Friday, March 23, 2012

Cerita tentang RT dan RT...



RT yang pertama adalah Rafiqh Tsuyoshi...
Kini dah pun berusia 4tahun 3bulan, alhamdulillah perkembangan tumbesarannya on track, baik fizikal mahupun mental, so far mama tak nampak sebarang kekurangan, cukup semuanya, syukur alhamdulillah...

Nakal? Ermmm kalau tak nakal tu tak namanya boboy laa kan, so have to admit dia ni kadang2 nakal laa jugak, but still masih terkawal. Lagipun dia dah besar kan, dah boleh faham bila diajak 'berbincang' tentang sesuatu so most of the times senang saja nak minta dia beri kerjasama. And for sure, macam kanak2 seusia dia, sometimes kena pretend layan dia as he is an adult just like us...

Sejak kami balik Malaysia ni, entah berapa puluh orang dah yang sangkakan Rafiqh ni girl, hahaha. Gara2 rambutnya yang panjang lah ni. Tapi dulu2 masa rambut pendek pun selalu jugak orang tersalah sangka, mungkin sebab raut wajah dan air mukanya yang lembut kot. Serius rasa lawak tak hingat, sampai tak larat nak perbetulkan dah, so sekarang kalau orang yang tak dikenali kata dia girl kami buat derk je laa, iyakan saja, cuma kalau orang tu kami kenal baru laa explain cakap dia sebenarnya a boy, hadoiii...

InsyaAllah bulan depan dia akan mula bersekolah, lama dah tak pi sekolah, taktau macammana reaksi dia nanti. Sekarang ni tiap2 hari dok cakap kat dia yang dia akan pi sekolah, dia nampak ok, hopefully dia boleh sesuaikan diri untuk kembali bersekolah dan enjoy...

RT nombor 2 adalah Raziqh Takeshi, si hero kecik ni pi mana pun semua orang dok gelar dia ninja jepun, phewww...
Kini berusia 2tahun 7bulan...

Nakal? Hmmm toksah cakap. Memang sekarang tengah peak time kot bagi budak seusia dia ni untuk meligat dan buat perangai, perghhh sabaq ja laa *urut2 dada*. Kalau tak cukup sabaq, satu taman ni boleh bergegar dengaq mak depa ni bertempik. La ni mak depa cukup control suara, marah2 manja gitu, sambil ketap2 gigi, ala2 macam tarzan kawal pitching suara, takut haiwan semua lari, hakhakhak. Dan bak kata ayah 3R, kalau mama tak control suara nanti mama glamour laa kat sini, grrr perli laa tu, huh! Raziqh sekarang selalu menguji kesabaran mama, celik2 mata pagi2 buta tu dah spoil-kan mood mama, huhu, kesian tau kat mama, kadang2 sampai rasa frust dengan diri sendiri. Tapi selalu mama pujuk2 jugak hati ni, katakan yang semua ni hanya sementara saja, nanti bila Raziqh dah besar sikit, dia pun akan behave macam Rafiqh onichan jugak. Oh Tuhan, tolonglah makbulkan prasangka baik seorang ibu ini, aminnn...

Raziqh belum mula potty training lagi, insyaAllah soon, same goes to bottle weaning, seriously have to work hard on both issues. Unlike Rafiqh, I dapat rasakan Raziqh ni agak sukar nak diajak berkompromi. Susah sungguh berkomunikasi dengan orang terlebih pandai bercakap ni, kita cakap gini dia balas gitu, kita kata lagu ni, dia putaq lagu tu, huihhh 4hari 4malam tak habis cerita dia, sabaq2!

Raziqh pun sebolehnya nak hantar ke sekolah, masih mencari sekolah yang sesuai. Dia ni pun taktau lagi macammana reaksinya nak ke sekolah. ish tak sabaq aih nak tengok depa pakai baju sekolah, hihi, mesti comel...

Gambar kat atas tu dua2 pakai jubah siap berserban, thanks to tok abah dan tokma hadiahkan baju untuk 3R. Rafiqh suka sangat, simpan elok2 dalam laci bajunya. Hakikatnya both 2R tak sabar dah nak ikut ayah pi masjid/surau, nak ikut berjemaah. InsyaAllah nanti ayah bawa ye, tapi kena bawa sorang2, tak boleh bawa 2 sekaligus, haru-biru nanti...

14 comments:

Asmara said...

Alolo.. Comeynya pak aji 2 tu orang berserban. Hehe.. Fith tak kerja kan? Xpe la fith puas2kan dulu jaga Rafiqh. Nnti Dah sampai masa yg sesuai baru hntr sekolah. Enjoy dgn anak2 masa kecik ni kan! Tp mmg taihen nak
melayan karenah. :)

Asmara said...

*sorry i mean Raziqh. No 2 tu. :D

Unaizah said...

Jgn kata anak-anak Fith yg baru umur 4+ & 2+ tu banyak kerenah, anak sulung akak yg tahun ni dah darjah 2 pun macam-macam hal. Lebih senang deal dgn adik dia yg 2nd tu dari deal dgn dia. Ni lah akibatnya terlalu lama takde adik & dilayan mcm putera.....jadi terlebih manja. Maknya jugak yg kena tanggung kerenah tiap hari. Sabaq je la!!!

fatimah said...

rindunya dkt semua..especially si kecil raisya, baek sgt... suka tgk muka raisya time raisya tgk gelagat abg2 dok tgh maen

Ina said...

samala ihsan kdg2 pagi2 dh spoil mood mama. tp mmg rasa frust dgn diri sndiri kan hihi. xsuka marah2. moga kita jd mama yg makin sabar n bijak deal dgn anak2 kan. fuh fuhhh! mesti comel nnt 2 rt g skool :D

aisha said...

oo raziqh...rase ye anak ke2 gitu kot fith..aida pun lebih kurang, ya ALLAH kdg2 terasa susah nk handle die.berbeza sgt2 ngan aina, yg lebih senang nk kompromi ni..semoga kite semua ibu2 ni terus sabaq dalam membesarkan anak2 amanah ALLAH swt ni.insyaALLAH..;)

aisha said...

oo raziqh...rase ye anak ke2 gitu kot fith..aida pun lebih kurang, ya ALLAH kdg2 terasa susah nk handle die.berbeza sgt2 ngan aina, yg lebih senang nk kompromi ni..semoga kite semua ibu2 ni terus sabaq dalam membesarkan anak2 amanah ALLAH swt ni.insyaALLAH..;)

Fith said...

Kak as,
Bukan tujuan nak hantar dia sekolah sbb nak lari dari tugas jaga dia.cuma nak dia lbh berdikari and learn to communicate with others.rasanya kalau dia ke sekolah,dia akan lbh matured kot,hehe.

Kak unai,
Hehe ni pun ayah dia kata terlebih manja,tp rasanya tak pun,mmg gitu dah kot trend dia,haha.mmg kena sabaq byk kan kak...

Fatimah,
Nanti blk msia,mai laa rumah kakfith...

Fith said...

Ina,
Betul tu ina,kita bgn pagi,selalu tanam azam dalam hati,hari ni takmau marah2,nak deal dgn penuh hikmah tp kdg2 meletops jugak,haha.

Aisha,
Aah ramai yg ckp gitu,2nd child punya sindrom,xtau laa setakat mana betulnya,maybe a part of it,betul kot,sbb fith pun anak kedua,rasa diri sndr susah gak nak handle dulu2,hehe.aminnnn,moga kita jd ibu yg terdidik dgn sifat sabar...

Mysara said...

Seronok baca perkembangan derang.. Mai ni dah lama xmenulis pasal anak2.. Rindu blogging tp mood xde.. Hehehe.. Faito2 fith!

Fith said...

My,
Rindu nak baca cerita my jugak!saikin geng blogger kita mcm dah kurenggg je update,huhu,sedih!
Hait2,faitoooo!

Anonymous said...

Hampir sama rupanya nama anak kita ni. Cuma skrg baru 2R campur parent = 4R. 1st Muhammad Rafique. N 2nd Muhammad Razique. Yg 3rd je belum ada lagi. Rafique pun dulu org slalu ingat girl. Yg 2nd belum tahu sbb br 1bulan.

Fith said...

Anonymous,
subhanallah,boleh pulak tersama kan,beza tang ejaan ja.mesti rafique comel orangnya...
thanks for comment btw...

oakleyses said...

converse pas cher, burberry outlet, michael kors outlet online, hollister pas cher, timberland pas cher, michael kors outlet online, michael kors outlet online, hogan outlet, kate spade, nike tn, true religion outlet, nike air max uk, michael kors, true religion jeans, uggs outlet, nike air max, nike free uk, north face, ray ban uk, north face uk, true religion outlet, nike blazer pas cher, true religion outlet, michael kors, uggs outlet, abercrombie and fitch uk, lululemon canada, vans pas cher, sac vanessa bruno, nike air max uk, michael kors outlet, michael kors outlet, ray ban pas cher, michael kors outlet, oakley pas cher, nike roshe run uk, polo lacoste, nike air force, ralph lauren uk, coach purses, coach outlet, guess pas cher, new balance, hollister uk, coach outlet store online, sac hermes, burberry handbags, replica handbags