Friday, April 27, 2012

Cerita minggu ini...

Agak kekalutan sepanjang minggu ini. Tiap2 hari cuba curi masa nak kelih blog, tapi apakan daya cuma sempat buka draft saja, takdan nak edit sangat pun, tu yang blog tak ber-update tu...

Ada few updates nak cerita sebagai rumusan untuk minggu ni...

Pertamanya, starting last wednesday Rafiqh and Raziqh dah dimasukkan ke sekolah. 2days before tu (monday), on the way balik dari klinik, I bawa 3R pusing2 seksyen 6 ni untuk survey tadika. Stop at few choices yang rasa berkenan di hati and made phonecalls here and there asking few questions. 1st of all, need to ask them weather they take 3 y/o students or not, cause sebolehnya nak 2R going to the same school, senang nak hantar dan ambil...

Apparently memang tak banyak tadika yang ambil students kecik2 ni, lastly mama cuma ada pilihan untuk hantar 2R ke Krista. Tak jauh pun, masih dalam kawasan perumahan yang sama. Sebenarnya kalau nak cari lagi pun boleh, kat Seri Putra nun bersepah tadika2 yang berbentuk franchise, yang obviously memang ada ambil students seawal 3y/o, cumanya jauh sikit la nak pi hantar-ambil setiap hari. Sebelum ni pun I dah survey tanya littlecaliphs, q-dess dll, dan setelah mempertimbangkan banyak faktor, akhirnya Krista menjadi pilihan...

Tak pernah dengar pun nama Krista ni sebelum ni, tapi bila guru kat situ cakap yang depa ni pun franchise so ada sedikit keyakinan lah, memandangkan biasanya tadika franchise ni ada guidelines dan silibus yang lebih terancang. Lepas consider the fees and etc. myLove pun setuju untuk hantar 2R ke situ. Makanya bermulalah rutin baru mama pi hantar dan ambil depa dan bermulalah kisah mereka ke sekolah, hihi...

Keduanya, cerita tentang bisnes mama3R. Alhamdulillah, now in progress menyiapkan 1st project for Sakura Beauty. InsyaAllah bermula bulan depan Sakura Beauty will be joining T**P***Shop, a shop with blogshop lodging concept in Kota Bharu, nama kedai dirahsiakan dulu, nanti dah launch I'll announce here, kena laa promote kan?! Tak ada apa yang hebat sangat pun, bukan buka kedai sendiri, just ambil 1 section untuk jual produk2 sendiri ni saja. Kalau nak ikutkan, stocks in hand pun selalu putus but since the owner of the shop is my junior and my sis bestfriend, so rasa happy sangat2 bila dia tawarkan offer itu, without thinking too much I just grab the chance. Maybe dengan adanya slot ni I boleh rest sikit dari terlalu tumpukan pada promotion untuk lajukan lagi bisnes sekarang. And at the same time, masa yang terluang sedikit tu nanti boleh digunakan untuk my 2nd project pulak insyaAllah...

So atas tujuan pengiklanan, I pun tempah bizcard. Tempah dari kohai(=junior), dulu sama2 kat Yamaguchi. So lepas ni kalau ada sesiapa yang berminat nak buat kad, boleh contact Zambri 013-5029791. Bukan takat kad saja, macam2 servis pun ada. Boleh klik http://www.facebook.com/ZambriPrinting for more info...



Ni hasilnya, cute tak? hehe...

2 comments:

srar said...

salam k. fith..waaa ligat nampak bisnes..semoga maju jaya ya..tak rindu nihon ka?

Fith said...

srar,
wsalam/alhamdulillah rezeki kat msia pulak...arigatou!
ish rindu!