ni gigih mama doa cepat2 laa pecah botol tu. Dan akhirnya pada petang selasa yang lepas, penutup botol tu pun retak, hahahaha *gelak setan* puas hati haku!
Dalam dah retak tu pun dia berkeras lagi nak minum susu dalam botol tu. Eh takpa, mama ikutkan saja. Mula2 tu ok lagi, boleh minum, habis sebotol dia back to routine baling2 lagi, kali ni baling punya baling, pranggg pecah terus! Eh2 request susu dalam botol lagi?! Ok fine, buatkan aje, kali ni minum memang wassalam laa kan, lencun baju dia basah sebab susu tumpah, hahaha muka kawan dah bengang dah. Time ni si ayah dah balik kerja so mama ada extravaganza punya power, bergabung tenaga dengan ayahnya untuk proses perlupusan botol, kuang3. I realized this is the right time, memang kena bertegas dan sungguh2 dah, no turning back, no more u-turn, kena selesaikan misi ni sekarang! So I asked for myLove's help, kalau I sorang nak buat memang rasa tak jalan, he won't listen to me, kalau dengan ayahnya dia cuak sikit. Every now and then, we keep explaining to him that your bottle was broken-you did it-it's your fault-you have no more bottle-just choose any of the cup we have-bla3. Of course tak senang nak fahamkan dia akan hakikat tu kan, tapi sedaya upaya I cuba pujuk dan pujuk. Dia sangat marah, botol susu tu still pada tangannya cuma dia refused untuk minum sebab tumpah, dia confused taktau apa dia nak sebenarnya, sebab dia sedar dia cuma ada 1 botol tu saja(padahal ada berlambak lagi dalam simpanan mama). I ambil cup yang paling dia suka (cup cars) dan letak susu dalam tu, bu still nak tunjuk keras hati dia tu, dia rejected. Malamnya before tidur mengamuk2 laa nak botol susu, by that time I dah buang botol dia masuk tong sampah, dia pun takmau dah sebab kotor, so after like an hour of throwing his tantrums, dia redha dan pasrah untuk minum guna cup, yeay!
On the next day, dia dah lupa pada botolnya, tak minta langsung tapi sedihnya dia cuma minum 3cawan susu sepanjang hari tu, instead of 10++ bottles of milk before. Along the sad thing must comes the happy thing, right?! Without the bottle, I managed to re-schedule his foods intake, he now eats more and takes a healthy good foods. Sebelum2 ni dia spoil banyak sangat minum susu, memang over non-stop requested for milk, so that he tended to skip his meals all the time. Sebenarnya dulu I selalu marah2 bila dia asyik minta nak susu, lepas sebotol, nak sebotol lagi. And because of that, ada orang tempelak, "what's wrong with kid drinking his milk, milk is good, bla3", yes, I know milk is good, tapi tu untuk baby sajalah, kalau dah masuk peringkat usia kanak2, they need to eat a balance foods, tak boleh asyik nak sogok dengan susu, susu bukan replacement untuk makanan, ada faham?!
Alhamdulillah no more bottle-feeding means he is a real-toddler. I love the fact that he now can sit properly on his chair, joining us having our breakfast, lunch, tea and dinner all together. Mama sediakan various type of cups, macam2 style ada, just to make him enjoy his meal time. Hopefully after this he'll be able to learn adab2 di meja makan, belajar makan sendiri in proper way insyaAllah...
Mama really proud of you, baby! *clap2*
Jom ramai2 klik "LIKE"...
Straight to the point, sebenarnya I nak minta jasa baik viewers OurLoveStory yang ada akaun facebook untuk klik "like" pada page Sakura Beauty. Sekian, eh tak habis lagi...
Buat masa sekarang, I lebih banyak fokus promote my business via facebook. Tak sempat2 lagi nak luangkan masa untuk update blog bisnes, kesian kat blog tu dah lama terabai. Walhal kalau nak diikutkan saban hari ramai je yang email tanya pasal SKII ni, which is obviously they get the info through that blog. So memang tak wajar sangatlah kan kalau tak ambil berat kat blog tu, ish kena pandai curi2 masa ni, nak maintain both blog bukannya mudah...
Thursday, March 29, 2012
"Cekelat"...
Rafiqh : mama, mogu2 ni warna hijau kan?! (mogu2=nama patung)
Raziqh repeated that statement...
Mama : aah, hijau!
Rafiqh : mama, ayah pakai baju coklat kan?!
Again, Raziqh repeated that statement...
Mama : aah coklat kot! (gelap, tak nampak)
Suddenly, Raziqh sambung...
Raziqh : ayah pakai baju cekelat, Lajiq pakai baju kelopok, onichan pakai baju ais-kelim, mama pakai baju kek...
Mama : hahaha... *adehhh lawak hapa laa hang buat tengah2 malam ni*
Alaaahai anakku, ter-confuse antara warna dan makanan, cantik pulak tu susun junkfoods LOL...
Jom ber-meitai lah pulak...
Dari sejak melahirkan Rafiqh sampai laa sekarang, minat terhadap babywearing ni tak pernah pudar. Macam2 jenis babywearing gear dah dicuba, nak beli semua memang tak mampu la kan, mengarut pun yer jugak, so beli la mana yang mampu dan rasa2 macam akan guna lama, haa baru ler berbaloi2, yer dak?!
Monday, March 26, 2012
Raisha oh Raisha
She likes Rafiqh-onichan, but not Raziqh-onichan, hahaha. Part ni tak dapek den nak nolong haa. Cukup anti dengan Raziqh, Raziqh lalu tepi dia pun dia dah melalak, sampai tahap tu laa punya dia tak suka, kuang3. So sila bayangkan kalau Raziqh mai tidur sebelah dia ka, mai usik2 dia ka, hadoiii bingit telinga mama ni menahan panahan suaranya yang merdu itu. Kalau Rafiqh ok, in fact Rafiqh cakap je dia dah ketawa mengekek2, wahhh kemain lagi ceria kalau main dengan Rafiqh, kalau Raziqh, hancusss!
Dah 6bulan, biasanya kalau ikut budaya kita, mak2 dah kalut dah nak bagi anak tu makan, kan?! Sebaliknya Raisha belum lagi, dia masih lagi exclusively on breastfeeding. Kenapa? Cause I'm not ready yet, haa tuh dia, bukan si anak yang tak ready, mak dia pulok ngaku tak ready, hek! Banyak faktor yang mendorong kepada keinginan nak lewatkan Raisha mula makan solid foods ni, Raziqh dulu pun start makan lepas 9bulan gitu, so I rasa biar lah dia juga mendapat khasiat susu ibu secukupnya terlebih dahulu...
Friday, March 23, 2012
Cerita tentang RT dan RT...
RT yang pertama adalah Rafiqh Tsuyoshi...
Kini dah pun berusia 4tahun 3bulan, alhamdulillah perkembangan tumbesarannya on track, baik fizikal mahupun mental, so far mama tak nampak sebarang kekurangan, cukup semuanya, syukur alhamdulillah...
Nakal? Ermmm kalau tak nakal tu tak namanya boboy laa kan, so have to admit dia ni kadang2 nakal laa jugak, but still masih terkawal. Lagipun dia dah besar kan, dah boleh faham bila diajak 'berbincang' tentang sesuatu so most of the times senang saja nak minta dia beri kerjasama. And for sure, macam kanak2 seusia dia, sometimes kena pretend layan dia as he is an adult just like us...
Sejak kami balik Malaysia ni, entah berapa puluh orang dah yang sangkakan Rafiqh ni girl, hahaha. Gara2 rambutnya yang panjang lah ni. Tapi dulu2 masa rambut pendek pun selalu jugak orang tersalah sangka, mungkin sebab raut wajah dan air mukanya yang lembut kot. Serius rasa lawak tak hingat, sampai tak larat nak perbetulkan dah, so sekarang kalau orang yang tak dikenali kata dia girl kami buat derk je laa, iyakan saja, cuma kalau orang tu kami kenal baru laa explain cakap dia sebenarnya a boy, hadoiii...
InsyaAllah bulan depan dia akan mula bersekolah, lama dah tak pi sekolah, taktau macammana reaksi dia nanti. Sekarang ni tiap2 hari dok cakap kat dia yang dia akan pi sekolah, dia nampak ok, hopefully dia boleh sesuaikan diri untuk kembali bersekolah dan enjoy...
RT nombor 2 adalah Raziqh Takeshi, si hero kecik ni pi mana pun semua orang dok gelar dia ninja jepun, phewww...
Kini berusia 2tahun 7bulan...
Nakal? Hmmm toksah cakap. Memang sekarang tengah peak time kot bagi budak seusia dia ni untuk meligat dan buat perangai, perghhh sabaq ja laa *urut2 dada*. Kalau tak cukup sabaq, satu taman ni boleh bergegar dengaq mak depa ni bertempik. La ni mak depa cukup control suara, marah2 manja gitu, sambil ketap2 gigi, ala2 macam tarzan kawal pitching suara, takut haiwan semua lari, hakhakhak. Dan bak kata ayah 3R, kalau mama tak control suara nanti mama glamour laa kat sini, grrr perli laa tu, huh! Raziqh sekarang selalu menguji kesabaran mama, celik2 mata pagi2 buta tu dah spoil-kan mood mama, huhu, kesian tau kat mama, kadang2 sampai rasa frust dengan diri sendiri. Tapi selalu mama pujuk2 jugak hati ni, katakan yang semua ni hanya sementara saja, nanti bila Raziqh dah besar sikit, dia pun akan behave macam Rafiqh onichan jugak. Oh Tuhan, tolonglah makbulkan prasangka baik seorang ibu ini, aminnn...
Raziqh belum mula potty training lagi, insyaAllah soon, same goes to bottle weaning, seriously have to work hard on both issues. Unlike Rafiqh, I dapat rasakan Raziqh ni agak sukar nak diajak berkompromi. Susah sungguh berkomunikasi dengan orang terlebih pandai bercakap ni, kita cakap gini dia balas gitu, kita kata lagu ni, dia putaq lagu tu, huihhh 4hari 4malam tak habis cerita dia, sabaq2!
Raziqh pun sebolehnya nak hantar ke sekolah, masih mencari sekolah yang sesuai. Dia ni pun taktau lagi macammana reaksinya nak ke sekolah. ish tak sabaq aih nak tengok depa pakai baju sekolah, hihi, mesti comel...
Gambar kat atas tu dua2 pakai jubah siap berserban, thanks to tok abah dan tokma hadiahkan baju untuk 3R. Rafiqh suka sangat, simpan elok2 dalam laci bajunya. Hakikatnya both 2R tak sabar dah nak ikut ayah pi masjid/surau, nak ikut berjemaah. InsyaAllah nanti ayah bawa ye, tapi kena bawa sorang2, tak boleh bawa 2 sekaligus, haru-biru nanti...
Thursday, March 22, 2012
Rumah baru
Taktau nak start cerita dari mana, lama sangat menyepi, banyak benda yang dah terjadi, blank pulak otak ni nak mula mengarang, ala2 macam dah hilang skill gitu sebab lama sangat tak meghaban (ecceh, skill lah sangattt), so nanti2 laa, slowly cerita one by one. Untuk entry kali ni, nak warwarkan latest update about my family and about me myself...
Dah sebulan lebih dah kami balik Malaysia for good, alhamdulillah almost 90% dah settle down, tinggal sikit saja lagi nak touch up here and there to make our life here more comfortable and colourful!
Sebaik saja jijak kaki kat bumi Malaysia ni, perghhh panas! Hahaha, kami sampai pukul 11 malam, naik AirAsia so landed kat LCCT, kena laa turun tangga plane tu berjalan kaki masuk airport. Walaupun malam tapi bahangnya tetap laa terasa. Dengan baju yang agak tebal, yer laa, kat Jepun tengah winter, plus dalam flight takdak blanket bagai so memang siap pakai baju berlapis2 lengkap berjeket lagi, hambikkk hang, menitik2 peluh weiii. Mujur laa prosedur tak makan masa lama, beg pun tak payah tunggu lama2, so kami terus boleh keluar dengan senang hati, abah dah tunggu kat luar, letak barang2 dalam kereta, then off back to Seremban. Malam tu tidur kat rumah abah, esok paginya kami panggil teksi dan terus ke stesyen KTM, naik ETS balik Ipoh. Sampai Ipoh pukul 2 lebih, ateh mai jemput. Rehat 2 hari saja kat Ipoh, kemas2 barang, terus balik Seremban semula, memang agak tergesa2 sebab kami ada misi yang lebih penting untuk diselesaikan iaitu nak mencari rumah!
Setelah bertungkus-lumus berminggu-minggu jenuh melilau rata cari rumah, at last jumpa jugak rumah yang berkenan di hati. Sebelum nak cari rumah untuk disewa ni, of course laa ada beberapa points yang kami dah highlight-kan untuk jadi kriteria2 utama dalam pemilihan rumah. Antaranya nak sewa murah(budget dalam RM600-800), nak kawasan kejiranan melayu, nak ada pengawal, sebolehnya nak yang setingkat saja, tak kesah teres/semi-d/banglo as long as boleh park 2 kereta, nak dekat dengan tempat kerja myLove dll. Kami mulakan misi memburu rumah sewa ni dengan kawasan Nilai Impian, lepas tu pi Nilai Spring, pi desa Jati laa, desa Kasia laa, desa Cempaka laa, desa Kolej laa, huishhh habis semua jenis desa kami masuk-keluaq, pendek kata seluruh ceruk Nilai tu kami merayap, sampai terer laa segala-mala jalan kat sana, sebut ja nama tempat, map Nilai tu dah key-in dalam otak dah,cewah! Kat area Nilai ni, rumah yang berkenan tu ada tapi rate sewa mahai sangat, tak patut padan langsung! Lepas dah rasa macam takdak dah rumah nak tengok kat Nilai tu, kami pun mula keluar dari area Nilai, masuk laa ke sempadan Salak Tinggi dan Bukit Mahkota pulak. Area Bandar Seri Putra pun kami sempat usha jugak tapi tak menahan dengan sewa yang mahal nak mampus tu, terus tak pi dah, hahaha. Melilau punya melilau, last2 baru dapat info yang kawan sama batch myLove nak cari penyewa untuk rumahnya di Bukit Mahkota. Tak tunggu dah, terus contact dan pi tengok rumah. Arghhh memang berkenan, bincang punya bincang, kettei(=confirm) terus nak rumah dia. Memang rezeki kami laa, rumah ni sangat menepati kehendak. Cuma 1 ja tak best, rumah ni 2tingkat, adehhh jenuh laa mama naik-turun tangga, kurus laa mama lepas ni, hihi...
Dalam erti kata lain, kami sekarang menetap di Bukit Mahkota laa, ianya dalam daerah Kajang, Selangor. Dekat je dengan Nilai, ikut jalan belakang myLove berulang pi kerja dalam 10minit gitu ja, tak payah bayar tol, takdak kesesakan lalu-lintas, pi balik kerja aman damai! Dah masuk minggu kedua dah kami menghuni rumah ni, alhamdulillah selesa. So buat sementara waktu, di sini laa kami akan mulakan hidup baru di negara sendiri ni. InsyaAllah kalau ada rezeki dalam masa terdekat ni nak beli rumah sendiri. Tengah survey kawasan lagi, sapa2 ada info projek perumahan best2, roger2 lah kami, hehehe...
Friday, February 10, 2012
Packing
Sepatutnya minggu lepas kena up pace packing ni dah supaya bila last2 tu tak kelam kelibut tapi nak dijadikan cerita lastweek jepun ni sejuknya ya rabbi, tak tahan nak duk bilik lain lama2, snowing pun kemain lebat lagi, makanya kami ni berhibernasi sajalah. So this week gila2 punya pulun finalize segala kerja, phewww lega sempat siap. Kira ok laa tak gabra dan stress sangat packing ni, despite of having 2 little rangers yang tak habis2 melasak lari pi mai pi mai, menyibuk mengacau, melawak berkuntau, haiyaaa penat jerit kat depa lebih dari penat buat kerja. Tambah lagi dengan ada baby kecik lagi, ish3 terasa nak tepuk bahu sendiri, syabas2 mama gambaru sungguh2. Si Raisha ni, all this while baik ja tidur, kalau buh dalam buaian tu boleh tidur straight 2-3hours. Tapi minggu2 last ni boleh pulak dia meragam, tidur sat2 saja, mama ni berlari2 buat kerja. Kalau letak bawah memang mimpi je laa, tak mau aih! Nak suruh pegang dia sokmo2,at last mama kendong sampai buat kerja laa jawabnya. Yang pasti akibat dok kendong dia menjadikan beban penat mama jadi lebih berganda2, malam2 pengsan terus tak sedar diri, haha...
Memang musim sejuk ni sangat tak sesuai untuk urusan pindah2, tapi nak buat macammana, dah terpaksa. Apapun semuanya berjalan baik, according to our plan alhamdulillah. On last wednesday, kami dah punggah barang2 naik lori dan bawa ke port untuk masuk kontena. Ni 2nd time guna service kontena, about 3 years ago dah pernah bawa balik kereta dan barang sikit to Malaysia, masa tu pakai kontena 20feet saja, kali ni bawa balik 85 kotak dan sebiji kereta, so pakai kontena 40feet, perghhh. Settle dah bab hantar barang, rumah pun dah kosong, lega toksah cerita, tapi kerja belum habis takat tu saja...
Semalam, pulun bersihkan rumah pulak. Prosefur kat nihong ni kalau keluar rumah mesti kena bersih cuci-calat. Sampah takdak walau sehelai kertas pun! Habuk pun kena lap, cermin kena bersih, segala2nya mesti cantik. Start rabu tu lepas lori dah jalan, I dah mula operasi membersih rumah. Sooo lucky sebab ada yang sudi mai tolong, thanks to Fatimah datang tengokkan 3R. Sekarang ni musim exam, so memang terhad sangat orang yang available untuk tolong, mujur Fatimah ada, beberapa hari dia datang tolong babysit my kids. Jazakumullahu khairan!
Hari ni petang nanti tuan rumah akan mai tengok rumah, then bayar apa yang patut sebelum serah kunci rumah. Bermula petang ni kami akan check in ke Okaguji Apato pulak, hihi. Nasib baik ada kohaitachi(juniors) yang baik hati semuanya, sanggup bagi kami pinjam kereta, bagi kami sebuah rumah tumpangan jugak, huhu kandou(terharu)! Selepas selesai urusan hari ni nanti maknanya kami dah boleh rehat2 dan habiskan 2 hari kat nihong ni dengan enjoy! Yeay!
Tuesday, January 31, 2012
Sakura Beauty
Untuk sementara waktu, terasa nak cuci tangan sat dari bisnes berkaitan butik, bukan hilang minat ka hapa ka, cuma masih mencari2 ilham nak cipta kelainan bila nak kembali buka butik ni nanti, angan2 tu nak jual barang dari jenama 'sendiri', well, I know it needs a very huge commitment to fulfill my dreams, tapi semua tu tak mustahil pun kan, apa2pun, angan2 tu tak salah, jika disertakan dengan tapak2 usaha, kan kan?!
Ramai jugak kawan2 lama yang tanya berkenaan bisnes butik I dulu, sebenarnya I dah lama tak aktif menjual, sejak ada anak ni, and few days ago dah officially tutup kedai. All stocks dah habis dilelong, thanks to my bestfriend Elah yang sudi take over all the stocks, moga habis dijual nanti yer. So now, I declare diri sendiri tak nak terlibat dengan bisnes butik lagi sehingga suatu masa yang sesuai...
Sekarang ni nak rebut peluang2 yang ada depan mata ni dengan menceburi bisnes lain pulak. Who knows my rezeki ada dalam cabang perniagaan lain, jadinya usaha dan usahalah!
Dengan nama baru ni, semangat pun baru, idea2 jugak kena selalu refresh supaya banyak lagi produk lain boleh dimasukkan. 'Beauty' ni sangat luas tafsirannya, bukan setakat kosmetik saja boleh jual, kalau cukup kreativitinya, macam2 benda boleh seret masuk. Tapi tu lah, tengah bekerja untuk dapatkan lesen kosmetik ni dulu. Pening jugak cari petunjuk, kat Malaysia ni prosedur2 macam ni rasa susah nak dapatkan info. Anyone knows macammana nak apply lesen ni tak? Hehe...
Dipendekkan cerita, kepada semua viewers yang berbaik hati, jom ramai2 tolong like my new page sakura beauty kat facebook. Boleh refer link kat sebelah kanan bawahhhh blog ni. Thanks in advance!
Sunday, January 29, 2012
Rafiqh onichan & Raziqh onichan
Dah besar dah 2 heroes mama ni. Setiap hari adalah hari yang mencabar untuk hadapi kerenah depa. Especially buat masa sekarang yang mana they still have no specific daily schedule. Selama hampir setahun melepak di Malaysia, hati ni sebenarnya perit nak terima kenyataan bahawa hakikatnya I dah gagal dalam mendidik anak2 ni. Setahun yang dirasakan bagaikan terabai, terpaksalah dipujuk2 hati ini, atas segala sesuatu yang terjadi, hikmahnya pasti tersembunyi kan?!
Sedih sebenarnya nak tinggalkan bumi Jepun ni tapi pada masa yang sama bila fikirkan kehidupan baru di Malaysia nanti, rasa teruja lah pulak, hehe. Setiap hari dok gebang dengan 3R, mama galak bercerita ala2 kisah 'dongeng' gitu, membayangkan alangkah bestnya life baru kita nanti, hahaha, ternganga2 anak haku dengaq mak depa ni dok kelentong, kuang3. Dalam minda depa dah dipasakkan imej rumah kami yang besaq(read: besaq sikit laa dari rumah 5 kangkang kera ni), ada bilik khas untuk dibuat 'tadika', ada ruang untuk dibuat playground, kat luar rumah nak letak pool, perghhhh syiok laa depa. Lepas tu tiap2 hari cerita nanti Rafiqh onichan dan Raziqh onichan kena pi sekolah, mama hantar naik car, nanti petang mama jemput. Raisha duk rumah je, teman mama yang kononnya akan bekerja dari rumah saja. Ecceh, kuat beno berangan! Tapi takpa, gasaklah, asalkan budak2 ni suka, layan~~~
Rafiqh sekarang dah big boy dah, banyak benda dah boleh buat sendiri, makan sendiri, mandi sendiri, pakai baju sendiri, bersiap sendiri, bla3,complete! Alhamdulillah, so far so good, pembesarannya nampak makin matang. Dah boleh harap untuk tolong mama mengurus adik2 jugak. Kalau tengah mood baik, dia behave sangat2 tapi bila mai mood nak nakal, huihhh sabaq ja laa, rasa macam nak tercabut jantung ni menahan panahan amarah. Selalunya time mama busy nak buat kerja dia laa yang tolong buaikan Raisha, boleh laa nak harap tolong mengasuh adik. So insyaAllah tahun ni dia akan mula bersekolah, mama tak sabar sangat nak hantar dia pi sekolah, nak tengok dia bergaul dan dapat formal education...
Raziqh pun dah big boy, bercakap memang terer, kalah Rafiqh! Ada saja akal nak pekena orang, mulut becok macam murai, ishhh anak sapa la ni?! Perwatakannya pun berbeza sangat dengan Rafiqh, Rafiqh ni cool sikit, tak pandai bergaduh dan banyak beralah. Tapi Raziqh ni brutal, walaupun sangat peramah tapi kalau tak kena gaya dia jugak pemarah, nak2 kalau ada orang buli dia atau onichan-nya, wohohoho pantang woo! Kalau orang baik dengan dia, dia sebenarnya seorang yang penyayang dan manja, tapi kalau buat hal dengan dia, hah siap laa, tak kira sapa, mesti lawan, mahu jadi panglima yer kamu?!
Walaupun dah 2 tahun lebih, dia tak start lagi potty training, hari tu kat Malaysia mama yang kurang bersedia, due to ada baby kecik dan duk menumpang rumah orang, susah nak potty train budak, tapi sekarang kat Nihong pulak tengah winter, soo not suitable and comfortable for potty training. Makanya tunggulah hingga kita settle down kat rumah sendiri nanti yer, insyaAllah mama yakin Raziqh tak akan ambil masa yang lama untuk mahir, sekarang pun dah pandai habaq bila nak pee and poo. Raziqh ni pun kalau boleh tahun ni nak hantar pi sekolah, duk rumah buat mama pening ja, baik hang pi bagi pening cikgu kat sekolah, hahaha, boleh gitu?! Harap2 ada laa sekolah mau terima budak 3 tahun potpet2 ni...
Seronok jugak layan perangai depa berdua ni, macam2 aksi, macam2 ragam, cumanya sebab depa ni ligat sangat macam peluru sesat, mak depa sentiasa pancit, penat rupanya nak besarkan budak2 ni, stress jiwa ni dok menjerit2. Kadang2 tu bila dah tak larat sangat nak memekik, lantakkan saja depa nak buat apa, sambil mengulit si Raisha ni mama dok laa perhati depa, nak tergelaklah pulak, instead of marah dan geram, rasa terhibur dengan gelagat2 pelik budak2 ni, alahaiiii, mama ni negatif sangat agaknya, asyik nak melenting saja, sepatutnya mama banyak bagi ruang untuk hangpa berkuntau, bertomoi, berlari tunggang-terbalik, main dan main dan main, memang itu pun fitrah kanak2 kan, hmmm...
Friday, January 27, 2012
Cerita pasal Raisha lah!
Hari ni nak cerita pasal buah hati mama ni yang pinkish2 ni...
Usianya sekarang dah 4bulan 12hari. Berat terkini taktau laa berapa kg, last timbang masa 3bulan, 5kg je pun, alahaiiii cinocet aje baby gegirl ni kan?! Kalau onichan-tachi dia dulu 5kg tu berat masa umur 1bulan haa. Sebab girl kot, tu yang ringan tu...
Raisha first time meniarap dengan sendirinya ketika usianya genap 4bulan, before tu pernah laa beberapa ter-meniarap, ter means accidentally. Normally baby akan meniarap sekitar usia 3bulan lagi, so Raisha ni kira lambat sikit laa, tapi takpa, biasa lah tu, ada baby cepat, ada baby lambat milestones-nya, depends on persekitaran dan situasi semasa jugak kan. Raisha ni jarang amat dapat baring terlentang atas tilam. Ramai sangat tukang penyibuk(read: Rafiqh & Raziqh) yang cukup pantang tengok adik depa bersenang-lenang, mesti mai menyibuk mengacau. Sekarang ni pulak sebab dok kalut mengemas, mama tak buka pun baby cot untuk Raisha, makanya makin kuranglah chances untuk dia explore sendirian. Most of the time, dia habiskan masa dengan tidur dalam buaian, duduk dalam bouncer, beriba dan berdukung. Kalau mama atau ayah ada nak monitor dia, barulah letak kat bawah...
Raisha sekarang dah mula pandai control both of her hands, so sekarang dah mula pandai nak grab barang. Kalau letak barang dekat dengan dia, boleh nampak minat dia nak sentuh dan ambil benda tu. Rafiqh & Raziqh suka sangat tengok Raisha ambil barang dari depa, syok kot bila adik tu respons dengan apa yang depa dok buat. Kemain lagi bergelak ketawa bila Raisha tarik2 omocha(=toys) depa, haa la ni hangpa gelak sakan laa, sikit hari lagi Raisha dah pandai berebut barang, teriak sakan laa pulak, kehkehkeh...
Raisha ni jenis yang sangat calm, cool habis lah, susah nak senyum apatah lagi nak dengar dia ketawa. Sebijik macam Raziqh masa baby dulu, ramai cakap dia "sombong", muka tu "kering" sokmo. Tapi Raziqh bila dah besar sikit kemain hemoi lagi, tak kesah dengan sapa pun semua dia mesra alam, memang jenis tak heran kat orang sampai laa sekarang. Raisha ni taktau la lagu mana pulak peelnya, tunggu dan lihat je laa. Mama ni tiap2 hari gambaru nak buat Raisha gelak kekek2 tapi humak aih payah bebenor. Selalunya dia akan over happy bila tengok abang2nya terlompat2 tergedik2 main, time tu ja la kot boleh dengar suara dia, haishhh adik ni...
Oklah, nanti sambung lagi cerita Raisha eh...
Bye2 aunties! - Raisha kata, hehehe...
Wednesday, January 18, 2012
Happy new year!
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat2 aje, thanks for kawan2 yang selalu bertanya khabar blog ni. Uishhh idak ler saya akan tutup blog ni, I'm so sure tak lama lagi I'll be back on track, update tiap2 hari sampai pembaca naik jemu pulak. Tapi bila nak back to track tu tak boleh nak janji, maybe in 1 or 2 months lagi kot insyaAllah...
Ops, rasanya tak terlambat lagi nak wish selamat tahun baru 2012 buat semua viewers ourLoveStory. Semoga tahun ni membawa seribu rahmat dan barakah buat kita semua. Dalam apa jua perkara dan bidang yang bakal dilalui, all the best, gambarou ne!!!
Alkisahnya kami dah pun selamat balik Nihong pada 1 jan 2012 hari tu, kiranya dah dekat sebulan dah laa kat bumi sakura ni. Kepulangan kami ni tak lama, cuma nak kemas2 dan terus balik for good ke Malaysia. Keputusan untuk balik ni agak drastik, memang pada mulanya langsung tak plan nak balik seawal ni tapi mungkin Allah dah tetapkan rezeki kami ada di negara tanah air sendiri, so lepas mempertimbangkan segala pros and cons, we decided to start our new life in Malaysia...
Makanya sekarang dok kalut sibuk mengemas laa ni. Belum tau lagi fix date bila nak balik Malaysia, maybe around mid feb insyaAllah. Doakan laa ye segalanya berjalan baik, moga segala urusan kami Allah permudahkan...
Oklah, takat ni je dulu, nanti update lagi...