Monday, April 9, 2012

Masalah...

Ejaannya 'masalah' tapi sebutannya 'masa-alah', kan?!

Pada suatu petang yang hening, seperti biasa Rafiqh dan Raziqh bermain kereta. Taktau laa apa jenis permainan depa, yang pastinya Raziqh jadi tukang bawa kereta sementara Rafiqh berdiri jauh dihadapan sambil terjerit2 memberi arahan...

Rafiqh : Raziqh, jalan straight, lepas tu pusing kanan...
(Raziqh terpusing arah kiri)
Rafiqh : Onichan cakap pusing kanan lah!
(Raziqh pusing arah kanan)
Rafiqh : Laaa jalan straight laaa, lepas tu pusing kanan! *nada bengang*
(Raziqh jalan straight, then pusing kanan)
Rafiqh : Ish apa masa-alahnya ni? Pusing kanan laa, kaa-nan! Itu pun tak faham2 lagi ke? *penuh emosi kemarahan*
Raziqh : Onichan ni, masa-alah betul laaa. Masa-alah apanya lagi, kanan kanan kanan! Tak habis2 masa-alah!

Hahahaha, hambik hang! Berjujuk2 masa-alah yang keluaq!

Mama yang sejak tadi dok jadi penonton akhirnya terpaksa bersuara...

Mama : Haaa laaa, MASA-ALAHnya hangpa dua2 pun 2 x 5, tok guru dengan anak murid sama saja, dua2 tak kenai kiri dengan kanan. Boleh dak main tak payah guna kiri kanan kiri kanan, pening laa mama...

Raziqh : Itu lah! Apa yang susah sangat?! Masa-lah sungguh!!!

Eh2 budak kecik ni, tak habis2 lagi masa-alah dia...
LOL *gelak guling2 macam tenggiling*

2 comments:

Heartilyina said...

Ahahaha! Adoiii geli hati. Kena rakam tu Fith kenang kenangan nk tgk balik bila diorg dh besar :D

Fith said...

Ina,
dah tak terakam dah skrg ni,tp tu laa,rugi kan saat2 mcm ni tak dpt disemadikan...