Tuesday, August 31, 2010
Happy birthday MAK!
Cara orang malas buat biskut raya...
Kalau buat biskut kat rumah mak, sekali buat memang kena buat banyak adunan, ramai sangat nak diagih, cara adun biskut pun no short cut hokey, mak sangat teliti orangnya, so kalau buat apa2 semua kena betul2 ikut resepi satu persatu. Sedikit leceh di situ, hahaha... Tapi dah sekarang ni dok buat biskut kat rumah sendiri, ikut dan ja laa buat, sapa nak kesah kan?! Bukan ada orang nak mai check pun, orang mai makan ada laa, keh3. Kalau orang tengok I buat biskut, mesti orang kata, laa senang rupanya nak buat, semua mai lempaq ja, haa tau takpa!
Orang selalu puji kata I ni rajin, aminnn, puji laa puji laa, moga puji2an tu jadi doa, moga Allah makbulkan. Nak habaq mai, sebetulnya tak rajin mana pun, suka2 ja buat biskut ni untuk hilangkan bosan, lepas tu suka jugak tengok biskut tersusun dalam balang2, comel2 ja. Eh panjang sungguh mukaddimah... So hari ni mai nak bagi tips sikit macammana cara orang malas yang teringin nak makan biskut raya ni buat biskut...
Tips no. 1, I paling malas ayak tepung. Meja makan kat dapur tu keciknya alahai, dah semua tok-nek buh atas tu, penimbang laa dulang laa tepung laa mentega laa bla3 memang tak muat aih nak bentang surat khabar dan ayak2, jadinya I letak semua bahan yang nak diayak tu dalam beg plastik, tutup hujungnya bagi kembung macam belon, lepas tu goncang saja, hah settle!
Tips no. 2, bab goreng2 tanpa minyak, contoh macam nak goreng badam ka, bijan ka, kacang tanah ka hapa2lah, aiseh take time ni, kena goreng tak boleh stop langsung, kena sentiasa goreng2 bagi sekata masak, malas punya pasal, tabur ja dalam tray, buh dalam microwave dan reheat, taraaa siap!
Tips no. 3, segala mak-neka punya bahan2 tu even cara2nya kata kena kacau rata pakai sudip ka hapa ka, I bantai ja pakai mixer. Dari awai sampai selesai adun semuanya pakai mixer, lepas tu kepal2 laa adunan tu pakai sudip atau tangan. Kalau pakai mixer ni, selalunya tak sampai 10minit dah siap adun bahan dah...
Tips no. 4, untuk kebanyakan resepi biskut, kaedah canai-terap adalah sangat mudah dan cepat. Nak canai bagi lawa pun senang saja, lapik dok atas bawah dengan plastik supermarket yang bersih(gunting tepi2 tu), canai dan terap, memang sat ja dah beres...
Okes, tu saja.
Sekarang ni makin tambah2 suka buat biskut raya sebab ada 2orang tukang makan yang setia. Suka laa tengok 2R pulun makan, baki2 biskut lebihan tak muat balang tu memang licin on the spot laa. Si Rafiqh tu hari tu makan samperit sampai tersedak2, kan samperit tu gebu, bila makan laju sangat akan lekat2 kat tekak, mama pun kata "hish makan slow2, kan dah tersedak", tau apa dia jawab?! "Ermmm sedap sangat!", tuh dia, kembang mamanya youuuu...
Jom2, jom godek biskut lagi...
Monday, August 30, 2010
Resepi biskut raya
Biskut no 3 ialah choc chips spotties, resepi dari my sis-ateh. Dia minta dari kawannya, dia kata sedap amat biskut ni, setara famous amous(tak reti eja). Ceq makan famous amous tu pun tak pernah kot, so ni try laa buat nak rasa tara mana sedap sangat kan, keh3. Kesimpulannya sedap laa jugak, rangup2 gitu. Sebab hari tu dah buat choc chips, yang ni kasi up sikit, buh make up bagi comel dan bagi nampak ada kelainan sikit laa...
- masukkan telur dan esen vanila
- masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder dan soda
- masukkan cornflakes, badam dan choc chips
- bentukkan guna sudu, buat kecik2 ye sebab biskut ni mengembang
Bahan2:
200 gm mentega
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
hiasan ceri - I guna kismis
pewarna kuning telur - tak letak pun
Cara2:
- ayak ketiga2 tepung
- pukul mentega dengan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila
- masukkan tepung dan kacau sebati
- bentukkan dengan acuan samperit, hias dan bakar pada suhu 150darjah selama 15-20minit
note : I lebihkan tepung gandum sebab doh ni agak lembik...
Lagi juadah berbuka
Kuih cara manis ni pun kurang menjadi, hadoiii laa, menyampah betul bila buat benda yang dah selalu buat tapi tetiba boleh tak jadi pulak. Walaupun tak jadi tapi Rafiqh makan banyak jugak, memang favourite dia pun, dok panas2 lagi dah minta nak makan. Raziqh pun pulun sama, at last masa berbuka puasa, dua2 tak makan nasi dah, kenyang sangatlah gamaknya tu...
Sabtu pulak buat projek kuih raya dan murtabak segera. Murtabak ni tengok kat blog Dayot, terus datang ilham nak buat. Sebelum2 ni pernah dah jumpa resepi ni kat myR tapi sebab susah nak jumpa kulit popia halal kat Jepun ni, so tak terbuat2 laa. Tapi kan hari tu dah beli kulit spring roll berlambak2, hah apalagi, la-la tu jugak keluarkan bahan2. Simple ja nak buat dan yang paling penting sedap! Resepi asal ni dari Minami131 @ Ecah kat myResepi, thanks!
Ni projek biskut raya no. 4, samperit. Samperit adalah kuih raya wajib bagi I, my favourite! Tahun ni cuba resepi baru, ambil kat myR, nanti I letak dalam next entry ya resepinya. Kalau tengok kat web tu katanya 1 adunan boleh hasilkan 200biji so I pun buat laa 1/2 adunan saja. Bila dah siap, alamak tak dapat 100biji pun, dan paling utama tak penuh 1 balang pun. Tu tak masuk yang budak2 ni dok angkut makan lagi tu, malamnya lepas buka puasa mak depa pulak bedal, tengok2 tinggal 2baris ja lagi, hahaha, jadinya pagi semalam buat lagi setengah adunan. Dapat laa penuhkan sebalang tu, ada baki sikit2 lagi boleh laa bagi depa ni makan. Resepi yang dok guna tahun lepas dan 2tahun lepas tu gebu amat, sampai susah nak angkat dari dulang untuk susun dalam bekas, mudah hancur. Kali ni gebu jugak tapi tak segebu yang lepas, but still not bad laa untuk simpan resepi ni untuk next time...
Friday, August 27, 2010
Mamai ka?!
Dah 17 hari kita berpuasa, kurang separuh bulan saja lagi kita dah nak beraya. Baju2 raya anak2 tak alter habis lagi, mood nak menjahit tu kureng sikit kebelakangan ni. Nak menjahit rasanya malam laa paling sesuai tapi malam2 lepas terawih dah masuk tidur, in fact masa tidurkan budak2 ni pukul 8 tu dah tertidur dah pun, mengantuk sungguh2. Siang2 memang tak sempat laa nak sentuh mesin jahit, buat itu buat ini tengok2 dah masuk asar, dah nak kena bersilat kat dapur pulak kan...
Rumah ni lagu raya pun tak pasang lagi. Dekat2 nak raya nanti baru pasang biasanya, takdak 'rasa' apa dah pun kalau dengar lagu raya, sayu sikit2 saja, naik mangli dah raya kat perantauan, hehe...
Dah lebih separuh bulan berpuasa ni alhamdulillah badan pun dah adjust dan sesuaikan sepenuhnya dengan musim panas sekarang. Dah tak sepenat awal2 puasa dulu, tapi yang pasti lepas buka puasa hingga sahur mesti minum bergelen2 air, dahaga sangat2. Rupa2nya tak laa teruk sangat pun nak puasa dalam musim panas, boleh ja, hari tu risau2 jugak takut tak mampu bertahan tapi sekarang rasa ok dah, alhamdulillah. Susu badan pun still ok, dok top up Raziqh minum air masak, yogurt dan jus, so kadang2 bila dia lama tak nyusu boleh laa rasa engorge. Setakat puasa ni berat pun dah turun 3kg, kalau tak sakan buat kuih tiap2 hari rasanya boleh turun banyak lagi tu, tapi apakan daya tangan ni gatai sangat nak kelebek kuih, dah kelebek2 sendiri kena makan ler. Tapi pun, dok pikiaq2 kalau tak buat kuih, takat harap makan nasi ja laa, memanglah tak cukup sebabnya makan nasi pun sikit bebenor, tang mana nak datang zat2 nutrisi2 tu kan?! Bantai ja laa makan sesedap mulut, tak turun takpa jangan pi naik sudah, hihi...
Sekian, bebelan sementara tunggu masa berbuka. Selamat berbuka kawan2!
Nuzul Qur'an dan resepi juadah berbuka semalam
Hari ni kat Malaysia ramai laa yang cuti kan? Mesti ramai yang ambil kesempatan cuti 3hari ni untuk balik kampung berbuka bersama keluarga, eiii bestnya...
Hari ni nak update resepi lagi, hish bulan2 puasa ni dok kerja melayoq masakan pulak kan, adehhh, takdak idea nak meng-update benornye. So apa kata kita share resepi lah ye, kot2 boleh bagi ilham kat sapa2 nak masak juadah berbuka nanti. Being me yang tak pandai sangat masak ni, lauk-pauk dan masakan semuanya resepi simple2 saja, takdak aih nak grand2. Selalunya penyediaan bahan dan proses memasak ni tak ambil masa yang lama pun, campak2 taraaa siap! Yang paling penting, kita dapat jamu suami dan anak2 hasil dari air tangan sendiri, insyaAllah banyak keberkatannya tu...
1 sudu besar madu
Cara2:
Buat lagi buah melaka ni sebab hari tu tak puas makan. Ok, dah puas dah makan, next kuih lain pulak...
Hari rabu lepas buat biskut ni, pagi semalam baru salut coklat. Yang salut2 ni nak simpan untuk tetamu, ceh tetamu konon, macam laa ada orang nak mai rumah, hihi. Ada jugak yang tak salut, tu untuk budak 2orang ni. Resepi nanti I letak next time ok...
Thursday, August 26, 2010
Juadah berbuka lagi...
Bahan2:
Caramel cheese pudding
30 gm gula
Cara2:
Selalunya Rafiqh dan Raziqh suka makan cheese tapi puding ni tak layan laa pulak. Petang semalam suap depa makan, dua2 orang makan sesudu saja, bila nak suap lagi Rafiqh cakap taknak, Raziqh pulak tak buka mulut, bila tanya "nak lagi?" dia geleng kepala, bila tanya "mou ii?(=dah ka?)" dia angguk, haha lawak tengok reaksi muka dia, musykil jugak awal2 tu, ish takkan tak sedap kot, bila sendiri dah rasa, uishhh sedap amat, habis dah semua mama makan, tapi pelik laa pulak awat depa takmau, ermmm... Takpa, lepas2 ni nak try buat puding karamel biasa laa pulak...
150 juta
Suka laa dengar lagu ni, so sweet...
Cumanya kalau tukar part the guy with lady and vise versa, this song really suit me and myLove, muahahaha tetiba nak jiwang karat laa pulak...
I hardly story about myLove kan, gaduh-berperang-dingin ka romantik-tangkap-leleh-guling2-atas-bukit-jatuh-gaung ka hapa ka, it always remains as our secrets, hal ehwal rumahtangga ni tak payah nak canang sangat pun...
1st time kami jumpa ialah pada malam 23 mac 2003, hari pertama I jejakkan kaki kat Yamaguchi ni. Bertunang pada 22 feb 2004 dan diijabkabulkan pada 25 feb 2005, oh semalam anniversary kami yang ke 5tahun 6bulan. Dah lebih 7tahun kami kenal tapi rasa macam masih banyak lagi perkara yang I perlu cuba fahami tentang dia...
MyLove ni seorang yang agak pendiam, taklah peramah sangat. Tapi kalau dah jumpa geng dia atau gu yang boleh masuk sembang, boleh ja dia bercakap non-stop, hihi. Dah kalau dengan lelaki pun dia tak banyak cakap, dengan perempuan apatah lagi kan?! Tapi I tak kesah pun, Allah tu menciptakan suami dan isteri itu untuk saling melengkapi, memang akan berlainan sifatnya, kalau dah dua2 banyak cakap, siapa pulak nak jadi pendengar, yer tak?
MyLove ni luarannya nampak dingin dan tak romantik. Selama kenal dia, jarang2 laa nak dapat dengar dia bermadah berpujangga bagai, dia bukan jenis lelaki bermulut manis. But I don't mind, I pun jenis yang geli dengan lelaki yang pandai mengayat ni. Prefer dengar apa yang datang betul2 dari hati, so kalau dia nak memuji atau ungkapkan cintanya, biar dia betul2 maksudkannya, barulah feel tu extra sikit. Romantik pulak, memang dia tak pernah belikan bunga or whatnot for me, but he has his own way to show his love, so kira romantik jugak laa kadang2 tu, hiks...
Walau macammana sekalipun dia, walau apa sekalipun orang bercerita tentang dia, hanya I yang lebih mengenali dia...
"Buat apa dicerita bahagia kita rasa, biar tak dipercaya, peduli orang kata"
"Aku lagi kenal dia!"
"Saya kenal sayang saya!"
Wednesday, August 25, 2010
Oyasumi~~~
Baju tidur yang Rafiqh dan Raziqh pakai ni adalah hadiah dari Tokma depa, masa mak bagi ni Raziqh lahir pun belum, hihi. Sebenarnya ni hadiah birthday Syafiy(anak abanglong+kaklong) tapi macam biasalah dah kalau sorang dapat, sure kena belikan untuk semua cucu2nya kan. Lepas lebih setahun mama simpan, baru semalam Raziqh rasmikan, thank you tokma!
Suka sangat tengok dia pakai baju tu, sooo cute, siap dengan jalan kedek2. Rafiqh pun tak habis2 dok sebut adik kawaiii, comel, hohoho...
Cerita pasal tidur ni, awal2 ramadhan hari tu depa buat susah nak tidur awal malam2, kadang2 tu pukul 10 baru lelap, perghhh penat berkepung. Duk rumah apato kat Jepun ni bukan boleh buat bising selepas pukul 9, ada satgi polis mai ketuk pintu rumah pulak kan. Eh tapi bebudak ni tak laa bising sampai tahap polis boleh mai, cumanya kadang2 depa berlari, main baling2 barang, panjat2 meja, hunggaq2 itu ini, adeehhh bising jugak tu. That's why kami prefer depa tidur awai, lapang sikit otak ni. Tidur awal jugak bagus untuk perkembangan minda anak2 kan?! Terfikir jugak macammana laa mak2 lain handle anak2 yang takmau tidur awal ni, tapi kat Malaysia no hal kot ek, bukan ada sapa kesah pun kan. Errr tapi tak penat ka, kalau I selagi anak2 tak tidur, selagi tu tak boleh nak consider yang kerja2 I dah selesai...
Mujur jugak tak lama buat perangai takmau tidur awal tu, sekarang dah back to normal. Pukul 7 buka puasa, pukul 7.30 dah get ready minum susu-berus gigi-salin diaper-salin baju, pukul 8 dah masuk bilik untuk tidur. Setakat ni sahur pun depa jarang terjaga sama, tadi pagi ja entah apa mimpi dua2 bangun, Rafiqh minum segelas susu tapi Raziqh balun makan nasi jugak, macam orang nak puasa aih. Tunggu ayah mama selesai sahur baru depa masuk tidur balik, ish3 lepas2 ni toksah bangun dah hokey...
Monday, August 23, 2010
Rafiqh si potpetpotpet
Hari tu tanya dia...
Me: Rafiqh, puasa tak?
Rafiqh: Puasa!
Me: Puasa tu apa onichan?
Rafiqh: Puasa tu keja!
Me: Owhhh keja, keja tu apa?
Rafiqh: Ermmmmmmmm, kaisya!(=company)
Wah2, hebat ek, asai kerja ja kaisya, which he refers to ayahnya kerja kat kaisya... Selalunya rangkaian soalan yang dok soal-jawab-soal-jawab tu dia jawab tanpa ada kaitan dengan soalan pertama, kira macam cakap/jawab ikut sedap mulut ja...
Ni perbualan biasa...
Rafiqh: Mama, nak makan!
Me: Laa kan tadi baru ja makan, nak makan apa lagi?
Rafiqh: Nak makan!
Me: Haa ya laa, nak makan apa?
Rafiqh : Nak makan makanan laa!
Me: Ish budak ni, memang laa makan makanan, takkan nak makan penampaq pulak kot...
Sebenarnya dia tau nak minta nak makan apa, susu ka, biskut ka, nasi ka, tapi kadang2 mungkin nak makan sesuatu yang lain tapi tak reti nak sebut so jadinya nak makan makanan, hapa2 laa...
Kalau anak orang lain suka tanya mak depa, "mama buat apa tu?" tapi Rafiqh suka tanya "mama masak apa?", semua2 benda pun tanya masak apa, macam laa mak hang rajin sangat memasak, sampaikan mak dia tengah lipat baju pun dia boleh tanya "mama, mama masak apa?", mama jawab "mama masak baju!", boleh?!
Sunday, August 22, 2010
Dadih lagi dan biskut lagi...
Dadih yang dibuat semalam dah habis licin, 2R ni memang suka betul dadih, nak2 pulak I memang sengaja buat bagi lembut beralun, suap-telan-suap-telan je laa kan. Bagi yang duk Malaysia teringin nak makan ja boleh laa beli, tapi tu pun tak sedap tara mana, selalunya kalau beli dadih orang juai ni mesti ada rasa tepung2, depa buat dadih pakai susu tepung ka ek? Pelik sungguh! Lagi baik buat sendiri, bukan susah pun. Beli ja susu segar MARDI tu 2-3liter, lepas tu masak dalam periuk, buh agar2 bertali tu, haa masak sampai agar2 tu cair, kalau rajin sila tapis, kalau malas bantai ja buh gula dan garam sikit, sebelum cedok masuk bekas untuk letak pewarna/perisa tu boleh laa tapis ala kadar, settle! Senang ja kan, yang pasti lagiiii sedap dari hat dok beli tu! Kalau duk oversea macam Jepun yang susu lembu asli(yang dalam botol) mahai tahap gaban, boleh ja ganti dengan freshmilk biasa, tapi pilih laa yang tinggi kandungan lemaknya, janganlah pulak pi beli yang lowfat milk tu kan, tak sedap. Susu yang I dok beli ni dalam 200yen sekotak, beli pure milk yang pekat macam santan tu, huihhh nanti tengah2 nak membeku tu akan terbentuk lapisan susu tu, perghhh sure terangkat! Hari ni buat plain dadih dan perisa koko pulak, nyum2!
Juadah berbuka
Air jagung biji selasih...
Orang selalu buat sirap biji selasih, tapi tekak ni tetiba teringin pulak nak minum air jagung padahal biji selasih dah rendam, tibai ja laa buat air jagung buh biji selasih, tak salah pun kan, bukan mabuk pun. Biji selasih ni dikatakan mampu menyejukkan badan, selain biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk dan gula batu jugak dipercayai boleh menyejukkan badan, so di kala panas lit2 la ni jom pakat minum air biji selasih. Betui ka dak boleh sejuk badan tu jangan tanya ek, ceq pun taktau!
Choc chips cookies...
Biskut raya pertama dibuat untuk tahun ni, untuk elakkan biskut raya ni jadi biskut puasa, sebalang dah pun selamat disembunyi, lagi sebalang dah licin budak2 ni makan...
Buah melaka @ onde2...
Buat sikit ja, secawan tepung beras pulut saja, dapat laa sepinggan tu, tak puas pun makan sebab bagi jiran sikit, tiba2 dia mai hantar juadah berbuka, kebetulan pulak takdak apa nak balas so bagi ja buah melaka ni, taktau laa dia reti makan ka tak, sebab dia sekeluarga dari Sudan. Esok lusa buat lagi laa jawabnya...
Resepi:
1 cawan tepung beras pulut
3 helai daun pandan - blend dengan air, tos untuk ambil airnya
sedikit pewarna hijau
gula melaka - dipotong kecil
kepala parut - ambil putihnya saja (guna kelapa kering ja)
sedikit garam
Cara2:
- gaul tepung dengan air pandan dan pewarna hijau hingga jadi doh yang tak lembut dan tak keras, agak2 laa ye
- didihkan air
- buat bulat2 sebesar guli, leperkan dan masukkan gula melaka, bulatkan kembali dan buh dalam air panas tadi
- tunggu hingga buah melaka tadi timbul, angkat toskan dan golek2 atas kepala parut yang dah digaul garam
Donat...
Goreng untuk minum petang bebudak ni, sekaligus untuk mama jugak laa, boleh makan lepas terawih, hihi...
Juadah berbuka semalam...
Nasi goreng tomyam...
gula
Friday, August 20, 2010
Masam manis ramadhan
Bulan2 puasa ni pun syok jugak melayan drama yang ditayangkan sempena ramadhan, selalunya drama/telemovie tu semua mesti best2. Ingat lagi dulu masa kecik2 ada drama Rumah Kedai, petang2 sementara tunggu nak buka puasa tu layan drama ni laa, selain tu suka jugak tengok slot2 resepi buat kuih raya dan jejak rasul...
Dan kalau nak tau, nama Rafiqh ni pun kami ambil sempena drama bulan puasa iaitu Diari Ramadhan Rafique, haha, ni bukan kerja mama hokey, ni ayah 2R punya idea. Berkenan sangat kat watak tu gamaknya, sampaikan dulu2 kohai2 sini suka nyanyi lagu diari ramadhan rafique tu kat rafiqh, hahaha mengong!
Tahun ni ada 1 drama yang best, eh 2 sebenarnya. Slot Samarinda Syurgamu Ramadhan dan Masam manis ramadhan, dua2 pun best, I tengok kat web tv3. Masam manis ramadhan tu baru episod ke-3, kisah cerita berkisar pada kehidupan sebuah keluarga, Sheila Rusly sebagai ibu tunggal yang membesarkan anak2nya dengan bekerja sebagai tukang masak katering. Suka tengok watak budak lelaki Syafiq tu yang subhanallah pasti semua ibu impikan anak seperti dia kan, setiap kali tengok wataknya selalu hati ni berdoa moga2 anak2 mama pun nanti sebaik Syafiq, amin. Sheila Rusly digambarkan sebagai ibu yang solehah, sangat soft-spoken, benar2 penyabar, tersentuh hati ni tengok peribadinya, ya Allah bila laa haku nak jadi macam tu, huhu. Memang kalau boleh nak jadi ibu yang se-cool dia dalam mengendalikan kerenah anak2. Tapi entahlah, memang belum cukup penyabar lagi kot diri ni untuk selalu bersikap tenang dengan perangai anak2. Sapa2 yang takdak kerja(macam saya) haa boleh laa layan drama2 ni, hiks...
Ada 1 drama lagi dok tengok, Epilog syurga cinta, adehhh nak kutuk sikit boleh? Hapa punya cerita laa, banyak gila part tak lojik, sakit jugak kepala ni tengok, so rasanya semalam adalah episod last kot, lepas2 ni takmau tengok dah, macam hapa entah jalan cerita. Ramai kata cerita tu best sebab ada budak Mia tu ja, entah, I tak minat laa pulak, cute memanglah cute tapi takat cute ja berlakon tak reti nak buat hapa, hahaha. Ramai lagi budak tak berapa comel tapi berlakon tip top, I bukan nak tengok budak comel(kat rumah ni pun dah ada 2budak comel tak larat dah nak tengok, hak2), I nak tengok budak pandai berlakon. Wahhh statement satgi ada pulak mai hentam ni, hentamlah labu, tak kesah pun...
Ok, enough babbling for this morning...
Wednesday, August 18, 2010
Cara memupuk kasih sayang abang dan adik...
Tak ada adik-beradik dalam dunia ni tak berselisih, tak ada yang tak bercakaran, jangankan yang kecik2, yang besar2 tua bangka ni pun kadang2 masih bertelingkah, betul tak? Itu adalah asam garam kehidupan, laluan yang nak taknak kita terpaksa tempuh. Air kita boleh bulatkan dengan acuan tapi hati2 manusia, mampukah kita satukan?! So kita kenalah faham bahawa normal laa untuk adik-beradik tu bergaduh, as long as tak sampai tahap bermusuhan. Bak kata pepatah, hubungan adik-beradik ni ibarat air yang dicincang, takkan putus! Bergaduh bertumbuk berdebik bergomol hah lantaklah apapun, but at the end of that part they'll come back to each other. Ops tu tahap jauh lagi laa untuk 2R kan, budak2 takkan gaduh sampai benci dendam kesumat, tapi tadi tu I bagi contoh untuk situasi bila dah besar panjang laa. Memikirkan hal tu membuatkan I rasa ada baiknya pupuk rasa kasih, rasa bertanggungjawab sesama adik-beradik, rasa cinta, rasa hormat-menghormati dan sejuta rasa yang positif lainnya antara mereka sejak depa masih kecik2 lagi...
Sejak azalinya rasa kasih sesama mereka tu dah lama wujud, Allah dah benihkan rasa cinta dalam hati semua manusia apatah lagi laa adik beradik yang lahir dari benih ibu dan bapa yang sama, membesar dalam rahim yang sama, kemudiannya dibesarkan dalam satu persekitaran, apapun yang selebihnya kita lah kena usahakan. Kalau ikut petua orang tua, tali pusat bayi baki dipotong lepas kelahiran tu bila luruh jangan dibuang, sebaliknya kita kena simpan dalam satu bekas yang sama sesama mereka adik-beradik, kengkononnya boleh tautkan lebih kasih-sayang lah, wallahua'lam, taktau sejauh mana kebenarannya...
Macam Rafiqh ni memanglah sayang adiknya tapi kuat jugak mengusik dan sakat adik. Setiap hari ada ja point nak buat adik melalak. Kadang2 tu dia macam nak bermanja je, baring2 atas riba adik, tidur sebelah adik atau peluk2 adik tapi adik tak suka, so jadilah aksi tolak-menolak, haha. Selalunya bila Rafiqh buat Raziqh menangis, instead of I yang pujuk adik, I'll ask Rafiqh to do so, suruh dia minta maaf dan pujuk adik sampai diam. Contohnya bila Rafiqh buat adiknya jatuh, dia sedar dia salah, dari satu sudut mungkin dia tak sengaja, so daripada membuatkan dia rasa dirinya trouble maker yang tak habis2 buat adik nangis, kan lagi baik kalau kita jadikan dia hero, I simply stay away from his brother and ask him to pick up adik, usap adik and say sorry to adik. 2-3kali ajar dia buat macam tu, nanti lama2 dia sendiri akan ada rasa bertanggung-jawab terhadap adiknya, nanti2 tak payah suruh dah, dia sendiri akan buat macam tu setiap kali adik nangis... Sekarang ni kalau Raziqh menangis, modal dia nak pujuk ialah dengan cakap "shi-kun, asoboune(=jom main)", oh btw he's the only 1 who call Raziqh shi-kun, singkatan Takeshi-kun, entah sapa ajaq pun taktau, dalam rumah ni dia sorang laa yang rajin panggil adik dan dirinya sendiri dengan nama japanese, perasan jepun eh, hihi. Tak pun dia umpan dengan foods atau toys, and I do think he did a good job, memang adik akan automatically berhenti menangis, makan pujuk pulak dengan abangnya...
Bila time makan, Rafiqh dah pandai minta nak makan itu ini, so selalulah bila dia minta nak makan sesuatu contohnya biskut, dulu2 I akan minta dia ambil untuk si adik jugak. Boleh je I nak ambil, letak dalam pinggan dan hulur kat adik tu kan, tapi I tetap suruh dia yang buatkan. Sekarang dah jadi habit, bila dia nak makan dia sediakan pinggan, sudu dan air dia, at the same time dia sediakan untuk Raziqh jugak. Same goes with everytime he takes foods, cucur ka biskut ka coklat ka buah ka keropok ka, dah tak payah suruh dah dia mesti ambik 2, 1 untuk dia, 1 untuk adik. Bukan foods saja, benda2 lain pun sama, selalu ambil untuk diri sendiri dan tak lupa untuk adik jugak. Untuk certain makanan yang adik tak reti makan sendiri(read: kena suap) dia boleh dah diharap suap adik, contoh macam makan kismis ka choc chips ka roti(dia koyak kecik2 sebelum suap) dll. Semalam I belikan keropok jagung karamel, agak besarlah nak masuk sebiji dalam mulut adik, so dia gigit separuh dan suapkan yang separuh lagi kat adik, he said "hanbunko(=separuh2)", so cute, cair hati mama tengok...
Dia juga boleh diharap jaga keselamatan adik. Untuk perkara2 yang merbahaya adik suka buat seperti kutip sampah dan makan, panjat2, main benda bukan2 dan sebagainya, I akan minta Rafiqh yang angkat adik atau ambil apa yang ada kat tangan adik. Memang dia sangat concern dengan adiknya, banyak kali jugaklah dia selamatkan si adik ni, hihi...
Dalam hal berebut toys pulak, ni memang kerja depa setiap hari. Hang minat aku punya mainan, aku pulak minat hang punya, time sorang tak pegang, sorang lagi tu hagham tak heran pun nak jeling, tapi pantang salah sorang pegang, yang sorang lagi pun la-la tu rasa nak main, haha, sangat familiar kan situasi ni? Jadinya sebagai abang, I ajar dia kalau nak ambil toys yang adik tengah main, sila gantikan dengan toys lain supaya adik tak nangis. Jangan rampas barang adik, ambil baik2 dan bagi yang lain sebagai ganti, memang ternyata adik pun tak kesah sebenarnya...
Makan/minum dari satu sumber yang sama pun boleh diprektikkan jugak. Ala2 macam makan dalam dulang laa, ada hikmahnya dari amalan tu kan, meh laa kita cuba2 pupuk jadikan habit untuk anak2. Suapkan depa makan sama2, berkongsi air dan makanan. Membesarkan mereka dalam satu persekitaran yang sama pun faktor yang penting...
Adik-beradik bertelingkah bukanlah sesuatu yang perlu kita lihat sebagai masalah. Ianya fasa biasa yang mesti dilalui oleh semua orang yang normal, sebabnya dari pergaduhan lah mereka belajar bertolak-ansur, dari perkelahian mereka akan lebih mengenal erti kehidupan, mereka belajar untuk merasa menang dan kalah, mereka belajar untuk ubati hati yang sedih, mereka belajar untuk lebih bersensitiviti dan banyaklah...
Semoga anak2 mama membesar dengan penuh rasa kasih-sayang, moga ikatan tautan kasih sesama adik-beradik tu sentiasa kuat dan padu...
Jelly teh bunga kekwa, yummeh!
1st time kenal dan makan jelly ni masa bulan puasa tahun lepas, waduhhh nikmat! Sebelum2 tu cuma tau makan jelly kelapa muda je, sekali masa nak beli jelly kelapa muda ternampak jelly ni, disebabkan I memang peminat air teh bunga kekwa, memang tak fikir 2kali dah terus je beli. Ternyata memang kena dengan selera, makanya setiap hari laa kerja mengangkut jelly ni kat bazaar. Bila balik sini teringat2 jelly dan air teh bunga kekwa ni, mak dah kirimkan 5packs bunga2 yang dah dikeringkan, perghhh silalah melantak, keh3...
Hari tu masa birthday party Raziqh I dah try buat air ni, sedap, suka sangat. So kali ni try buat jelly pulak, apa beza jelly dengan agar2? Eh beza tu, tak sama! Jelly ni lebih lembut beralun, agak kenyal dan liat2 gitu. Agar2 pulak selalunya keras sikit berbanding jelly, tak kenyal mahupun liat. Dua2 pun best, kalau I agar2 pun prefer yang lembut2...
Jom tengok resepi:
2 liter air
1 pack jelly/8gm agar2
3 sudu besar bunga kekwa
15 sudu besar gula
Cara2 nak buat jelly teh bunga kekwa ialah:
- masakkan jelly/agar2 dalam air hingga larut sepenuhnya
- masukkan bunga dan gula, masak hingga mendidih
- tutup api dan biarkan sejuk seketika
- cedok masuk cups
Setakat ramadhan ni sejenis kuih pun tak buat lagi, ni 1st time buat benda lain selain nasi. Mulai esok nak godek kuih laa pulak, myLove tak makan takpa, budak2 dan mak budak ada untuk membedal...
Tuesday, August 17, 2010
2R @ 1year old
Persamaan:
- both boleh berjalan pada usia yang hampir sama, +- 2weeks before their 1st birthday dua2 dah boleh berjalan(read: menapak lebih dari 10tapak). As for Rafiqh, he officially walking a week after he turned 1, once dah steady berjalan, he said sayonara(=bye2) to merangkak! Menonong berjalan dalam dan luar rumah. On the other hand, Raziqh tak pulak macam tu. Until this moment merangkak dan berjalan tu still sama banyak, kat dalam rumah laa, kalau kat luar dia belasah merangkak jugak even though dah pakaikan kasut, haiseh! Akibat masih 50-50 jalan dan merangkak, dia jalan taklah steady lagi, gaya jalan pun macam orang berlari, laju tak hingat, gopoh nak cepat sampai so selalu tersadung jatuh tersungkur, haha awat laa loqlaq sangat?! Tapi takpa laa, asai mau prektis dah kira ok dah, jangan serik jatuh ye, boy mesti mau kuat naa, gambatte ne Takeshi-kun!!!
- selera makan dua2 tak kalah, kadang2 sampai mak depa surrender lah punya taktau nak jamu apa dah. Tambah2 sekarang bulan puasa, petang2 dah tak buat minum petang so sementara nak tunggu waktu buka puasa tu kesian tengok dua2 orang macam orang takdak arah cari benda nak makan. Biskut satu pack sehari ja dah habis, adeh deh deh, tak suka sangat nak jamu biskut2 ni sebab manis, nampak gaya mama kena buat donat/kuih2 frozen lah esok lusa...
- mesti orang pelik, makan kuat tapi badan tak besaq mana pun, haa memang pun, sebab depa ni poop kadang2 tu boleh sampai 5kali sehari, macam orang solat laa pulak, hehe. Tak kurang jugak aktifnya ya ampunnn, berpeluh2 kuyup sentiasa. Sebab tu tak naik berat kot ek...
- dua2 pun kuat melasak, memang tak reti duk diam seminit, ada ja laa kerja depa nak buat. Dulu2 masa dengan Rafiqh memang rasa penatlah jugak tapi sekarang ni bila dengan Raziqh, dah get used agaknya so tarak hal laa tengok depa pi mai pi mai 'bekerja'...
Perbezaan:
- rambut Rafiqh lebat dan hitam, sekejap ja dah panjang. Raziqh pulak rambutnya nipis halus dan tak hitam sangat, lambatnya laa nak panjang...- fizikal Rafiqh lebih fit compared to Raziqh. Rafiqh tahan lasak dan tegap, Raziqh kurang tahan lasak dan badan pun halus kecik saja...
- Rafiqh nampak matured, dari segi rupa mahupun tingkah-laku, maybe sebab anak 1st kot ek, selalu dengar orang cakap anak pertama peribadinya begitu. Dia lebih berdikari dan manja(sensitif). Raziqh pulak hingga sekarang pun rasa macam masih baby lagi, sangatlah anak mak, manja all the time...- Rafiqh belajar menyanyi dekat2 nak masuk 2tahun, tapi Raziqh sekarang pun dah boleh nyanyi, part ni mak depa pun terkejut, haha. Tapi bukanlah semua lagu, 2-3lagu yang sangat familiar sajalah, dia miming keluar bunyi ikut rentak saja, selebihnya dia joget2. Rafiqh sampai sekarang pun tak reti menari, seriously selama hidup ni I tak pernah jumpa budak tak reti menari, haissshhh...
- Rafiqh mula tunjukkan minat terhadap sesuatu ie kenderaan dan binatang sejak usianya 2tahun lebih, so far I perhatikan dia jenis yang kurang obses dalam semua hal. Kalau toys pun dia main gitu2 je, jarang sangat ada yang dia betul2 tumpu, lebih kurang macam daya tumpuannya pendek lah. Berbeza dengan Raziqh, daya tumpuannya lebih panjang, means kalau dia tengah baca buku, dia boleh ulit buku tu sorang2 lama2, sampaikan selalu mama tercari2 eh mana Raziqh diam aje, tengok2 dia dok baca buku atau main. Sejak baby lagi nampak dia sangat minat bola, buku dan kereta, sampai sekarang pun minat dia maintain...
- Raziqh sangat clingy, kuat merap, pantang tengok mama duduk, mesti datang panjat atas riba at least untuk hugs and kisses mama, but actually most of the times nak menyusu lah kononnya, bukan menyusu sangat pun, nak menempek aje. Rafiqh dulu tak pulak macam ni, mungkin sebab dia belum pun setahun I dah pregnant-kan Raziqh, so dia pun dah pandai2 bawa diri kot yer, hehe...- Raziqh pandai jeles, tak boleh tengok onichan datang baring atau duduk atas riba mama, dia tolak2 onichan turun. Taktau laa pulak macammana reaksinya kalau mama pegang baby lain. Rafiqh dari dulu sampai sekarang memang tak jeles, malah dia suka budak2, banyak beralah...
Ok, tu je kot yang terlintas. Lain anak lain personalitinya lain ragamnya, seronok tengok anak2 membesar, macam2 kerenah... Moga anak2 mama membesar menjadi muslim yang hebat, amin!