Akhirnya... Mama3R kembali bersiaran, insyaAllah akan kembali aktif berblog laa lepas ni. Perghhh rindu!
Taktau nak start cerita dari mana, lama sangat menyepi, banyak benda yang dah terjadi, blank pulak otak ni nak mula mengarang, ala2 macam dah hilang skill gitu sebab lama sangat tak meghaban (ecceh, skill lah sangattt), so nanti2 laa, slowly cerita one by one. Untuk entry kali ni, nak warwarkan latest update about my family and about me myself...
Dah sebulan lebih dah kami balik Malaysia for good, alhamdulillah almost 90% dah settle down, tinggal sikit saja lagi nak touch up here and there to make our life here more comfortable and colourful!
Sebaik saja jijak kaki kat bumi Malaysia ni, perghhh panas! Hahaha, kami sampai pukul 11 malam, naik AirAsia so landed kat LCCT, kena laa turun tangga plane tu berjalan kaki masuk airport. Walaupun malam tapi bahangnya tetap laa terasa. Dengan baju yang agak tebal, yer laa, kat Jepun tengah winter, plus dalam flight takdak blanket bagai so memang siap pakai baju berlapis2 lengkap berjeket lagi, hambikkk hang, menitik2 peluh weiii. Mujur laa prosedur tak makan masa lama, beg pun tak payah tunggu lama2, so kami terus boleh keluar dengan senang hati, abah dah tunggu kat luar, letak barang2 dalam kereta, then off back to Seremban. Malam tu tidur kat rumah abah, esok paginya kami panggil teksi dan terus ke stesyen KTM, naik ETS balik Ipoh. Sampai Ipoh pukul 2 lebih, ateh mai jemput. Rehat 2 hari saja kat Ipoh, kemas2 barang, terus balik Seremban semula, memang agak tergesa2 sebab kami ada misi yang lebih penting untuk diselesaikan iaitu nak mencari rumah!
Setelah bertungkus-lumus berminggu-minggu jenuh melilau rata cari rumah, at last jumpa jugak rumah yang berkenan di hati. Sebelum nak cari rumah untuk disewa ni, of course laa ada beberapa points yang kami dah highlight-kan untuk jadi kriteria2 utama dalam pemilihan rumah. Antaranya nak sewa murah(budget dalam RM600-800), nak kawasan kejiranan melayu, nak ada pengawal, sebolehnya nak yang setingkat saja, tak kesah teres/semi-d/banglo as long as boleh park 2 kereta, nak dekat dengan tempat kerja myLove dll. Kami mulakan misi memburu rumah sewa ni dengan kawasan Nilai Impian, lepas tu pi Nilai Spring, pi desa Jati laa, desa Kasia laa, desa Cempaka laa, desa Kolej laa, huishhh habis semua jenis desa kami masuk-keluaq, pendek kata seluruh ceruk Nilai tu kami merayap, sampai terer laa segala-mala jalan kat sana, sebut ja nama tempat, map Nilai tu dah key-in dalam otak dah,cewah! Kat area Nilai ni, rumah yang berkenan tu ada tapi rate sewa mahai sangat, tak patut padan langsung! Lepas dah rasa macam takdak dah rumah nak tengok kat Nilai tu, kami pun mula keluar dari area Nilai, masuk laa ke sempadan Salak Tinggi dan Bukit Mahkota pulak. Area Bandar Seri Putra pun kami sempat usha jugak tapi tak menahan dengan sewa yang mahal nak mampus tu, terus tak pi dah, hahaha. Melilau punya melilau, last2 baru dapat info yang kawan sama batch myLove nak cari penyewa untuk rumahnya di Bukit Mahkota. Tak tunggu dah, terus contact dan pi tengok rumah. Arghhh memang berkenan, bincang punya bincang, kettei(=confirm) terus nak rumah dia. Memang rezeki kami laa, rumah ni sangat menepati kehendak. Cuma 1 ja tak best, rumah ni 2tingkat, adehhh jenuh laa mama naik-turun tangga, kurus laa mama lepas ni, hihi...
Dalam erti kata lain, kami sekarang menetap di Bukit Mahkota laa, ianya dalam daerah Kajang, Selangor. Dekat je dengan Nilai, ikut jalan belakang myLove berulang pi kerja dalam 10minit gitu ja, tak payah bayar tol, takdak kesesakan lalu-lintas, pi balik kerja aman damai! Dah masuk minggu kedua dah kami menghuni rumah ni, alhamdulillah selesa. So buat sementara waktu, di sini laa kami akan mulakan hidup baru di negara sendiri ni. InsyaAllah kalau ada rezeki dalam masa terdekat ni nak beli rumah sendiri. Tengah survey kawasan lagi, sapa2 ada info projek perumahan best2, roger2 lah kami, hehehe...
Thursday, March 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wah fith da dok dekat2 gak dgn taman tropika tu, boleh ziarah menziarahi nanti..ehehe
btul! blh menziarah fithri nnt sbb dh dekat jgk dgn umah b. kat area bangi pn besttt cuma harga rumah pn dh mahal huhuuu
Dekat Nilai tu byk jugak rmh tgh naik rasanya. Dkt Mantin (xtaula dkt ke tak dgn tmpt kerja hubby Fith). Owh kt Semenyih ni pn ada 2 3 tgh nk naik. Cuma harganya tu la xmenahan. Tp boleh tahan lagila drpd Bangi and Kajang. Sebab tula kami bli rumah 2nd hand je sbb rasa lagi berbaloi2 altho terpaksa keluar banyak cash utk advanced. Habis dh duit tabung. Kena menabung balik hihi. Tp masa mencari2 rumah dlu, rumah 2nd hand kt Nilai (belah mana xpasti) and area bukit mahkota tu boleh tahan lg jugak harga dgn saiz rumahnya. Berpadan la. Survey semua jgn xsurvey :D
Tini,
Aah dekat amat!meh laa datang rumah...
Biah,
Duk bangi kan?haa dekat dah tu,meh laa dtg.rasanya kita kena set date laa,kita reunion laa dgn naimian lainnya,hehe
Ina,
Haa mmg pun,harga tu tak menahan,terkezut!ooo korg dah beli rumah ek,ii ne.area selangor mahal sgt dah rasa,kena cari yg keluar dari slngor lah kot,huhu...
semoga semua urusanfith sekeluarga dipermudahkanNYA..insyaALLAH :)
owh fith..kalau u duk di nilai spring, berjiran lah kita..hahaha..
anyway semoga semuanya berjalan lancar
Aisha,
Thanks!
Et,
Ooo duk nilai spring ek?hari tu tak pusing hbs pun nilai spring,byk lg perumahan tgh nak naik kan,cantik2...
Perumahan baru chantek2, gated guarded mmg byk skrg ni.. Masalahnye tu mmg bab harga la... Esp area kl selangor.. Mmg overpriced.. Nak2 lagi kalau developer besar2 cam sime, sp setia.. Mampu berangan je la..
Cbe cari luar s'gor...
Yati,
Exactly!ramai yg advised gitu,kena cari luar selangor.klau dlm area selangor ni,harga mmg dah melampau2,sesak dada tgk,hehe...
Fith mmg prefer cari area nilai,nampak potensi nilai ni ok.
Btw thanks!
converse pas cher, burberry outlet, michael kors outlet online, hollister pas cher, timberland pas cher, michael kors outlet online, michael kors outlet online, hogan outlet, kate spade, nike tn, true religion outlet, nike air max uk, michael kors, true religion jeans, uggs outlet, nike air max, nike free uk, north face, ray ban uk, north face uk, true religion outlet, nike blazer pas cher, true religion outlet, michael kors, uggs outlet, abercrombie and fitch uk, lululemon canada, vans pas cher, sac vanessa bruno, nike air max uk, michael kors outlet, michael kors outlet, ray ban pas cher, michael kors outlet, oakley pas cher, nike roshe run uk, polo lacoste, nike air force, ralph lauren uk, coach purses, coach outlet, guess pas cher, new balance, hollister uk, coach outlet store online, sac hermes, burberry handbags, replica handbags
Post a Comment