Thursday, January 21, 2010

Sama tak?!

Rafiqh Tsuyoshi...



Raziqh Takeshi...


Apa persamaan Rafiqh dan Raziqh?!

Memang tak banyak pun persamaan antara si abang dan si adik ni, baik dari segi fizikal, apatah lagi tumbesaran, minat, kesukaan, habit dan perangai... Biasa laa tu kan, sedangkan kembar pun ada bezanya, ni kan pulak cuma adik-beradik aje, hehe...

Orang2 tua selalu kata, budak2 ni mukanya akan berubah2 kejap macam ayahnya, kejap macam mak-nya, sampai laa satu masa tu akan stop berubah then baru betul2 nampak iras siapa. Ya, betul, memang tak boleh dinafikan lagi kebenarannya...
Masa Rafiqh lahir hinggalah dah dekat setahun usianya, masih tak nampak jelas lagi dia iras siapa, kadang2 orang kata macam ayahnya, ada pulak yang kata macam mak-nya, tapi sekarang memang nampak dia sangat mirip ayahnya. Rambut, kening, mata dan bentuk mukanya diwarisi dari ayahnya. Nak2 pulak dia ada garisan di pipi yang buatkan dia lagilah sebijik macam myLove(especially bila dia senyum). Cuma tang hidung tu ja macam mama, kira ok laa kan, ada jugak 'acuan' mama, wohohoho...

Raziqh pulak sebab masih kecik so tak nampak lagilah dia ni nak ikut siapa. Tapi memang dia lain sangat kan, ramai sangat orang tegur kata dia tak macam myLove or even me. Ya laa, ya laa, tau laa dia putih sikit sedangkan mak pak dia tak putih, hehe. Mata tu pulak sepet, dah laa sepet, takdak kelopak mata pulak tu, haihhh... Tapi cuba tengok gambar dia dan Rafiqh kat atas tu, mata depa sama kan? Rafiqh makin besar matanya makin luas dan ada kelopak, Raziqh pun sekarang dah nampak luas sikit dah(ayat penyedap hati, eh bukan tak suka dia sepet, cuma rasa janggal sebab kami takdak keturunan sepet, hakhakhak). Juniors I selalu kata Raziqh ni kalau tercicir tepi jalan mesti orang ingat anak jepun, ish ya ka? Pepandai ja hangpa ni tau. Tak kot kan, sebab anak jepun gemok2, adik tak montel pun, kan? kan? hihi...
Masa mak tengok Raziqh selepas beberapa hari dilahirkan, mak 'tegur' garisan di pipi Raziqh, aah masa dia berusia baru beberapa hari tu dia pun ada garisan yang sama macam Rafiqh, mak kata "tengok kat pipi ni ja pun dah tau dah dia anak Ishkandar", hahaha. Peliknya, lama2 garisan tu hilanglah pulak...
Tak kesah laa kan mirip siapa pun, yang pasti Rafiqh dan Raziqh tetap anak2 ayah dan mama...

14 comments:

zura said...
This comment has been removed by the author.
zura said...

chup.., garisan kak pipi tu maksudnya dimple ker..? atau rg melayu selalu pangil lesung pipit..!

erm tak kisah la ikut sape kan.., janji ttp hansem..! dua2 pun hensem..! mesti nanti mama dia pening nak pilih menantu nie..!

ehehehehe

Fith said...

Zura,
bukan lesung pipit.kalau lesung pipit rafiqh ada tapi both fith n hubby takde,hehe.ni mmg garisan atas pipi,kalau tengok gambar2 dia senyum mmg akan nampak,sbb ayahnya ja ada garisan tu,hehe.susah plak nak terang,hahaha...

hehe menantu,takpa2,bg depa pilih dulu.nanti fith tgk camne,hakhakhak...

zura pun apa kurangnya,sangat kacak anak2 zura itu...

::NaS:: said...

a'ah la mata 2R sebijik sama!

Fith said...

nas,
haa tuh laa,sama kan?hehe.tgk nanti raziqh besar,matanya sepet lg ker tak dah,hihi

mysara said...

nmpk cam sama...tp kalau tgk gmbr usia sbnr rafiqh n raziqh,nmpk lain... tunggu raziqh besar sket

ojasamid said...

ye setuju, mereka berdua mmg look alike! hehehe..
2A pula lgsg tdk serupa, even masa kecik2 dulu kecuali tang bentuk muka, rambut dan kebulatan mata :p

Fith said...

My,
sama ek?hehe,fith pun rasa mcm sama sikit2.aah tunggu raziqh besar sikit baru bleh tau kan...

Kak oja,
aah tgk 2A mmg berbeza.tang rambut mmg sama lebat,mata pun bulat betul dua2 org,hehe.

Lady Caca said...

Aik same pulak muka Rafiqh, Raziqh.. MAsa Akmll kecik, kakak ngan adik laki muka serupa.. Kitaorang ade 3 beradik je.. Hu semua orang tegur kenape muka Akmll lain dari kakak ngan adik.. Huwaaaaa sedih sorang2 terasa diri sendiri anak angkat kekeke..

Fith said...

akmal,
ada laa iras sikit2 2org ni kan,hehe.
haha kesian akmal,takper2 kelainan itu unik,hihi...

elah said...

ahahah comel je gambar rafiqh :)
kalo kt sini ada nmpk persamaan kalo x nmpk lain je.

Fith said...

elah,
tuh laa,susah gak nak cari pic yg diorg ni nampak seiras.selalu sgt org kata tak sama,tp dah nama adik-beradik kan,ada laa sama sikit2...

kew_chop said...

pandang sekali imbas muka sepesen jek 2 badik ni. comel bangat.. pasni leh tambah stok pink plak yea. mommy gambare!! hihi..

Fith said...

murni,
amboi2 suh fith tambah plak ye.bg murni laa tambah dulu,hehe...
sepesen je laa kan,dah adik beradik.haa zayyan pulak,ada iras2 tak dgn maira?hehe.