Friday, April 6, 2012

I love u, Nihong!

Dah balik Malaysia dah pun, tapi dok tak habis2 lagi obses dengan Nihong, haha, jangan laa marah, mai nak cerita!

2hari lepas, I was about to transfer money from my account in Japan to someone, cause nak beli new stocks SK-II dan lain2, so login as usual but suddenly kena masuk security page yang nak kena isi one-time password lah pulak. Ni kes lama sangat tak login lah ni, last time login adalah awal feb yang silam, adehhh. Sepatutnya ia bukanlah masalah besaq pun, one-time password tu depa akan hantar tru email, login email-dapat password-isi-settle! Tapi yang menjadikan benda kecik ni masalah yang SUPER besar itu adalah kerana I dah lupa email mana yang I guna masa buka akaun dulu, hahaha sungguh mengong! I sendiri pun taktau berapa banyak email yang I ada, memang banyak gila, so apalagi, pulun cheq, jangan tak pulun, kena laa pi login satu persatu tapi hampehhh tak jumpa pun, huhu. Penat dah pikiaq so my last solution adalah untuk call service counter bank tu yang berada nun jauh kat Nihong...

Masalah lagi, takkan nak call direct kan, paghok laa bil nanti, kena laa pakai credit skype so dengan penuh kesabaran I tunggu myLove balik kerja, nak pinjam kredit dia, cause unfortunately my skype account has no credit, haiyaaa! Lepas myLove balik I pun pinjam laa akaun dia, tapi malangnya kredit ada 100yen je, hahaha haru sungguh. Dail, berjaya disambungkan panggilan tapi sebab terlampau stress, panik dan serabut, I tak dapat nak faham apa mesin tu cakap, lepas 2 kali dail, I ended up putuskan call dan gave up! hahaha. Malas dah nak berpening2, baik haku tidoq, esok masih ada, duit dalam bank tu pun tak ke mana, eccehhh *macam juta2 je duit hang noo!*...

Next day ie semalam, cari info on how to buy skype credit from Malaysia. Macam2 cara dah cuba tapi semuanya gagal, cara paling mudah adalah dengan menggunakan kad kredit tapi kami memang tak apply lagi kad kredit. I ada paypal tapi baru je withdraw duit dalam tu, duit tarak, so ingatkan nak top-up laa tapi paypal ni pun satu hal jugak, cuma valid untuk RHB bank je, adehhh buntu! Try pakai debit card, problem jugak, hadoi2 laaa. Pi-mai-pi-mai semua tak jalan, last2 minta my kohai(=junior) kat Nihong nun tolong belikan kredit dari kombini(=convenience store). Cepat pulak tu dia pi beli, terus register masuk akaun dan taraaaa boleh guna la-la tu jugak, perghhh lega! Thank you Mas!

I pun terus call UFJ bank, ish berbelit2 lidah nak cakap nihonggo, baru beberapa bulan balik kan, nasib baik masih berjaya control kejanggalanku itu, yang paling penting staff tu faham, hihi. Tapi atas sebab2 security, dia tak boleh proceed bantu I on the spot. Dia cakap dia akan call balik esoknya, hadoiii...

Sorry to say, kalau kat Malaysia ni I dah banyak kali dah terkena, in fact memang sentiasa jadi pun, bila depa cakap they'll return our call, tak payah laa mimpi depa akan call. Ayat tu just nak sedapkan hati kita atau lebih tepat lagi adalah untuk 'lepaskan' diri depa dari handle kerja tu. Sejak balik Malaysia yang baru 2bulan ni, benda ni memang dah jadi common dengan I so bila orang UFJ tu kata nak return call on the next day tu, somehow I jadi was2 pulak, takut depa tak call. But since she can't do anything to help me, even though I dah try desak dan pujuk, so takpa lah, pasrah!

Pagi tadi, I dah almost terlupa dah pasal call tu, keitai(=handphone) tertinggal kat atas, masa dok entertained 2R having their breakfast tiba2 teringat, terus naik atas dan elok sampai depan keitai, it's ringing, kat skrin terpapar UNKNOWN, angkat dengan penuh keyakinan sebut "moshi2", hakhak, nasib baik betul, kalau dak, malu I!

Taktau macammana nak describe, I love Nihong so so much, simply just because of all these simple reasons! They always take serious with their job and never break their promise. Tapi kita bangsa melayu dan mengaku islam pulak tu, langsung selamba badak ja bila bercakap, takdak nak pikiaq 2kali especially bila berjanji. Senang ja, kalau rasa tak boleh nak buat, jangan bagi harapan kat orang. Sakit hati haku tak habis lagi dengan orang MITI, dengan orang projek perumahan, dengan orang awam, haishhh sabaq2...

Alhamdulillah settle dah problem, boleh dah akses akaun, lega sungguh!

Tu ja nak cerita, hehe. Yang sebenarnya, saya(tetiba pakai saya) kecewa dengan sikap orang kita, sungguh2 punya kecewa. Awat laa kita tak boleh bersikap telus dan ikhlas dalam bekerja?!

9 comments:

Ina said...

Mula2 balik haritu sangat2 terasaaa dgn hal ni. Baru jejak kaki kt Msia dh terkena customer service yg hampeh. Skrg dh lali. Tp tetap sakit hati dan kecewa setiap kali terkena. Sigh! I love Nihong too! :D

ojasamid said...

uhu fith..kami pon masih "demam" dgn benda2 mcm ni. hari ni saja kastam buat hal, pegi masukkan jenis keter (?) salah dlm sistem diorg, sudahnya keter kami masih xlepas2 lg nk ambik.sgt ralat n kecewa dgn service yg ada. ingatkan bila dh upgrade guna kom dh OK lah smooth, tp nk taip pon masih silap menyusahkan ramai org. sambil lewa sungguh pihak2 yg emnguruskan kereta kami ni, dh dekat 6bulan pon masih xkuar2 lg dri klang. :(
apepon alhamdulillah bila tgk s`pore byk perkara lbh kurg nihon so xlah culture shock sgt. tp berharap malaysia juga akan maju mentaliti, akidah, akhlak n sahsiahnya..huhu.

(yg masih juga belajar menerima, tp berharap dpt berbuat lbh utk memperbaiki keadaan.)

Fith said...

Ina,
Tu lah ina,bila kita suarakan,org kata kita ni lupa diri,perasan bagus.walhal tu lah kebenarannya.fith pelik betul utk benda remeh sesimple ni pun org kita rumitkan.klau xboleh nak buat,baik jgn ckp nak buat.kita menghrp tunggu2 tp haghammmm,hmmm.klau boleh sound,fith mmg sound je,takmau pendam sakit hati,hehe...

Kak oja,
Laa ya ka,lama dah tu tersadai,ish mmg menyakitkan hati kan.kitorg ni pun masa apply ap n urus dgn kastam n puspakom ni pun ada prob jugak,bab lembap tu toksah ckp laa kan,boleh silap buat kerja lg,ish...

Mmg terkilan sgt,benda ni kecik je tp mcm susah sgt nak buat.means org kita ni masih kurang etika laa kan... Hrpnya generasi kita boleh berubah laa...

Ina said...

punca nya kecik je fith tapi mmg memberi impak yg besar. sikap je. sikap malas. maka timbul la rasa sambil lewa, xde tanggungjwb, xikhlas dan xbersungguh2 dlm diri tu mmg sampai bila2 pun fenomena ni takkan berubah. sgt berharap dpt melakukan sesuatu. betul tu fith kalau dpt tegur harus kena tegur. skrg ni agensi kerajaan etc atau mana2 opis kan slalu ada borang aduan/cadangan haa apa lagi manfaatkan sebaiknya. ritu masa menunggu kt klinik gomen dia bg borang soal selidik n cgdan suruh isi. haaa apa lagi. hamik ko sebeban aku mengarang. bukan suka nk komen. tp kita pun bangga n suka nk tgk negara kita maju kan. xpela kita didik setakat mana yg mampu terutama anak2 kaum keluarga kita.

IDA said...

hmm kan..ida pun dh byk kali kena bab2 customer service ke..hosp gov pun sama...sakit hati jugak tp terpaksa...dh la service hampeh..buat muka mcm kita ni berhutang dgn dia pulak..ish ish..bila la nk maju gini..anymey i love nihon too....dan yg paling love sekali my hubby yg masih di nihon hehe

Fith said...

Ina,
Haha betullll tu,kita komplen je selagi boleh.bukan nak kondem tp nak diorg ubah sistem kerja diorg.setuju sgt dgn pendapat ina,mmg org kita ni ramainya malas,buat kerja sambil lewa je,huhu...

Ida,
Itu semestinya kan,mesti love someone kat nihong nun tu kan,hehe...
Tu lah ida,camne nak jd negara maju klau rakyatnya tak maju lgsg.susah laa gitu,at least jaga customer service ni dulu,barulah nampak cantik sikit perkhidmatannya...

Anonymous said...

fith..kl awal2blk nihon..mmg kt akan terasAAaaaaaaa sgt kebodohan..kesombongan..dan yg mcm2 sakit hati psl msia ni...serius..tp lama2 ..brla kt akn.mmaa..msia tte kore gurai kana... -syima

Fith said...

Syima,
Sou desu ne!
Sementara nak biasa,lama2 nanti naik lali ler kot,hehe

oakleyses said...

iphone 6 plus cases, giuseppe zanotti outlet, hollister, reebok outlet, mont blanc pens, abercrombie and fitch, jimmy choo outlet, iphone 6s plus cases, iphone cases, nike roshe run, north face outlet, s6 case, new balance shoes, mac cosmetics, iphone 6 cases, timberland boots, instyler, celine handbags, asics running shoes, ferragamo shoes, beats by dre, ghd hair, oakley, baseball bats, valentino shoes, herve leger, wedding dresses, babyliss, vans outlet, nfl jerseys, p90x workout, mcm handbags, ralph lauren, bottega veneta, nike huaraches, longchamp uk, soccer shoes, iphone 5s cases, iphone 6s cases, ipad cases, insanity workout, north face outlet, nike air max, lululemon, chi flat iron, soccer jerseys, nike trainers uk, hollister clothing, louboutin, hermes belt